Anda di halaman 1dari 16

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN TAJUK : KESAN PENGGUNAAN TENAGA ASING KEPADA EKONOMI NEGARA 1.

0 PENGENALAN Menjelang 2020, negara Malaysia telah meningkatkan daya kompetitifnya baik dari segi infrastruktur, keupayaan modal dan kualiti sumber manusia untuk memenuhi aspirasi negara bagi menjadi sebuah negara maju. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja merupakan faktor yang sangat signifikan bagi memastikan hasil kerja yang memuaskan. Menurut statistik, kadar pengangguran di Malaysia semakin meningkat dan terdapat seramai 80,000 graduan yang menganggur di seluruh negara. Isu lain termasuklah kebanjiran pekerja-pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengurangkan penggunaan pekerja asing antaranya dengan menggalakkan sektor-sektor industri menggunakan automasi. Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini pelaksanaan proses automasi tersebut agak lambat memandangkan proses menagautomasikan operasi memerlukan modal yang tinggi. Di Jepun contohnya, operator mengendalikan perkhidmatan gudang di pelabuhan paling ramai 50 pekerja tetapi di gudang Malaysia memerlukan di antara 400 dan 500 pekerja. Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid berpandangan bahawa Malaysia menjadi pilihan utama pekerja asing kerana Malaysia dilihat mesra oleh semua bangsa dan agama. Pekerja-pekerja asing ini juga sedar bahawa Malaysia bergantung harapan kepada khidmat mereka. Mereka telah menjadi salah satu dari komponen penting di dalam ekonomi Malaysia. Mereka membina bangunan-bangunan pejabat, menyembelih binatang ternakan, menurap lebuhraya, mengawal kompleks perumahan dan juga menjadi pembantu rumah. Pekerjaanpekerjaan ini adalah tidak sanggup dikerja oleh warga Malaysia terutamanya generasi muda. Pihak majikan lebih rela mengambil perkerja asing kerana mereka lebih bekerja kuat dan menunjukkan prestasi kerja yang baik dengan upah yang sedikit. Tambahan pula, kos mengambil warga tempatan bekerja adalah 15% lebih mahal berbanding pekeja asing.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Dengan mengambil buruh asing, majikan tidak terbeban membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan malahan tidak perlu menanggung perbelanjaan kesihatan. Laporan Human Right News menunjukkan pekerja asing majoriti menunjukkan prestasi kerja yang baik kerana takut permit mereka dihentikan oleh majikan dan dihantar pulang ke negara asal. Kebanyakan rakyat negara ini sering menghubungkan kejadian jenayah seperti pecah rumah, kecurian, rompakan dan peras ugut dengan warganegara asing terutamanya buruh asing dari Indonesia. Dengan demikian penduduk tempatan sering berasa terancam dan tidak tenteram lebih-lebih lagi apabila mereka tinggal di kawasan yang menjadi pusat buruh asing. Dato Haji Noh bin Haji Omar telah menyentuh topik ini dalam Laporan Parlimen Kesebelas 2005. Menurut beliau, kes bunuh yang melibatkan buruh asing pada tahun 2003 dan tahun 2004 meningkat kepada 320 kes dan sehingga bulan April tahun 2005 sudah melibatkan 43 kes. Begitu juga kes-kes yang melibatkan kecederaan seperti seksyen 324, pada tahun 2003 hingga 2004 kesnya meningkat daripada 192 kes kepada 291 kes. Ini bermakna pertambahan kes melibatkan kecederaan ini adalah sebanyak 51.5%.

Statistik telah menunjukkan jenayah dalam kalangan buruh asing amat tinggi. Kira-kira 50% daripada 49,000 banduan yang ditahan di penjara di seluruh Malaysia adalah warga asing dan kebanjiran mereka memburukkan lagi masalah kesesakan di tempat tahanan (Berita Harian, 2007, Julai 22). 55% jenayah yang dilakukan ialah jenayah berat seperti membunuh, ragut, rogol dan samun. Bekas Menteri Dalam Negeri Azmi Khalid berulangkali mengatakan pendatang asing ini sebagai menggugat keselamatan negara. Data-data yang dibincangkan ini membuktikan bahawa pekerja asing semakin tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik dalam pekerjaan masing-masing dan sebaliknya mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang negatif.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Walaupun begitu, permintaan terhadap tenaga asing ini tetap meningkat kerana peranan mereka amat penting dalam sektor-sektor tertentu seperti pembinaan, perladangan dan domestik meskipun pekerja asing ini mendatangkan masalah dan terlibat dalam jenayah yang membimbangkan masyarakat.

2.0

PERMASALAHAN KAJIAN Oleh kerana kekurangan tenaga kerja tempatan, Malaysia berusaha

menampung kekurangan tenaga kerja tersebut dengan mengimport tenaga kerja asing dari negara luar seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh dan sebagainya untuk memenuhi permintaan perindustrian bagi membangunkan ekonomi negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan serta faktor penggunaan tenaga kerja asing terhadap ekonomi negara.

3.0

KAJIAN LITERATUR Malaysia merupakan pengimport buruh asing terbesar di rantau Asia. Menurut

lagi, dua puluh peratus daripada tenaga kerja di Malaysia adalah terdiri daripada warga asing. Sebahagian tenaga asing ini ditempatkan di dalam bidang pembinaan, perladangan dan perkhidmatan domestik. Pada tahun 2004, seramai setengah juta pendatang asing tanpa izin telah dihantar balik ke negara masing-masing dan keadaan ini telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada beberapa industri yang terlibat. Kemasukan buruh asing memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan kadar upah yang diterima oleh pekerja tempatan. Kesan ini berbeza di antara setiap negara bergantung kepada campur tangan kerajaan, peranan kesatuan sekerja, pencapaian pendidikan dan kemahiran di kalangan penduduk tempatan. Chiswick (1983) di dalam kajiannya mendapati bahawa pada mulanya kesan kemasukan buruh asing ke dalam pasaran buruh Amerika Syarikat tidak menjejaskan kadar upah dan peluang pekerjaan bagi pekerjaan tempatan, tetapi lama-kelamaan buruh asing berkenaan bermastautin di Amerika Syarikat menyebabkan kadar upah dan peluang penduduk tempatan semakin merosot. S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Keadaan semakin meruncing apabila semakin ramai buruh asing tanpa izin dibawa masuk ke dalam pasaran Amerika Syarikat.

Kajian sama oleh Lodge dan Moncarzs (1984) mendapati bahawa kedatangan awal pendatang Cuba-Amerika di Selatan Florida sebelum tahun 1970-an telah memberikan sumbangan besar terhadap pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Di Asia pula, perubahan struktur ekonomi dan kesannya terhadap kemasukan pekerja asing menampakkan keadaan yang tidak jauh berbeza dengan situasi yang dialami di Amerika Syarikat dan di Eropah. Perubahan struktur ekonomi di kawasan ini telah menyebabkan permintaan terhadap buruh asing bertambah dengan cepat, terutama di negara-negara yang berjaya menjadi pengekspot utama keluaran dunia, seperti Jepun dan Korea Selatan. Di Jepun misalnya, import tenaga kerja asing kurang mahir bermula sejak pertengahan tahun 1980-an. Di Malaysia, kemasukan tenaga asing bermula selepas perjanjian

persefahaman antara Malaysia-Indonesia. Import buruh asing yang berasal dari Indonesia ini adalah bertujuan bagi mengisi kekurangan tenaga kerja yang berlaku dalam sektor pertanian, khususnya sektor perladangan. Kekurangan buruh ini begitu kritikal sehingga menjejaskan pengeluaran sektor berkenaan. Kajian oleh United Planters Association of Malaysia (UPAM) mendapati bahawa sub-sektor perladangan getah dan kelapa sawit mengalami kerugian sebanyak RM370 juta antara tahun 1980-1985 sebagai ekoran daripada kekurangan pekerja dalarn sektor berkenaan.

Dalam

usaha

untuk

maju

dan

mencapai

sasaran

menjadi

negara

berpendapatan tinggi, timbul persoalan sama ada Malaysia masih memerlukan ramai buruh asing tidak mahir. Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Mohd Jafar Abdul Majid berkata tidak dinafikan pekerja asing telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, terutama dalam sektor yang mengalami masalah kekurangan pekerja seperti pembinaan dan peladangan. Menurut beliau lagi, ekonomi kita dipenuhi dengan pekerja asing tidak mahir atau mempunyai kemahiran yang rendah menyebabkan ia tidak dapat memberi sumbangan bermakna kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Laporan Ekonomi 2010/2011 mencatat terdapat 1.8 juta pekerja asing berdaftar di Malaysia dengan 38.2 peratus bekerja dalam sektor pembuatan, 16 peratus dalam pembinaan dan 14.2 peratus dalam sektor peladangan. Indonesia menyumbang bilangan pekerja asing berdaftar paling tinggi di Malaysia iaitu 50.9 peratus diikuti Bangladesh dengan 17 peratus, Nepal (9.7 peratus, Myanmar (7.8 peratus), India (6.3 peratus) dan Vietnam (4.2 peratus).

Bagaimanapun kebergantungan yang tinggi terhadap buruh asing bukan hanya dialami di Malaysia, malah turut dihadapi negara-negara yang mempunyai kadar pertumbuhan tinggi seperti Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi. Seorang ketua penyelidik di Institut Pengajian Asia-Timur, Universiti Malaysia Sarawak Dr Awang Azman Awang Pawi berkata pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam dua dekad lepas membawa kepada taraf kehidupan yang lebih tinggi dan menyumbang kepada ketiadaan minat penduduk tempatan terhadap sektor 3D (kotor, taraf rendah, bahaya), yang akhirnya diisi pekerja asing tidak mahir.

Sejak 1980-an, ekonomi Malaysia banyak didorong oleh sektor pembuatan berorientasikan eksport, terutama elektronik. Kerajaan, yang melihat pekerja asing sebagai sumber buruh yang murah yang boleh meningkatkan daya saing eksport negara telah menggalakkan pengambilan buruh asing pada tahun 1990-an. Hasilnya, pengilang tempatan menikmati bekalan tetap buruh asing untuk dua dekad lepas, dan Malaysia dapat mengekalkan daya saingnya. Beberapa pakar ekonomi berkata ketika dasar liberal Malaysia mengenai pekerja asing sebelum ini membantu negara mengekalkan daya saingnya, dasar itu turut menyumbang kepada situasi yang memerangkap negara dalam keadaan pendapatan sederhana.

Prof Datuk Dr Mohamed Ariff dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia percaya bahawa jika negara membenarkan kebanjiran pekerja asing, pengilang tempatan terpaksa lebih inovatif bagi meningkatkan produktiviti untuk mengekalkan daya saing mereka. Beliau menyatakan bahawa kebergantungan yang terlalu banyak terhadap pekerja asing boleh membawa kesan yang memudaratkan dan disebabkan itulah kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan kebergantungan kepada mereka. S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Kebergantungan ini tidak boleh ditamatkan dalam masa satu hari

memandangkan penghantaran pulang secara mendadak pekerja asing boleh memberi kesan serius terhadap ekonomi terutama dalam sektor-sektor seperti pembuatan, pembinaan dan peladangan. Usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan negara terjadap pekerja asing kurang mahir sentiasa dijalankan, seperti yang terbukti dalam pengurangan secara beransur-ansur jumlah pekerja asing berdaftar sejak dua tahun lepas.

Sasaran kerajaan ialah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing kepada 1.5 juta orang menjelang 2015. Kebanyakan pakar ekonomi merasakan apa yang diperlukan negara kini ialah pekerja mahir atau yang mempunyai kemahiran tinggi, bukannya pekerja asing tidak mahir dan murah. Persekutuan Persatuan China Malaysia (Huazong) berkata pekerja asing masih diperlukan tetapi apa yang kerajaan perlu lakukan ialah menyeragamkan penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin oleh pelbagai agensi penguatkuasaan.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif

kajian ini adalah seperti berikut :4.1 Mengenalpasti kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang penggunaan tenaga asing terhadap ekonomi negara. 4.2 4.3 Mengkaji faktor kebanjiran pendatang asing dalam pasaran Malaysia. Mengkaji persepsi majikan terhadap pengaruh pengambilan pekerja asing berbanding penduduk tempatan.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN 5.0 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis yang diuji di dalam kajian ini adalah seperti berikut :5.1 Penggunaan buruh asing dalam jangka masa panjang akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

6.0

METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian ini, saya menggunakan borang kaji selidik dan temubual

terhadap responden yang merupakan penjawat awam berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 35 tahun. Izham (2000) menyatakan bahawa kaedah borang kaji selidik mempunyai banyak kelebihan iaitu responden boleh mengambil masa yang sesuai untuk menjawab soalan dan memberikan maklumat yang lebih baik kepada pengkaji. Temubual pula digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan lebih lanjut sekiranya maklumat yang diterima di dalam borang kaji selidik kurang jelas.

6.1

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Populasi kajian terdiri daripada penjawat awam yang bekerja di sekitar Sri

Aman. Persampelan rawak akan dilakukan terhadap responden yang terdapat dalam populasi.

6.2

KAEDAH PENGUMPULAN DATA a. Borang soal selidik Borang soal selidik adalah berpandukan borang soal selidik yang diolah bagi

mendapatkan maklumat yang dikehendaki berasaskan kajian. Sebanyak 30 keping borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang telah dipilih melalui persampelan rawak.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN b. Temubual Di samping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan

menggunakan kaedah temubual secara terus dengan responden yang telah dipilih. Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik. Soalan yang dikemukakan adalah sama seperti soalan di dalam borang soal selidik.

c. Sumber lain Sumber lain merupakan maklumat lain yang diperolehi daripada buku rujukan, majalah, jurnal, keratan akhbar dan kajian-kajian lepas. Maklumat-maklumat daripada internet juga digunakan dalam pengumpulan data bagi kajian literature.

6.3

REKABENTUK SOALAN KAJI SELIDIK Borang soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian A,

bahagian B dan bahagian C.

Bahagian A Bahagian ini terdiri daripada latar belakang klien seperti umur, jantina, pekerjaan dan pendidikan responden.

Bahagian B Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan kesan penggunaan pekerja asing terhadap ekonomi negara. Soalan bahagian ini adalah untuk mengkaji objektif utama kajian iaitu mengenalpasti kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang penggunaan tenaga asing terhadap ekonomi negara. Terdapat lima pilihan jawapan berdasarkan tahap kesan pekerja asing terhadap ekonomi negara mengikut pandangan responden dengan skor seperti dalam jadual 1.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Jadual 1 : Skala Likert untuk mengetahui kesan pekerja asing terhadap ekonomi negara. Skala Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju Skor 5 4 3 2 1

Bahagian C Bahagian ini pula untuk mengetahui pandangan responden terhadap kesan-kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi negara mengenai kualiti dan kos kerja melibatkan pekerja asing. Selain itu, perbandingan kualiti dan kos kerja di antara pekerja asing dan pekerja tempatan mengikut pandangan responden.

7.0

ANALISIS KAJIAN Demografi responden iaitu Bahagian A dalam soalan kaji selidik menunjukkan

bahawa sebanyak 16.7 % responden adalah berumur 20 hingga 25 tahun, 40% berumur 26 hingga 30 tahun dan 43.3% berumur 31 hingga 35 tahun. Daripada 30 orang responden 25 orang merupakan responden lelaki iaitu mewakili 83.3% dan selebihnya 5 orang atau 16.7% adalah responden wanita. 10% daripada responden mempunyai latar belakang pendidikan ijazah/sarjana/pHD, 23.3% berlatar belakang pendidikan STPM/diploma dan selebihnya 66.7% mempunyai pendidikan SPM. Semua responden iaitu 100% terdiri daripada pekerja dalam sektor awam.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Untuk Bahagian B, jumlah kekerapan skor responden ditunjukkan dalam jadual di bawah. Sangat Soalan setuju (5) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 13 11 8 13 8 2 6 7 11 19 Tidak pasti (3) 1 3 1 0 2 5 3 3 3 0 Tidak setuju (2) 1 1 13 9 6 6 7 3 2 0 Sangat tidak setuju (1) 0 1 1 1 0 6 3 1 3 1 Jumlah

Setuju (4) 15 14 7 7 14 11 11 16 11 10

30 30 30 30 30 30 30 30 30 30

Daripada jadual di atas, skor tertinggi bagi soalan satu adalah skor 4 iaitu seramai 50% orang responden bersetuju bahawa pekerja asing banyak digunakan dalam sektor pembinaan. Sejak pengambilan tenaga asing ke dalam pertumbuhan ekonomi negara, sektor pembinaan merupakan sektor yang paling banyak menggunakan tenaga asing terutamanya pekerja tidak mahir yang bekerja di tapak pembinaan. Manakala 47% responden bersetuju kos gaji yang lebih murah menyebabkan majikan cenderung menggunakan tenaga kerja asing berbanding pekerja tempatan. Walaubagaimanapun, 43% responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa penggunaan tenaga asing boleh membantu pembangunan ekonomi negara. Seperti yang kita semua tahu, pengambilan pekerja asing adalah bertujuan untuk menampung kekurangan tenaga kerja disebabkan tenaga kerja daripada pekerja tempatan adalah tidak mencukupi. Kajian mendapati bahawa kekurangan tenaga asing telah menyebabkan negara mengalami kerugian. United Planters Association of Malaysia (UPAM) dalam kajiannya mendapati bahawa sub-sektor perladangan getah dan kelapa sawit mengalami kerugian sebanyak RM370 juta antara tahun 1980-1985 sebagai ekoran daripada kekurangan pekerja dalarn sektor berkenaan.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Negara juga mengalami masalah pengangguran di kalangan graduan yang agak membimbangkan. Terdapat sesetengah pihak menuding jari menuduh bahawa graduan Malaysia terlalu memilih pekerjaan. Ada pihak yang menyatakan bahawa peluang kerjaya ini telah dirampas oleh pekerja asing yang ternyata lebih mahir dan berpengalaman berbanding graduan yang baru menamatkan pengajian. Daripada soalan kaji selidik, 43% peratus responden sangat bersetuju bahawa antara faktor pengangguran di kalangan graduan adalah disebabkan pengambilan pekerja asing mahir yang terlalu berleluasa hingga menyekat peluang rakyat tempatan untuk mencipta peluang kerjaya dan mencari pekerjaan.

Namun, masih tidak dinafikan bahawa kadar pengangguran yang tinggi di kalangan rakyat tempatan juga didorong oleh faktor pekerja asing yang ramai. 70% responden setuju bahawa rakyat tempatan terutama golongan muda terlalu memilih pekerjaan dan tidak mahu bekerja dalam sektor pembinaan sebagai pekerja pembinaan atau sebagai pekerja di ladang sawit mahupun sebagai pembantu rumah. Situasi ini menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan tenaga asing bagi memenuhi keperluan negara.

8.0

PERBINCANGAN KAJIAN Kemasukan buruh asing meninggalkan kesan ke atas ekonomi negara

secara makro dalam jangka masa pendek dan panjang. Dalam jangka pendek, pengambilan pekerja asing dalam industri berasaskan buruh secara sementara akan membantu untuk mengurangkan masalah kekurangan buruh, mengurangkan kos buruh dan memastikan Malaysia kekal bersaing dalam perindustrian. Dari segi jangka panjang, buruh asing akan menghalang penstrukturan ekonomi negara. Penggunaan tenaga asing secara berterusan dan tidak dikawal akan menghalang penstrukturan penstrukturan ekonomi dari berinsentifkan buruh, penggunaan teknologi yang rendah dan keadaan upah yang rendah kepada industri yang berinsentifkan modal, penggunaan teknologi yang tinggi, meningkatkan tahap kepakaran dan kemahiran serta industri yang boleh meningkatkan upah yang tinggi.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Kesan positif kedatangan buruh asing ialah mengisi kekosongan tenaga buruh. Sektor pembinaan dan perkilangan mengalami kekurangan buruh kerana tidak diminati oleh penduduk tempatan. Kini, kekosongan itu diisi oleh buruh asing yang sanggup bekerja dengan upah yang rendah.

Selain itu, mengelakkan kenaikan kos buruh juga merupakan kesan positif kedatangan buruh asing. Kemasukan buruh asing menyebabkan penawaran tenaga buruh bertambah. Keadaan ini mengelakkan kos buruh meningkat kerana permintaan buruh diimbangi dengan kemasukan buruh asing. Kos buruh yang pada umumnya murah menarik pelabur datang ke Malaysia. Keadaan ini seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara.

Tambahan pula, kesan positif kedatangan buruh asing ialah meningkatkan perkhidmatan awam. Untuk mengelakkan kebergantungan terhadap buruh asing, kerajaan mencari alternatif lain. Di antaranya ialah memperkenalkan sistem layan diri dan memperkenalkan teknologi moden dalam sektor-sektor tertentu supaya tidak terlalu bergantung kepada tenaga buruh. Pemalsuan dokumen menyebabkan kerajaan menyediakan peralatan yang lebih canggih bagi mengesan penipuan di samping mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan menutup kelemahan di dalam perkhidmatan awam.

Walaubagaimanapun, kedatangan pekerja asing juga membawa kedan negatif seperti mewujudkan persaingan dengan buruh tempatan. Kedatangan buruh asing telah menutup peluang pekerjaan penduduk tempatan. Sikap sesetengah majikan yang suka mengambil pekerja asing disebabkan upah yang rendah dan kesanggupan mereka bekerja dalam pelbagai situasi menyebabkan buruh tempatan sukar bersaing dengan buruh asing.

Selanjutnya, menambahkan perbelanjaan negara juga merupakan salah satu kesan negatif kedatangan buruh asing. Kos penahanan di pusat-pusat tahanan dan S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN kos penghantaran pulang buruh asing terpaksa dibiayai oleh kerajaan. Kemudahan awam turut digunakan oleh buruh asing. Kos penyelenggaraan terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk pembangunan bagi menampung kos-kos ini. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kos malah tidak mendapat pulangan dsri segi cukai pendapatan dan sebagainya. Malah ini menyebabkan pengaliran wang Malaysia ke negara luar tanpa dapat dikawal.

Masalah politik juga merupakan kesan negatif kedatangan buruh asing. Menambahkan mencerminkan bilangan kelemahan masyarakat sistem majmuk. Kemasukan kerajaan. mereka juga pentadbiran Wujudnya sindiket

pemalsuan dokumen, pemalsuan kad pengenalan dan sebagainya boleh menggugat keselamatan negara.

9.0

KESIMPULAN Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan pekerja asing boleh

memberi kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara. Oleh itu, untuk mengurangkan kesan tersebut dan umumnya kebergantungan terhadap pekerja asing ini, beberapa langkah adalah dicadangkan. Perkembangan industri pembuatan pada masa akan datang tidak boleh bersaing hanya berasaskan kepada penggunaan tenaga asing sahaja, tetapi harus juga berasaskan kepada penggunaan teknologi tinggi dan intensiti modal dalam proses penge luarannya. Penggunaan teknologi yang bersifat intensif modal, pada asasnya boleh menjimatkan penggunaan buruh asing peringkat rendah, namun keadaan ini belum berjalan dengan baik di Malaysia. Oleh itu, penggunaan teknologi yang boleh menjimatkan penggunaan buruh secara meluas, seperti penggunaan mesin numerikal berkomputer, reka bentuk berbantukan komputer, pembuatan berbantukan komputer dan robotik perlu ditingkatkan di masa yang akan datang. Malahan, seiring dengan k-ekonomi, perkembangan industri pembuatan di masa depan bukan Jagi bergantung kepada penggunaan input yang banyak untuk meningkatkan output, tetapi bagaimana menggunakan input secara cekap, S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN terutamanya penggunaan pekerja berkemahiran dan profesional. Bagaimanapun arnalan penggunaan pekerja yang ada sekarang menunjukkan kurangnya kesedaran di kalangan pengusaha untuk menggunakan pekerja mahir dan profesional dalam proses pengeluarannya, khususnya dalam industri berat yang bersifat intensif modal fizikal. Oleh itu, kesedaran mengenai erti pentingnya peranan pekerja dengan kemahiran profesional perlu diberi kan kepada pengusaha-pengusaha.

10.0

RUJUKAN

Abdullah dan Mohd, S. A. 1992. Sejarah Ekonomi Beberapa Aspek Ekonomi Brunei Dari Tahun 1906 hingga Akhir Tahun 1941.Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam.

S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Agrawal,P. 2000. Economic impact of foreign direct investment in South Asia. World Bank, Washington D.C. Bank Negara Malaysia. 1999. The Central Bank and the Financial System in Malaysia: a Decade of Change. Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Belderbos, R. dan Sleuwaegen, L. 1998. Tariff jumping DFI and export substitution: Japanese electronics firms in Europe. International Journal of Industrial Organization, Elsevier 16(5) : 601-638 De Mello, L.R. dan Fukasaku, K. 2000. Trade and foreign direct investment in Latin America and Southeast Asia: temporal causality analysis. Journal of International Development 12(7):903-924 Ghazali, A. 1990. An empirical evaluation of the effects of foreign capital inflows on the economy of Malaysia, 19611986. PhD thesis, International Development Center, University of Manchester, Manchester. Gujarati, D. & Porter, D. 2009. Basic Econometrics 5th Edition. McGraw Hill, Singapore. Hakip dan Sabullah. 1984. Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Brunei Dari Tahun 1906-1959. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. International Monetary Fund. 1993. Balance of Payment Manual 5th Edition. International Monetary Fund, Washington D.C. Karimi, Mohd S. dan Yusop, 2009. FDI and economic growth in Malaysia. Munich Personal RePEc Archive Paper No. 14999. Munich. Kinoshita, Y. 1998. Technology spillover through foreign direct investment, The Center for Economic Research and Graduate Education - Economic Institute Working Paper Series No. 139. Prague Markusen, J.R. 1995. The boundaries of multinational enterprises and the theory of international trade. Journal of Economic Perspectives 9(2):169-89. S210533

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN Miles, R. Capitalism and Unfree Labour: Anomaly or necessity?. London: Tavistock Publications, 1987. Mohd Ridauddin et al, 2008. Foreign Direct Investment in Malaysia Findings of the Quarterly Survey of International Investment and Service. Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya. Noor, A.K. 2000. A typology of Malaysias trade flows (1990 -1997): Structural shifts in the merchandise trade balance. Journal of Economics and Managemen 8 2(2000) :109-38. IIUM Malaysia. Noralipah, M. 2001. Pekerja Asing di Negara Brunei Darussalam: Kes Kajian Pekerja Filipina, Latihan Ilmiah, Universiti Brunei Darussalam. Phang H.E. 1998. Foreign Direct Investment a study of Malaysias Balance of Payment Position. Pelanduk Publication, Kuala Lumpur Sjoholm, F. 1999. Productivity growth in Indonesia: The role of regional characteristics and direct foreign investment. Economic Development and Cultural Change, University of Chicago Press 47(3): 559-84 Sumaffiatiee, S. 2003. Kesan dan peranan pelaburan lansung asing ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kertas Penyelidikan Sarjana, UUM, Sintok. Unit Perancang Ekonomi, 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 - 2015. Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Wong, H. K. dan Jomo, K.S. 2005. Before the storm: The impact of foreign capital flows on the Malaysian economy, 1966-1996. Journal of the Asia Pacific Economy 10(1):56-69.

S210533

Anda mungkin juga menyukai