Anda di halaman 1dari 1

Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol

Mitos Realiti
Penggunaan alkohol
membuat seseorang
individu berasa seperti
dewasa.
Remaja yang tidak mengambil alkohol
adalah lebih matang dan dapat berfikir
secara rasional. Mereka juga kurang
bermasalah.
Alkohol memudahkan
mereka mendapat ramai
kawan dan diterima
sebagai sebahagian dari
kumpulan tersebut.
Rakan yang tidak mengambil alkohol
boleh lebih dipercayai dan merupakan
kawan yang sentiasa mengambil
berat. Perhubungan antara kawan
juga lebih sihat tanpa penggunaan
alkohol.
Alkohol membuatkan
seseorang itu nampak
"cool" dan berjaya.
Alkohol mengakibatkan mabuk,yang
mana ini jelas tidak "cool" dan juga
merbahaya.
Alkohol menghilangkan
rasa bosan dan memberi
keseronokan.
Kegembiraan adalah lebih nikmat
apabila seseorang itu mengambil
bahagian dalam aktiviti sihat dan
tidak mabuk. Kegembiraan di bawah
pengaruh alkohol tidak bertahan lama
dan mudah dilupakan.
Adalah lebih baik
mengambil alkohol semasa
remaja supaya anda boleh
berhenti mengambilnya
semasa dewasa ketika
anda mempunyai lebih
tanggungjawab.
Remaja juga mempunyai
tanggungjawab yang penting.
Malahan, Alkohol boleh
mengakibatkan ketagihan hingga ke
peringkat dewasa. Memulakan aktiviti
sihat pada usia yang muda
menjadikan seseorang itu lebih baik
dan sihat apabila dewasa kelak.
Alkohol dapat membantu
melepaskan anda dari
permasalahan dalam hidup.
Menghilangkan masalah melalui
penggunaan alkohol merupakan
penyelesaian jangka pendek sahaja.
Menggunakan alkohol sebagai cara
untuk menangani masalah adalah
tidak benar. Penggunaannya akan
menimbulkan lebih banyak masalah
dalam jangka pendek dan panjang.

Anda mungkin juga menyukai