Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran di mana kerajaan dan pasaran secara bersama
memainkan peranan masing-masing dalam perlaksanaan asas ekonomi seperti apa, berapa
banyak perlu dikeluarkan, bagaimana ia dikeluarkan dan untuk siapa ia dikeluarkan. Campur
tangan kerajaan dalam urusan ekonomi boleh digolongkan kepada dua kumpulan iaitu
Mengadakan peraturan-peraturan untuk memperbaiki mekanisme pasaran. Di dalam keadaan ini,
pemerintah menyediakan dasar sosio-ekonomi tertentu agar mekanisme pasaran berjalan dengan
cekap. Pada asasnya ia bertujuan untuk menghindarkan gejala pertandingan yang tidak sempurna
daripada wujud dalam pasaran misalnya peraturan menghadkan monopoli dan menyekat
pengeluaran barangan tertentu yang tidak baik kepada masyarakat umum dan campurtangan
secara langsung dalam urusan menyediakan barangan awam, keluaran barangan strategik dan
mengawal kestabilan ekonomi (Darrat 1998). Dalam konteks ini kita boleh melihat penglibatan
pemerintah dalam aspek-aspek mendapatkan hasil untuk negara dan menjalankan dasar
belanjawan serta jalankan perusahaan-perusahaan awan untuk keluarkan sebahagian daripada
barang yang disebutkan. Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat
pembangunan. Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan
imbangan pembayaran yang kukuh (Jones 1991). Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi
yang baik, pihak swasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera
pertumbuhan manakala pihak kerajaan adalah penyokongnya. Sebagai contoh, untuk
menggalakkan perkembangan ekonomi, keperluan infrastruktur yang baik diperlukan. Oleh yang
demikian pada pembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan
infrastruktur seperti pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan pelabuhan. Begitu juga dasar
pencukaian misalnya boleh digunakan untuk mengarah kegiatan ekonomi, contohnya untuk
mengelakkan penggunaan barangan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti rokok dan
minuman keras, cukai ke atas barangan tersebut dinaikkan. Sebaliknya pengeluaran barangan
makanan adalah penting untuk menjamin kestabilan ekonomi negara, dengan demikian banyak
insentif cukai dan pemberian subsidi diberikan kepada pengeluaran padi, ikan, sayur-sayuran dan
hasil ternakan. Sebenarnya konsep pembangunan ekonomi Islam bertolak dari pengembangan
sumber daya manusia (human capital) dan penguasaan teknologi sebagai penggerak utama
(driving force) pembangunan ekonomi. Pengembangan

sumber daya manusia merangkum

seluruh potensi dan keberdayaan dan kualiti kemanusiaan dari sudut rohani dan moral.

Pembangunan ekonomi merangkum pembangunan sistem kewangan dan dasar perniagaan global
yang adil. Ia juga merangkum pemerataan kebebasan sosial, keadilan ekonomi, pengembangan
teknologi, usaha mempelbagaikan sumber dan sebagainya. Sebuah negara dikira sebagai negara
membangun berasaskan kadar piawaian atau kategori tertentu. Kategori diukur berdasarkan
Keluaran Negara Kasar per kapita bagi sesebuah negara. Sesebuah negara dikatakan membangun
apabila telah melalui pertumbuhan ekonomi dan perubahan struktur ekonomi (Zulfetly karim
2005). Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan pendapatan (keluaran negara per kapita)
manakala perubahan struktur ekonomi ialah perubahan kepentingan sektor kepada perindustrian,
peratus penduduk bandar yang tinggi, jangka hayat semasa lahir yang panjang dan kadar buta
huruf yang rendah, serta pendedahan kepada arena antarabangsa dan sebagainya.
HASIL KERAJAAN DIMALAYSIA
Bagi menampung kos perbelanjaan, sektor awam mengutip hasilnya melalui hasil cukai, hasil
bukan cukai, serta pinjaman dan penggunaan harta kerajaan. Sepintas lalu, hasil Kerajaan terus
meningkat dari tahun ke tahun. Ini bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi negara yang
meningkat dengan kadar lapan peratus setahun pada masa kini. Skop hasil kerajaan yang
dinyatakan dalam undang-undang Perlembagaan dapat dibahagikan kepada hasil cukai, hasil
bukan cukai, geran Kerajaan Persekutuan serta lain-lain hasil termasuk denda dan saman. Hasil
cukai ialah hasil yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan untuk perbelanjaan Negara dikutip
atas harta atau pendapatan individu, perbadanan, perkongsian dan syarikat. berasaskan
perundangan yang diluluskan oleh Parlimen (Andrew 1996). Contohnya cukai tanah, cukai
taksiran atau cukai pintu, premium, cukai setem, cukai pendapatan dan sebagainya. Hasil cukai
diklasifikasikan kepada cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung ialah cukai
yang dikenakan terus terhadap pendapatan dan kekayaan mengikut akta yang diluluskan, seperti
Akta Cukai Pendapatan 1967. Contoh cukai tersebut ialah cukai pendapatan, cukai sewa filem,
duti harta pusaka, duti setem dan cukai atas keuntungan hartanah. Cukai ini ditadbir dan dikutip
oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Selain cukai pendapatan, cukai
langsung yang dikutip ialah duti setem dan cukai keuntungan harta tanah. Contohnya, sebanyak
RM3,404 juta duti setem dan RM278 juta cukai terhadap keuntungan hartanah telah dikutip
pada tahun 2007 (Norasiah Mohamad 2013). Cukai tidak langsung pula ialah cukai yang
dikenakan secara tidak

langsung kepada individu dan cukai ini hanya dikenakan apabila

seseorang individu membeli atau menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contoh
cukai tidak langsung ialah duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai jalan dan
cukai perkhidmatan. Duti eksport, duti import, duti eksais dan cukai perkhidmatan ditadbir dan
dikutip oleh Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja, manakala cukai jalan dikutip oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan. Hasil cukai merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah hasil Kerajaan
Persekutuan, iaitu 68 peratus (RM95,168 juta) berbanding dengan jumlah hasil keseluruhan
sebanyak RM139,885 juta pada tahun 2007. Hasil bukan cukai ialah hasil yang dikutip daripada
perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat. Hasil bukan cukai termasuklah
kenaan bayaran daripada kelulusan permit, yuran perkhidmatan, jualan perkhidmatan, jualan
barang dan harta, sewa dan hasil daripada pelaburan lesen, sewa dan bayaran perkhidmatan.
Hasil lain ialah geran, hadiah, denda serta saman, ataupun pendapatan daripada pelupusan tanah
kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Artikel 83. Kadar bayaran yang dikenakan berasaskan
akta tertentu yang diluluskan di Parlimen. Sumber pendapatan kerajaan yang lain ialah terimaan
bukan hasil terdiri daripada semua pulangan balik perbelanjaan. Contohnya terimaan daripada
kumpulan wang amanah yang berlebihan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang
lebih dan bayaran pelarasan dalam tahun-tahun kewangan yang lalu. Hasil kerajaan merupakan
salah satu alat penting yang menyumbang kapada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara
termasuklah kepada negara Malaysia. Hasil kerajaan merangkumi hasil yand diterima oleh
kerajaan bagi menerima pelbagai hasil daripada kerajaan tempatan ataupun negeri mahupun hasil
Negara amnya dengan hasrat dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Hasil kerajaan
banyak diperolehi oleh hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan. Bagi menambah hasil kerajaan
mesti menyusung strategi melalui Perbelanjaan pembangunan sebagai pelaburan atau modal
bagi

menjalankan projek-projek pembangunan ekonomi oleh pihak kerajaan yang dapat

meningkatkan taraf sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi (Rohaiza Taha


2011). Perbelanjaan pembangunan ini adalah lebih rendah daripada perbelanjaan pengurusan
kerana perbelanjaan pembangunan ini adalah bersifat pelaburan jangka panjang. Perbelanjaan ini
meliputi perbelanjaan modal untuk sektor-sektor ekonomi seperti sektor perkhidmatan sosial,
sektor ekonomi, sektor keselamatan dan sektor pentadbiran awam. Cukai di Malaysia merupakan
sumber penting pendapatan kerajaan dan sumber yang paling boleh dipercayai pembiayaan
kerajaan. Di kebanyakan negara, pelepasan cukai telah menjadi alat yang penting untuk
merangsang pertumbuhan ekonomi. Malah, dasar cukai itu sendiri adalah elemen asas bagi polisi

ekonomi, memastikan negara dapat mengekalkan dan meningkatkan daya saing global dan
berkembang. Ini boleh digunakan untuk maju, membangun dan negara-negara dalam peralihan.
Daya tarikan struktur sistem cukai adalah penting untuk memastikan bahawa ia mampu untuk
menarik pelabur tempatan dan asing.
PERTUMBUHAN EKONOMI DIMALAYSIA
Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia telah lama
diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan , kesan penjajahan British ke
atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan
kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia
mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai
menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN. Namun,
pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh menjamin faedahnya dapat disebarkan
secara adil dan saksama di kalangan masyarakat. Dalam pendekatan pembangunan bersama
pertumbuhan ekonomi, proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan
di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu mengambil
kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada semua golongan. Di Malaysia,
isu agihan sebenarnya memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Matlamat pengurangan
kemiskinan mutlak dapat dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun. Kerajaan terpaksa bekerja
keras untuk mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang di kalangan etnik. Kejayaan yang
dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan radikal di peringkat ekonomi global
sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat menolak sama sekali campur tangan kerajaan.
Dalam konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan
globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan seimbang secara
lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh dicapai melalui
campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru pelaksanaan dasar dan strategi
pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan adalah perlu. Perbincangan bab-bab dalam
buku ini adalah fokus kepada aspek tersebut. Kewujudan keseimbangan di antara pertumbuhan
dengan kesejahteraan ekonomi yang merangkumi aspek keadilan sosial, isu kemiskinan dan
agihan seimbang, persekitaran hidup harmoni dan alam sekitar serta pembentukan modal insan
berkualiti perlu dibari perhatian yang serius kerana ianya akan menentukan kejayaan

pembangunan negara pada masa hadapan. Pertumbuhan ekonomi boleh menghasilkan


kemakmuran hanya sekiranya ia dapat meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat. Pengalaman
kebanyakan negara di dunia menyokong dakwaan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak
semestinya mempunyai hubung kait secara langsung dengan peningkatan kesejahteraan. Terdapat
negara yang mencatat tahap kesejahteraan yang rendah walaupun berstatus negara berpendapatan
tinggi. Manakala, terdapat juga negara yang menikmati kedua-dua tahap pendapatan dan
kesejahteraan yang tinggi.Faedah pertumbuhan ekonomi yang optimum hanya boleh dicapai
apabila setiap rakyat dapat menikmati faedah tersebut. Oleh itu, penelitian terhadap arah dan
magnitud penjanaan kesejahteraan daripada pertumbuhan ekonomi adalah perlu dalam membuat
pengubahsuaian dasar. Pertumbuhan ekonomi didefinisikan sebagai peningkatan keluaran negara
benar berikutan daripada peningkatan dalam nilai keluaran barangan dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh sesebuah ekonomi. Pertumbuhan ekonomi bersifat kuantitatif yang diukur
menggunakan pendapatan (KDNK) atau pendapatan negara. Pembangunan ekonomi. Kerajaan
perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai melalui aktivitiaktiviti dalam sektor pertama, kedua dan ketiga akan memberikan pendapatan dan pekerjaan
kepada penduduk. Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi, tabungan diperlukan. Oleh yang
demikian usaha menggalakkan tabungan persendirian dikalangan penduduk perlu diberi
perhatian. Dari segi dasar belanjawan pula, dibuat perbelanjaan ke atas kemudahan awam,
perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam.
Bagi menggalakkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia, insentif pengecualian cukai boleh
diberikan kepada pelabur baru. Begitu juga bagi pengusaha sektor perindustrian dan pertanian,
pembelian jentera dan lain-lain kelengkapan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran boleh
diberi insentif cukai. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah sangat penting bagi sesebuah
negara bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dalam negara serta memastikan kestabilan dalam
negara dapat dicapai. Pertumbuhan ekonomi juga boleh dijadikan sebagai alat pengukur bagi
menilai prestasi pembangunan ekonomi sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara tidak dapat lari daripada menghadapi keadaan meningkat atau meleset dalam keadaan
ekonomi semasa. Kadangkala pertumbuhan ekonomi meningkat dengan pesat sehingga
menyebabkan berlakunya peningkatan dalam harga dan pada masa yang lain pula ianya
mengalami pertumbuhan yang lambat serta merosot dan berada di bawah tahap yang rendah
daripada sebelumnya. Untuk menentukan kadar pertumbuhan ekonomi yang dicapai oleh

sesebuah negara perlulah mengambilkira pendapatan negara benar, iaitu Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) benar atau Keluaran Negara Kasar (KNK) benar. Dalam pengiraan ini,
pendapatan negara dan komponen-komponennya dinyatakan pada harga tetap iaitu harga barang
yang wujud pada tahun asas yang dipilih.Pertumbuhan ekonomi berkait rapat dengan keadaan
ekonomi dalam jangka masa panjang dan ianya menggambarkan berlakunya pengembangan
dalam ekonomi yang disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat
adalah penting untuk menambahkan pendapatan dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi
rakyat. Bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi dikekalkan pada tahap yang tinggi, salah satu
faktor penting yang perlu ditingkatkan ialah perbelanjaan kerajaan. Oleh itu, perbelanjaan
kerajaan adalah sangat penting bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan menjadi salah
satu komponen penting dalam memulihkan semula ekonomi.
PERANAN HASIL KERAJAAN TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI
Secara umumnya, ekonomi Malaysia dijana daripada pelbagai sumber seperti perdagangan,
pertanian perikanan, perlombongan dan lain-lain lagi untuk meningkatkan pendapatan negara.
Selain itu, faktor penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga dilihat dari segi
penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, eksport bersih dan hasil cukai. Cukai merupakan
satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau
pendapatan (Suhailah 2014). Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir
dan mengurus sesebuah negara dan perbelanjaan pembangunan. Semasa pembentangan bajet
2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
memaklumkan bahawa sistem percukaian yang menyeluruh dan saksama perlu segera
dilaksanakan untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan telah membuat
persediaan dalam melaksanakan pelan transformasi terhadap sistem percukaian negara dengan
memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) dan digantikan dengan cukai barang
dan perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST). Usaha kerajaan didalam melonjakan
kerancakan ekonomi yang berdaya saing melalui peranan hasil yang didapati oleh kerajaan
berada ditahap pertumbuhan yang mampan yang bakal menyaksikan Malaysiaperlaksanaan
Cukai GST akan berkuat kuasa pada 1 April 2015 pada kadar 6 peratus. Mekanisme GST
menggambarkan bahawa kerajaan serius mahu memastikan pertumbuhan negara yang stabil
untuk jangka panjang dengan menambah hasil Negara sekaligus meningkatkan taraf

pertumbuhan ekonomi negara (Hussin Abdullah, 2013). Melalui pelaksanaan ini, maka
kerajaan berharap dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Selain
itu, kerajaan juga turut prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dalam menangani
isu kos sara hidup yang semakin tinggi dengan menyediakan peruntukkan dan penyediaan
insentif yang dapat membantu rakyat. Menurut Wan Suhaimie Saidie (2013), untuk
meningkatkan hasil Negara GST perlu disegerakan pelaksanaannya untuk mengekalkan daya
saing Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan, mengekalkan kemapanan pertumbuhan
ekonomi serta mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Menurut beliau lagi, negara seperti
Australia dan Singapura boleh dijadikan perbandingan dalam pelaksanaan GST kerana
mempunyai geografi, demografi, budaya dan sistem perundangan yang hampir menyamai
Malaysia. Sesebuah negara perlu mempunyai sistem hasilnya yang tersendiri. Kepentingan
sistem hasil untuk negara bukan sekadar untuk membiayai keperluan perbelanjaan negara tetapi
juga untuk mencapai matlamat pengendalian ekonomi negara. Sistem hasil boleh diguna untuk
mempengaruhi peruntukan sumber dalam negara. Ia juga dapat mempengaruhi arah aliran
peruntukan penggunaan sumber ekonomi. Pada akhirnya ia juga boleh mempengaruhi kestabilan
ekonomi. Matlamat-matlamat ekonomi ini penting dalam pengurusan ekonomi sesebuah negara
semoga ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu menghala kepada
ekonomi mampan (Abdul Ghafar Ismail 1987).
Dalam usaha kerajaan mengubal dasar berkaitan sistem hasil negara, semangat keadilan ekonomi
dan kemantapan muafakat dikalangan rakyat perlu menjadi prinsip-prinsip asas utama. Tanpa
prinsip-prinsip tersebut mempengaruhi sistem hasil negara keutuhan dan keharmonian
masyarakat akan tercabar. Semangat tersebut adalah inti kepada kekukuhan dan kecapaian
kemajuan ekonomi negara secara berterusan kerana agenda ekonomi berkait rapat dengan
keunggulan keadaan sesebuah masyarakat. Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai
kekayaannya yang mampu menghasil pendapatan seperti tanah, hutan, bahan galian dan
sebagainya. Jika pendapatan dari sumber-sumber tersebut menyumbang secara besar-besaran
kepada keperluan negara maka jumlah cukai yang perlu dipunggut mungkin kecil dan ia juga
berkemungkinan cukai dikecualikan secara mutlak. Suasana tersebut berbeza dari sesebuah
negara dengan yang lain. Dasar fiskal yang berhemat adalah perlu untuk merangsang
keseimbangan ekonomi dalaman seperti kestabilan paras harga, pertumbuhan ekonomi dan guna
tenaga. Justeru, pemahaman hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan kutipan hasil cukai

adalah penting untuk menilai ketidakseimbangan fiskal. Realitinya, kerajaan persekutuan,


kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan berhadapan dengan tiga situasi fiskal iaitu sama ada
mengalami belanjawan lebihan, belanjawan defisit atau belanjawan berimbang. Ketiga-tiga
situasi fiskal tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan proses belanjawan yang
melibatkan perancangan perbelanjaan dan hasil (Anderson 1986). Maka, pemahaman hubungan
antara perbelanjaan kerajaan dengan hasil merupakan perkara penting yang perlu
dipertimbangkan oleh penggubal dasar belanjawan.
ANALISIS HASIL KERAJAAN TEHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI
Pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara itu dilihat dari beberapa faktor penentu seperti
penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih. Hasil cukai adalah merupakan
penyumbang utama kepada jumlah hasil kerajaan. Perbelanjaan kerajaan juga banyak bergantung
kepada hasil cukai yang berjaya dikutip dari pelbagai sektor yang menjalankan aktiviti ekonomi
di dalam negara ini. Kerajaan dapat melaksanakan pelbagai projek yang dapat menggerakkan
pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan dalam jumlah hasil cukai yang ada. Namun begitu,
pada tahun 2010, Malaysia masih mencatatkan nisbah hasil cukai kepada KDNK yang paling
rendah berbanding 34 buah negara maju yang lain, nisbah yang di catat oleh Malaysia adalah
sebanyak 19.5% dan nilai ini secara relatifnya terlalu rendah. Oleh yang demikian, akibat dari
nisbah hasil cukai kepada KDNK yang terlalu rendah, Malaysia mengalami kekurangan hasil
cukai, akhirnya memberi kesan kepada kerajaan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan
(BNM, 2010). Akibat dari hasil kerajaan yang tidak mencukupi itu, kesan terbesar yang terpaksa
dihadapi oleh kerajaan adalah kedudukan kewangan kerajaan yang cenderung defisit. Di
Malaysia, sistem percukaian yang diamalkan dilihat mempunyai asas yang sempit kerana terlalu
bergantung kepada cukai pendapatan. Dalam keadaan ini, jika sekiranya keuntungan syarikat
berkurangan, maka jumlah kutipan cukai pendapatan juga berkurangan dan ini sedikit sebanyak
mempengaruhi hasil kerajaan (Laporan Tahunan 2011)
Bagi menganalisis hasil kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi ianya boleh diukur melalui
Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK yang merupakan salah satu cara untuk mengukur
ekonomi sesebuah negara. Apa yang boleh dilihat secara terus melalui KDNK ini adalah nilai
keseluruhan pasaran, barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara untuk satu-satu
tempoh tertentu yang telah ditetapkan. KDNK ditafsirkan mengikut nilai-nilai wang yang terhasil

dalam pergerakkan ekonomi sesebuah negara (Suhaida 2010). Biasanya KDNK akan dikelaskan
mengikut beberapa pecahan tertentu yang harus mempunyai penilaian yang sama terhadap tiga
aspek utama, Pendekatan Produk (atau keluaran), Pendekatan Pendapatan (income approach) dan
Pendekatan Perbelanjaan (expenditure approach). Di mana penggunaan adalah merangkumi
perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh
kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri serta , sewa yang merupakan
pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga
untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha (wong Hock Tsen 2005). KDNK
dihitung dengan menjumlahkan semua nilai keluaran yang dikeluarkan oleh semua faktor
pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak mengambil kira nilai keluaran yang
dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara (KNK). KDNK menghitung nilai output
yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira
samada faktor tersebut adalah milikan negara atau milik negara asing (Suhaida 2010). KDNK
mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing di dalam negara.

ANALISA KDNK BERMULA TAHUN 2000 SEHINGGA 2010.


Bermula tahun 2000 , sektor Perkhidmatan merupakan sektor yang paling banyak menyumbang
dalam KDNK, ia menyumbang sebanyak 53.9% (RM113,408 juta) kepada KDNK pada tahun
2000, dan terus mengukuh 58.1% (RM152,205 juta) pada tahun 2005 dan sumbangannya
diunjurkan meningkat kepada 59.2% (RM208,086 juta) pada tahun 2010. Dalam pergerakkan
ekonomi sekitar tahun 2000 hingga ke tahun 2005 kita dapat menyaksikan perbezaan peratusan
KDNK yang sangat baik dengan perbezaan lebih kurang 5% untuk tempoh 5 tahun dengan
nisbah peningkatan setiap 1% setahun memberikan satu impak positif terhadap sektor
perkhidmatan di dalam negara. Namun pada sekitar 2008 dan 2009 sektor perkhidmatan telah
mencatatkan sedikit kemerosotan pada suku pertama terutama pada bidang berkaitan perkilangan
dan perdagangan namun menjadi bertambah baik pada suku kedua disumbangkan oleh sektor
perkhidmatan yang melibatkan aktiviti ekonomi dalam negeri, sektor kewangan serta pasaran
modal. Sektor pembuatan, yang merupakan jentera pertumbuhan kedua, menyumbang sebanyak
31.9% (RM67,250 juta) pada tahun 2000, dan menyusut kepada 31.4% (RM82,394 juta) pada
tahun 2005 dan diunjurkan kembali mengukuh 32.4% (RM113,717 juta) pada tahun 2010 .

Disini terdapat beberapa faktor ketidakstabilan pasaran dalam sektor pembuatan yang
menyaksikan penurunan 0.5% . Ianya mula pulih semula apabila permintaan dan penawaran
dalam pasaran meningkat semula pada tahun 2008 sehingga 2009, dimana sektor pembuatan
pulih dan mencatatkan keputusan positif pada suku keempat berikutan pemulihan dalam
permintaan luar. Sektor pembinaan pula kekal positif disebabkan oleh projek berkaitan
pembinaan dibawah Rancangan Malaysia Ke9(RMK9). Sektor pertanian, jentera ketiga KDNK,
hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000, menyusut 8.2% (RM21,585 juta)
pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8% (RM27,518 juta) pada tahun 2010. Namun
pada sekitar 2008 dan 2009 , sektor pertanian telah disokong oleh pengeluaran minyak sawit
serta pengeluaran bahan perikanan dan penternakan yang lebih tinggi. Namun pada separuh
tahun kedua, semua sektor ekonomi terjejas akibat kemerosotan global dan pembetulan harga
terhadap pasaran komoditi. Walau bagaimanapun, dari segi nilai tambah, ketiga-tiga sektor
mencatatkan peningkatan bagi tempoh 2000 2010. Adalah jelas peratus sumbangan sektor
perkhidmatan dan pembuatan meningkat pada tahun 2010 sedangkan peratus sumbangan sektor
pertanian kepada KDNK bukan sahaja menyusut pada tahun yang sama malah nilainya jauh
lebih kecil. Berikut disertakan beberapa gambarajah mengenai KDNK di dalam semua sektor
yang terlibat mengikut laporan yang telah di keluarkan oleh Bank Negara :

GRAF BERMULA TAHUN 2006 - 2010

GRAF BERMULA 2002 - 2004


Awal tahun 2002 sehingga 2004 menyaksikan turun naik ekonomi negara akibat ketidaktentuan
pasaran semasa. Awal tahun 2003 menyaksikan pertumbuhan ekonomi telah melebihi unjuran
awal yang dijangka. Namun pada ketika itu, berlaku sedikit naik turun dalam pasaran akibat
dunia dikejutkan dengan kehadiran wabak SARS. Namun ia tidak sedikit pun menjejaskan
kedudukan Graf KDNK Benar pada awal 2003. Ekonomi mula pesat pada separuh tahun kedua
dengan memberi impak yang agak baik pada KDNK kerana wabak SARS sudah mula
berkurangan pada pertengahan 2003. Kebimbangan terhadap SARS juga berjaya dibendung pada
peringkat global. Pakej Rangsangan yang dirancang dilihat tepat dengan didorong oleh harga
komoditi yang lebih tinggi, khususnya pada pengeluaran minyak sawit dan getah.

Sektor
perlombongan mengembang sewaktu keadaan dalam dan luar negeri terus kukuh. Ini adalah
kerana ketika itu berlaku peningkatan kapasiti terhadap pengeluara serta permintaan terhadap

minyak dan gas. Sektor pembinaan pula dilihat mengembang dengan sederhana sahaja kerana
pertumbuhan subsektor kejuruteraan awam yang perlahan berikutan siapnya beberapa projek
yang telah di swastakan. Sepanjang 2003 sehingga 2004 pertumbuhan KDNK banyak
dipengaruhi sumbangan oleh swasta yang telah menyumbang sebanyak 5.2%. Sektor isi rumah
dan korporat pula mendapat faedah daripada peningkatan pendapatan boleh guna dan permintaan
luar negeri yang semakin mengukuh.

Rajah KDNK 2002 sehingga 2004

Sekitar 2006 ekonomi Malaysia dilihat terus meningkat dan lebih berdaya tahan kerana
kedudukan KDNK benar telah meningkat 5.9% lebih tinggi dari pertumbuhan 5.2% tahun lalu
(2005) . Swasta sekali lagi menjadi penyumbang terbesar dalam perkembangan ekonomi semasa
dengan meningkatnya permintaan terhadap eksport untuk bahan elektronik dan komoditi. Tahun
2006 telah menyaksikan permintaan dalam negeri agregat terus bertambah kukuh sebanyak
7.4%. Pelaburan swasta juga terus bertambah kukuh akibat didorong oleh perbelanjaan modal
yang ketara dalam semua subsektor utama.

Tahun 2007 pula menyaksikan persekitaran ekonomi negara terus mengukuh dalam setiap bidang
kecuali persekitaran ekonomi yang dilaporkan agak lemah dan perlahan. Namun dalam masa
yang sama KDNK benar meningkat dengan lebih banyak iaitu sebanyak 6.3% dan terus di
perteguh dengan peningkatan perbelanjaan sektor awam. Sektor awam telah menerima pelarasan
gaji yang menaik dari semua peringkat sekaligus memperkukuh penggunaan pada separuh tahun
kedua. Permintaan dalam negeri agregat juga terus meningkat dengan kukuh sebanyak 10.5%
pada 2007 dan sekali lagi sektor swasta masih memainkan peranan utama. KDNK pada 2008
pula dilihat agak merosot disebabkan kemerosotan pasaran kewangan dunia dan krisis ekonomi
antarabangsa telah menyebabkan KDNK menguncup kepada 4.6 % sahaja. Walaupun permintaan
luar negeri kukuh pada separuh tahun pertama, keadaan ekonomi global yang merosot dengan
mendadak dan pembetulan dalam harga komoditi telah mendorong kepada kemerosotan yang
ketara dalam permintaan luar negeri pada separuh kedua tahun 2008, permintaan dalam negeri
agregat berkembang 6.9%, disokong oleh penggunaan swasta dan perbelanjaan awam yang
kukuh. Harga komoditi yang tinggi, guna tenaga yang stabil dan persekitaran pembiayaan yang
kondusif telah mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta pada separuh
tahun pertama. Pertumbuhan turut disokong oleh pembayaran bonus untuk kakitangan awam dan
rebat tunai bagi subsidi bahan api pada separuh tahun kedua. Untuk tahun 2009 dan 2010
menyaksikan naik turun graf yang agak tidak stabil dipengaruhi ketidak tentuan harga komoditi
dan kejatuhan ekonomi Amerika. Kemerosotan yang berlaku telah menyebabkan penguncupan
yang ketara pada ekonomi Malaysia dan ianya telah merosot sebanyak 1.7% pada separuh tahun
pertama. Kerajaan lantas memulakan perlaksanaan langkah rangsangan fiskal yang pantas dan
pelonggaran dasar monetari . Hasilnya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia telah
meningkat pada suku keempat dengan peningkatan 4.5% akibat dari peningkatan semula hasil
sokongan permintaan dalam dan luar negeri.

Bagi tahun 2010 , kerajaan terus mengorak

langkah dengan pemulihan semula sejajar dengan beberapa pemulihan ekonomi global.
Pertumbuhan ekonomi dilihat berlaku dengan pantas namun menghadapi saat sukar kerana
cabaran berlaku terhadap aliran turun naik modal dan tekanan inflasi yang semakin meningkat.
Peningkatan sebanyak 7.2% , dipacu oleh sektor swasta serta sektor awam yang juga turut
menyumbang kerana perlaksanaan program penambahbaikan infrastuktur negara dan sistem
penyampaian sektor awam yang berterusan. Sebaris dengan peningkatan itu juga, negara

menyaksikan permintaan luar negeri meningkat semula dengan lebih kukuh yang mana ia turut
disokong oleh permintaan luar negeri yang kukuh walaupun masih bersifat sederhana.

SUMBANGAN PELABURAN SEKTOR SWASTA TERHADAP PERTUMBUHAN KDNK


NEGARA.
Sumbangan sektor swasta telah banyak membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
Peranan swasta dilihat sebagai penyumbang terbesar terhadap pembangunan ekonomi negara.
Penggunaan Swasta telah meningkat dan memberi impak besar dan menjadi komponen utama
apabila ia meningkat pada purata tahunan 7.4% utk tempoh antara tahun 2000 sehingga 2009.
Ianya sekaligus melepasi pertumbuhan purata KDNK sebanyak 48% , sekaligus menjadikan
bahagian penggunaan swasta benar dalam KDNK meningkat stabil sebanyak 43.8% bagi tahun
2000 dan 53.5% pada 2009 dan terus meningkat pada suku pertama 2010. Secara
keseluruhannya, Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam
lingkungan 5 - 6% dan hasilnya, pendapatan isi rumah terus meningkat pada kadar purata 5%
setiap tahun dalam keadaan pasaran kerja yang baik, dengan kadar pengangguran yang rendah.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita dan telah bertambah dari RM15,169 pada
tahun 2000 kepada RM27,113 pada tahun 2010. Peningkatan paras pendapatan ini telah
meningkatkan taraf hidup serta menaiktaraf kapasiti para pengguna terhadap permintaan untuk
barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi. Peningkatan taraf kehidupan pengguna juga telah
mendorong ke arah penggunaan swasta (private consumption), yang pada waktu ini menjadi
salah satu faktor utama kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Sebagai contoh, pada tahun
2003, pertumbuhan KDNK diterajui oleh sektor swasta. Perbelanjaan swasta menyumbang 2.5
mata peratusan daripada kadar pertumbuhan sebanyak 5.2%. Sektor isi rumah dan korporat
mendapat faedah daripada peningkatan pendapatan boleh guna, terma perdagangan yang
bertambah baik dan permintaan luar negeri yang semakin kukuh. Hasil daripada pendapatan
boleh guna yang lebih tinggi, terutamanya isi rumah, penggunaan sektor swasta meningkat 5.1%.
Di samping itu, kadar faedah yang rendah berserta kadar tabungan yang tinggi mendorong sektor
isi rumah meningkatkan pinjaman mereka bagi perbelanjaan penggunaan. Langkah-langkah
yang dilaksanakan di bawah Pakej Ekonomi pada bulan Mei meningkatkan keyakinan pengguna,
seterusnya menyokong perbelanjaan penggunaan. Rumusan serta kesimpulan yang dapat dibuat
melalui analisa ini ialah tentang pertumbuhan KDNK semasa yang kekal stabil walaupun negara

berdepan dengan pelbagai krisis dan ekonomi dari dalam dan luar negara. Sumbangan swasta
yang berterusan serta pengurusan ekonomi yang baik serta pengawalan oleh Bank Negara
menerusi kerajaan sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor kestabilan ekonomi semasa.
Cabaran global yang kelak perlu di hadapi kerajaan ialah apabila kita berdepan dengan krisis
bakal kehabisan sumber utama seperti minyak. Ekonomi dilihat harus terus dijana oleh sektor
lain selain dari sumber minyak. Kenaikkan harga komoditi seperti getah sekitar tahun 2009
2010 sedikit sebanyak dapat memberi impak yang lebih positif kepada pertumbuhan ekonomi
semasa. Dengan pengumaman kerajaan terhadap KDNK semasa bagi tahun 2011, sebanyak
5.2%, ia sekaligus membuktikan kestabilan graf politik negara terus kekal baik meskipun
berhadapan dengan cabaran global Krisis Ekonomi Amerika dan Krisis Hutang di Eropah.

KESIMPULAN
Ekonomi berasaskan hasil negara adalah penting untuk negara terus mencapai pertumbuhan
ekonomi yang mapan dan kekal berdaya saing di peringkat global. Pengalaman negara-negara
maju telah membuktikan bahawa pembangunan dan kekayaan didorong oleh hasil Negara.
Walaupun pelbagai langkah telah dan terus diambil untuk maju ke arah ekonomi, usaha
bersepadu untuk mempercepatkan peralihan ini perlu dilaksanakan, terutamanya dalam
pembangunan sumber manusia, S&T, R&D, infrastruktur, infostruktur serta pengurangan jurang
digital dalam menganjak ke arah ekonomi yang lebih maju. Strategi merancang kutipan hasil dan
kemudiannya membuat keputusan perbelanjaan memudahkan pihak kerajaan membuat
perancangan belanjawan dengan sumber hasil fiskal yang sedia ada. Sebaliknya, jika kerajaan
memilih strategi merancang perbelanjaan terlebih dahulu dan kemudiannya barulah memungut
hasil, kemungkinan besar kerajaan akan terlebih belanja (over spend) dan mengalami defisit. Ini
kerana, hasil fiskal akan mengalami turun naik mengikut suasana kitaran ekonomi. Misalnya,
semasa ekonomi melambung hasil fiskal akan meningkat sebaliknya semasa kemelesetan
ekonomi kutipan cukai akan berkurangan. Maka, dalam hal ini sudah pasti kerajaan terpaksa
meminjam sama ada dari dalam atau luar negeri untuk menampung kekurangan hasil cukai
tersebut. Maka, jelaslah berdasarkan pengalaman negara Malaysia (sama ada kerajaan
persekutuan atau kerajaan negeri), deficit belanjawan yang berlaku adalah disebabkan oleh
strategi belanjawan yang lebih menekankan kepada perbelanjaan dan bukannya jumlah hasil.

RUJUKAN
1. Abdul Ghafar Ismail. (1987). Pertumbuhan Perbelanjaan Awam di Malaysia, 1960-1986.
Kertas kerja kursus Pembiayaan Awam, Fakulti Ekonomi, UKM. Tidak diterbitkan.
2. Anderson, W., Wallace, M. S., & Warner, J. T. (1986). Government spending and taxation:
what causes what? Sourthern Economic Journal, 630-639.
3. Barro, R. J. (1979). On the determination of public debt. Journal of Political Economy, 81,
940-971.
4. Bhat, K. S., Nirmala, V., & Kamaiah, B. (1993). Causality between tax revenues and
expenditure of Indian states. The Indian Economic Journal, 40(4), 108-117.
5. Blackley, P. (1986). Causality between revenues and expenditure and the size of the federal
budget. Public Finance Quarterly, 14, 139-156.
6. Bohn, H. (1991). Budget balance through revenue or spending adjustment? Some historical
evidence for the United States. Journal of Monetary Economics, 14, 139-156.
7. Buchanan, J., & Wagner, R. W. (1977). Democracy in deficit. New York: Academic Press.
8. Buchanan, J., & Wagner, R. W. (1978). Dialogues concerning fiscal religion. Journal of
Monetary Economics, 4, 627-636.
9. Darrat, A. F. (1998). Tax and spend, or spend and tax? An inquiry into the Turkish budgetary
process. Southern Economic Journal, 64, 940- 956.
10.

Enders, W. (1995). Applied Econometric Time Series. John Wiley & Sons, Inc. : New

York.
11.

Engle, R. F., & Granger, C. W. J. (1987). Co-integration and error correction:

representation, estimation and testing. Econometrica, 55, 251-276.


12.

Fasano, U., & Wang, Q. (2002). Testing the relationship between government spending

and revenue: evidence from GCC countries. (Working Paper). IMF WP/02/201.
13.

Fuller, W. A. (1976). Introduction to statistical time series. New York: John Wiley and

Sons.
14.

Ghura, D. (1998). Tax revenue in sub-saharan africa: effects of economics policies and

corruption. (Working Paper). IMF WP/98/135.


15.

Gonzalo, J. (1994). Five alternative methods of estimating long-run equilibrium

relationships. Journal of Econometrics, 60, 203-233.

16.

Granger, C. W. J. (1969). Investigating causal relations by econometric models and cross-

spectral methods. Econometrica, July, 424-438.


17.

Holtz-Eakin, D., Newey, W., & Rosen, H. (1987). The revenue-expenditure

nexus:evidence from local government data. (Working Paper). No. 2180, National Bureau of
Economic Research, Cambridge, MA.
18.

Johansen, S., & Juselius, K. (1990). Maximum likelihood estimation and inferences on

cointegration with application to the demand for money. Oxford Bulletin of Economics and
Statistics, 52, 169-210.
19.

Johansen, S. (1988). Statistical analysis of cointegration vectors. Journal of Economic

Dynamic Control, 12, 231-254.


20.

Jones, J. D., & Joulfaian, D. (1991). Federal goverment expenditure and revenue in the

early years of the American Republic: evidence from 1792 to 1860. Journal of
Macroeconomics, 13(1), 133-155.
21.

Joulfaian, D., & Mookerjee, R. (1990a). Dynamics of government revenue and

expenditures in industrial economics. Applied Economics, 23, 1839-1844.


22.

Joulfaian, D., & Mookerjee, R. (1990b). The government revenue expenditure nexus:

evidence from a state. Public Finance Quarterly, 18, 92-103.


23.

Keynes, J. M. (1936). The General Theory of Employment, Interest and Money. London:

Macmillan.
24.

Koren, S., & Stiassny, A. (1998). Tax and spend, or spend and tax? An International

Study. Journal of Policy Modelling, 20 (2), 163-191.


25.

Manage, N., & Marlow, M. L. (1986). The causal relation between federal expenditure

and receipts. Southern Economic Journal, 52 (January), 617-629.


26.

Manage, N., & Marlow. M. L. (1987). Expenditures and receipt: Testing for causality in

state and local goverment finance. Public Choices, 53, 243-255.


27.

Meltzer, A. H., & Richard, S. F. (1981). A rational theory of the size of the goverment.

Journal of Political Economy, 89, 914-927.


28.

Mohd Azlan Shah Zaidi, & Zulkefly Abdul Karim. (1999). Pertumbuhan ekonomi dan

perbelanjaan awam dan swasta: analisis teori dan realiti di malaysia. Dalam Pasca sidang
Seminar Fakulti Ekonomi, Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan Realiti di
Malaysia, (m/s 36-52).

29.

Wong Hock Tsen & Lim Kian Ping (2005) The Relationship Between Government

Revenue And Expenditure In Malaysia IJMS 12 (2), 53-72


30.

Roshaiza Taha, Loganathan, Nanthakumar and Sisira R.N. Colombage (2011). The

Effect of Economic Growth on Taxation Revenue: The Case of a Newly Industrialized


Country. International Review of Business Research Papers Vol. 7. No. 1. January 2011. Pp.
319 329
31.

Suhailah Binti Zaafar, Zulkefly Abdul Karim & Mohd Azlan Shah Zaidi (2014).

Hubungan Di Antara Pertumbuhan Ekonomi, Perbelanjaan Dan Hasil Kerajaan: Kajian Kes
Di Negeri Sarawak. PROSIDING PERKEM ke-9 (2014) 71 - 80 ISSN: 2231-962X.
32.

Zulfefly Abdul Karim, Aminudin Mokhtar, Norain Mod Asri (2006) Hubungan antara

hasil dengan perbelanjaan kerajaan Negeri Dimalaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia (40) 59-93.
33.

Zulfefly Abdul Karim & Aminudin Mokhtar (2005). Hubungan antara hasil dengan

perbelanjaan: Bukti Empirikal Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negei Dimalaysia. IJMS
12 (2) 145-170
34.

http://www.bnm.gov.my/?ch=bm_press&pg=bm_press_all&ac=634&lang=bm

35.

Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus & Normala Mehat (2013) Kefahaman Dan

Kesediaan Pengguna Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Gst): Satu
Tinjauan Awal. Prosiding PERKEM VIII, Jilid 2 (2013) 688 - 702 ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII (PERKEM VIII) Dasar Awam Dalam
Era Transformasi Ekonomi: Cabaran Dan Halatuju Johor Bahru, 7 9 JUN 2013.
36.

Chin Yoong Kheong, 1997. Malaysian Taxation. 4th Edn., Asia: Butterworths

37.

Laporan Tahunan (2011) Bank Negara Malaysia

38.

Laporan Tahunan (2010) Bank Negara Malaysia

39.

Laporan Tahunan (2006) Bank Negara Malaysia

40.

Laporan Tahunan (2002) Bank Negara Malaysia

41.

Tan Song Wee (2012) Pembangunan Sektor Kewangan dan Pertumbuhan Ekonomi di

Malaysia: Suatu Kajian Semula. PROSIDING PERKEM VII, JILID 1(2012) 137-149ISSN:
2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII)Transformasi
Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara MajuIpoh, Perak, 46 Jun 2012

Anda mungkin juga menyukai