Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Jurnal:

Perubahan Generasi dan Perkembangan Demokrasi di Malaysia Pasca Pilihan


Raya Umum ke-12

1.0 Pengenalan
Jurnal ini adalah hasil penulisan Mujibu Abd Muis, Prof. Zaliha Hj. Hussin dan Badrul
Azmier Mohamed@ Bakar. Ketiga-tiga penulis ini merupakan barisan Pensyarah
Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara,
Shah Alam. Jurnal ini secara keseluruhannya berkisar tentang Keputusan PRU 2008
yang telah mengubah senario politik di Malaysia. Selain itu, ia juga membincangkan
perubahan senario politik semasa melalui perkembangan dan amalan demokrasi di
Malaysia yang sudah diketahui umum mempunyai masyarakat pelbagai majmuk.
Perbincangan yang diutarakan juga mengupas kesan perubahan secara langsung
dan tidak langsung kepada suasana politik Malaysia dengan menggariskan
beberapa indikasi baru bagi memahami perubahan yang berlaku.

2.0 Isi Utama


Terdapat 4 kupasan isu utama yang dibincangkan dalam artikel ini. Kesemua
perbincangan merumus perkembangan senario politik di Malaysia.

2.1 Demokrasi Dan Perkembangannya Dalam Politik Malaysia


Malaysia dianggap sebuah negara demokrasi kerana kesemua elemen yang
perlu wujud secara teori dan falsafah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan
demokrasi di Malaysia adalah berbeza dari segi amalannya. Menurut penulis,
demokrasi di Malaysia hanya bersifat penyamaran sahaja kerana ia berlainan
daripada teorinya yang asal. Ini menyebabkan Malaysia digelar sebagai negara yang
mengamalkan demokrasi tanpa konsensus (Von Vorys, 1975), demokrasi palsu dan
separuh (Case, 1993), demokrasi statis ( Jesudason, 1995) dan demokrasi terhad
(Crouch, 1996).
Penulis menjelaskan bahawa demokrasi ini sebenarnya diwarisi dan diubah
suai daripada British. Sistem politik Tanah Melayu pada asalnya banyak dipengaruhi
oleh corak sosio-budaya masyarakat yang feudal menerusi autonomi dan kuasa
yang dinyahpusatkan antara sultan dan pembesar (Gullick, 1972).

1
2.2 Demokrasi Permuafakatan:Pilihan Terbaik Atau Tiada Pilihan?
Tidak banyak isu yang dikupas dalam perbincangan kedua ini. Hampir
keseluruhan perbincangan hanya menyentuh soal permuafakatan dalam demokrasi
di Malaysia. Secara umumnya, penulis sendiri serta ramai lagi sarjana bersetuju
bahawa sistem demokrasi yang dilaksanakan adalah bersifat permuafakatan. Ini
disorong oleh faktor masyarakatnya yang bersifat majmuk, terpisah, dan sentiasa
bersaing. Penulis menggambarkan situasi demokrasi seperti ini sebagai bermasalah
dalam urus tadbir negara yang boleh menggugat keharmonian dan kestabilan untuk
jangka panjang.

2.3 Demokrasi Sebelum Pru-12: Perubahan Dan Pendemokrasian


Isu ketiga ini membincangkan dominasi politik BN di Malaysia setelah hampir
53 tahun memerintah. Penguasaan BN dalam setiap pilihan raya, menjadikannya
terus berkuasa. BN juga mempunyai kata putus dalam setiap cadangan yang
diajukan. Hal ini berterusan sehinggalah PRU-12, 2008. Selepas PRU-12,
kemampuan BN dipersoalkan sehingga timbul desas-desus penolakan pada PRU
akan datang. Penulis berpendapat bahawa globalisasi telah menghakis dominasi
BN. Ini kerana, kelebihan yang dimiliki BN menjadikannya sukar dikawal malah
ditambah pula dengan proses globalisasi yang mengurangkan lagi ruang bagi rakyat
untuk bergantung pada negara.

2.4 Memahami Gelombang Demokrasi Baru: Analisis Pasca Pru-12


Isu keempat mengupas pelbagai isu-isu yang dikenal pasti sebagai punca
kepada pengurangan pengaruh BN dalam PRU-12. Isu-isu yang dinyatakan
termasuklah yang berkaitan dengan ekonomi, kemuakan rakyat terhadap politik
retorik BN, ketidak adilan, peranan media baru, dan janji-janji pembaharuan yang
tidak kesampaian. Malah, penulis dan juga ramai sarjana sebulat suara menyatakan
kenaikan melampau harga minyak dan kelembapan ekonomi global sebagai punca
utama. Ini disokong oleh faktor kekukuhan ekonomi yang diwarisi dari Tun Dr.
Mahathir dan juga rekod bersih Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak dapat
dipertahankan.

2
3.0 Kekuatan Jurnal
Jurnal ini mempunyai 2 kekuatan. Yang pertama adalah kesungguhan penulis
untuk mengupas isu berkaitan perkembangan demokrasi di Malaysia yang
dihuraikan secara teratur dengan sokongan daripada pengkaji-pengkaji lain. Selain
pernyataan sokongan literatur, jurnal ini juga mengguna-pakai isu-isu politik semasa
dengan bernas yang disertakan dengan hujah mengikut isu yang dibincangkan.
Kedua adalah penelitian ilmiah yang menggunakan garis masa dalam huraian
PRU memudahkan pemahaman pembaca terhadap mesej yang ingin disampaikan
penulis. Dengan menggunakan garis masa, perkaitan antara isu-isu demokrasi
dapat diceritakan dengan jelas dan memberi impak kepada pembaca.

4.0 Kritikan Jurnal


Kelemahan jurnal ini ialah tiada kajian yang dijalankan oleh penulis. Jurnal ini
hanya semata-mata merupakan penerangan fakta tentang perkembangan
demokrasi di Malaysia yang disokong oleh catatan pada setiap PRU. Untuk
memberikan impak bacaan yang berkesan, penulis sepatutnya menjalankan kajian
deskriptif agar teori-teori berkaitan politik dapat diuji sekiranya benar demokrasi di
Malaysia hanyalah sekadar terhad atau palsu seperti yang dinyatakan penulis dalam
para 2.1.

5.0 Rumusan Jurnal


Secara keseluruhannya, jurnal ini berjaya mengupas isu-isu berkaitan
perkembangan demokrasi di Malaysia dengan berkesan. Kekuatan demokrasi BN
memang tidak dapat disangkal berikutan kemenangan besar setiap kali PRU
dijalankan. Gabungan faktor-faktor perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah,
pengawalan dan pembangunan menjadi asas kekuatan BN mendominasi politik
Malaysia. Walaupun ianya sedikit dicabar akibat perubahan yang dibawa oleh
globalisasi, perkembangan teknologi dan perubahan generasi, BN masih betah
bertahan. Walau bagaimanapun, BN didapati tidak berupaya untuk bersaing secara
terbuka dengan parti pembangkang.

3
Rujukan
Jesudason, J. V. (1995). Statis democracy and the Limits to Civil Society in
Malaysia. Journal Commonwealth & Comparative Politics. Vol. 33, No. 3, 335-
356.

Case, W. (1993). Malaysia: ! e Semi Democratic Paradigm. Asian Studies Review.


Vol. 17, No. 1, 75-82.

Crouch, H. (1996). Government and Society in Malaysia. Singapore: Talisman


Publishing.

Staff Directory (2016). Universiti Teknologi Mara. Diakses pada 21 Ogos 2016
daripada http://fsppp.uitm.edu.my/v1/fsppp/staff-directory.html?id=110&
task=view.

Von Vorys, K. (1975). Democracy Without Consensus: Communalism and Political


Stability in Malaysia. Princeton: Princeton University Press.

Anda mungkin juga menyukai