Anda di halaman 1dari 13

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

LAPORAN

KAJIAN

PERINDUSTRIAN

POLISI

KERAJAAN

TERHADAP

MACRO

DALAM

DASAR

EKONOMI

DI

MALAYSIA

PENGENALAN
Latar belakang
Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha
untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan
bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah
melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih
pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada
industri-industri yang bercorak gantian import.
Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan
pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang
berasaskan eksport dan industri yang menggunakan ramai buruh.
Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan
menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas
perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih
tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan
___________________________________________________________________________

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

memainkan peranan secara langsung di dalam merancang, melaksana, membiayai dan


mengurus industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung
perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja
melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa
yang panjang.

Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60-an, 70-an
dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di
dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika
dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu
bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu
keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan
keluaran negara-negara asing.
Ini disebabkan tahap teknologi makro ekonomi dan politik sosial yang masih rendah dan
kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi
yang diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubung kait di antara sektor
perindustrian dengan sektor-sektor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan
ke belakang (back-ward and forward integration.) Industri-industri yang ditubuhkan juga
kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti
pemasangan sahaja.

___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

|2

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam
pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat- matlamat jangka panjang yang disokong
dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru.
Selaras dengan hasrat untuk mengenal pasti kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya,
kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM bertujuan untuk menyemak
dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula
galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport.

Selain itu, PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am
dalam mengenal pasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh
dengan pesat. Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas yang
terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.

FOKUS KAJIAN
___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

|3

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Penggubalan Dasar
Penggubalan

dasar

perindustrian

negara

melambangkan

keazaman

kerajaan

untuk

mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama
pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985 1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad
80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan
memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenal pasti dan mengatasi
kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini.

Seandainya masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan
peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi
menambah

eksport,

mengadakan

lebih

banyak

peluang-peluang

pekerjaan

serta

memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.


Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang kukuh bagi negara ini
menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. Jelas di negara-negara perindustrian yang ada
sekarang, sektor perkilangan (selain daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang
terpenting dalam menggerakkan jentera pembangunan negara.

Banyak negara maju dan negara perindustrian dahulunya merupakan negara- negara pertanian
yang mundur, tetapi oleh kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan bersungguh___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

|4

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

sungguh, hari ini mereka telah maju. Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu
kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan
peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi
setiap tahun.
Industri berat mempunyai potensi jangka panjang dalam proses rancangan perindustrian
negara kerana dasar ini adalah merupakan satu langkah ke arah satu ekonomi yang lebih
kukuh dengan memperluas dan mengukuhkan asas dan struktur perkilangan agar ianya terus
mampu menghadapi pertumbuhan dan kematangan.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektlf Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian
pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:
(a) Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara;
(b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
(c) Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan sebagai
asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
KUMPULAN SASARAN

___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

|5

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Dasar Industri Berat dijangka akan mencapai kumpulan sasaran berikut:


1)

Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih

teknologinya sendiri.

Dengan

memproses dan menghasilkan

itu,

sophisticated

untuk

memajukan

perindustrian di Malaysia tidaklah hanya

barang-barang

setakat

pengguna yang mudah, tetapi sebaliknya

dapat menge luarkan bahan-bahan mentah serta jentera-jentera perindustrian dan barangbarang

gantian import untuk keperluan negara secara kompetitif. Ini dapat di buktikan

melalui pengalaman-pengalaman negara luar seperti Arab Saudi melali pengeluaran utama
minyak dunia (eksport terbesar) dengan harga yang tetap (fix) sekitar tahun 1985. Dengan
kadar harga yang tinggi maka Arab Saudi merupakan sebuah negara yang ekonominya sangat
stabil. Selain itu, Hong Kong dan Cina mengekalkan sektor kewangan dan ekonomi yang kuat
dan terbesar di Asia Tenggara melalui pengeluaran produk kesihatan. Dengan adanya sistem
yang digunapakai untuk menstabilkan sumber ekonomi serta pemantapan pasarannya maka
negara Cina juga dikategorikan sebagai sebuah negara yang stabil dari segi makro ekonominya.
2) Mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi asing. Dengan
ini, negara

boleh

menyelamatkan tukaran wang asing dan seterusnya mengasaskan

langkah berjaga-jaga ke atas ketidak-tentuan harga dan bekalan bahan-bahan keperluan


strategik.
3) Mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia untuk mengatasi
dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju terhadap barangan yang dihasilkan
oleh perindustrian intensif buruh negara-negara membangun.

___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

|6

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

4) Industri berat dijangka dapat meningkatkan keupayaan

industri-industri

kecil

industri sokongan di samping mengwujudkan industri-industri pertengahan yang

dan
baru.

Pengalaman di negara-negara lain menunjukkan bahawa pelaburan dan gunatenaga yang


diwujudkan oleh industri-industri pertengahan, sokongan dan kecil ini adalah lebih besar
dari yang ditimbulkan oleh industri-industri berat itu sendiri.

PELAKSANAAN TINDAKAN
Strategi Pelan Induk Perindustrian
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah mengenal pasti 12 sektor industri yang
patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber
tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia,
logam bukan ferus dan keluaran- keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan
industri yang bukan berasaskan sumber iaitu elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan,
mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah
dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri
negara. PIP juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya Malaysia dapat
mencapai taraf sebuah negara perindustrian:
(a) Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar. Untuk mengekalkan kadar
pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada pengeksportan
keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi

___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

|7

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

satu faktor penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi
dan lebih kompetitif;
(b) Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport dan
mempelbagaikan serta meningkatkan industri-industri bukan berasaskan sumber untuk eksport.
Dari 12 sektor industri yang terpilih, beberapa keluaran/industri telah dikenal pasti sebagai
keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan;
(c) Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport.
Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudah pun membuat pelaburan yang banyak dalam
beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan kepada memastikan kejayaan
projek-projek itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri berat yang lain;
(d) Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu;
(e) Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat
(f) Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan memberi tumpuan
kepada pertumbuhan industri- industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan
infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri- industri diutamakan di sepanjang western
corridor di pantai barat Semenanjung yang mempunyai hampir 75 80 peratus penduduk dan
di mini corridor di pantai timur. Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan sekitar Kota
Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak seperti
Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu;

___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

|8

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

(g) Memodenkan dan menyusun semula struktur perindustrian dengan mempertingkatkan


pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang
belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di negara Taiwan dan menyusun semula
industri-industri yang kurang berkesan tetapi penting dalam ekonomi negara;
(h) Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada pembangunan sektor
pembuatan serta menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk
memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi.
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Industri berat memerlukan modal besar, teknologi yang

tinggi dan sophisticated dan

pekerja mahir. Ini dapat kita lihat menerusi makro ekonomi negara Cina dimana negara
tersebut berjaya membangun dengan pesatnya menerusi hasil pengeluaran produk kesihatan,
kecantikan, industri berat dan sebagainya. Modal yang besar serta risikio yang harus
ditanggung oleh syarikat di negara berkenaan dapat dipantau dan distabilkan melalui kajiankajian oleh pakar ekonomi mereka.
Selain dari Kerajaan, tidak ada pelabur-pelabur

tempatan yang sanggup melabur modal

dalam projek-projek yang sebegini besar. Pelabur-pelabur tempatan juga tidak mempunyai
teknologi yang diperlukan.

Dengan demikian, pelaburan dalam bidang ini terpaksa

diusahakan oleh Kerajaan dan pelabur-pelabur asing.


Kesemua projek-projek ini adalah memerlukan bahan-bahan atau komponen-komponen
tertentu dalam pengeluarnnya. Di sini timbullah peranan yang patut dimainkan oleh industriindustri sokongan dan kecil untuk membekalkan bahan-bahan tersebut.

Dengan itu,

___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

|9

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

perlaksanaan program industri berat mempunyai serampang dua mata iaitu mengwujudkan
projek industri berat

itu

sendiri

dan meningkat keupayaan industri sokongan atau

mengwujudkan industri-industri baru. Di sini pelabur-pelabur tempatan swasta haruslah


memainkan

peranan aktif bagi mengwujudkan 'secondary industries'

yang berasaskan

'high-teknologi'

dan

berkeupayaan mempercepatkan pertumbuhan industri pertengahan

dan sederhana.

Dengan tidak secara langsung ianya akan mengwujudkan industri gantian

import pusingan kedua dan 'resource-based industries' untuk eksport.


Selama ini, Kerajaan adalah merupakan pelabur yang

terbesar sementara

kurang memainkan peranan dan pelaburannya adalah terlalu lembap.


dinamik di mana ia lebih bertindak balas kepada
memberi

perhatian

pembangunan.

Pada

kepada

galakan

dan

sektor swasta

Sektor

ini

perlindungan

'new areas' dan berbelanja untuk

tidak
tanpa

penyelidikan dan

masa-masa yang lepas sektor swasta lebih memandang ke dalam

(inward-looking) dan polisi ditujukan ke arah itu iaitu gentian import dan galakan
perlindungan tanpa memikirkan persaingan dalam pasaran dunia. Dasar perindustrian berat
diharap dapat mengubah keadaan ini agar sektor swasta meningkatkan pelaburan mereka
dan

mengambil bahagian cergas dalam pembangunan ekonomi melalui

perindustrian berat yang lebih sophisticated yang akan mengwujudkan

program

industri-industri

sokongan dan berkemampuan untuk bersaingan dalam pasaran dunia.


Kebanyakan pelaburan sehingga hari ini, adalah 'assembly of packaging type' yang gagal
memberi peluang untuk 'forward or backward linkages'.
perindustrian telah berlangsung selama

25 tahun, Malaysia

Akibatnya, walaupun proses


masih belum

mempunyai

___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

| 10

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

'industrial elite'

dan

masyarakat

perindustriannya

sendiri. Malaysia perlu mempunyai

kedua-dua ini jika mahu terus maju setanding dengan negara-negara perindustrian yang lain.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Oleh kerana industri berat memerlukan teknologi yang sophisticated dan kemahiran yang
tinggi di mana ianya menjadi masalah di Malaysia, cadangan kajian dasar ini memerlukan
pengimportan kedua-dua sumber itu secara mengadakan usahasama dengan pelabur asing.
Rakan perkongsian asing dimestikan menyediakan kerjasama dan bantuan dalam melatih
pekerja, pengendalian dan pengurusan projek.

Ini adalah bagi menentukan pemindahan

teknologi berjalan dengan berkesan dan projek mencapai kejayaan.

Insentif berbentuk kredit, tariff atau subsidi patutlah

diberi

kepada

projek-projek

ini

bagi membolehkan industri ini berdiri buat permulaannya. Pengeluaran juga haruslah bukan
sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi hendaklah juga ditujukan kepada pasaran dunia.
Dari segi ini, tindakan pemasaran yang agresif hendaklah dijalankan
dibuat dalam penyelidikan dan pembangunan

dan usaha-usaha

demi mengurangkan kos pengeluaran agar

barangan menjadi lebih kompetitif.


Kajian juga hendaklah dibuat bagi mengenalpasti projek- projek yang sesuai dan paling
bermunafaat kepada Malaysia dan menentukan pilihan teknologi yang akan digunakan.
PENUTUP
___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

| 11

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

PIP merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke


dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi teras kepada sebuah negara
maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih diterajui oleh pertumbuhan
dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking. Sejauh
mana ini akan mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang di
Malaysia mengekal, jika tidak pun meningkatkan lagi, daya saing di pasaran antarabangsa yang
penuh cabaran itu.
Oleh kerana bentuk perindustrian berat yang rumit itu tidak menggalakkan penglibatkan sektor
swasta dalam negeri, maka Kerajaan nampaknya terpaksa mengambil daya utama untuk
menjalankan industri ini dan membiarkan pelabur swasta menjalankan industri sampingan
bagi komplimen industri berat itu. Ini dengan sendirinya akan

mempertingkatkan proses

perindustrian dan memperluaskan asas perindustrian yang diperlukan bagi industri berat.
Buat beberapa ketika pergantungan kepada teknologi asing tidak dapat dielakkan, tetapi
dengan penyusunan cara pemindahan teknologi yang teratur, ianya akan dapat dikurangkan
sedikit demi sedikit sehingga akhirnya Malaysia boleh mengwujudkan teknologinya sendiri.
Selain dari itu, langkah yang patut diambil ialah dengan memberikan intensif yang sesuai
kepada industri dalam negeri bagi membolehkan ia merangka 'capital saving equipment'
melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan mereka.
telah

diperolehi

dalam

Berdasarkan pencapaian

yang

dasar perindustrian negara selama ini, dasar industri berat ini

juga akan mencapai kejayaan yang sama jika pendekatan yang sesuai dibuat.

LAMPIRAN JURNAL ANTARABANGSA


___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

| 12

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

1. Relationship between Macroeconomic Variables and Stock Market Indices: Cointegration


Evidence from Stock Exchange

2. Macroeconomic Policy Trilemma in Open Economies. Which Policy Option is Ideally


Suited to the Malaysian Context?

___________________________________________________________________________
No. Matrik :191936

| 13

Anda mungkin juga menyukai