Anda di halaman 1dari 13

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

KERTAS KERJA
PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA
KURSUS VRS 041 (PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV) SESI 2010/2011
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PENDAHULUAN
Kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran daripada Pengarah Pusat
Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE) untuk melaksanakan suatu program khidmat
masyarakat iaitu SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA. Program ini merupakan
anjuran kumpulan Pelajar Luar Kampus Universiti Utara Malaysia yang mengambil
kursus VRS 041 (Pembangunan Masyarakat IV) Sesi 2010/2011 yang dibimbing oleh
pensyarah kursus iaitu Puan Jauyah Amit.
Seminar ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang
prospek kerjaya dan cabarannya. Ia juga bertujuan untuk membantu pelajar dalam
membuat pemilihan kerjaya yang akan diceburi kelak. Lanjutan daripada keprihatinan
tersebut mengundang kami pelajar PLK UUM Kursus VRS 041 Sesi 2010/2011 untuk
mendekati para pelajar

dan memberikan mereka maklumat-maklumat mengenai

bidang-bidang yang perlu mereka ceburi selaras dengan perkembangan era globalisasi
pada masa kini .
Selain daripada itu, seminar ini juga adalah untuk memenuhi keperluan kursus kami
VRS 041 dan sebulat suara memilih untuk melaksanakan seminar di Pusat Latihan
Dakwah, Keningau.

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[1]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

RASIONAL
Kertas kerja ini bertujuan :

Memohon kelulusan pihak Universiti Utara Malaysia untuk melaksanakan projek

Memohon peruntukan dan bantuan kewangan dari pihak PLK UUM (PACE)

Sebagai

rujukan

pemarkahan

kepada

Pensyarah

Kursus

VRS

041

(Pembangunan Masyarakat IV) Puan Jauyah Amit.

Makluman kepada pihak-pihak yang berkenaan tentang program yang akan


dijalankan.

NAMA PROGRAM
Kursus VRS 041 (Pembangunan Masyarakat IV)

TEMA PROGRAM
SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[2]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

OBJEKTIF
1.

Menyediakan garis panduan kepada peserta lepasan sijil dan Diploma untuk
memilih kursus-kursus yang ditawarkan d Institusi-Institusi pengajian tinggi serta
peluang-peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan akademik dan
minat serata menyediakan diri untuk menghadapi temuduga;

2.

Mempertingkatkan keyakinan diri para pelajar mengenali potensi diri dan


seterusnya membantu membuat pemilihan kerjaya yang terbaik;

3.

Mendedahkan

Mahasiswa

dan

Mahasiswi

cara

berkomunikasi

dan

mengendalikan sesuatu program dengan teratur dan lancar;


4.

Menanam semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab Mahasiswa terhadap


isu-isu semasa dan

5.

Melahirkan Mahasiswa dan mahasiswi yang kreatif, inovatif, akomodatif dan


produktif.

MATLAMAT
Menanamkan sikap tanggungjawab kepada masyarakat dengan mengambil berat
tentang isu-isu semasa yang bakal akan dilalui generasi kita yang akan datang.
Sesungguhnya, usaha menjamin kualiti dan taraf kehidupan khususnya dalam memilih
kerjaya dalam abad ini merupakan satu cabaran.

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[3]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

FORMAT PELAKSANAAN

Ceramah
-

Kertas kerja 1

Motivasi penjana produktiviti


-

Kertas Kerja 2

Peluang Kerjaya dan Mengenali Potensi Diri


-

Kertas Kerja 3

Peluang menjadi usahawan berjaya

Pameran Kerjaya daripada Jabatan/Agensi kerajaan dan Swasta

ANJURAN
Pusat Latihan Dakwah, Keningau ( PLDK)
Pelajar Kursus VRS 041 Pembangunan Masyarakat IVSesi 2010/2011
Pelajar (PLK) Universiti Utara Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Sabah.

TARIKH PROGRAM
6 Mac 2010 ( Sabtu)

TEMPAT PROGRAM
PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[4]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

Pusat Latihan Dakwah, Keningau


PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN
Peserta terdiri daripada peserta Kursus VRS 041 seramai 17 orang, pelajar Pusat
Latihan Dakwah seramai 150 orang yang terdiri daripada pelajar yang mengambil
kursus Sijil dan Diploma , kakitangan Pusat Latihan Dakwah, Keningau seramai 10
orang dan penceramah seramai 3 orang.

DIF KEHADIRAN
Semasa perasmian yang akan dijalankan, beberapa beberapa orang Pegawai Kanan
Pusat Latihan Dakwah juga akan dijemput hadir di samping kakitangan dan guru-guru.
Majlis perasmian akan dihadiri oleh wakil rakyat dan beberapa pegawai kerajaan .

PENAJA SUMBANGAN
Tajaan bagi perbelanjaan ini akan dikutip dari hasil sumbangan dari mana-mana
syarikat atau jabatan yang dikenalpasti ingin membuat sumbangan bagi menjayakan
program ini. Jika tabung program tidak mencukupi, sumbangan akan dikutip dari ahli
kumpulan untuk menampung kewangan program.

MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh

: 6 Mac 2010 ( Sabtu)

Tempat

: Dewan Pusat Latihan Dakwah, Keningau

Masa

: 8.30 pagi 5.00 petang ( 1 hari )

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[5]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

STRUKTUR ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA
KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Penyelaras

Puan Jauyah Amit

Pengerusi Projek

Mohaidy Bin Tabin

Tim. Pengerusi

Razeki Bin Rashid

Setiausaha

Edmashuriany Binti Edris

Timb. Setiausaha

Anita Binti Mohd Taib

Bendahari

Nazelah Binti Ali Ajak

AHLI JAWATAN KUASA


Berikut adalah beberapa biro-biro yang akan diwujudkan bagi membantu pelaksanan program ini iaitu :a) Biro Perhubungan dan Pengangkutan
Nuzulziman bin Awang
b) Biro Protokol
Reina Uling
c) Biro Makanan dan Minuman
Nurul Nadiah binti Tebisan

f) Biro Peralatan
Ag.Khaidzeery @ Rezee Ag Kassim
g) Biro Cenderahati
Zaineh binti Hajat
h) Urusetia
Yeyien Majidun

d) Biro Publisiti

Rabidah binti Hassan

Nur Atiqah binti Guntor

Ruzaini binti Abdul talib

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[6]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

e) Biro Pameran
Awang Asrul bin Ariffin

TENTATIF PROGRAM

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA


KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

20 Februari 2010 (Ahad)


Sesi Pagi
08:30 pagi

Ketibaan peserta PLK UUM ke Pusat Latihan Dakwah,


Keningau.

08:35 pagi

Pendaftaran Peserta

09:00 pagi

Ketibaan tetamu jemputan

09:30 pagi

:
Ketibaan dif-dif jemputan(Sekiranya
YB Dijemput kalau untuk majlis perasmian tiada X perlu)

09:30 pagi

:
Majlis
Pembangunan Kerjaya

09:35 pagi
-

Perasmian

Seminar

Bacaan Doa

Ucapan Aluan oleh Pengerusi Kumpulan One UUM, PLK


Encik Mohaidy Bin Tabin.
-

Ucapan Perasmian oleh Y Bhg Ustaz Nor Jeli Dais


Pengetua Pusat Latihan Dakwah, Keningau.

10:00 - 11:00 pagi

Kertas Kerja 1
Taklimat mengenai Motivasi Penjana Produktiviti oleh
Pengarah Pusat Latihan Dakwah, Keningau.

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[7]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

11:00 - 12:00 tghr

Kertas Kerja 2
Taklimat mengenai Peluang kerjaya dan mengenali
Potensi Diri Pegawai Jabatan Tenaga Kerja

12:30 02:00 ptg

Makan Tengahari / Solat

Kertas Kerja 3

Sesi Petang
02:00 03:00 ptg

Taklimat mengenai Peluang Perniagaan dan Usahawan


berjaya daripada MARA.
03:00 03:30 ptg

Majlis Penutupan Seminar Pembangunan Kerjaya


Penyampaian Cenderahati kepada Pengarah PLDK,
Penyelaras dan penceramah

3:30 ptg

Jamuan ringan

Bersurai

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[8]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

CADANGAN IMPLIKASI KEWANGAN

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA


KURSUS VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
ANGGARAN PENDAPATAN
PENDAPATAN

RM

Kutipan Ahli
(15 x RM 50.00)

750.00

Sumbangan dari Luar

2,500.00

JUMLAH

3.250.00

PERBELANJAAN

RM

i)

Pengurusan dan Perjalanan PLK UUM

ii)

Sewa Bas (1 buah untuk 15 orang)

100.00

Bayaran Penceramah
1 Jam x 3 orang x RM 200.00

ii)

Cenderahati
-

iii)

600.00

RM 100.00 x 5

500.00

Makan dan Minum

( Tetamu jemputan RM 20.00 x 10 org)


( Pelajar PKL UUM RM 20.00 x 17 org)

320.00
340.00

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[9]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

( Peserta Disediakan oleh PLDK )

iv)

Alat Tulis& Nota

500.00

v)

Kontigensi

200.00
2,560.00

PERANCANGAN PROGRAM
Perjumpaan diantara ahli kumpulan akan diadakan pada tarikh-tarikh tersebut :

6 Februari 2010 Perjumpaan Pertama


Perjumpaan diadakan membincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa dan serta
membincangkan dengan lebih terperinci mengenai pengisian yang akan dijalakan kelak.

11 Februari 2010 Perjumpaan Kedua


Pada perjumpaan kedua adalah untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai
susunatur

program

Seminar

Pembangunan

Kerjaya

terutamanya

dari

segi

pembahagian tugas-tugas dan tanggungjawab biro-biro yang dilantik dalam melicinkan


lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti program yang akan diadakan kelak.

18 Februari 2010 Perjumpaan Ketiga


Pada perjumpaan ini setiap biro-biro yang dilantik akan mengemukakan laporan kepada
ahli jawatankuasa mengenai perkembangan ke atas tindakan-tidakan yang diambil bagi
menjayakan

programSeminar

Pembanguan

Kerjaya.Membuat

penyemakan

dan

persediaan terakhir ke atas perkara-perkara yang belum diselesaikan .

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[10]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

PENUTUP
Program Seminar Pembangunan Kerjaya ini adalah penting untuk melahirkan
generasi akan datang yang boleh bersaing dan berjaya. Sebagai rakyat Malaysia,
Mahasiswa dan Mahasiswi UUM mengambil berat isu ini dan ingin bersama-sama
kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti sama ada dari segi agama,
akademik

mahu pun kerjaya. Program ini juga dapat membentuk Mahasiswa dan

Mahasiswi yang lebih berfikiran rasional dan seimbang rohani dan jasmaninya. Semoga
pelaksanaan program ini member manfaat kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam projek ini.

Disediakan oleh

Disemak Oleh

........

......

(EDMASHURIANY EDRIS)

(MOHAIDY BIN TABIN)

Setiausaha Program

Pengarah Program

KURSUS VRS 041 Sesi 2010/2011

KURSUS VRS 041 Sesi 2010/2011

Disahkan Oleh

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[11]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

( PUAN JAUYAH AMIT)


Pensyarah Kursus VRS 041
Sesi 2010/2011

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[12]

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

PESERTA KURSUS VRS 041 PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV SESI 2010/2011

[13]

Anda mungkin juga menyukai