Anda di halaman 1dari 103

KONSPIRASI DUNIA –

Kehadiran Dajal Semakin Jelas Dirasai

By: kumanddie
Editor: e1xtrim
ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1. Codex Alimentarius Population Reduction (Kod Makanan) 3

2. Rahsia Vatican 5

3. Obelisk 9

4. Tower Of Babel 19

5. Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam? 24

6. Artis-artis Dajal 44

7. Mind Control (Yakov And The Seven Thieves) 56

8. Harry Potter 68

9. Hollywood 78

10. The Gate 94

_______________________________________________________

[BOLEH] Menyiar semula & mengedarkan ebook ini.


[TAK BOLEH] Mengubah isi kandungan asal sehingga memesongkan pemahaman.
[TAK BOLEH] Jual atau sewa kepada orang lain sama ada dalam bentuk softcopy
mahupun hardcopy.

Semua artikel adalah kompilasi dari blog holywar-efairy yang telah diban oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab dan disiarkan semula oleh kumanddie, manakala e1xtrim
mengumpulkannya dalam bentuk ebook.

2 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Konspirasi Dunia- Codex Alimentarius Population Reduction

Kali ini post saya berkaitan dengan Codex Alimentarius. Mungkin sudah ada antara
pembaca yang sudah sedia maklum tentang Codex Alimentarius ini dan mungkin
juga masih ada yang belum tahu. Di sini saya akan terangkan serba sedikit tentang
Codex Alimentariusini. Mungkin saya akan detailkan lagi di post selanjutnya. Jika
mahu lebih lanjut tentang Codex Alimentarius ini sila alert dengan post-post terbaru
di blog ini.

Okay, mula-mula kita mesti tahu apa asas Codex Alimentarius. Codex Alimentarius
adalah bahasa latin yang bermaksud Kod Makanan. Ia ditubuhkan pada 1963 oleh
Food And Agriculture Organisation of United Nation (FAO) dan World
Health Organisation (WHO) bertujuan untuk menetapkan standard, nasihat dan
segala yang yang berkaitan dengan makanan, pengeluaran makanan dan keselamatan
makanan.

Jika kita lihat misi dan peranan Codex Alimentarius adalah untuk kebaikan manusia
sejagat kerana ditubuhkan oleh dua badan besar dunia, iaitu WHO dan FAO tetapi
hakikatnya sebaliknya. Projek mega mereka ini adalah untuk mengurangkan populasi
penduduk dunia sebanyak 93%. Ini salah satu pelan Dajal Al-Masih melalui badan-
badan berpengaruh dunia ciptaannya. Anda boleh merujuk blueprint Illuminati unutk
maklumat lanjut tentang population reduction.

Virus H1N1 juga adalah salah satu pelan mereka untuk population reduction ini. Untuk
maklumat lanjut anda boleh rujuk, Sini. Anda boleh baca sendiri tentang vaksin dan
virus yang dicipta sendiri oleh mereka untuk tujuan jahat mereka. Saya mendapat
maklumat bahawa sedikit masa lagi mereka akan menyebarkan satu virus yang jauh
lebih berbahaya dan bakal membunuh jutaan penduduk dunia. Tetapi saya masih
sedang meneliti tentang maklumat virus ini. Mungkin apabila masanya sudah tiba saya
akan tulis artikel tentang virus itu. Virus tersebut adalah Australia Antigen.

3 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Berbalik kepada Codex Alimentarius, sebenarnya sudah lama projek ini berjalan.
Tetapi projek ini belum berjalan sepenuhnya lagi. Hanya berjalan sedikit sahaja dan
tidak begitu nampak kesannya. Rancangan penuh Codex Alimentarius ini akan berjalan
pada 31 Disember 2009!

Mereka telah lama sebenarnya meracun kita dalam makanan kita seharian tanpa kita
sedari. Contoh paling mudah di sini, ayam. Ayam-ayam disuntik dengan hormon
pembesaran dan ini akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna. Contoh lain ialah
penggunaan racun seranggan perosak attau pesticide. Tidak perlulah saya terangkan
lebih lanjut kesan-kesan penggunaan racun terhadap makanan kerana saya percaya
pembaca sudah tahu akan kesan buruk kepada kesihatan kita. Selain itu mereka juga
memanipulasi makanan dan air kita.

Samada kita sedari atau tidak sahaja, masanya kian hari kian hampir. Mereka telah
lalaikan kita dengan hiburan dan sukan untuk mengelakkan kita sedar sebenarnya apa
yang sedang berlaku. Merekalah yang mengawal media. Beruntunglah kepada sesiapa
yang sedar dan membuat persiapan mental dan rohani bagi menghadapi apa-apa
kemungkinan yang bakal berlaku dan rugilah kepada sesiapa yang tidak mahu ambil
sebarang pendekatan perubahan. Kita masih dalam tidur lena sedangkan keadaan
sekarang sudah mencapai tahap yang kritikal.

Di sebelah Barat mereka telah membuat persediaan dengan menyimpan banyak stok-
stok makanan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

4 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Konspirasi Dunia- Rahsia Vatican

Seperti mana yang kita maklum, Dajal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama
menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah.
Dan contoh yang paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan
sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah
dirosakkan dan diselewengkan oleh 'tangan ghaib' dan agama Kristian sekarang
BUKANLAH ajaran asal Nabi Isa a.s. Hanya Al-Quran masih terpelihara kebenaran
dan keasliannya tetapi kitab-kitab suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera
hitungan hisabNya.
Ali-Imran 19

Diharap dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang
bukan beragama Islam khusunya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya
sebagai petunjuk jalan, pembuka minda dan selebihnya terpulang kepada anda untuk
menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada anda.

Petamanya saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan
diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk
menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk menyembah berhala, menyembah
individu, matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk agama
5 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
menyembah satu tuhan yang esa ialah Islam.

Nabi Musa a.s telah berkata kepada kaumnya dalam bahasa Hebrew, 'Shamma
israelu addena ilakhin, addena ikhad'. Yang bermaksud, 'Dengarlah wahai
bani Israel, tuhanmu hanyalah SATU'. Lebih kurang 1350 tahun kemudian Nabi
Isa a.s telah mengulangi kata-kata Nabi Musa a.s iaitu tuhan hanyalah satu.

Lebih kurang 600 tahun selepas itu, delegasi Kristian telah datang menemui Rasullulah
s.a.w di Madinah dan mereka telah mengadakan dialog selama 3 hari di Masjid An-
Nabawi dan salah seorang delegasi telah bertanya kepada Rasullulah, 'Apakah konsep
tuhan kamu?' Dan Rasulluah s.a.w telah menjawab, 'QulhuAllahu Ahad'. Tuhanku
ialah Allah Yang Maha Esa (Satu). Jelas di sini semua rasul utusan Allah membawa
ajaran menyembah ajaran Tuhan Yang Esa (Satu).

Katakanlah (wahai Muhammad): '(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak,
dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya'.
Al-Ikhlas 1-4

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat
menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri,
dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). Wahai Ahli Kitab! Mengapa
kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan
kebenaranNya? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan
yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu
mengetahuinya? Al-Imran 69-71

6 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Berbalik kepada topik asal artikel ini, iaitu Rahsia Vatican. Apa yang mahu saya
dedahkan di sini ialah berkaitan kaitan agama Kristian dan agama pagan. Anda juga
boleh membaca artikel saya sebelum ini tentang persamaan Jesus dan Horus. Ingin
saya tegaskan sekali lagi, agama Kristian sekarang bukanlah ajaran asal Nabi Isa a.s.
Masyarakat Babylon purba dan Rom menyembah matahari dan dewa-dewa pagan.
Sukar bagi masyarakat Rom untuk menerima ajaran asal Nabi Isa a.s yang dibawa oleh
Hawariyyun (12 Sahabat Nabi Isa a.s) dan mereka telah mengubah ajaran asal Nabi Isa
dengan mengubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri dengan memasukkan unsur-
unsur pagan di dalam agama Kristian bagi menyesuaikan dengan agama mereka.

Contoh yang paling nyata di sini ialah watak-watak dewa pagan telah diasimilasikan
dengan agama Kristian dan Hari Matahari (SUNday) dimuliakan. Kemanakah
penganut Kristian pada SUNday? Sudah tentulah ke gereja, pernahkah anda (penganut
Kristian) terfikir kenapa SUNday dijadikan hari mulia bagi agama anda? Contoh lain
paling mudah di sini, Poseidon telah dijadikan sebagai Santa Claus! Poseidon
atau Neptunus dalam bahasa Latin mengikut kepercayaan Rom kuno, ialah Dewa laut.

Poseidon

7 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Santa Claus

8 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Konspirasi Dunia- Obelisk

9 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah
terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia,
termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel
ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan
Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini.
Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk
juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari 'Sun Pillar'.

Sun Pillar

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan
Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah 'obelisk' hasil dari tiang
yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya
mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan
kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di
Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta
kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa
perlunya membaling batu di Jamratul. Sila rujuk post saya tentang asas-asas binaaan
dajal untuk memahami perkara ini lebih lanjut.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7
biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula,
Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-
pengikutnya)

10 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith).
Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt
(semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan
bangunanBasilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan
Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah
meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu
sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan?
Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!

11 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)


8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches
Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)


Pharaoh Tuthmosis III, 'Cleopatra’s Needle', di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)


Pharaoh Tuthmosis III, 'Cleopatra’s Needle', di Central Park, New York

Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan
perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia
terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel
Guide, klik sini.

12 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


This is the city's own version of the Washington Monument in Washington, DC.
Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is
a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park
situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and
events of Malaysia's history.

Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri
dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud

13 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

14 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


St. Peter Square, Vatican

Luxor Obelisk, Paris

15 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Central park, New York

Sao Paolo. Brazil


16 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
Buenos Aires, Argentina

Pheonix Park, Dublin


17 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
Istanbul, Turki

London, England

18 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:' Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar'.
Luqman 13

Konspirasi Dunia- Tower Of Babel

The Great Architect, dajal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah. Tetapi dia telah
mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersekongkol dengan
Azazil. Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda
kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang
begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar
China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini.

Sebelum ini saya sudah mengulas tentang binaan Piramid dan Obelisk. Sila rujuk artikel
saya sebelumnya untuk mengetahui tentang asas-asas binaan dajal di seluruh dunia
yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan
pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara

19 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


pengumpulan tenaga, dan tenaga yang disalurkan ialah tenaga negatif. Konsep yang
sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang
cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan tenaga yang dialirkan itu adalah tenaga yang
positif. Konsep yang mudah untuk difahami di sini kan?

Ketahuilah kita umat akhir zaman, dan ketibaan The False Messiah/ Antichrist/ Dajal
ini semakin hampir. Jika anda perasan, binaan agung pada peradaban terhadulu telah
dibina kembali untuk menyambut kedatangan si laknat ini. Dengan bantuan konco-
konconya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Tuhan Yang Esa.

Salah satu binaan penting untuk menyambut Messiah Yahudi ini ialah Tower Of
Babel!

Salah satu binaan moden yang berasaskan Tower Of Babel, Parlimen EU.

Sebelum saya membawa pemikiran anda lebih jauh, pasti pembaca tertanya-tanya,
adakah Tower Of Babel ini benar-benar wujud? Atau hanyalah sekadar dongengan dan
hanya fantasi rekaan sahaja. Sebenarnya Tower Of Babel ada disebutkan di dalam Al-
Quran. Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan yang tinggi untuk
mencabar kekuasaan dan memperlekehkan Allah s.w.t:

Dan Firaun pula berkata: 'Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu

20 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku
batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat
Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari
orang-orang yang berdusta'.
Al-Qasas 38

Dan Firaun pula berkata: 'Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang
tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)
'(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya
aku percaya Musa itu seorang pendusta!' Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan)
kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia
dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan
ke dalam kerugian dan kebinasaan.
Ghaffir 36-37

Bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai
Tower Of Babel. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan
dipercayai oleh penganut Kabbalah. Tidak perlu saya ceritakan apa yang ditulis di dalam
Bible tentang Tower of Bible kerana hanya Al-Quran yang saya jadikan sebagai rujukan.
Cukuplah kata kunci yang penting di sini ialah menara ini benar-benar wujud dan ia
dibina untuk menentang kuasa Tuhan oleh penentangnya.

Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower
Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit bak kata
Firaun. Jadi pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi!

Jika dilihat pada ranking dunia sekarang, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai!
Walaupun belum siap lagi dibina dan semakin hari semakin mencakar langit. Berikut
adalah maklumat tentang Burj Dubai atau Menara Dubai ini yang dapat dilihat dari
segenap penjuru Dubai ini.

21 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Ketinggian sebenar Menara Dubai ini mencapai 818M (2,684 kaki) jauh meninggalkan
Menara berkembar Petronas di belakang yang hanya berketinggian 452M. Ia mula
dibina pada 21 September 2004 dan masih dalam proses pembinaan. Kos pembinaan
Menara ini dipercayai menelan USD 4.1 billion dan arkiteknya ialah seorang
warganegara Amerika iaitu Adrian Smith.

Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh iaitu kabus sering menyelubungi
seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai
belum pernah mengalami kabus seperti ini sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu
adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara
disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.

22 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Bukan di Dubai sahaja yang mengalami keadaan ini. Di negara kita juga hal yang sama
berlaku. Jika kita perasan, di KLCC selepas konsert, perayaan tahun baru atau merdeka
yang penuh dengan aktiviti maksiat kita akan mendapati ada kabus yang menyeliputi
KLCC ini. Secara tidak sedar kita telah menyumbangkan tenaga untuk kemunculan
Dajal ini.

Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu.

23 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Apa yang saya maksudkan di sini ialah bila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang
dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar
dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajal
si seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia
melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak
dari tenaga posifit dan melalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara
inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.

Bersediakah kita?

Konspirasi Dunia- Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?

Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya
pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa
sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang


dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal
Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang
mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut
dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang
pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

'Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)'. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi

24 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin
Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102

Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka
mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah
kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin,
umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah
sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.

Siapakah yang dimaksudkan itu?


Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!

'Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.' (Muhammad Bin
Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH,
BUKIT ARAFAH.)

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang
bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah
lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?

Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama
Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya

25 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh,
semestinya tidak!

Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang
terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.

26 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera
kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453
Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople
(Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian
lama.

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali
sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan
dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada
kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota
tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).

27 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja
Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople
sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol
Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini).
Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum
Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star
Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom
dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople
pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang
rasmi untuk kota tersebut.

28 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada
lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah
hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna
sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di
kebanyakan negara Islam sekarang.

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali.
Ia juga digunakan oleh Freemason!

Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil
dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.

29 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Di lukisan purba Freemason!

Di Lodge Freemason!

30 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Jata Kerabat Diraja Poland

Jata negara Croatia

Kurang Jelas Lambang tersebut? Saya zoomkan gambar di atas. Bintang di


sebelah kiri dan Bulan Sabit di sebelah kanan.

31 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Kita selalu pening memikirkan 'Kenapa umat Islam susah nak BERSATU' bukan? Sejak
kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan
kekal terpisah hampir seabad lamanya!

Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu
fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang
DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang
Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa?
Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?

32 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH
YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR,
MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN
IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata: ' Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. 'Kecuali di antara
zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik'.
Al-Hijr 39-40

Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam,
lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat
sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya
adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah
umat Islam menyembah Allah yang satu.

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman
kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Yusuf 106

Katakanlah (wahai Muhammad): 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan
bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan
perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain.
Yusuf 108

33 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): 'Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah
petunjuk yang benar'. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Al-Baqarah 120

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan
kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Al-Imran 100

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat
mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul
dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109

Konspirasi Dunia- Lambang Bulan dan Bintang II

Artikel saya sebelum ini mendedahkan tentang bagaimana lambang bulan bintang telah
dijadikan lambang Islam yang kini telah sinonim dengan Islam. Jika anda masih belum
membacanya, saya sarankan anda membacanya terlebih dahulu sebelum membaca
artikel ini untuk mengelakkan kekeliruan.

Lambang Bulan Sabit dan Bintang ini sebenarnya digunakan secara meluas di tamadun
purba seperti Mesir Purba dan Babylon. Freemason juga menggunakan lambang ini
sebagai salah satu lambang mereka dan tidak ketinggalan lambang ini digunakan untuk
pemujaan kepada Lucifer/Iblis oleh penyihir-penyihir (withcraft).

Berikut saya sertakan gambar-gambarnya:

Tamadun Purba

34 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Perhatikan bulan sabit di atas Eye of Ra (Tuhan Mesir Purba)

Kepak Isis yang membentuk bulan sabit

35 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


36 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
37 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
Freemason

Bulan dan bintang di sebelah kanan tiang Boaz

38 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Di dalam lodge Freemason.

39 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Bulan di sebelah kiri All Seeing Eye dan Bintang di sebelah kanan.

40 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Ini adalah lambang The Shriners yang mana dianggotai oleh mason-mason
sekurangnya 32rd Degree. Juga menggunakan lambang bulan dan bintang.

Perhatikan Fezz (topi) yang dipakai oleh Shriner di bawah. Bulan dan bintang.

41 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Saya zoomkan gambar salah seorang Shriner ini supaya anda boleh nampak lambang
bulan dan bintang dengan lebih jelas.

Wiccan
Ini adalah alat yang digunakan oleh para Wiccan (withcraft) untuk menjalankan ritual
mereka. Perhatikan bulan dan bintang yang jelas kelihatan.

42 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Ini pula adalah salah satu lagi alat para Wiccan yang dikenali dengan nama Wiccan
Knife.

43 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Bendera Perang Knight Of Templar

Iblis berkata: ' Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
'Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari
sebarang syirik'. Al-Hijr 39-40

Konspirasi Dunia- Dewa 19

Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan musik terkenal dari seberang ini.
Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan
dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya
sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar
(Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di
kawasan Nusantara ini?

44 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna,
Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk
menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2
3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya
mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'.
Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka
malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.

Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan
mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan
berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah
digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada
tanding.

Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak
dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi.
Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan
kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan
terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup
berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!

45 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh
beliau kepada kita semua.

All I wanna say is that


They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us

'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan
mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban
dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.

Beat me, hate me


You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me

Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan
semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka

46 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free

Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan


menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau
telah mendapat kebenaran yang dicari-cari

Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara
tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar.
Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.

Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk
menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan
Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad
Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun
1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-
album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album
mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh
Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan
Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar
Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain.
Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok
kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad

47 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler.
Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.

Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur


Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished
Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh
Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992

48 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)

Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan
oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)

Bintang Lima (2000)

49 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Emblem Theosophy

Berikut saya sertakan video klip Satu dari Dewa 19. Banyak 'subliminal message' di
dalam video klip ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.

*Anda boleh klik pada gambar di bawah untuk memperbesarkannya.

Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata
Horus.

50 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Perhatikan 'One Eye' di atas manusia.Manusia seolah-olah 'terpenjara' di
dalam dunia Dajal. (NWO)

'Unfinished' Piramid

51 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.

One Eye

52 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


53 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion

54 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Pillar Of Freemason

Formation tangan yang sama dengan Baptomet

Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu.


Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar
ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.

Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)

Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka
minda anda, jawapannya ada di situ.

55 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Konspirasi Dunia- Mind Control (Yakov And The Seven Thieves)

'Mind Control'. Protocols of The Elders of Mindcontrol ini adalah senjata Dajal untuk
merosakkan umat manusia khususnya umat Islam. Tanpa kita sedari 'senjata' ini
menyusup masuk ke dalam kehidupan seharian kita. Anak-anak kecillah yang paling
mudah untuk di'mind control' kan oleh mereka kerana minda mereka masih mudah
untuk dibentuk. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pelbagai medium digunakan untuk menjalankan rancangan jahat lagi keji ini. Antara
cara yang paling berkesan digunakan kepada kita semua khususnya adik-adik dan anak-
anak kecil kita ialah melalui buku-buku, filem, televisyen, iklan, musik dan sebagainya
dengan memasukkan mesej tersembunyi 'subliminal message'.

All Seeing Eye

666

56 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Mc Donald Logo

Masih tidak nampak? Saya tolong putarkan 90 darjah. No 13.

57 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


SEX

58 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Perasankah anda semua semakin hari moral remaja semakin rosak? Tidak perlu saya
ulaskan di sini tentang keruntuhan moral remaja zaman sekarang kerana saya percaya
anda semua tahu tentang perkara ini. Anak-anak luar nikah dibuang seakan perkara
biasa dan seakan kita kembali ke zaman jahiliah! Kenapa perkara ini terjadi? Inilah
penangan New World Order!

Bagaimana kawalan minda ini menjadi satu senjata ampuh untuk menjadikan
seseorang itu tergolong dalam golongan mereka? Untuk menjawap persoalan ini kita
kembali kepada asas diri kita. Dan semuanya berkaitan dengan ROH kita. Saya
sarankan anda menonton video di bawah ini untuk memahami perkara ini secara lebih
lanjut. Alhamdulilah video dari Siri The Arrival ini telah disarikatakan Bahasa Melayu
dan saya percaya tiada masalah untuk memahami mesej yang ingin disampaikan dalam
video di bawah ini.

Untuk melaksanakan program ini, Dajal memerlukan pasukan tentera yang mantap.
Antara organisasi dan individu yang terlibat dengan program ini ialah Central
Intelligent Agency (CIA), Illuminati, Disney, Cisco Wheeler, Nickelodeon, Joseph
Mengele dan banyak lagi. Program ini juga tidak terlepas dari penglibatan occult atau
kegiatan kerohanian. Satanic Ritual Abuse (SRA), Illuminati occult, New Age occult,
Yoga and Chakras, Secret Doctrin dan Necronomicon adalah antara occult yang terlibat
dalam program ini.

Diharap dengan sedikit pendedahan tentang kawalan minda ini, anda dapat memahami
sedikit sebanyak apa yang akan saya dedahkan selepas ini. Jika mahu diulas tentang
program mind control secara menyeluruh, mungkin agak panjang kerana ia melibatkan
banyak medium seperti filem, musik, iklan, buku dan segainya jadi elok kiranya untuk

59 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


artikel ini saya ulas satu persatu bagi memudahkan anda semua dapat menerima
maklumat-maklumat ini dengan lebih baik, tidak secara terkejut.

Dan apa yang mahu saya dedahkan kepada anda untuk kali ini ialah berkenaan mind
control melalui buku-buku bacaan khususnya buku bacaan kanak-kanak yang sering
dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak kecil tanpa mengetahui buku itu sebenarnya
adalah alat untuk 'kawalan minda' Dajal. Pengalaman ini telah dialami oleh seorang
kawan saya, yang juga adalah krew Free Our Mind.

Ceritanya bermula apabila bapa beliau secara tidak sedar telah membeli buku-buku
tulisan Madonna untuk adiknya yang berumur 9 tahun. Seperti yang mana kita tahu
Madonna adalah salah seorang 'tentera dajal' yang begitu berpengaruh di seluruh dunia.
Madonna tidak menganut sebarang agama tetapi seorang yang percaya kepada
Kabbalah. Apa itu Kabbalah?

60 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Secara ringkasnya dan mudahnya Kabbalah ini adalah Sihir Kuno Yahudi. Berasal dari
perkataan Ibrani iaitu 'qibil' yang bermaksud menerima dan Kabbalah bermaksud
menerima dokrin okultisme (ilmu sihir) rahsia. Oleh kerana ditindas selama beribu-ribu
tahun oleh bangsa lain, bangsa Yahudi telah mengamalkan sihir ini untuk
mempertahankan kewujudan mereka meskipun bertentangan dengan akidah yang
diajarkan oleh Nabi Musa a.s. Pada mulanya ajaran sesat ini disebarkan dari mulut ke
mulut oleh pendita tinggi kepada ahli bawahannya tetapi selepas berakhirnya
pemerintahan Rom ke atas Palestin mereka memutuskan untuk ditulis di atas papyrus
berupa 'scrol' agar ajaran ini tidak hilang dan dapat diwarisi kepada keturunan Yahudi
seterusnya. Dan kitab Kabbalah terbahagi kepada dua iaitu, 'Sefer Yetzerah' (Kitab
Genesis, tentang Penciptaan Alam Semesta), dan 'Sefer Zohar' (Kitab Keagungan).

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang


dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal
Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang
mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut

61 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang
pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

'Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)'. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin
Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102

Berbalik kepada buku tulisan Madonna tadi, di dalam satu set, ada 3 buah buku yang
bertajuk The English Roses, Mr. Peabody's Apples, dan juga Yakov And The Seven
Thieves. Buku-buku ini adalah buku cerita kanak-kanak dan ianya telahpun masuk ke
pasaran Malaysia. Dan apa yang membuat beliau kurang senang adalah buku Yakov
And The Seven Thieves. Menurut beliau dari apa yang beliau baca, buku itu berkisarkan

62 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


tentang seorang keramat kononnya yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi
dengan malaikat(angel). Mungkin ada unsur-unsur Kabbalah diselitkan di dalam buku
ini. Berikut adalah kesimpulan kandungan buku itu hasil pembacaan beliau.

Yakov adalah seorang tukang kasut dan mempunyai seorang anak bernama Mikhail
yang mengalami penyakit misteri, tidak dapat bangun malah langsung tidak dapat
memberi apa-apa respon jika ditanya apa-apa. Jadi isteri kepada Yakov sangat sedih
dan sarankan Yakov supaya berjumpa dengan seorang tua dipinggir kampung yang
katanya boleh berbicara dengan malaikat. Maka Yakov pergi ke rumah si tua tersebut
dan nyatakan hasratnya dan si tua kata Mikhail susah untuk diselamatkan kerana
malaikat maut sedang menghampirinya. Namun dia berkata akan cuba untuk berdoa
dan berbicara kepada malaikat untuk menyembuhkan Mikhail.

Keesokan harinya Yakov kembali ke rumah si tua untuk bertanya mengenai doanya.
Dan si tua kata dia berdoa dan hampir sampai ke pintu syurga namun pintu syurga
dikunci dengan ketat. Maka bermakna dia tidak dapat berbicara dengan malaikat.
Yakov makin susah hati dan akhirnya si tua berkata dia ada satu cadangan dan
menyuruh Yakov balik ke rumah dahulu dan orang tua menyuruh cucu nya
kumpulkan 7 orang penjahat yg terdiri daripada penyamun,peragut,kaki
pukul,gangster dan sebagainya datang ke rumahnya dan berdoa bersama supaya
Mikhail kembali sihat.

Dan hasilnya Mikhail kembali sihat. Cucu si tua bertanya kenapa orang tua itu
mengajak orang jahat supaya berdoa bersama dan si tua hanya berkata penjahat
yang bagus memang pandai melakukan kejahatan dengan membuka segala jenis
kunci ketika mencuri. Jadi kali ini mereka berjaya membuka pintu syurga dengan
doa. Kiranya jika orang jahat berubah membuat perkara baik nescaya doa mereka
mungkin didengar dan berlaku keajaiban. dan kemudian kunci syurga dapat dibuka
dan si tua dapat berkata-kata dengan malaikat untuk menyelamatkan Mikhail.

Sekali baca mungkin anda mengatakan cerita ini ada pengajaran iaitu untuk menasihati
budak jahat menjadi baik. Tetapi tidakkah kita terfikir jika cerita sebegini jika
diceritakan kepada mereka, akan mengakibatkan kepercayaan mereka turut sama
berubah? Apa yang tersirat di dalam cerita ini?

Adakah kita dapat menangguhkan kematian kita dengan doa penjahat sedangkan kita
semua tahu bahawa kematian kita tidak diawalkan dan dilewatkan walau satu saat oleh
Allah s.w.t.

Adakah kerana penjahat tadi pandai membuka pelbagai jenis pintu ketika mencuri, doa
mereka dapat membuka kunci syurga?

Tidakkah semua ini MENGARUT dan jika dibacakan kepada kanak-kanak mereka akan
terus percaya tanpa mempersoalkannya seperti orang dewasa. Inilah rancangan-
rancangan jahat mereka yang telah dilaksanakan untuk kita. Jika kita peka dan tahu
tentang rancangan-rancangan jahat ini, Insya Allah kita dapat menghindarkannya
berlaku kepada kita, keluarga dan kawan-kawan kita.

63 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Buku itu juga mengandungi lambang 'The All Seeing Eye'! Tidak percaya atau ragu-
ragu? Saya sediakan bukti gambar-gambar di bawah yang diambil sendiri oleh kawan
saya itu.

64 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


65 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
*All Pictures Credit Goes To Dyla

Untuk maklumat lanjut tentang buku ini anda boleh Klik Sini!
Yakov and the Seven Thieves
Released: April 26 2004

66 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Author: Madonna
Illustrator: Gennady Spirin

Book Description:
Sometimes, upright deeds come from crooked criminals... Yakov, a kindly
cobbler desperate to find a cure for his dying son, seeks advice from the
wise old man at the edge of the village. This sage enlists the help of seven
thieves, who humorously prove that miracles can occur if we renounce our
wicked ways and embrace good behavior.

Interesting Tidbits:
• Published in 37 languages and released in more than 110 countries
worldwide.
• Yakov is Madonna's third children's book in a series of five.
The critics say:

The Barnes & Noble Review


'Madonna spins another lesson-teaching yarn in her third picture book for
children '(even grown-up ones),' this time drawing inspiration from an 18th-
century Ukrainian teacher for a tale about overcoming selfishness to help
others. Paired with ornate, awe-inspiring illustrations by award winner
Gennady Spirin, the author's tale -- 'dedicated to naughty children
everywhere' -- centers on a cobbler, Yakov, who looks toward a wise man to
help cure his deathly ill son. Although the wise man's prayers alone cannot
help Yakov, the cobbler's sincerity drives the old man to round up seven of
the town's thieves and scoundrels, including the malodorous Stinky Pasha
and a one-legged rascal named Ivan the Arsonist. When a surprising group
effort leads to the son's recovery, an explanation from the wise man reveals
the miraculous reason, giving a jubilant Yakov and us readers plenty to
ponder. In her first children's book with a pre-20th-century setting, Madonna
combines storytelling resourcefulness with a non-Western theme for a read
that will sit comfortably alongside her previous two books. Without a doubt,
Spirin's artwork is the tour de force here, bringing to life Ukrainian
landscapes and culture in a way that reflects the artist's remarkable
attention to detail. For those who enjoyed The English Roses and Mr.
Peabody's Apples, this story, which follows a familiar format of old-fashioned

67 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


fables, makes a fine addition to your Madonna 'literary' collection.' Matt
Warner

Masih sedarkah? Atau masih lena diulit mimpi-mimpi indah keDUNIAan?


Anda tentukan pilihan anda. Semuanya terletak di tangan anda.

Konspirasi Dunia- Harry Potter

68 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Harry Potter. Siapa tidak kenal dengan watak kegemaran kanak-kanak dan remaja
ini. Berkaca mata dan mempunyai kebolehan sihir adalah tanda pengenalan watak ini.
Novel-novel dan filem-filemnya menjadi kegilaan ramai sehinggakan ada yang sanggup
menghabiskan duit semata-mata ingin memiliki koleksi novel tersebut. Tidak kurang
juga kanak-kanak yang berangan ingin menjadi seperti Harry Potter suatu hari nanti
dengan kemahiran sihir dan penyapu terbangnya. Inilah antara Mind Control The
Hidden Hand yang paling berjaya!

Siri Harry Potter yang menjadi bacaan dan tontonan ramai ini sebenarnya penuh
dengan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah. Mungkin ada di antara kita yang perasan
dengan perkara ini dan mungkin ada juga yang langsung tidak ambil endah dan tidak
perasan, yang penting siri Harry Potter ini menghiburkan. Jika saya adalah The Hidden
Hand, sudah pastilah saya akan rosakkan pemikiran kanak-kanak dan remaja dengan
pelbagai unsur-unsur sihir dan mistik yang secara tidak langsung akan mempengaruhi
pemikiran mereka. Tetapi saya tidak boleh merosakkan pemikiran mereka secara terus
terang, sudah pastilah saya akan menggunakan medium tertentu seperti Harry Potter
yang diminati dan dipuja ini. Mesej tersembunyi di sebalik jalan cerita yang menarik.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu Kabbalah? Sebelum ini saya sudah jelaskan
sexara ringkas tentang Kabbalah atau Sihir Kuno Yahudi ini. Sebelum membicarakan
lebih lanjut tentang Harry Potter, elok kiranya jika kita menyelidiki biodata penulis siri
ni, JK Rowling. Nama sebenarnya ialah Joanne 'Jo' Murray. JK Rowling ini adalah
nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965.
Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah
menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah
Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang
kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.

69 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Dia cuba melanjutkan pengajian ke University Of Oxford tetapi gagal dan kemudian
telah melanjutkan pengajian di University Of Exeter mengambil jurusan Bahasa
Perancis. Selepas berpisah dengan suami pertamanya, dia membawa membesarkan
anak perempuannya seorang diri dan menumpang di rumah adiknya, Diana di
Edinburgh, Scotland. Dan di Edinburg jugalah dia telah menyiapkan buku Harry Potter
pertamanya, Harry potter And Philosopher's Stone.

Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu Edinburgh,
Scotland dan University Of Exeter.

Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini,
mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita
menyelesaikan kata kunci ini.

Kata Kunci Pertama- Edinburgh

Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat
pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan
Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya
wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling
sesuai dipilih oleh Templar untuk menyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia
mereka.

Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu,
Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa
Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai Freemason. Mendukung misi yang sama,
tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari
segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini
berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh
dunia, termasuklah di Malaysia sendiri. Sila rujuk post-post saya sebelum ini untuk
maklumat Freemason di Malaysia.

70 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Di sinilah para Mason bebas mengamalkan sihir Kabbalah tanpa tentangan dan dibina
Rosslyn Chapel yang terkenal di kalangan ahli-ahli Mason dan Rosicrusian. Rosslyn
Chapel telah dibina Willian Sinclair. Di seluruh Rosslyn Chapel, terdapat unsur-unsur
Masonic yang jelas kelihatan di dinding-dinding. Penulis buku Rosslyn And The Grail
iaitu Mark Oxbrow dan Ian Robertson berpendapat ukiran di dinding Rosslyn Chapel
adalah diambil dari ukiran dinding Temple Solomon. Rosslyn itu sendiri berasal dari
bahasa Gaelic yang bermaksud pengetahuan kuno yang diwarisi generasi ke generasi.

Rosslyn Chapel

71 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Kata Kunci Kedua- University Of Exeter

JK Rowling pernah menuntut di sini selama 4 tahun. Jika kita lihat moto universiti ini
sendiri Lucem Sequimur yang bermaksud We Follow The Light. Mungkin rata-
rata kita menganggap Light itu adalah ilmu tetapi dalam paganism-codex light itu
adalah Lucifer/ Iblis.

Universiti ini juga menawarkan pengajian Olkutisme dan Paganisme kepada


mahasiswanya. Dan semasa menuntut di sini, JK Rowling tidak hanya mempelajari
bahasa Perancis malah turut sama menuntut dalam bidang ini. Program ini dinamakan
'Western Esotericism' di bawah HuSS (School of Humanities and Social Sciences).
Antara modul-modul pembelajaran di bawah program ini ialah:
1. Alexandrian Hermetism
2. The Hermatic Art Of Alchemy
3. Kabbalah
4. Rosicrucianism and Freemasonry
5. Theosophy and Esotericism
6. The Esoteric Body
7. Sufism And Islamic Devotional Study
8. Heretics And Mystics Language
9. Withcraft In History
10.The Disenchangement Of The World Society And The Supernatural In Early Modern
Europe

Jadi jelaslah di sini JK Rowling bukanlah ibu tunggal yang berbakat menulis cerita
kura-kura dan arnab, tetapi jauh lebih hebat dari itu. Dengan pengetahuan yang ditimba
semasa di universiti beliau telah memasukkan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah
dalam cerita fantasi rekaannya itu. Karyanya boleh diibaratkan seperti 'The Handbook
Of Occult' tetapi dalam versinya sendiri dengan lebih 400 juta naskhah terjual di
seluruh dunia. Novelnya begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang dan ritual
okultisme sihir seperti Minerva McGoganall, Mirror Of Erised, Quidditch dan banyak
lagi. Secara tidak langsung mendedahkan kepada kita tentang sihir-sihir yang dilarang

72 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


oleh Allah.

Tentang jalan cerita Harry Potter rasanya tidak perlu saya ulaskan di sini kerana jalan
ceritanya terlalu panjang untuk diulas. Rasanya elok juga jika didedahkan asal nama
watak-watak dalam cerita ini yang saya yakin ada kaitan dengan okultisme dan
paganisme.

Harry Potter

Harry Potter adalah watak utama dalam cerita fantasi ini. Harry bermaksud 'Panglima
Perang' dan Potter diambil konon-kononnya bekas jiran JK Rowling

Ron Weasley

73 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Ron Weasley adalah kawan baik Harry Potter dan Hermione. Ron juga boleh
diterjemahkan sebagai Running Weasel yang berkaitan dengan jaguh catur pada kurun
ke 6. Ron juga bermaksud Penasihat Raja.

Hermione Granger

Hermione adalah kawan baik Harry Potter bersama Ron. Namanya bermaksud
Pembawa Pesan dan dalam mitos Yunani adalah Messenger Of Gods yang juga dikenali
sebagai Hermes.

74 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Albus Dumbledore

Albus membawa makna Putih dan Dumbledore adalah dari bahasa Inggeris Kuno yang
bermaksud lebah besar yang berbulu.

Minerva McGonagall

Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan, Kesenian, Sihir, Perdagangan dan Seni
Perang bagi masyarakat Rom. Manakala McGonagall bermaksud berani.

75 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Sirius Black

Sirius adalah bintang berbentuk anjing yang paling terang di angkasa. Hampir semua
ahli keluarga Sirius Black dinamakan sempena nama bintang, Bellatrix, Regulus,
Andromeda dan Draco. Bintang-bintang memainkan peranan penting dalam ritual
Kabbalah dan Mesir Kuno.

Lucius Malfoy

Lucius juga adalah nama lain bagi Lucifer/Iblis. Namun bagi penyembahnya, Lucifer
bermaksud Sang Cahaya, begitu juga dengan Illuminati.

76 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Secara tidak sedar cerita sebegini akan mencemari minda kita dengan sihir-sihir tanpa
kita sedari. Tidak cukup dengan novel, filemnya juga terus mendapat sambutan hebat
dari seluruh dunia. Mereka telah men'program' minda kita tanpa kita sedari, dengan
sihir kita akan dapat apa yang kita ingini. Inilah hakikat sebenar yang sedang terjadi.
Sedangkan kita sedia tahu sihir itu adalah haram dan ditegah oleh Allah untuk
mengamalkannya atau mempelajarinya, Secara tidak langsung dengan cerita sebegini
kita telah mempelajari sedikit sebanyak tentang sihir atau magic ini.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang


dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal
Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang
mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut
dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang
pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

'Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)'. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin
Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya


(dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah
melakukan dosa yang besar.
An-Nisa 48

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang


mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain
daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan
hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa
jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
An-Nisa 116

“Kami pada zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya: “Wahai

77 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Rasulullah! Bagaimana pendapatmu mengenai hal itu?” Maka Rasulullah Shallallahu
'alaihi wasallam menjawab: “Perlihatkan kepada ku jampi-jampi kamu itu, tidak
menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya
syirik.”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Konspirasi Dunia- Hollywood

Pernahkah anda terfikir kenapa sesetengah artis berada di puncak dan kekal di atas
sedangkan bakatnya hanya boleh dikatakan sederhana. Dan kenapa sesetengah artis
yang mempunyai bakat yang besar tidak mencapai kejayaan sedemikian? Sesetengah
dari mereka dilahirkan untuk menjadi 'puppet' kepada The Elite sahaja dan sesetengah
dari mereka diambil untuk menjadi 'puppet' kerana mempunyai ciri-ciri yang sesuai.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung
mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan
industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di


sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka
mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan
melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message)
mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison,
Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan
78 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai
budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan
sebagainya adalah dari idol mereka ini.

3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak
mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah
ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak
sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin
diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix
dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK
Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan
kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.

79 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Di bawah saya telah sediakan gambar-gambar 'puppet' mereka yang telah berkhidmat
untuk mereka secara sedar ataupun tidak. Dan kebanyakannya menggunakan
simbol All Seeing Eye di dalam kulit album mereka.

Rihanna

80 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Di konsertnya, perhatikan dia berada di dalam piramid.

81 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Ratu Kabbalah Hollywood (Madonna)

82 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Bersama lambang Bulan dan Bintang yang banyak juga digunakan oleh
Mason dan Star David yang juga adalah lambang bagi keluarga Rotchild

Sting

83 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Marilyn Manson

Iron Maiden

84 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Christina Aguilera

Enrique Iglesias

85 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Billy Joel

Gwen Stefani

86 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Metallica
(Perhatikan ular yang berbelit yang menghasilkan 3 nombor 6, 666)

The Beatles
(Perhatikan lelaki dalam bulatan itu ialah Aleister Crowley yang telah mewujudkan OTO
(Ordo Templi Orientis) dan juga adalah ahli Golden Dawn.

87 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


The Police
(666 akan kelihatan jika dilihat dihadapan cermin)

88 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Lady Gaga

Kanye West dan Tom Cruise

89 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Jangan terkejut jika di Nusantara pon lambang All Seeing Eye ini juga digunakan.
Berikut adalah gambar-gambar album yang mempunyai unsur-unsur All Seeing Eye.

Dewa 19

90 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Kembara

91 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Search

92 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Rasullulah pernah bersabda:
'Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.'

93 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Konspirasi Dunia- The Gate
'

Artikel oleh- WanAriefImran


Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara
kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan
sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan
menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari,
kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.

Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama
Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World
Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang
mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang
piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones,
Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel,
Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan
berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk
mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan
menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta
mata hati).

94 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Di atas adalah gambar “Master’s Carpet” yang telah saya highlightkan unsur-unsur
penting didalamnya yang terdapat pada KLCC dan satu lagi struktur kebanggaan
Malaysia yang akan saya beritahu kemudian. (Masters’ Carpet juga boleh didapati atas
sejadah-sejadah yang kita gunakan setiap hari. Klik sini untuk lebih info mengenai ini.)

Tak perlulah rasanya saya terangkan unsur masonic yang telah saya highlightkan
dengan garisan berwarna kuning. Menara KLCC yang terkenal di serata dunia dengan
nama Menara Berkembar Petronas telah menepati ciri ini. Dua tiang ini adalah Jachin
dan Boaz yang menjadi lambang kebanggaan Freemason. Bekas-bekas Presiden
Amerika yang menjadi ahli tertinggi Freemason seperti George Washington telah
meletakkan kedua-dua tiang ini di hadapan kubur masing-masing sebagai tanda
kebanggaan mereka.

95 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Unsur kedua iaitu lantai berpetak (garisan merah) juga boleh didapati berhampiran
dengan KLCC. Dalam gambar di atas, lantai berpetak berada di bawah Jachin dan Boaz.
Sama juga dengan lantai berpetak yang terdapat di KLCC tetapi telah disorokkan di
dalam bangunan. Lantai berpetak ini terdapat di dalam bangunan Suria KLCC bukan di

96 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


dalam dua menara utama bagi menepati syarat bahawa lantai ini berada di bawah tiang,
bukan di dalam.

Suria KLCC

Dah terang lagi bersuluh, gambar ini membuktikan lantai berpetak Freemason di Suria
KLCC. Nama ‘Suria’ juga diambil daripada objek sembahan agama-agama pagan iaitu
matahari.

All Seeing Eye

97 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Dua Persamaan Pertama

98 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari
dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam
kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama
ini juga tergantung jauh di angkasa.

99 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-
seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga
memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi
teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di
internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau
segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka
yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson
yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga
artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam
diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat
besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.

Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.

100 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


101 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata
penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan
teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan. Selain itu, kaki yang
mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye
mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya
dengan satu bulatan di tengah.

*Sekiranya anda masih belum mengetahui bagaimana Peperangan Akhir akan kembali
berkuda dan pedang sila baca artikel MO (temubual bersama Lonecryer tentang
EMP). Klik Sini!

Inilah bukti besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir
laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya
dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya

102 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim


membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata
penglihatan kekal celik.

Sekian, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada
kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.

Warfeel Efairy

Bagi mereka yang sangsi tentang Razaksat sebagai All Seeing Eye dalam simbol
Freemason di KLCC, maka di sini saya lampirkan gambar Eye On Malaysia di Tasek
Titiwangsa sebagai All Seeing Eye bagi KLCC.

103 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim

Anda mungkin juga menyukai