Anda di halaman 1dari 4

Tajuk :

KERTAS KERJA SEMINAR KERJAYA


Tarikh : 21 Ogos 2009 Tempat : Dewan Selia

1.0

TUJUAN Kertas Cadangan Seminar ini dikemukakan adalah untuk memohon Subsidi Pembangunan Kerjaya Anak-Anak Ahli Tahun 2009 di bawah Tabung Latihan PUSPANITA (TLP). Program yang akan dilaksanakan ialah Seminar Pemantapan Karier Cawangan Kementerian Penerangan Malaysia.

2.0

OBJEKTIF Objektif utama pelaksanaan Seminar Pemantapan Karier adalah seperti berikut: i) Menyediakan garis panduan kepada peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk memilih kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi serta peluang-peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan akademik dan minat serta menyediakan diri untuk menghadapi temuduga. ii) Mempertingkatkan keyakinan diri para peserta mengenali potensi diri dan seterusnya membantu membuat pemilihan kerjaya yang terbaik.

3.0

KUMPULAN SASARAN Seminar ini terbuka kepada semua anak-anak ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Penerangan Malaysia yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan STPM. Dijangka seramai 100 orang peserta akan mengikuti seminar ini.

4.0

CADANGAN PENCERAMAH JEMPUTAN Dr. Rahim Asri Pensyarah Fakulti Psikologi dan Kerjaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

5.0

MAKLUMAT AKTIVITI Tarikh Tempat Masa : : : 21 Ogos 2009 Dewan Selia Aras 21, Kementerian Penerangan Malaysia 8.00 pagi 5.00 petang (1 hari)

6.0

ATURCARA PROGRAM 8.00-8.30 pagi 8.30-10.00 pagi -Pendaftaran Peserta -Kertas Kerja 1:Kursus Yang Ditawarkan di Universiti 10.00-10.30 pagi -Minum pagi

10.30-12.00 t/ hari -Kertas Kerja 2:Peluang Kerjaya 12.00-1.00 t/ hari -Kertas Kerja 3:Mengenali Potensi Diri Makan Tengah hari Bersurai

7.0 Bil. 1. 2.

ANGGARAN PERBELANJAAN Perkara Bayaran Penceramah 5 jam x RM 200.00 Makanan: Pagi - 100 peserta x RM 5.00 Tengah hari - 100 peserta x RM 10.00 Petang - 100 peserta x RM 5.00 Jumlah (RM) 1000.00

500.00 1000.00 500.00 50.00 150.00 300.00 RM3,500.00

3.

Alat tulis Nota Persiapan Dewan Jumlah

8.0

PENUTUP Dikemukakan Kertas Cadangan Seminar Pemantapan Karier untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan Subsidi sebanyak RM3,500.00 daripada Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA.

Yang benar,

................................ (Nama: Encik Ahmad Bin Thorique) Setiausaha Cawangan Kementerian Penerangan Malaysia

Tarikh : 1 Mei 2009

Anda mungkin juga menyukai