Anda di halaman 1dari 7

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS

VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

SEMESTER

JUAI SESI 2022 / 2023 (JJ222)

PUSAT

UUM (KUMPULAN M – SIBU)

TUGASAN KUMPULAN

PEMBANGUNAN

DISEDIAKAN UNTUK

DR MOHD HENRY MOHD NASIR

DISEDIAKAN OLEH

HASMILA BINTI MALIKI (289307)

DAYANG AIDA RASEEQHA BT ABG AMIR (289300)

EMBAH ANAK LANTING (289033)

AZIA LYDIA BINTI ABDUL GAPAR (289016)

TARIKH HANTAR

08 JANUARI 2023

1
PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR
STUDENT ENHANCEMENT PROGRAMME
(PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PDPC &
TEKNIK MENJAWAB KERTAS SOALAN SPM SUBJEK TERAS)

1. PENGENALAN
SMK Nanga Dap merupakan salah sebuah sekolah menengah yang terletak di luar
bandar Sibu dengan jarak 30 km dari Pekan Kanowit, Sibu. Sekolah ini dihubungkan
melalui bot yang akan dinaiki dari Pekan Kanowit selama 4 minit ke SMK Nanga
Dap.

Bilangan pelajar SMK Nanga DAP yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
pada tahun 2022 adalah seramai 65 orang. Prestasi SPM tahun sebelum ini adalah
baik dengan 85% purata pelajar layak mendapat sijil manakala 40% daripada jumlah
pelajar lepasan SPM berjaya melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pendidikan
seperti Tingkatan 6, Politeknik, Program Asasi dan Kolej Komuniti.

Sekolah ini dipilih sebagai tempat untuk melaksanakan Student Enhancement


Programme kerana sekolah ini merupakan sekolah luar bandar yang mempunyai
prestasi yang memuaskan serta memiliki potensi untuk mencapai kecemerlangan yang
berterusan. Kecemerlangan tersebut dapat dicapai melalui pendedahan yang berkesan
dari segi kepelbagaian teknik menguasai kandungan subjek serta penguasaan teknik
menjawab secara hands on soalan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Dengan
adanya Student Enhancement Programme ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar
di sekolah ini untuk meningkatkan motivasi dan prestasi.

2. OBJEKTIF
Memberi panduan kepada para pelajar Tingkatan 5 di SMK Nanga Dap mengenai
amalan terbaik PDPC serta teknik menjawap kertas soalan SPM subjek teras.

Membantu pelajar mengenalpasti elemen-elemen penting yang perlu diberi penekanan


sewaktu mengikuti pembelajaran secara online dan offline untuk meningkatkan tahap
penguasaan belajar dalam kelas.

2
Memberi bimbingan dan khidmat nasihat bagi membantu pelajar memilih laluan
pendidikan yang bersesuaian dan memupuk minat bagi melanjutkan pelajaran.

Membantu pelajar membentuk sikap optimistik agar dapat melihat dunia dengan
pandangan yang positif dengan berorientasikan masa hadapan dan matlamat yang
lebih jelas.

3. CADANGAN PERLAKSANAAN

Program ini akan melibatkan 65 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Nanga Dap,
Kanowit, 10 orang urusetia (guru sekolah/tenaga pengajar/penyelaras program).

Tenaga pengajar bagi 4 slot untuk sesi perkongsian serta teknik menjawab soalan 4
subjek teras iaitu Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik akan
disampaikan oleh 4 orang guru Cemerlang dari MRSM Mukah yang merupakan guru
yang berpengalaman serta guru pemeriksa Kertas Soalan SPM bagi keempat-empat
subjek tersebut.

Cadangan tempat dan masa pelaksanaan adalah seperti berikut:


Tarikh : 14 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 08:30 pagi – 04:00 petang
Tempat : SMK Nanga Dap, Kanowit

4. JUSTIFIKASI
Subjek teras merupakan subjek WAJIB LULUS dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Bermula tahun 2021, pihak kementerian pendidikan juga telah
memperkenalkan sukatan pelajaran KBBSM Baru untuk subjek berkenaan. Justeru,
penguasaan sukatan mata pelajaran bagi subjek TERAS menjadi keutamaan dan
penekanan untuk memastikan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) lebih bersedia.

Program ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk mengesan dan merekrut pelajar-
pelajar terpilih terutamanya dari golongan B40 yang berpotensi dari segi akademik
dan mendapat keputusan yang cemerlang untuk diberi kemudahan pinjaman pelajaran.

3
Penceramah yang berpengalaman yang dijemput dapat membantu para pelajar untuk
lebih yakin dan mahir dalam mengendalikan strategi pembelajaran dan teknik
menjawap soalan SPM.

Melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing dan membentuk sahsiah diri pelajar
agar menjadi yang cemerlang selain melahirkan modal insan berkualiti yang mampu
menguasai pelbagai kemahiran.

5. OUTCOME PROGRAM
Melalui program ini para pelajar akan didedahkan dengan kaedah untuk membantu
pelajar belajar dan membaca secara berkesan yang didasari dengan MINAT terhadap
subjek. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan Kertas
2 iaitu soalan struktur dan soalan esei yang diselarikan dengan konsep penandaan
seperti yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

Melalui Perkongsian Amalan Terbaik Pdpc, pelajar akan didedahkan dengan dua
kaedah belajar dan membaca bab iaitu Intensive Reading Programme (IRP) dan Kaedah
Hafalan Grafik@ Grafic Visualization. Manakala melalui perkongsian slot teknik
menjawab soalan Kertas 2, pelajar akan diberikan pendedahan berkaitan cara menjawab
berdasarkan kata tugas, pendedahan berkaitan soalan KBKK dan slot penandaan contoh
skrip jawapan secara hands on.

Para pelajar boleh mengenalpasti minat kecenderungan mereka selepas menamatkan


SPM dengan melanjutkan pelajaran ke IPMA dan menikmati kemudahan-kemudahan
yang disediakan.

4
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
Implikasi kewangan bagi program Student Enhancement Programme (Perkongsian
Amalan Terbaik Pdpc & Teknik Menjawab Kertas Soalan SPM Subjek Teras) bagi
SMK Nanga Dap, Kanowit adalah seperti berikut:

JUMLAH
BI HARGA/UNIT
BUTIRAN BESAR
(RM)
(RM)
1 Makan & Minum Peserta, Urusetia &
Penceramah RM25.00 x 75 orang 1,875.00
(Sarapan pagi/Minum Pagi/ Makan
Tengahari/Minum Petang)
2 Bahan Program:
 Alat Pembelajaran (buku nota, alat tulis, RM20.00 x 65 orang 1,300.00
set soalan bercetak)
 Bahan Bantu Mengajar (kertas mahjong, Lump Sum 500.00
marker, kad manila, dll)
3. Bayaran Tenaga Pengajar:
Slot 1: Perkongsian Subjek Sejarah RM200.00 x 2 jam x 1 org 400.00
Slot 1: Perkongsian Subjek Bahasa Melayu RM200.00 x 1 jam x 1 org 200.00
Slot 1: Perkongsian Subjek Bahasa Inggeris RM200.00 x 1 jam x 1 org 200.00
Slot 1: Perkongsian Subjek Matematik RM200.00 x 1 jam x 1 org 200.00
4. Sewa Bot (Pengangkutan Tenaga Pengajar &
Urusetia Untuk Ulang-alik Dari Pekan 1 buah x RM200.00 200.00
Kanowit ke SMK Nanga Dap)
5. Lain-lain:
i. Air mineral RM25.00 x 4 kotak 100.00
ii. Kit pencegahan (face mask & hand RM10.00 x 150 unit 1,500.00
sanitizer) & Sijil Penyertaan kepada peserta
iii. Banner (10’ x 2’)
RM300.00 x 1 unit 300.00
JUMLAH BESAR 6,775.00
JUMLAH BESAR DALAM PERKATAAN (RINGGIT MALAYSIA):
ENAM RIBU TUJUH RATUS TUJUH PULUH LIMA SAHAJA

5
7. PENUTUP

Permohonan peruntukan program Student Enhancement Programme (Perkongsian


Amalan Terbaik Pdpc & Teknik Menjawab Kertas Soalan SPM Subjek Teras) bagi
Sekolah Menengah Kebangsaan Nanga Dap, Kanowit, Sibu sebanyak RM 6,775.00
(Ringgit Malaysia : ENAM RIBU TUJUH RATUS TUJUH PULUH LIMA
SAHAJA) adalah diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa
Pengurusan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Kanowit.

Disediakan oleh :

________________________
HASMILA BINTI MALIKI
Ketua Biro Pendidikan dan Keusahawanan
Persatuan Belia Kanowit.
Tarikh : 12 Mei 2022

Lampiran 1
6
ATURCARA

STUDENT ENHANCEMENT PROGRAMME


(Perkongsian Amalan Terbaik Pdpc &
Teknik Menjawab Kertas Soalan SPM Subjek Teras)

BAGI PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANGA DAP, KANOWIT

Masa Pengisian
7.30 am - 8.00 am Sarapan Pagi
8.00 am – 8.30am Pendaftaran Pelajar
8.30 am – 10.30 am Teknik Menjawab Kertas Soalan SPM Subjek Sejarah
10.30 am – 11.00 am Minum Pagi
11.00 am – 12.00 pm Teknik Menjawab Kertas Soalan SPM Subjek Bahasa Melayu
12.00 pm – 1.00 pm Taklimat dari Pegawai Unit Latihan dan Kerjaya
1.00 pm – 2.00 pm Makan Tengahari
2.00 pm – 3.00 pm Teknik Menjawab Kertas Soalan SPM Subjek Matematik
3.00 pm – 4.00 pm Teknik Menjawab Kertas Soalan SPM Subjek Bahasa Inggeris
4.00 pm Minum Petang

Anda mungkin juga menyukai