Anda di halaman 1dari 9

PUSAT TINGKATAN ENAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIMBANAK


PETI SURAT 495,
89507 PENAMPANG

KERTAS KERJA

PROGRAM JEJAK GEMILANG


( BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SEMESTER 1 )

TARIKH:
9-13 JANUARI 2023

TEMPAT:
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LIMBANAK

ANJURAN:

UNIT PENGURUSAN & JABATAN AKADEMIK


PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK LIMBANAK, PENAMPANG.
01. PENGENALAN

Seminar Pendidikan Tingkatan Enam merupakan satu program kecemerlangan akademik yang
dianjurkan oleh Unit Pengurusan Tingkatan Enam dan Jabatan Akademik Pusat Tingkatan
Enam SMK Limbanak bagi meningkatkan keyakinan dan persediaan para pelajar Tingkatan
Enam Pusat Tingkatan Enam SMK Limbanak untuk menduduki peperiksaan STPM Semester
1. Seminar ini dapat dilihat sebagai satu inisiatif untuk mengukuhkan pemahaman dan
penguasaan pelajar tentang teknik menjawab bagi setiap mata pelajaran yang diambil. Hal ini
selaras dengan KPI sekolah untuk mencapai PNGK 3.0 dalam peperiksaan STPM seperti yang
disasarkan di peringkat negeri dan kebangsaan. Guru-guru yang sentiasa komited menuntut
ilmu demi meningkatkan kecekapan diri, sentiasa menambah nilai amalan terbaik dalam PDP
di samping pelajar yang sentiasa komited meningkatkan persiapan diri menduduki peperiksaan
pastinya akan menjadi wadah mencapai KPI yang telah ditetapkan.

02. JUSTIFIKASI
Seminar ini perlu dilaksanakan atas justifikasi berikut;
2.1. Sebagai wadah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM Semester 1.
2.2 Meningkatkan kemahiran teknik menjawab peperiksaan STPM Semester 1 dalam
kalangan pelajar;

03. MATLAMAT
3.1 Memantapkan persediaan pelajar menghadapi peperiksaan STPM Semester 1.

3.2 Meningkatkan motivasi para pelajar untuk mempersiapkan diri menduduki peperiksaan
STPM Semester 1.

3.3 Mewujudkan jalinan kerjasama di antara pensyarah-pensyarah Pusat Tingkatan Enam


SMK Limbanak, Penampang dengan pensyarah-pensyarah dari kolej/Pusat Tingkatan
Enam yang laindan mengeratkan hubungan harmoni dalam kalangan Pensyarah
Tingkatan Enam, SMK Limbanak.

04. OBJEKTIF
4.1. Memberi pendedahan tentang teknik menjawab yang betul kepada pelajar bagi setiap
subjek yang diambil dalam peperiksaan;
4.2. Meningkatkan keyakinan menduduki peperiksaan dalam kalangan pelajar; dan
4.3. Mencapai prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan STPM Semester 1 iaitu ke arah
pencapaian gred purata STPM 3.0 ke atas.

05. SASARAN
139 orang pelajar 6 Rendah Kohort 9 (STPM Semester 1) Pusat Tingkatan Enam, SMK
Limbanak, Penampang.

06. TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN


Tarikh : 9 -13 Januari 2023
Masa : 8.00am – 2.00 pm
Tempat : SMK Limbanak, Penampang
07. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Sila rujuk Lampiran 1

08. TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 2

09. ANGGARAN HASIL DAN PERBELANJAAN PROGRAM

Anggaran Perbelanjaan:

BI
PENCERAMAH/SUBJEK RM/SEORANG
L
1 PENGAJIAN AM RM 200.00
2 BAHASA MELAYU RM 200.00
3 KESUSASTERAAN MK RM 200.00
4 SEJARAH -
5 GEOGRAFI RM 200.00
6 EKONOMI -
7 P. PERNIAGAAN RM 200.00
8 MATHEMATICS M -
9 MATHEMATICS T -
10 ICT -
11 PHYSICS -
12 CHEMISTRY RM100.00
13 BIOLOGY RM 200.00
14 SAINS SUKAN -
15 SENI VISUAL -
JUMLAH RM 1,300.00
10. PENUTUP
Semoga seminar pendidikan ini akan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar
dalam mempersiapkan diri sebaik yang mungkin ke arah meningkatkan prestasi pencapaian
pelajar Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan Enam, SMK Limbanak, Penampang sekali gus
mencapai KPI yang ditetapkan iaitu PNGK 3.0 dalam peperiksaan STPM Semester 1 tahun
2023.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Veritinus Santiong) (Pn. Connie Laurenco Marlag)


Ketua Jabatan Akademik, Penolong Kanan Tingkatan 6,
Pusat Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan Enam,
SMK Limbanak, Penampang SMK Limbanak, Penampang.

Disahkan oleh,

(Jackson Sigo @ Siga)


Pengetua,
SMK Limbanak, Penampang.

Tarikh :………………………
Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM JEJAK GEMILANG 2023

Penasihat : Pn. Connie Laurenco Marlag (Penolong Kanan Tingkatan 6)

Pengerusi : En. Veritinus Santiong

Penyelaras Program : Pn. Ruhayu binti Ramli

Penolong Penyelaras : En. Zamlee Abd Malek

Setiausaha : En. Albert Harry @ Alexander

Bendahari : Aileen Beh

AJK Jemputan : Pn.Liang Swee Peng

AJK Sijil & Cenderahati : Hjh. Ramlah Binti Haring


: Pn. Christina Sandalun

AJK Makan & Minuman : Pn. Auerelia Aloysius

AJK Dokumentasi &


Juru Gambar : Cik Latifah Yusuf Embun
: Pn. Marcella Esther J.Jimbangan

AJK Persiapan Tempat : En. Kassim Isin

AJK PA System : En. Donny Wong


JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM JEJAK GEMILANG SEMESTER 1
9 – 11 JANUARI 2023

9/01/2023 10/01/2023 11/01/2023 12/01/2023 13/01/2023


(ISNIN) (SELASA) (RABU) (KHAMIS) (JUMAAT)
7.00 – 9.00 SS - BILIK REFLESIA PAM - DEWAN SRI BM - BILIK GEO -
KIM - BILIK DARJAH MALAKUN REFLESIA DEWAN
ICT - BILIK DARJAH MAT T- BILIK SRI
DARJAH MALAKUN
MAT M - BILIK
DARJAH
9.00 – 9.30 REHAT
9.30 – 11.30 BIO - BILIK DARJAH PAM - DEWAN SRI EKO - BILIK
FIZ - BILIK DARJAH MALAKUN REFLESIA
KMK - BILIK DARJAH
11.30 – 12.00 REHAT
12.00 – 2.00 MM - BILIK DARJAH PAM - DEWAN SRI
PP - BILIK REFLESIA MALAKUN
SEJ - DEWAN SRI
MALAKUN
SV - BILIK DARJAH

LOKASI:
BILIK DARJAH : BIL CALON /PESERTA 1 – 30
BILIK REFLESIA : BIL CALON /PESERTA 31 – 80
DEWAN SRI MALAKUN : BIL CALON /PESERTA 81 – 200
No Rujukan: SMKLBK(XEA4130)/PRAU/900-01/01( )
Tarikh :

Kepada,
_____________________________

Melalui:
_____________________________
_____________________________
_____________________________

Tuan,

Jemputan sebagai Penceramah ______________________________________________________

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.0 Sukacita dimaklumkan bahawa Unit __________________________, Pusat Tingkatan Enam


SMK Limbanak berbesar hati untuk menjemput tuan sebagai penceramah dalam
_____________________________________ yang dianjurkan bersama Jabatan Akademik, Pusat
Tingkatan Enam SMK Limbanak, Sabah pada ketetapan berikut;

Tarikh : ____________________
Masa : ____________________
Tempat / Platform : ____________________

3.0 Kerjasama daripada pihak tuan, amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

(ENCIK JACKSON SIGO@SIGA)


Pengetua,
SMK Limbanak, Penampang, Sabah
No Rujukan: SMKLBK(XEA4130)/PRAU/900-01/01( )
Tarikh :

Kepada,
Ibu bapa Pelajar-pelajar Tingkatan 6,
SMK Limbanak,
89507 Penampang.

Tuan/Puan,

Makluman Pelaksanaan Bengkel ___________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.0 Saya selaku Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Limbanak, ingin memaklumkan bahawa anak tuan
puan wajib menghadiri Bengkel ________________________________ Semester 1, Tahun 2023
SMK Limbanak pada ketetapan berikut;

Tarikh : _____________________
Masa : _____________________
Tempat / Platform : _____________________

3.0 Kerjasama daripada pihak tuan, amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………………………
(PN. CONNIE LAURENCO MARLAG)
Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Limbanak
Tarikh : 5 Januari 2023

Kepada,

Pengetua
SMK Limbanak, Penampang

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN PROGRAM JEJAK GEMILANG SEMESTER 1

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Jabatan Akademik Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak akan
mengadakan Jejak Gemilang pada ketetapan berikut;

Tarikh : 9 – 13 Januari
Masa : 7.00 am - 2.00 pm
Tempat : Dewan Malakun / Bilik Reflesia/ Bilik Darjah , SMK Limbanak

3. Sehubungan itu, Unit Penyelidikan memohon peruntukan perlaksanaan program seperti berikut;

BIL PENCERAMAH/SUBJEK BAYARAN (RM)


1 PENGAJIAN AM RM 150.00
2 BAHASA MELAYU RM 200.00
3 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF RM 200.00
4 GEOGRAFI RM 200.00
5 P. PERNIAGAAN RM 200.00
6 BIOLOGY RM 200.00
7 KIMIA RM100.00
JUMLAH RM 1250.00

Kerjasama pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

(PN CONNIE LAURENCO MARLAG)


Penolong Kanan Tingkatan 6
Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak

Anda mungkin juga menyukai