Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN HAJI ABDUL MALEK

71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN DK
________________________________________________________________

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Fasa 8

KEBITARAAN BOLING
____________________________________________________
KERTAS KERJA
PROGRAM TUNAS MUDA BOLING
TAHUN 2019

TEMPAT
UBOWL SEREMBAN
SEREMBAN 2

TARIKH
19 MAC 2019 (SELASA)
1.0 PENDAHULUAN

Program Tunas Muda boling merupakan program asas boling bagi mencungkil bakat
para pelajar. Tunas Muda Boling menjadi titik permulaan bagi para pelajar kampung yang
sebelum ini tidak tahu dan mengerti pengertian boling. Apabila SK Tun Haji Abdul Malek
(SKTHAM) dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam Kebitaraan Boling, warga
SKTHAM bersedia menyahut cabaran tersebut. Program ini adalah satu usaha pihak sekolah
untuk menanamkan semangat kesukanan seterusnya menjadi satu medan kepada murid untuk
menonjolkan bakat dalam diri mereka. Program Tunas Muda Boling pada tahun ini merupakan
program kesinambungan program tunas tahun lepas.

2.0 RASIONAL

Murid adalah aset negara yang bakal menjadi bintang dan pemimpin negara di masa
akan datang. Guru-guru pula adalah pembina insan yang bakal memimpin negara. Justeru,
murid-murid seharusnya didedahkan dengan semangat kesukanan dan mempamerkan bakat
mereka. Murid seharusnya diberi pendedahan terhadap permainan boling kerana permainan ini
dapat memberi pilihan kepada murid terhadap pelbagai bidang sukan yang boleh diceburi.
Permainan ini juga merupakan platform kepada murid untuk memperoleh pencapaian yang
lebih baik dalam permainan ini.

3.0 MATLAMAT

Program Tunas Muda Boling ini bertujuan mendedahkan sukan boling kepada pelajar
SKTHAM bermula dari tahun 2, 3, 4, 5, dan 6 . Program ini memberi peluang kepada murid
untuk mengetahui selok belok tentang sukan orang bandar . Program ini diharapkan akan
memberikan motivasi kepada murid-murid untuk mempertajamkan kemahiran dan pengusaaan
mereka terhadap permainan boling. Di samping itu juga program ini diharapkan dapat memberi
pendedahan kepada murid terhadap pertandingan permainan boling.
4.0OBJEKTIF

Objektif program ini ialah untuk :

 Memupuk semangat kesukanan dalam diri murid-murid.

 Mempunyai semangat ingin membuat yang terbaik dan ketahanan mental yang tinggi.

 Meningkatkan kemahiran permainan boling murid.

 Meningkatkan kerjasama dan kesepakatan antara murid-murid dan guru-guru.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

- 19 MAC 2019
- Hari Selasa

6.0MASA

3.00 – 5.30 PETANG

7.0 TEMPAT

- UBowl Seremban, Seremban 2 Negeri Sembilan

8.0 SASARAN

- 47 orang murid dari tahun 2,3,4, 5, dan 6 Sekolah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek
Rembau NS
- 9 orang guru dan 1 Jurulatih
9.0JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Cikgu Bahrim Bin Selamon


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek Rembau NS

Pengerusi : Cikgu Mohd Iqbal bin Abd Razak


GPK Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek Rembau NS

Setiausaha : Cikgu Muhammad Hafiz Bin Meon


Guru Boling

Bendahari : Cikgu Norraini Binti Mokhtar

10.0 JAWATANKUASA KERJA

Juru latih

En. Ali Hanafiah bin Mohd Arifin


En. Roslan bin Osman
Pengangkutan

Cikgu Rodiah binti Othman


Pengurus Latihan

Cikgu Tan Meng Chin


Peralatan

Cikgu Muhammad Hafiz bin Meon

Jurufoto

Ustaz. Mohd Takrim bin Ab. Rahman

Laporan

Cikgu Nor Ziah binti Mustafa


Kebersihan dan Keselamatan

Cikgu Norraini Binti Mokthar


11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

TUNAS MUDA BOLING ( TAHUN 1,2,3,4, 5, dan 6)

Bayaran
Jurulatih 3 jam X 1 org X RM 100.00 300.00
Sewaan Lorong 47 org X 4 games X RM6.50 1222.00
Sewaan Kasut 47 org x RM2.50 x 1 hari 117.00
Makan dan
Minum
Murid 47 org X RM 8.00 X 1 hari 376.00
Jurulatih & guru RM 10.00 x 9 org x 1 hari 90.00
Pengangkutan
Sewa Bas (Pergi dan
Balik) RM500 X 1 hari 500.00
JUMLAH 2605.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 2605.00

12.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan SKK Kebitaraan Boling = RM 2605.00


13.0 TENTATIF PROGRAM

TUNAS MUDA BOLING

a. 19 MAC 2019 ( SELASA )


3.00 ptg - pendaftaran di UBowl Seremban Seremban 2 Negeri Sembilan
- Latihan memanaskan badan
- Pengenalan peralatan boling dan sukan boling
- Latihan teknik permainan boling
- permainan
5.00 petang - bertolak pulang

14.0 PENUTUP

Melalui program ini diharapkan dapat memberi latihan dan penguasaan teknik
permainan boling terutamanya dalam kalangan murid-murid. Semoga mereka akan berasa
yakin dan besedia untuk menghadapi pertandingan boling yang akan disertai .

Disediakan oleh :

……………………..
(MOHD IQBAL BIN ABD RAZAK)
GPK Kokurikulum
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
SK Tun Haji Abdul Malek

Disahkan oleh :

…………………………
( BAHRIM BIN SELAMON )
Guru Besar,
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
SK Tun Haji Abdul Malek

Anda mungkin juga menyukai