Anda di halaman 1dari 6

MERAH

18500 MACHANG, KELANTAN

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MERAH,


18500 MACHANG, KELANTAN

KERTAS KERJA
TERAPI BOLING,MOBILITI DAN
MEMBELI BELAH
PPKI SKAM 2023

TARIKH :
25 JULAI 2023 (SELASA)

TEMPAT :
MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU, KELANTAN

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
SK AYER MERAH
KERTAS KERJA TERAPI BOLING, MOBILITI DAN MEMBELI BELAH
PPKI SK AYER MERAH 2023

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi terdiri daripada murid yang mengalami beberapa
ketidakupayaan dari segi emosi, mental, dan fizikal. Ketidakupayaan mereka
menghadkan mereka dalam pelaksanaan pembelajaran seperti arus perdana. Oleh
itu, kurikulum pendidikan khas disesuaikan dengan ketidakupayaan murid supaya
lebih fleksibel dan membolehkan guru-guru pendidikan khas mengubahsuai
pelaksanaan aktiviti pengajaran bagi mencapai objektif pembelajaran.
Pengubahsuaian ini perlu bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang bermakna kepada murid berkepeluan khas (MBK).

Terapi permainan adalah salah satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah
bagi murid-murid pendidikan khas supaya didedahkan dengan dunia luar dan
pengalaman yang bermakna dalam hidup mereka. Dengan itu, murid-murid akan
dapat menyesuaikan aktiviti terapi dalam memahami pembelajaran yang diajarkan di
dalam kelas. Terapi boling, mobiliti dan membeli belah ini akan membantu
menambahbaik pergerakan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecergasan
fizikal bagi membantu menambah kemahiran kehidupan seharian. Diharap agar
program ini akan berjalan dengan jayanya.

2.0 MATLAMAT
Pemilihan Terapi Boling, Mobiliti dan Membeli belah bagi murid-murid Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-
murid normal yang lain. Di samping dapat meningkatkan lagi perkembangan
kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut
Keutamaan.

3.0 OBJEKTIF
2.1 Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke
arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Khas.
2.2 Mendedahkan MBK kepada masyarakat setempat khusus untuk mereka
berinteraksi dan bersosialisasi.
2.3 Memperbaiki pengawalan fizikal, mempertingkatkan koordinasi dan
keseimbangan MBK.
2.4 Menjadi salah satu kaedah rawatan susulan agar MBK boleh menguatkan otot-
otot mereka.
2.5 Membantu MBK mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka.
2.6 Mengeratkan lagi hubungan MBK bersama guru-guru dan pembantu pengurusan
murid (PPM).

4.0 KUMPULAN SASARAN


4.1 Murid Pendidikan Khas SK Ayer Merah -13 orang
4.2 Guru Pendidikan Khas SK Ayer Merah -4 orang
4.3 Pembantu Pengurusan Murid SK Ayer Merah -2 orang

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


TARIKH : 25 Julai 2023 (Selasa)
MASA : 07.45 pagi – 12.45 tengah hari
TEMPAT: PUSAT BOWLING MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU

5.0 JAWATANKUASA KERJA


Pengerusi : Pn Ruzita binti Abdul Muthalib (Guru Besar)
Penyelaras Program : Pn Noor Azainab binti Abdullah (Penyelaras PPKI)
Setiausaha : Pn Nurul Nadiah binti Mohd A’seri
Bendahari : Pn Salwani binti Muhamad

AJK PELAKSANA :

KESELAMATAN
En Wan Mohd Suhaireen b Wan Mohd Saufi
Pn Noor Azainab binti Abdullah

PENGANGKUTAN & DISIPLIN


Pn Salwani binti Muhamad
Pn Nurul Nadiah binti Mohd A’seri

MAKANAN
Cik Farah Norziah binti Ibrahim
Pn. Salwani binti Muhamad

DOKUMENTASI
Pn Nurul Nadiah binti Mohd A’seri
En Wan Mohd Suhaireen b Wan Mohd Saufi
6.0 TENTATIF PROGRAM

07.30 pagI : Berkumpul di kelas PPKI


07.45 pagi : Bertolak ke Mydin Tunjong
09.00 pagi : Taklimat
Aktiviti yang akan dijalankan
Tujuan aktiviti
-peraturan sebelum, semasa dan selepas berada di
Pusat Boling Mydin Tunjong
9.20 pagi : Aktiviti permainan boling
10.30 pagi : Terapi Mobiliti dan Membeli belah
11.00 pagI : Aktiviti bayaran di kaunter
11.05 pagi : Makan tengahari KFC
11.45 pagi : Pulang ke SKAM
12.45 tengahari : Tiba di sekolah

7.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Kos Peruntukan

1. Makanan (RM8x13) RM104.00 BDK

2. Bayaran masuk (RM12 x 13 ) RM156.00


SUMBANGAN
3. Sewa Bas RM350.00

4. Hamper:
Tempat Pertama: RM100
LAIN-LAIN
Tempat Kedua : RM80 RM360.00
MATAPELAJARAN
Tempat Ketiga : RM60
Saguhati : RM40 x 3

Jumlah RM970.00

8.0 PENUTUP
Mudah-mudahan usaha murni ini berjalan lancar, tercapai objektif yang dirancang
dan mendapat sokongan dari semua pihak. Semoga program ini diberkati Allah SWT
dan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak.
Disediakan oleh,

(NURUL NADIAH BINTI MOHD A’SERI)


Setiausaha Program PPKI,
SK Ayer Merah.

Disemak oleh,

(NOOR AZAINAB BINTI ABDULLAH)


Penyelaran PPKI,
SK Ayer Merah.

Disahkan oleh,

(RUZITA BINTI ABDUL MUTHALIB)


Guru Besar,
SK Ayer Merah.
KERTAS KERJA

PROGRAM TERAPI BOLING, MOBILITI DAN MEMBELI BELAH PPKI SKAM 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja


PROGRAM TERAPI BOLING, MOBILITI DAN
MEMBELI BELAH PPKI SKAM 2023

atau

Tidak Meluluskan Kertas Kerja


PROGRAM TERAPI BOLING, MOBILITI DAN
MEMBELI BELAH PPKI SKAM 2023

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………….

(RUZITA BINTI ABDUL MUTHALIB)


Guru Besar,
SK Ayer Merah

Anda mungkin juga menyukai