Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MANTIN


71700 MANTIN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
(Latihan Tenpin Boling dan Kemahiran Integrasi Sensori)

TARIKH:
29 Jun 2020 (Rabu)
MASA:
8.00 Pagi hingga 4.00 Petang

TEMPAT :
Mesamall Nilai, Negeri Sembilan
1.0 Tujuan

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) merupakan satu program yang
memberi peluang kepada murid, khasnya murid-murid Kelas Pendidikan Khas
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan dan
persekitaran di sekeliling mereka. Melalui aktiviti terapi boling dan wayang ini
ianya sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada murid tentang teknik
bermain boling yang betul serta memupuk budaya seni dan menerapkan nilai-nilai
yang positif dalam diri individu murid khas. Memandangkan murid-murid ini sangat
kurang didedahkan kepada persekitaran luar, maka dengan adanya aktiviti
Pendidikan Luar Bilik Darjah ini dapat meningkatkan pengetahuan, keyakinan diri
dan kemahiran bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka.

2.0 Rasional

Permainan boling merupakan satu permainan yang memerlukan kemahiran yang


tinggi untuk dipraktikkan. Memandangkan terdapat pertandingan bagi acara boling
di peringkat daerah dan negeri bagi kelas Pendidikan Khas, maka dengan adanya
aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi
pengalaman serta meningkatkan kemahiran para murid tentang teknik bermain
boling dengan betul. Ini secara tidak langsung memberi peluang untuk murid
berlatih secara intensif sebelum pertandingan boling Pendidikan khas peringkat
daerah dijalankan. Manakala, aktiviti menonton wayang pula memberi peluang
kepada murid-murid pendidikan khas untuk mempertingkatkan potensi diri dan
sahsiah supaya mereka dapat turut serta dalam suatu komuniti sosial serta dapat
bertukar-tukar fikiran selain menonton wayang bersama-sama rakan-rakan yang
lain dan membina budaya seni bersama.
3.0 Kumpulan Sasar

Murid Pendidikan Khas - 34 orang

4.0 Tentatif Program

Tentatif Program

Masa Perkara

7.30-8.00 pagi Berkumpul di kelas PPKI

8.00 -8.30 pagi Bertolak ke Taman Awam Nilai

8.30-9.45 pagi Beriadah dan sarapan pagi

9.45-10.00 pagi Bertolak ke Mesamall, Nilai

10.0-11.00 pagi Latihan Tenpin Boling siri 1

11.00-11.30 pagi Rehat

11.30-1.30 petang Aktiviti Kemahiran Integrasi Sensori


(Penglihatan dan pendengaran)

1.30-3.00 petang Makan tengahari & solat zohor

3.00 petang Bertolak pulang ke sekolah

5.0 Belanjawan

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Pengangkutan bas 350

(Rm350 x 1)
2 Sarapan pagi

(Rm 2 x 34 ) 68

Makan tengah hari

(Rm 10 x 34 ) 340

3 Bayaran boling 136

(Rm4 x 34 )

4 Tiket wayang 340

(Rm10 x 34 )

Jumlah Keseluruhan : RM 1234.00

6.0 Pendapatan

Sumbangan Ibubapa : RM26 x 34 orang

7.0 Jawatankuasa Induk/Kerja

Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin

7.1 Penasihat : Pn. Susila A/P Pavadai

7.2 Pengerusi : Pn. Nor Hamimi binti Harun

7.3 Setiausaha : Pn. Nur Shahira binti Ngah

7.4 Dokumentasi : Cik Tuan Fara Illiana binti Tuan Zakaria

: Pn. Aziah binti Mustafa

: Pn Akalili binti Abd Rahim

7.5 Keselamatan : En. Abdul Razib bin Zainal


: En. Zawawi bin Mohd Noor

: En. Hazlan Bin Hamdan

7.6 Makanan & Minuman : Pn. Siti Radziah Binti Ishak

: Pn. Siti Sumaya Binti Mat Som

: Pn. Liliwati Binti Abd Latif

8.0 Syor dan Cadangan

1. Memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui pembelajaran tidak


formal.
2. Melatih koordinasi motor halus, motor kasar dan pengamatan murid.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik permainan boling yang
sebenar.
4. Memberi peluang, penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dalam
mengembangkan potensi diri, bakat, minat dan kebolehan mereka.
5. Mendedahkan murid dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.
6. Mewujudkan rasa yakin dan mampu berinteraksi dengan sesiapa dan di mana sahaja.
7. Melahirkan murid yang serba boleh, bertanggungjawab, berilmu, serta mematuhi
pelbagai bentuk peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

9.0 Penutup

Sebagai kesimpulannya, aktiviti luar bilik darjah ini adalah penting bagi
membolehkan pelajar-pelajar melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran
dari pengalaman yang sangat berharga ini. Adalah diharapkan segala aktiviti yang
dijalankan dapat memberi manfaat dan pengetahuan serta pengalaman yang
bermakna kepada semua pihak yang terlibat. Diharapkan dengan adanya aktiviti
sebegini akan mewujudkan kesungguhan dan tumpuan dalam diri guru-guru bagi
melaksanakan aktiviti agar dapat memberikan satu inspirasi dan semangat kepada
murid-murid bermasalah pembelajaran supaya bersemangat dan bersikap proaktif
dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, kami mengharapkan
program dan aktiviti yang dijalankan ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan
menjadi inspirasi kepada Kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

………………………………. …………………………………

(PN. NUR SHAHIRA BINTI NGAH) ( PN. NOR HAMIMI BINTI HARUN)

Setiausaha Program PK Pendidikan Khas,

SMK Mantin

Diluluskan Oleh,

…………………………………

(PN. SUSILA A/P PAVADAI )

Pengetua,

SMK Mantin

Tidak meluluskan kertas kerja Aktiviti Luar Bilik Darjah (Latihan Tenpin Boling Dan
Kemahiran Integrasi Sensori)

Ulasan :

……………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai