Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

AKTIVITI SUKANEKA

1.0 PENGENALAN
Sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk bermain, berseronok dan mengisi
masa lapang. Sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan fizikal
bagi murid-murid berkeperluan khas. Walaupun objektif jangka pendek adalah
menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang
baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta
dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga,
ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang
diperlukan. Selain itu, melalui sukaneka murid-murid dapat berinteraksi dengan
masyarakat luar. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan
murid-murid untuk berdikari dan berani berhadapan dengan masyarakat luar. Aktiviti ini
juga merupakan satu aktiviti yang dapat membina pengalaman berinteraksi dengan
persekitaran dan peka dengan perkembangan semasa.

2.0 PENERAPAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)


Anjakan Ke-3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan menghayati nilai
Aspirasi murid : i) Pengetahuan
ii) Kemahiran Berfikir
iii) Etika dan Kerohanian
iv) Kemahiran Memimpin
Aspirasi Sistem : Akses, kualiti, perpaduan dan kecekapan

3.0 RASIONAL
Aktiviti ini diharapkan bukan sahaja dapat memberikan pengalaman kepada murid-murid
Program Pendidikan Khas iNtegrasi (PPKI) mengenai kemahiran berinteraksi dalam
kehidupan seharian malah dapat membantu murid-murid membina keyakinan diri untuk
berhadapan dengan masyarakat luar. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk
memupuk nilai-nilai positif seperti mematuhi arahan, bertanggungjawab, menghormati
orang lain, bekerjasama dan sebagainya. Muird-murid diharapkan agar dapat memupuk
nilai menjaga kesihatan dan melakukan amalan bersenam didalam kehidupan seharian
demi menjaga kecergasan diri.

4.0 OBJEKTIF
1. Berinteraksi sesame rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.
2. Menanamkan keyakinan dan keberanian dalam diri murid-murid PPKI.
3. Melatih murid-murid PPKI supaya mematuhi disiplin.
4. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.
5. Melatih murid untuk menjaga kesihatan melalui aktiviti senaman.
5.0 MATLAMAT
Untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan keyakinan dan
keberanian berinteraksi dengan masyarakat luar. Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja
dapat berinteraksi dengan rakan-rakan sendiri malah berpeluang bergaul dengan
masyarakat disekeliling. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mendorong keberanian dan
semangat murid-murid serta mengurangkan rasa malu untuk berhadapan dengan
persekitaran sebenar. Disamping itu, kemahiran motor kasar dan halus serta penerapan
nilai menjaga kesihatan dengan bersenam juga dapat dilakukan.

6.0 SASARAN
6.1 Murid

7.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :

8.0 AHLI JAWATANKUASA


JAWATANKUASA INDUK

JAWATANKUASA PERLAKSANAAN
AJK Hadiah
AJK Fotografi dan Dokumentasi
AJK Persiapan Tempat & Kecemasan

AJK Makanan
AJK Aktiviti
AJK Peralatan & Keselamatan

9.0 TENTATIF PROGRAM


Masa Aktiviti
8.30 pagi Pendaftaran
9.00 pagi Senamrobik
9.15 pagi Taklimat aktiviti sukaneka
9.20 pagi Aktiviti Sukaneka
10.00 pagi Rehat
10.30 pagi Sambungan sukaneka
12.00 tengahari Penyampaian hadiah dan perasmian penutup
1.00 petang Bersurai

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN


PENDAPATAN JUMLAH
Peruntukan Perkapitan Murid Pendidikan Khas

PERBELANJAAN JUMLAH
Alatan aktiviti :
Gula-gula
Tepung
Straw
Gelang getah
Belon
Plastik aiskrim
Kekacang
Makan minum murid
Hadiah :
Hamper
Anugerah Kumpulan
Anugerah Khas
- Ibu bapa
- Murid
Kotigensi
Jumlah

11.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti ini dapat dilaksanakan bersama-sama kerjasama yang diberikan
oleh semua pihak bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga aktiviti ini dapat
dimanfaatkan oleh semua individu yang terlibat samada secara langsung mahupun
tidak. Besar harapan kami agar kertas cadangan ini akan mendapat pertimbangan dan
kelulusan daripada pihak Puan Pengetua. Kerjasama dan pertimbangan pihak puan
kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. …………………………….
( ) ( )

Disahkan oleh,

……………………………..
( )

Anda mungkin juga menyukai