Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMANG

KERTAS KERJA

PROGRAM KO-KURIKULUM SEPANJANG

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN

2020

ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KO- KURIKULUM


PROGRAM KO-KURIKULUM SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh Panitia
Pendidikan Jasmani dan Ko-kurikulum. Pertandingan ini disertai oleh semua murid
Sekolah Kebangsaan Gemang. Pertandingan ini akan diadakan di sekolah, aktiviti ini
diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan
bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi
juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja
berkumpulan. Para murid akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang
berpengalaman daripada Persatuan & Kelab, Sukan & Permainan dan Unit
Beruniform masing-masing.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan

kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap murid. Ia

bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan

mental setiap peserta. Aktiviti yang diadakan bertujuan untuk memupuk sifat

kerjasama dalam setiap peserta supaya dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran

yang mendatang. Selain itu program ini bertujuan untuk meningkatkan suasana sekolah

yang lebih menarik dan mengembirakan murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya

Sekolah yang unggul.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1)Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman

dalam  menyertai   sesuatu  pertandingan.
3.2)Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri

dalam sesebuah kumpulan.

3.3)Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam

sesebuah pasukan.

3.4)Meningkatkan  keberanian  dan  keyakinan  diri  semasa  menyertai  aktiviti ini.

3.5)Melahirkan  para pelajar  yang  berupaya  untuk  mengeluarkan strategi-strategi

yang bernas semasa mereka menyertai  aktiviti  dalam kumpulan.

3.6)Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta

m e n g i k i s   sikap mementingkan diri sendiri.

3.7)Melahirkan  pelajar  yang  seimbang  dari  segi  intelek,

sukan,emosi  dan  sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh : 19 Julai 2020 hinggga 30 Julai 2020

Aktiviti : Pertandingan bercerita, rekacipta, berpantun, melukis poster,

kuiz, buku skrap, spell it right, word maze, public speaking, sodoku

5.0 PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga seunit Harga seunit x bil Jumlah

1 Hadiah RM5 RM5 X 600 RM3 000.00

Alat tulis,fail,buku nota

2 Kertas RM200 RM200 RM200.00

3 Banting RM70 RM70 RM70.00

JUMLAH RM3 270.00


9.0 Penutup

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan  berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran sepanjang program ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan Oleh:                                                                Disahkan Oleh:

…………………………………..                                  ……………………………………
Nurul Akmal binti Zulzaimi                                  En Muhamad Shukri bin Hassan
Setiausaha Ko Kurikulm,                                            Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Gemang Sekolah Kebangsaan Gemang

Anda mungkin juga menyukai