Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PISMP


SEMESTER 6 MAJOR PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN JUN 2016

TEMA

“One for All and All For One”

TARIKH

11 MAC — 15 MAC 2019

TEMPAT

Pusat Sains Marin, UPM (COMAS), Port Dickson, Negeri Sembilan


1.0 PENDAHULUAN

Mengikut sukatan pelajaran yang telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
guru pelatih yang berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) khususnya opsyen Major
Pendidikan Jasmani perlu mengambil mata pelajaran Pendidikan Luar (PJMS3113)
sebagai salah satu mata pelajaran yang wajib. Mata Pelajaran ini perlu diambil oleh
pelatih guru yang memegang opsyen Major Pendidikan Jasmani pada semester 6.
Setiap calon itu perlu lulus untuk meneruskan pengajian di peringkat yang seterusnya
jika gagal, calon perlu mengulang semula subjek ini. Oleh sebab itu, unit Pendidikan
Jasmani Ambilan Jun 2016 telah merancang untuk mengelolakan satu program
penilaian Pendidikan Luar seperti yang dinyatakan dalam ini.

Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai suatu falsafah pendidikan yang


berteraskan kaedah pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning), kerap
dilaksanakan di alam semulajadi dan melibatkan pelaksanaan aktiviti lasak sebagai
medium membina kemahiran insaniah (Bunting, 2006; Md Amin, 2004). Alam luar
digunakan bagi meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran
kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain
psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar bertujuan untuk memahami alam luar
dari segi pertalian ekologi dan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti
alam sekitar yang terdapat di sekeliling kita. Ini dapat merangsang pelajar untuk
menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam
pelbagai jenis aktiviti fizikal seperti berkayak, snorkelling, abseiling, tali-temali, bantu
mula, keyakinan di air, ikhtiar hidup, pengurusan perkhemahan dan sebagainya.

Selain dijadikan mata pelajaran akademik, pendidikan luar juga telah


dilaksanakan sebagai satu program khas bagi melahirkan golongan pendidik
Malaysia yang tahan lasak dan memiliki jati diri cemerlang seiring dengan cabaran
terhadap profesion keguruan yang semakin hari semakin mencabar.

2.0 Rasional

Program ‘Pendidikan Luar 2019’ diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang guru
pelatih menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai Pendidikan Luar. Objektif
dan matlamat program diharap dapat menyumbang idea-idea baru bagi membantu
meningkatkan tahap kepimpinan, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, disiplin, dan
jati diri guru-guru pelatih melalui pendidikan luar.
Program seumpama ini juga dijalankan bertujuan untuk meningkatkan daya
ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan guru-guru pelatih. Program ini juga
dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru pelatih, pensyarah dan
pihak-pihak yang terlibat. Di samping itu juga, program ini merupakan salah satu
proses pembelajaran melalui pengalaman yang dialami oleh guru-guru pelatih
terutamanya dari segi teori dan praktikal. Program ini juga diadakan adalah untuk
memenuhi kurikulum PJMS3113 iaitu Ujian Amali untuk Pendidikan Luar PISMP PJM
ambilan Jun 2016. Pelajar akan diuji secara amali dan Teori berhubung dengan
amalan dan aktiviti dalam Pendidikan Luar.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk menjadikan seseorang itu lebih
berkemahiran dan berdisiplin. Kesimpulannya, dengan menyertai program ini, guru-
guru pelatih akan memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh
dipraktikkan di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian apabila pulang dari
program ini.

3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Program pendidikan luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat yang
jelas. Antara matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mengambil mata pelajaran Pendidikan
Jasmani ialah :

i Pelatih guru dapat menjalani penilaian Pendidikan Luar (PJMS3113) sebagai


syarat untuk meneruskan pengajian;
ii Melatih para guru untuk mengeluarkan atau menjana idea baru untuk melakukan
penambahbaikan yang berterusan dalam sesuatu bidang;
iii Pelatih guru dapat mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
dalam kehidupan seharian;
iv Pelatih guru dapat mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat
dijadikan contoh yang baik;
v Pelatih guru dapat mengembangkan sifat-sifat kreatif dan inovatif serta membuat
keputusan yang cepat dan tepat terutamanya dalam keadaan kecemasan;
vi Pelatih guru dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan,
kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme;
vii Pelatih guru dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran semasa;
viii Pelatih guru dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman yang
menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza-beza;
ix Pelatih guru dapat menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap kekayaan
dan keindahan alam semula jadi termasuk isu alam sekitar;
x Guru Pelatih dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas kegiatan luar mengikut
kemampuan diri; dan
xi Pelatih guru dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti-aktiviti
pendidikan luar.

4.0 TARIKH

11 MAC 2019 — 15 MAC 2019

5.0 TEMPAT

Pusat Sains Marin, UPM (COMAS), Port Dickson, Negeri Sembilan.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Unit PISMP Major Pendidikan Jasmani Semester 6 Ambilan Jun 2016.


(Rujuk Lampiran 1)

i. Pelajar :
Lelaki : 5 orang
Perempuan : 8 orang

ii. Pensyarah pengiring : 8 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

7.1 Jawatankuasa Pengurusan

PENGERUSI : Leximi a/p Anpalagan

NAIB PENGERUSI : Mohamad Shahrul Fitri Bin Mohamad Mastor

SETIAUSAHA : Vignesa a/l Chandran

BENDAHARI : Rebecca a/p Sandanasamy

7.2 Jawatankuasa Program

AJK Peralatan Dan Logistik : Syasya Fakhira Binti Rosdi


AJK Makanan : Sholehah Binti Che Dok

AJK Tugas-Tugas Khas : Muhammad Naqib Bin Mohd Fazili

AJK Perkhemahan : Muhammad Hisyamuddin Bin Jukri

AJK Abseiling : Ainul Nadia Binti Yusli

AJK Snorkeling : Aina Fadhlin Syahmina Binti Abas

AJK Orienteering : Hariz Shazri Bin Ahmad Nadzri

AJK Ikhtiar Hidup : Nava Mathi Selvan

AJK Kayak : Munirah Binti Ha Ali

7.3 PERANAN DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KERJA

Rujuk Lampiran 2

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KOS JUMLAH

1. Makanan RM 16.00 x 13 Orang x 5 hari RM 1040.00


2. Buluh RM 300 RM 300.00
3. Tapak Khemah RM 400 RM 400.00
4. BBQ RM 10.00 x 13 orang RM 130.00
5. Hadiah RM 100.00 RM 100.00
6. Banner RM 32.00 (1 unit) RM 32.00
JUMLAH RM 2002.00

9.0 ATUR CARA/ TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 3

10.0 PENUTUP
Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
tersusun dan terancang. Melalui pendidikan luar ini, secara tidak langsung ia berupaya
untuk meningkatkan kualiti guru pelatih dalam serta meningkatkan tahap disiplin diri
seseorang individu itu sendiri. Semoga program yang berbentuk latihan ini dapat
mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan. Dengan adanya program ini, dapat
memberikan pendedahan dan pembelajaran secara positif kepada para guru pelatih
melalui segala aktiviti yang dijalankan. Program seperti ini diharapkan dapat
melahirkan guru yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan dan
berjaya di masa hadapan. Secara tidak langsung program ini akan mengeratkan lagi
pertalian dalam kalangan pensyarah dan guru-guru pelatih. Program ini juga secara
tidak langsung dapat membantu pihak institut melahirkan guru yang berpengalaman
luas dalam bidang rekreasi.

Diharapkan melalui program ini akan dapat meningkatkan daya tahan dan
kekuatan fizikal serta mental pelajar untuk menghasilkan guru yang berketrampilan,
berdaya saing dan berkeyakinan tinggi. Program ini juga diharapkan dapat
mencetuskan minat, semangat dan keinginan pelajar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti
yang lebih mencabar dan bergiat aktif di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan
datang.

Disediakan oleh,

________________________

(VIGNESA A/L CHANDRAN)


Setiausaha,
Kursus PJMS3113 Pendidikan Luar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Disemak oleh,

_________________________

(ENCIK MUHAMMAD FAIRUZ BIN HASSAN)

Pensyarah Pendidikan Luar,


Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Disahkan oleh,

___________________________

(TUAN HAJI ABDUL HALIM BIN MOHD SALLEH)

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Diluluskan oleh,

_____________________

(DR. HAJI NIZAM BIN ABDUL LATIB)

Tuan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

LAMPIRAN 1

BIL NAMA NOMBOR K/P


1 Aina Fadhlin Syahmina Bt Abas 971111245942

2 Ainul Nadia Binti Yusli 970302145174

3 Hariz Shazri Bin Ahmad Nadzri 960220025161

4 Leximi A/P Anpalagan 950721025590

5 Mohamad Shahrul Fitri Bin Mohamad Mastor 960229085881

6 Muhammad Hisyamuddin Bin Jukri 971201017231

7 Muhammad Naqib Bin Mohd Fazili 971027 06 5579

8 Munirah Binti Ha Ali 970108085948

9 Nava Mathi A/P Selvan 970225265198

10 Rebecca A/P Sandanasamy 971011085508

11 Sholehah Binti Che Dok 970316025210

12 Syasya Fakhira Binti Rosdi 960223035808

13 Vignesa A/L Chandran 970802025427

LAMPIRAN 2

AJK BIDANG TUGAS


Pengerusi  Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran,
kewangan dan aktiviti.
 Memastikan arahan daripada penasihat program dapat
dijalankan.
 Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada ahli
jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
 Menjadi orang tengah dalam mengemukakan
cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.
 Bertanggungjawab menentukan hala tuju program
pendidikan luar.
Naib Pengerusi  Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi semasa ketiadaannya.
 Membantu Pengerusi dalam perancangan dan
pelaksanaan program dan mempengerusikan
mesyuarat semasa ketiadaan pegerusi.
 Menerima arahan pengerusi dari semasa ke semasa.
Setiausaha  Bertanggungjawab dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran.
 Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan
semua fail-fail untuk rujukan.
 Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam
perlaksanaan program.
 Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat.
 Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat
dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.
 Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh
dan agenda mesyuarat.
 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok
dalam kalangan ahli jawatankuasa.
 Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh
program.
 Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
mesyuarat.
Naib Setiausaha  Membantu setiausaha dalam perancangan dan
pelaksanaan program.
 Menjalankan tugas setiausaha semasa ketidaannya.
 Menerima arahan setiausaha dari semasa ke semasa.
Bendahari  Menyenaraikan jumlah kewangan yang diperlukan
sepanjang masa aktiviti program.
 Mengutip wang yang mencukupi daripada setiap
peserta.
 Bertanggungjawab dalam bidang pengurusan
pentadbiran kewangan.
 Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai
milik program.
 Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar
masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan
pengurusan kewangan.
 Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program
dengan baik.
 Menyediakan laporan wang keluar masuk setiap kali
mesyuarat.
 Memberi pandangan dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan
program.
AJK Peralatan dan Logistik  Bertanggungjawab dan berusaha mendapatkan
peralatan yang diminta oleh setiap jawatankuasa.
 Memastikan kelengkapan peralatan yang diperlukan.
 Membantu AJK lain menyediakan bahan atau peralatan
yang diperlukan.
 Memantau penggunaan peralatan yang digunakan oleh
AJK lain supaya sentiasa dalam keadaan yang baik
serta memuaskan.
 Memastikan peralatan bersih dan selamat sebelum dan
selepas digunakan.
AJK Makanan  Menyediakan senarai menu dalam jadual memasak
untuk dimasak oleh kumpulan aktiviti yang bertugas
sepanjang perjalanan program.
 Memastikan penyediaan makanan untuk peserta dan
pensyarah.
 Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan
makanan.
 Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang
dijadualkan.
 Membuat jadual tugasan memasak mengikut giliran.
 Memastikan tahap kebersihan pengurusan makanan
dan dapur.
 Sajian yang disediakan selaras dengan aktiviti yang
ingin dijalankan.
AJK Pengangkutan  Merancang, mengatur dan menguruskan jadual
perjalanan serta hal berkaitan urusan pengangkutan ke
tempat rekreasi yang ditetapkan.
 Mengisi borang dan membuat surat tempahan bas
IPGKRM.
 Meminta pendapat dan gambaran tentang perjalanan
daripada individu yang berpengalaman ke destinasi.
 Memastikan kelancaran perjalanan ke destinasi
termasuk semasa pertukaran pengangkutan.
 Menguruskan pengangkutan peserta sekiranya
diperlukan sepanjang berada di Port Dickson.
 Memastikan masa dan jadual bertolak dari IPGKRM
berjalan dengan lancar.
 Menetapkan waktu untuk pulang ke IPGKRM.
AJK Perhubungan  Melaksanakan kerja-kerja perhubungan.
 Membuat tempahan mengenai tempat dan harga
penginapan.
 Memastikan perjalanan program berjalan dengan
lancar.
AJK Buku Program  Menyediakan buku program.
 Mendapatkan atur cara sepanjang pelaksanaan
program dan maklumat berkaitan.
 Memastikan cetakan buku program mencukupi untuk
diberi kepada pihak tertentu.
AJK Hadiah  Memastikan jumlah hadiah yang diperlukan bagi setiap
aktiviti.
 Menyediakan hadiah mengikut bajet yang ditetapkan.
 Memastikan hadiah berada dalam keadaan baik
sepanjang masa aktiviti program dijalankan.
AJK Kebersihan dan  Menyediakan Jadual kebersihan sepanjang aktiviti
Keselamatan dijalankan.
 Menyenaraikan semua peralatan yang diperlukan.
 Memastikan kawasan perkhemahan bersih sama ada
semasa atau selepas perkhemahan.
 Menyediakan tempat pembuangan sampah yang
mencukupi.
 Memastikan keselamatan peserta dan kawasan sekitar
perkhemahan.
 Membuat jadual tugasan malam mengikut giliran
kumpulan aktiviti.
 Memastikan jadual tugasan malam dilaksanakan
dengan sebaik mungkin oleh setiap kumpulan yang
ditugaskan.
 Bertindak pantas apabila berlaku sebarang
kecemasan.
 Memastikan peti pertolongan cemas dibawa dan
peralatannya adalah lengkap.
 Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga serta
membuat pemantauan dan kawalan keselamatan.
AJK Dokumentasi  Memastikan rekod dicatatkan sebelum, semasa dan
dan Publisiti selepas aktiviti dijalankan.
 Mengambil gambar terhadap semua aktiviti yang
dijalankan.
 Mengumpul gambar dan membuat rumusan terhadap
gambar.
 Memastikan laporan diselesaikan selepas program ini
habis dijalankan.
AJK Tugas-tugas Khas  Memastikan peserta mematuhi peraturan dan disiplin
yang telah ditetapkan.
 Memastikan peserta menepati masa sebagaimana
yang dijadualkan.
 Memastikan peserta mematuhi dan mengikuti setiap
arahan yang diberikan.
 Mengawal pergerakan dan tingkah laku peserta
sepanjang program dijalankan.
 Mengadakan perhimpunan pada setiap pagi ataupun
waktu tertentu mengikut keperluan aktiviti.
 Bertanggungjawab memastikan tapak perkhemahan
sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan
selamat.
 Memastikan peserta tidak membawa barang yang
berbahaya ataupun berlarang.
 Memastikan peserta tidak melakukan perkara
berlarang.
 Memastikan perselisihan faham yang kritikal atau
pergaduhan tidak berlaku dalam kalangan peserta.
 Memastikan bilangan peserta sentiasa mencukupi.
AJK Malam Budaya  Merangka, merancang dan mengurus persembahan
yang hendak dijalankan.
 Menyediakan keperluan atau peralatan yang
diperlukan untuk setiap persembahan yang hendak
dilakukan.
 Memastikan semua peserta menyertai persembahan
yang dijalankan.
 Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang
bertanggungjawab.
 Bertanggungjawab memastikan persembahan
dijalankan mengikut masa dan jadual yang ditetapkan.
 Memastikan kelancaran persembahan.
AJK Khemah dan Gadjet  Memastikan tempat mendirikan khemah yang selamat
dan sesuai supaya mengelakkan daripada ancaman
haiwan serta perosak.
 Memastikan setiap peserta dapat mendirikan khemah
dengan baik, kukuh dan selamat.
 Khemah hendaklah dibersihkan dan dikeringkan
sebelum ia disimpan balik.
 Membuat check-list bilangan kraf perkhemahan yang
perlu dibuat.
 Memastikan keadaan dan bilangan peralatan untuk
gajet perkhemahan mencukupi.
 Memastikan guru pelatih membuat gajet-gajet
perkhemahan dengan betul dan selamat digunakan.
AJK Abseiling  Memastikan peralatan yang akan digunakan selamat
dan berada dalam keadaan yang baik serta
mencukupi.
 Menyediakan dan menyusun peralatan di tapak aktiviti
dengan kemas dan teratur (atas ground sheet).
 Mengemas semua peralatan setelah selesai
menjalankan aktiviti.
 Alatan-alatan yang telah digunakan perlu disimpan di
tempat yang kering.
AJK Snorkeling  Memastikan keadaan dan bilangan peralatan
snorkeling mencukupi.
 Menyenaraikan peraturan aktiviti snorkeling.
 Memastikan guru pelatih mematuhi peraturan-
peraturan semasa aktiviti snorkeling.
AJK Orienteering  Memastikan alatan yang hendak digunakan cukup dan
boleh digunakan.
 Memastikan persediaan tempat untuk melakukan
orienteering mengikut aktiviti yang hendak dijalankan.
 Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan
kecil.
 Memberi arahan terhadap aktiviti yang ingin dijalankan
dengan ringkas dan jelas.
AJK Solo Camp / Ikhtiar  Menyediakan peralatan yang bekalan yang patut
Hidup dibawa.
AJK Kerohanian  Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian
termasuklah solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib.
 Membuat giliran imam dan bilal bagi setiap waktu solat.
 Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan ajaran
masing-masing dan diberi kuliah moral.
AJK Kayak  Memastikan keselamatan tempat dan peserta pada
masa ke masa.
 Memastikan peralatan berkayak mencukupi dan sesuai
untuk diguna.
 Menyenaraikan peraturan aktiviti berkayak dan
memastikan setiap peserta mematuhinya.
Masa
Tarikh 0530-0800 0800-0900 0900-1000 1000 -1200 1430-1630 1630-1830 1830 - 2100 2100-2300 2300-0530

Taklimat Riadah
penyediaan
Memunggah alatan ke dalam bas dan tapak Pengurusan Refleksi Kawalan
11 MAC
bergerak ke COMAS khemah dan diri / Solat / malam
Penyediaan
ISNIN aktiviti Kerohanian
Port Dickson gajet/
memasang / Makan
khemah Malam

Solat
12 MAC Subuh /
Amali dan Penilaian Kayak / Snorkelling Riadah Ikhtiar hidup/Solo camping
SELASA Senaman /
Sarapan
Solat Amali dan Pengurusan
13 MAC Subuh / Amali dan penilaian tali/Abseiling diri /
Penilaian Riadah Refleksi
Senaman / Pengurusan kawalan
RABU
Sarapan orienteering diri / Solat / malam
Kerohanian
Solat / Makan Pengurusan
14 MAC Subuh / Penilaian Perkhemahan / Gotong-royong membersih Persiapan Malam diri /
Malam
KHAMIS Senaman / kawasan perkhemahan Malam Bakat Bakat kawalan
Sarapan malam
Solat
15 MAC Memunggah Perjalanan
Subuh / Mengemas
barang ke balik ke
JUMAAT Senaman / alatan
dalam bas IPGKRM
Sarapan
Lampiran 3

Anda mungkin juga menyukai