Anda di halaman 1dari 3

KELESTARIAN PENDIDIKAN KEARAH BANDARAYA 2022 1

KERTAS KERJA KITAR SEMULA

1. PENDAHULUAN

Pendidikan Kelestarian di peringkat sekolah merupakan salah satu usaha dalam

membudayakan kelestarian secara berkesan dan usaha ini juga dapat memenuhi enam aspirasi murid
yang ingin dicapai dalam Pelan Pendidikan Malaysia. Pendidikan Kelestarian telah mula dilaksanakan
di peringkat sekolah, namun begitu terdapat beberapa isu dan cabaran dalam budaya lestari di
sekolah. Antaranya ialah pembudayaan lestari tidak menyeluruh,pendidikan alam sekitar merentas
kurikulum yang kurang dilaksanakan, pelibatan tenaga pakar yang terhad serta program lestari yang
masih belum memberikan impak yang tinggi.

Oleh yang demikian, satu Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian 2019-2023 telah dilancarkan
untuk membudayakan kelestarian dalam sekolah-sekolah di negeri Johor dengan lebih berkesan.
Pelan tindakan ini merupakan salah satu usaha Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dalam
membantu merealisasikan Dasar Kelestarian Johor yang bermatlamat menjadikan negeri Johor
komited dalam memulihara dan melindungi warisan alam,mengawal pencemaran dan mengurangkan
karbon bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Terdapat tiga tema dalam pelaksanaan pendidikan kelestarian yang boleh dilaksanakan di
sekolah iaitu pemuliharaan dan pemeliharaan, pengurangan pencemaran, serta masyarakat rendah
karbon. Sebagai usaha dalam meneruskan budaya lestari di sekolah, SK Sri Pulai Perdana akan
melaksanakan beberapa program dibawah ketiga-tiga tema yang dapat memberikan manfaat kepada
warga sekolah dan juga komuniti setempat.

Selaku Johan Pendidikan Kelestarian Negeri Johor anjuran MBIP 2017, Naib Johan Pendidikan
Kelestarian Negeri Johor anjuran MBIP 2018 dan 2019 dan juga pelaksanaan budaya Zero Tong
Sampah yang telah diusahakan sejak 2017, pelaksanaan pendidikan kelestarian di SK Sri Pulai Perdana
akan diteruskan dengan lebih tersusun, efektif dan menyeluruh dengan pelibatan daripada semua
warga sekolah, masyarakat setempat serta agensi luar.

KELESTARIAN PENDIDIKAN KEARAH BANDARAYA 2022 2

5.0 SASARAN

Semua guru , murid dan warga sekolah.

6.0 PELAKSANAAN

Program ini akan dijalankan pada hari khamis sepanjang tahun. Syarikat SWM akan
mengambil barang kitar semula mengikut waktu yang ditetapkan. Bagi menarik minat pelajar
untuk menyertai kempen ini, akan dijalankan pertandingan pengumpulan bahan kitar semula
yang paling banyak. Pertandingan akan diadakan bagi dua tahap secara berasingan, iaitu tahap
satu dan tahap dua.Pemenang pertama, kedua dan ketiga akan dipilih berdasarkan berat
bahan yang dikumpulkan. Pertandingan akan dijalankan sepanjang minggu, dan pemenang akan
diumumkan pada perhimpunan rasmi minggu hadapan.Pengumpulan akan dijalankan setiap hari
khamis di mana setiap kelas akan mengumpul. Pengurusan pengumpulan bahan-bahan ini
akan dibantu oleh ajk lestari kitar semula yang telah dilantik .

7.0 SUMBER KOS

Hasil jualan barang kitar semula ke Syarikat SWM Inviroment Sdn. Bhd.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL JENIS BARANG HARGA KUANTITI JUMLAH

1. Banner RM50.00 1 RM 50.00

2. Piala RM 4.00 40 RM160.00

3. Hamper RM10.00 10 RM100.00

4. Jumlah RM310.00
KELESTARIAN PENDIDIKAN KEARAH BANDARAYA 2022 3

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Masnita Binti Mohd Arif

Timbalan Pengerusi : Pn Fuziah Binti Salleh

Naib Pengerusi : En. Maarof Bin Moktar

Naib Pengerusi : Pn Mazura Binti Abd Rahim

Naib Pengerusi : Pn Suhaila Binti Moktar

Setiausaha : Cik Nur Nazihah Binti Ahamat Mahmod

Bendahri : Pn.Monisa Binti Shaari

PENYELARAS KITAR SEMULA :

1. Pn. Zam-Zarita Binti Mohd Khairi (Ketua)

2. Pn. Ruzshanna Binti Mashar (Penolong)

3.Pn.NoraHasida Binti Hasbi

4. Raja Mohd Nor Azam Bin Abdullah
5. Pn Siti Azura Binti Azis
6. Pn Norhana Binti Othman
7. Pn Nurizzati Binti Zaiton

10.0 PENUTUP

Kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada kerjasama dan komitmen
yang tinggi daripada seluruh warga SK Sri Pulai Perdana. Melalui program ini, diharapkan perasaan
cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam diri setiap warga sekolah , menjadikan persekitaran
sekolah lebih bersih dan kondusif dan seterusnya mengurangkan masalah pencemaran yang
semakin membimbangkan kini. Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang
tinggi daripada semua pihak untuk memastikan kejayaan program ini.

Disediakan oleh,

…………………………

(Zam-Zarita Binti Mohd Khairi)

Penyelaras Kitar Semula

Jawatankuasa Lestari

SK Sri Pulai Perdana

Anda mungkin juga menyukai