Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PENCAPAIAN

TERBAIK SEPANJANG TAHUN

ANJURAN :

Kelas Pendidikan Khas

SK Tunku Besar Tampin


Pengenalan

Kelas PPKI SKTBT bercadang untuk membuat anugerah aktiviti Pencapaian


Terbaik sepanjang tahun. Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan
kelulusan bagi menjalankan program tersebut.

Tujuan
Murid yang cemerlang perlu diberi motivasi dan sokongan supaya dapat terus
mengekalkan kecemerlangan dan seterusnya dapat mempertingkatkan
kecemerlangannya ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini dijalankan bertujuan
untuk memberi penghargaan kepada murid-murid PPKI yang menunjukkan minat,
tanggungjawab dan dedikasi dalam pelbagai aktiviti kelas PPKI. Melalui program ini,
di harap dapat memberi dorongan kepada murid agar sentiasa bersemangat untuk
meneruskan pembelajaran sepanjang berada di rumah.

Objektif
1. Memberi sokongan kepada murid.
2. Mewujudkan perasaan rasa dihargai dalam diri murid.
3. Murid dapat mempertingkatkan kecemerlangan diri.
4. Memberi semangat kepada murid agar sentiasa aktif dan bersaing secara sihat
di kalangan rakan sekelas.

Matlamat
1. Melahirkan murid yang bersemangat dalam menimba ilmu.
2. Memberi kegembiraan kepada murid atas usaha yang telah dilakukan.
3. Melahirkan murid yang aktif dan berdaya saing yang tinggi.

Butiran Projek
1. Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa program adalah terdiri daripada guru pendidikan khas dan


pembantu pengurusan murid.

2. Penerima anugerah pencapaian terbaik sepanjang tahun

Seramai dua orang murid PPKI akan dipilih untuk menerima anugerah.

3. Tarikh

3 Disember 2021
Anggaran Kos Projek

Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan Catatan


1. Anugerah pencapaian RM 30.00 x 2
sepanjang tahun ( Fail, alat
tulis, buku cerita)
Jumlah RM 60.00

Sumber Kewangan
1. PCG Pendidikan Khas

Penutup
Adalah diharapkan dengan berlangsungnya projek ini dapat memberikan lebih
dorongan dan motivasi kepada murid agar sentiasa dan terus berusaha untuk
melakukan yang terbaik dalam pelbagai aktiviti PPKI.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ……………………………….
(YUSMALIZA BINTI ISMAIL)

Anda mungkin juga menyukai