Anda di halaman 1dari 2

SK PENDERAS (JHEOA) KUALA KRAU, TEMERLOH, PAHANG

KERTAS KERJA

“MENGENAL WANG (RINGGIT)”

ANJURAN

PANITIA MATEMATIK SK PENDERAS (JHEOA)


1. TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan pihak pentadbir (SK
Penderas) untuk menjalankan Program “Mengenal Wang (Ringgit)” anjuran
Panitia Matematik SK Penderas.

2. LATAR BELAKANG
Murid yang aktif perlu diberi pendedahan supaya terus mengekalkan
kecemerlangan dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri untuk berada
dalam kalangan masyarakat. Panitia Matematik mengambil inisiatif
menganjurkan Program “Mengenal Wang (Ringgit)” dalam bentuk jualan
untuk memberi bimbingan dan membantu murid-murid Tahun 2 Benijak cara
mengira wang dengan betul. Program ini bertepatan dengan pembelajaran
abad ke-21 iaitu ‘learning is fun’.

3. OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini diharapkan:
3.1 Murid dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan akademik
sehingga tamat Tahun 2.
3.2 Murid memperolehi dan mengaplikasikan pengetahuan dan teknik baru
dalam kehidupan harian.
3.3 Murid dapat menggunakan kemahiran mengira dengan cekap.
3.4 SK Penderas mampu melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri
berhadapan dengan masyarakat.

4. BUTIRAN PROGRAM
4.1 Bilangan Peserta
Peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 Benijak seramai 29 orang.
4.2 Tarikh Cadangan
12 September 2019
4.3 Masa Cadangan
9.20 pagi -10.40 pagi
4.4 Sasaran
Semua murid SK Penderas
4.5 Tempat Program
Dewan SK Penderas
4.6 Pelaksanaan
Gerai Jualan makanan di Dewan SK Penderas

Anda mungkin juga menyukai