Anda di halaman 1dari 6

http://fasisbh1.zoom-a.com/merancangaktivitimembaca.

html
Program Bijak Mengeja Mahir Membaca

PENDAHULUAN

    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan
kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program
Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya
tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat
persekolahan menengah rendah.

    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan
segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding
rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin
gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui
program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal
pasti dan dipenuhi.

DEFINISI

Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi
masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya
termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP

Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-


kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan
mereka.

MENYUSUN STRATEGI       

1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.


2. Kenal pasti masalah murid.

 Kenal pasti punca masalah murid.


 Menjalin hubungan mesra dengan murid.
 Menunjukkan penghargaan kepada murid.
 Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.

3. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.

 pendekatan bermain sambil belajar.


 teknik bercerita.
 teknik latih tubi.
 teknik bersoal jawab.
 teknik nyanyian.

4. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai


kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh

masa ditetapkan.

5. Menjalankan aktiviti pengukuhan.

6. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

CARA MENGENALPASTI MURID-MURID

1.      Pemerhatian.

2.      Temubual / soal selidik.

3.      Hasil kerja murid.

4.      Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).

5.      Pentafsiran rekod ujian IPP3M.

6.      Ujian diagnostik.

7.      Ujian bulanan.

Program Bijak Mengeja Mahir Membaca


FORMAT KERTAS KERJA PROGRAM

1. Nama sekolah

Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar

2. Tajuk

Program Bijak Mengeja Mahir Membaca

3. Pendahuluan / latar belakang

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran
asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan
murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan
Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi
kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan
menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan


segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding
rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin
gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui
program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal
pasti dan dipenuhi.

Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai
penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan
dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju.

Kegagalan menguasai kemahiran membaca merupakan satu topic yang mendapat


perhatian serius daripada semua pihak. Sehingga ke hari ini pelbagai cara dilaksanakan dalam
PNP bagi memastikan murid-murid dapat membaca dengan lancar. Senario daripada itu,
Program Bijak Mengeja Mahir Membaca diharap dapat membantu murid-murid yang masih
gagal menguasai kemahiran membaca.

4. Matlamat

Program Bijak Mengeja Mahir Membaca disediakan untuk membantu murid


menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca yang belum dapat dikuasai.

5. Objektif

Setelah mengikuti program ini dalam selama 3 hari 2 malam murid boleh :

   i)Menguasai salah satu kemahiran asas, iaitu kemahiran membaca.


   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.

   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan guru-guru kelas perdana dengan lebih
dekat.

- membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri

dan sikap positif terhadap pelajaran;


- membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang
negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran

6. Rasional
Membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran membaca.

7. Tarikh / Jangka masa


3 hari 2 malam

8. Jawatankuasa Pengelola

a. Jawatankuasa Induk
AJK pemulihan khas

b. Jawatankuasa kerja/pelaksana

9. Kumpulan Sasaran
- Murid –murid tahun 1 yang gagal dalam ujian LINUS
- Murid-murid Pemulihan Khas tahun 2 dan tahun 3
- Murid-murid tahap 2 (tahun 4 – tahun 6) yang masih tidak lancar membaca

10. Keterangan Program ( Jika ada )

11. Starategi Pelaksanaan

12. Jadual Pelaksanaan

13. Bahan / Sumber ( Jika ada )

14. Anggaran Kos / perbelanjaan

15. Sumber Kewangan

16. Penutup

17. Pengesahan Kertas Kerja

18. Lampiran
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
1.
Nama Sekolah
2.
Tajuk
3.
Tarikh Pelaksanaan
4.
Masa
5.
Tempat Pelaksanaan
6.
Kumpulan Sasaran
7.
Aktiviti
8.
Keberkesanan
9.
Cabaran / Masalah
10.
Cadangan / Penyelesaian
11.
Penutup
12. Lampiran ( Bahan-bahan yang diedarkan, gambar, buku program dan sebagainya)

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN


32030 SITIAWAN, PERAK
1)
TAJUK
:
Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Peringkat Sekolah 2008
2)
TARIKH
:
1 Ogos 2008 ( Jumaat )
3)
MASA
:
7.30 pagi – 12.30 tengahari
4)
TEMPAT
:
Dewan Sekolah Kebangasaan Kayan
5)
SASARAN
:
Murid-murid Pra hingga Tahun 6, serta warga Sek Keb Kayan
6)
AKTIVITI
:
6.1
Mengedarkan risalah Isro’ Mikraj
6.2
Tazkirah
6.3
Kuiz
6.4
Pertandingan Mewarna
6.5
Tayangan Filem Kisah-kisah Nabi
7)
KEBERKESANAN:
7.1
Menhayati perjuangan Rasulullah saw
7.2
Menghayati erti Isro’ Mikraj
7.3
Mengambil pengajaran dari peristiwa Isro’ Mikraj.
7.4
Mengamalkan amalan yang baik dalam kehidupan

seharian berpandukan peristiwa Isro Mikraj.


8)
CABARAN/
:
8.1
Tidak semua murid dapat menjawab soalan kuiz.
MASALAH
9)
CADANGAN/
:
9.1
Mengadakan kuiz secara bertulis.
PENYELESAIAN
10)
PENUTUP
:
10.1 Diharapkan pengisian program ini dapat membantu
murid memahami peristiwa Isro’ Mikraj dan
menasihati murid supaya sentiasa mengingati
peristiwa Isro Mikraj dan menjadikan pengajaran
dalam kehidupan seharian.
11.
LAMPIRAN
:
11.1 Risalah, nama pemenang dan lukisan, gambar
semasa program dijalankan.

DISEDIAKAN OLEH
................................. (JURIAH BT ADRIS) Setiausaha,
Program Sambutan Isro’ dan Mikraj,
Sekolah Kebangsaan Kayan.
TARIKH
:
2 September 2008

Anda mungkin juga menyukai