Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

CADANGAN MENAIKTARAF

PRASARANA KELAS PEMULIHAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 20, SHAH ALAM DENGAN KERJASAMA

GIANT HYPERMARKET SHAH ALAM

1.0. LATAR BELAKANG PROJEK

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960an

lagi untuk membantu murid-murid sekoah rendah yang menghadapi masalah khusus

dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M. Program ini merupakan

satu program pendidikan untuk murid-murid yang mengalami masalah dalam

penguasaan asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan

oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus dan di ruang

yang dikhaskan di sekolah. Objektif program pemulihan ini adalah untuk

memastikan semua murid di Tahap 1 sekolah rendah menguasai kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira (3M) kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).

Program ini dijalankan dengan menggunakan salah sebuah kelas di sekolah ini.

Pada masa ini, kemudahan yang disediakan hanyalah kelengkapan perabot asas

bilik darjah seperti meja dan kerusi murid serta kemudahan peralatan yang lain

seperti almari dan rak-rak buku. Kelas pemulihan di sekolah ini masih banyak

kekurangan dari segi prasarana dan alat bantuan mengajar yang lain untuk

kegunaan pelajar-pelajar pemulihan ini. Peruntukkan untuk menjalankan program

pemulihan ini disumbangkan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik.

Memandangkan program pemulihan sekolah ini masih banyak kekurangan

1
prasarananya dan sumbangan peruntukkan, maka pihak sekolah mengharapkan

kerjasama pihak Giant Hypermarket Shah Alam dapat menambahbaik kemudahan

prasarana kelas pemulihan di sekolah ini sekaligus memaksimumkan kebolehan

murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia. Semoga kerjasama ini

berterusan dari semasa ke semasa.

2.0. OBJEKTIF PERMOHONAN

Cadangan memohon prasarana untuk kelas pemulihan ini adalah penting

berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1: Menyediakan alat bantuan mengajar untuk memudahkan murid-murid

pemulihan ini menguasai pembelajaran.

2.2: Kelas pemulihan sekarang tidak mempunyai kemudahan ICT seperti

TV/LCD, komputer, mesin pencetak serta mesin laminate yang

mencukupi sebagai alat bantuan mengajar untuk menjalankan aktiviti

pembelajaran.

2.3: Menyediakan almari besi untuk menyimpan modul-modul latihan

murid kerana pada masa ini modul-modul tersebut hanya disusun di

atas lantai.

2.4. Komputer juga diperlukan untuk memudahkan guru mendapatkan dan

menyediakan bahan untuk pengajaran mereka. Pada masa ini guru-

guru yang mengajar menggunakan komputer atau laptop mereka

sendiri.

2
3.0. SKOP KOMPONEN PERMOHONAN DAN ANGGARAN KOS

Cadangan permohonan ini melibatkan perkara-perkara seperti berikut:-

Bil Item Harga Kuantiti Jumlah


seunit
(RM)
1. Cop Jam ( 12 pcs) 54 2 108.00
2. Cop Wang ( 10 pcs) 72 2 144.00
3. Cop Pecahan (12 pcs) 60 2 120.00
4. Set Wang Mainan (5 sen – 165 2 330.00

RM100)
5. Base Ten Blocks 135 2 270.00
6. Plastic Clock 15 10 150.00
7. Set huruf kecil dan lekap 159 1 159.00
8. Geometrical Set ( Folding 220 2 440.00

type
9. Mesin pencetak 299 1 299.00
10. Televisyen LCD 40” 1000 1 1000.00
11 Pemain VCD 89 1 89.00
12 Mesin laminate heavy duty 250 1 250.00

( A4 & A3)
13 Kabinet besi 450 1 450.00
14 Radio (CD player & USB) 195 1 195.00
15 Komputer 1200 1 1200.00
Jumlah 5204.00

4.0. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan prasarana ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1: Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana

penambahbaikan ini dapat meningkatkan kualiti dan keselesaan

proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2. Kabinet besi pula diperlukan untuk menyimpan modul-modul

pembelajaran murid supaya bahan tersebut dapat dijadikan rujukan

pada masa akan datang.

3
4.3. Memenuhi aspirasi Kementerian untuk memberi kemudahan kepada

murid-murid di sekolah supaya dapat belajar dalam suasana kondusif

dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran di bilik tersebut.

5.0. JUSTIFIKASI PENAMBAHBAIKAN

Rasional menaik taraf prasarana bilik pemulihan ini adalah untuk:-

5.1. Membuktikan bahawa pihak swasta prihatin dan serius terhadap

pendidikan di Malaysia dan berusaha membantu mengoptimumkan

kebolehan murid.

5.2. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan

dan keselesaan murid.

6.0. IMPLIKASI SEKIRANYA PRASARANA TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan penambahbaikan ini adalah sangat penting dan sekiranya tidak

dapat dilaksanakan, ia akan memberi implikasi seperti:

6.1. Aktiviti pembelajaran pemulihan akan terganggu kerana kekurangan

peralatan yang lengkap.

6.2. Hasil murid juga tidak dapat disimpan di tempat yang sepatutnya dan

ini akan menyebabkan hasil tersebut akan rosak dan tidak boleh

digunakan.

7.0. PENUTUP

4
Pihak sekolah berharap agar permohonan penambahbaikan prasarana di

bilik pemulihan SK Seksyen 20 ini dapat dipertimbangkan dan mendapat

tindakan yang sepatutnya. Hal ini kerana prasarana bilik yang tidak lengkap

akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus

menjejaskan minat murid untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai