Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SUNGAI BESI (2)

BATU 3 ¾, JALAN SUNGAI BESI


57100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

Program Keceriaan
Kelas Pemulihan Khas:
Kelas Sinar Permata
2018

ANJURAN:

PROGRAM PEMULIHAN KHAS


KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS : KELAS SINAR PERMATA
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SUNGAI BESI (2)

1.0 PENDAHULUAN
Kelas merupakan tempat dan ‘rumah’ bagi murid di sekolah. Kelas yang menarik dan
kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut ilmu.
Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di samping
merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru. Keceriaan kelas adalah tanggungjawab
bersama guru dan murid-murid dalam kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah
salah satu medium untuk guru dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah
dan menceriakan kelas mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keselesaan semasa
belajar di dalam kelas. Semoga Pertandingan Keceriaan Kelas ini akan dapat mencapai
objektifnya untuk menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru
dan lebih kondusif.

2.0 MATLAMAT
2.1 Menjadi Kelas Terbaik Pengurusan dan Keceriaan Program Pemulihan Khas anjuran
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.
2.2 Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
2.3 Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.

3.0 TARIKH CADANGAN PERLAKSANAAN


3.1 Sepanjang tahun
4.0 SASARAN
Kelas Sinar Permata SKJSB2

5.0 OBJEKTIF
5.1 Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
5.2 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
5.3 Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

2
6.0 KPI
Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk
OUTPUT mewujudkan kelas bersih dan ceria.

Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang lebih kondusif.


OUTCOM
E

7.0 JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT
En. Azwa Bin Hj. Mansor
(Guru Besar)

PENGERUSI
En SyukliNoor Azmin Bin MIor Yahya
(Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)

SETIAUSAHA
Pn. Nor Farhanis Binti Mohd Turmizi
(Guru Pemulihan Khas)

NAIB SETIAUSAHA
Pn Norhayati Binti Ab. Abas
(Penyelaras Linus)

AHLI JAWATANKUASA
Guru LINUS Bahasa Melayu dan Matematik

3
4
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran
Bil Perkara Catatan
Kos
Bahagian Luar Kelas
Cetakan banting
RM 1.50 sekaki

1 RM 36.00 Peruntukan sekolah


Banting (2 set)
2 kaki x 6 kaki
= 12 kaki

Cetakan banner
2 RM 15.00 Peruntukan sekolah
RM 15/ set

Bahagian Dalam Kelas


Cetakan banner
RM 1.50 sekaki

5 Saiz: RM 39.00 Peruntukan sekolah


Banner (26 set)
1 kaki x 1 kaki x 26 set
= 26 kaki
Cetakan Banner
6 RM 60.00 Peruntukan sekolah
Rm60/set
7 Langsir RM 50.00 Peruntukan Sekolah
Alas Meja Murid
8 Rrm50.00 Peruntukan Sekolah
Rm5 x 12 = RM50

Jumlah Besar RM 250.00 Peruntukan Sekolah

9.0 KAEDAH PEMANTAUAN

5
Pihak pentadbir akan memantau pelaksanaan program ini.

Disediakan oleh,

PN. NOR FARHANIS BINTI MOHD TURMIZI


Setiausaha Program Pemulihan SK Jalan Sungai Besi (2)

Tarikh :5 Jun 2018

Ulasan :- Mohon kelulusan dan mohon kerjasama dari semua pihak, terima kasih.
______________________________________________________________________________

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai