Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA MENAIK TARAF KECERIAAN

KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH 2020

KERTAS KERJA
PROGRAM
MENAIK TARAF KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH
2020

SK TELOK PASU
21200 KUALA TERENGGGANU
TERENGGANU

TEMPAT :

KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH

ANJURAN:
1
JAWATANKUASA INTERVENSI DAN PEMULIHAN KHAS
SK TELOK PASU
KERTAS KERJA MENAIK TARAF KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH 2020
1.0 Pengenalan

1.1 Kelas merupakan tempat dan “rumah” bagi pelajar di sekolah. Kelas yang
menarik dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu
ke kelas bagi menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi
murid keselesaan untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima
ilmu yang baharu.
Guru perlu sentiasa menaik taraf keceriaan kelas agar memberi
suasana yang efektif untuk sesi pembelajaran. Sehubungan itu,
pelaksanaan program keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk
guru mengolah dan menceriakan kelas bagi keselesaan murid semasa
belajar di dalam kelas. Semoga pelaksanaan keceriaan kelas ini akan dapat
mencapai objektifnya untuk menceriakan kelas dan memberi murid
suasana pembelajaran yang baru dan lebih kondusif.

2.0 Rasional

2.1 Menaik taraf tahap keceriaan kelas Pemulihan Khas yang sudah lama tidak
digunakan (Lampiran 1)
2.2 Menyediakan kelas kondusif untuk murid-murid pemulihan khas

3.0 Matlamat

3.1 Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.


3.2 Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
3.3 Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang kondusif.

4.0 Objektif

4.1 Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta bermaklumat.
4.2 Membangkitkan semangat dan motivasi intrinsik murid untuk belajar
4.3 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama,
hormat - menghormati, menghargai dan tolong - menolong.

5.0 Sasaran

5.1 Kelas Pemulihan Khas Sri Kasih SK Telok Pasu

2
KERTAS KERJA MENAIK TARAF KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH 2020

6.0 Jangka masa

6.1 Bulan Disember 2020

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

JAWATANKUASA PROGRAM
MENAIK TARAF KECERIAAN KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH

PENAUNG
Encik Mohd Noor Bin Zakaria
(Guru Besar)

PENGERUSI
Encik Ramli Bin Said
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

TIMBALAN PENGERUSI 1
Puan Suryati Binti Mahmud
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

TIMBALAN PENGERUSI 2
Encik Zaidon @ Muhammad Bin Abu Bakar
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

PENYELARAS
Puan Nur Diyana Binti Zali
(Guru Pemulihan Khas)

3
KERTAS KERJA MENAIK TARAF KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH 2020

8.0 Anggaran kos

8.1
Bil Item Harga Seunit Saiz Jumlah
30 kaki x 24 kaki =
1 Mozek (1 kaki) RM 3.00 RM 2160.00
720 kaki persegi
Cat alas 30 kaki x 24 kaki =
2 RM 85.00 RM 85.00
5 liter 720 kaki persegi
Cat warna dinding 30 kaki x 24 kaki =
3 RM 135.00 RM 135.00
5 liter 720 kaki persegi
Kos upah pasang
RM 5.00 x 720
4 mozek RM 3.00 RM 3600.00
kaki persegi

Kos cat dinding


5 - 720 kaki persegi RM 1000.00
Penghawa Dingin
6 2.0 hp RM 2290.00 1 unit RM 2290.00

Jumlah RM 9270.00

9.0 Penutup

9.1 Diharapkan program menaik taraf keceriaan kelas pemulihan khas Sri
Kasih dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang
penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang
cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosial.
Melalui program ini juga, diharap objektif untuk mewujudkan suasana
pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan menarik akan dapat dicapai
dengan kerjasama semua pihak.

4
KERTAS KERJA MENAIK TARAF KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH 2020

Disediakan oleh:

______________________
Nur Diyana Binti Zali
Penyelaras Program Intervensi dan Pemulihan Khas
Sekolah Kebangsaan Telok Pasu

Disemak oleh:

_____________________________
Encik Mohd Noor Bin Zakaria
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Telok Pasu

5
KERTAS KERJA MENAIK TARAF KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH 2020

LAMPIRAN 1

Gambar 1 Keadaan dinding kelas Pemulihan Khas

Gambar 2 Keadaan kelas Pemulihan Khas

6
KERTAS KERJA MENAIK TARAF KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS SRI KASIH 2020

Gambar 3 Keadaan Kelas Pemulihan Khas

Anda mungkin juga menyukai