Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja

POHON RIMBUN
ILMU

TARIKH: 22 OKTOBER 2022


TEMPAT: BILIK BAHASA, SM SAINS KUALA TERENGGANU
ANJURAN: JK TS25 DENGAN KERJASAMA BIDANG BAHASA,
SM SAINS KUALA TERENGGANU
POHON RIMBUN ILMU

1.0 PENDAHULUAN
Pohon Rimbun Ilmu adalah satu aktiviti yang dirancang oleh Bidang Bahasa untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina serta Bahasa Arab. Aktiviti ini adalah
satu gerak kerja berkumpulan dimana pelajar-pelajar akan menjadikan peribahasa Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Cina dalam bentuk pelekat berlaminat yang
akan digantung di atas pokok di Taman Bahasa. Aktiviti yang dirancang diharapkan akan
memberi input berguna kepada pelajar dalam menguatkan kosa kata penulisan dan seterusnya
memantapkan Kemahiran Berbahasa para pelajar selari dengan aspirasi murid global dalam
PPPM(2013-2025) khususnya dalam kemahiran dwibahasa, pengetahuan serta kemahiran
berfikir.

2.0 RASIONAL
Program ini penting khususnya kepada pelajar-pelajar subjek Bahasa dan juga Bahasa
Antarabangsa di SM Sains Kuala Terengganu terutama subjek Bahasa Arab serta Bahasa Cina
kerana ianya adalah satu kesinambungan daripada PdP yang dilaksanakan oleh guru subjek di
dalam kelas.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Menanam minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
3.2 Mengukuhkan kemahiran menulis serta membaca di luar bilik darjah
3.3 Meningkatkan kemahiran dwibahasa serta Bahasa Antarabangsa di peringkat sekolah

4.0 INFO PROGRAM

Tarikh : 22 OKTOBER 2022 (2.30 – 4.30pm – waktu kokurikulum)


Tempat : Bilik Bahasa, SM Sains Kuala Terengganu
Sasaran : Pelajar Tingkatan 1 dan 2, SM Sains Kuala Terengganu

5.0 SASARAN PESERTA


122 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2

8.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Bil Tingkatan Aktiviti Subjek/Guru Lokasi


1 1 Al Batani Peribahasa Bahasa Arab Bilik Bahasa
Bahasa Arab Ustaz Muhammad Shahrul Arab
bin Zakaria
2 1 Al Farabi Peribahasa Bahasa Melayu Bilik Media
Bahasa Melayu Cikgu Norlilah binti Wahid
3 2 Al Batani English Idioms Bahasa Inggeris Bilik Bahasa
Cikgu Sabrina binti Abdullah Inggeris

4 2 Al Farabi Kata-kata Hikmat Bahasa Cina Bilik Bahasa


Bahasa Cina Cikgu Raihan Najihah binti Cina
Razali

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Bahan untuk Pelekat Berlaminat RM 580.00
Marker 4 kotak x. RM36.80 = RM147.20
2 sheet card 6 rim x 12.50. = RM75.00
Plastik Laminat 4 rim x RM28.00 = RM112.00
Kertas Mahjong 2 gulung x RM26.00 = RM52.00
Fail bertali x 55 keping. = RM192.50
JUMLAH RM580.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. PERUNTUKAN KOHORT 6 TS25 KPM TAHUN 2022 RM580.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 580.00

9.0 PENUTUP
Amatlah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti mana perancangan dan seterusnya
memberi input berguna kepada semua pelajar SESTER. Jika program ini dapat dilaksanakan maka setiap
murid dapat memenuhi aspirasi Program Transformasi Sekolah TS25 khususnya untuk meningkatkan
kemenjadian murid dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

(SALWANI AZLINA BINTI JAAFAR) (SULAIMAN BIN NGARIF)


GKMP BAHASA PENGETUA
SM SAINS KUALA TERENGGANU SM SAINS KUALA TERENGGANU

Anda mungkin juga menyukai