Anda di halaman 1dari 9

PANITIA BAHASA MELAYU SK TAMAN SEGAR 2023

1.0 PENDAHULUAN
Program Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat SK Taman Segar merupakan satu program tahunan yang
dijalankan pada setiap bulan Oktober selaras dengan pelaksanaannya di peringkat kebangsaan. Program
ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu.
Di peringkat sekolah, Program Dekad Bahasa Kebangsaan berfokus kepada usaha untuk
meningkatkan pengetahuan serta pemahaman murid-murid tentang penggunaan serta kemahiran dalam
aspek Bahasa Melayu. Ia juga menjadi landasan untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri murid-murid
seperti bercerita, berpuisi, menghasilkan karya kreatif dan sebagainya.
Di samping itu, penganjuran program ini juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita selain melahirkan murid-murid yang
berketerampilan dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
Aktiviti yang dirancang bagi tahun 2023 adalah berkonsepkan Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBL). Aktiviti PBL ini akan diadakan pada 02 hingga 27 Oktober 2023 dengan tema Wadah Cinta Bahasa.
PBL ini diadakan bagi membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran berdasarkan DSKP.
Pelbagai aktiviti yang dirancang akan dijalankan secara berkumpulan yang melibatkan aktiviti kerja kerja
amali. Semua guru Bahasa Melayu akan terlibat dalam program ini.
Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek ini dipilih sebagai salah satu wadah penting dalam
meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) murid. Ini bertujuan untuk menanam minat murid secara aktif dalam
proses PdP di dalam kelas. Disamping itu, diharapkan aktiviti PBL ini dapat mencungkil, mengasah bakat
dan meningkatkan kemahiran murid yang berpotensi besar dalam bidang akademik dan koakademik.

2.0 MATLAMAT
2.1 Meningkatkan kolaborasi dalam kumpulan.
2.2 Menggalakkan penggunaan pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
2.3 Menyediakan peluang yang luas kepada murid untuk membuat pilihan sepanjang PBL.
2.4 Memupuk sikap berdaya saing dalam kalangan murid untuk mencapai akses pembelajaran ke
peringkat yang lebih baik.
2.5 Melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
seterusnya memantapkan penglibatan murid yang aktif lagi bermakna selaras perkembangan
pendidikan abad ke -21.
PANITIA BAHASA MELAYU SK TAMAN SEGAR 2023

3.0 TARIKH / MASA / AKTIVITI PBL


3.1 GARIS MASA PELAKSANAAN PBL

PELAKSANAAN Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4


PBL SEMASA 02 hingga 06 09 hingga13 16 hingga 20 23 hingga 27
PdPc Oktober 2023 Oktober 2023 Oktober 2023 Oktober 2023

SHOWCASE 30 hingga 31 Oktober 2023

3.2 MASA/ AKTIVITI PBL

TAHUN PELAKSANAAN KEMAHIRAN AKTIVITI PBL

1 Kata nama am Rumahku Syurgaku

2 Penjodoh bilangan Chef Cilik

3 Ayat Tunggal Gubahan Lagu Rakyat


Selasa dan Rabu
4 Golongan Kata Peta i Think

5 Peribahasa Projek Peribahasa

6 Kata Kerja Komik Kerja

Pemulihan Perkataan kvkv Kamus bergambar


Ikut jadual waktu
Khas Perkataan kvkvkv
Pemulihan khas
Perkataan kvk kvk

4.0 SASARAN
Program PBL ini dijalankan khusus untuk murid-murid SK Taman Segar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan
murid-murid Pemulihan Khas.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memupuk kemahiran meneroka ilmu secara kendiri dalam kalangan murid.
5.2 Mengesan kemahiran menyiapkan tugasan berbentuk projek dengan pemantauan minimum
daripada guru .
5.3 Menyemai kemahiran berkomunikasi di hadapan khalayak dalam kalangan murid.
PANITIA BAHASA MELAYU SK TAMAN SEGAR 2023

5.4 Mempraktikkan penggunaan Bahasa Melayu dalam komunikasi dengan lebih berkesan.
5.5 Meningkatkan keberanian dan rasa yakin dalam diri murid untuk tampil menyerlahkan bakat
masing-masing dengan bantuan dan sokongan ibu bapa di rumah.
5.6 Memberi peluang terbuka kepada murid mencapai Tahap Penguasaan Maksimum (TP6) murid.
6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

● Pemilihan aktiviti yang dirancang menarik dan berfokuskan kepada mencungkil


OUTPUT
bakat murid dalam koakademik.
(Hasil mengikut setiap
● Setiap aliran menyediakan aktiviti PBL berdasarkan DSKP yang dijalankan
sasaran yang telah
secara berkumpulan dan dinilai setiap minggu berdasarkan Standard
ditetapkan)
Pembelajaran.

OUTCOME ● Meningkatkan TP murid kepada TP 6.


(Hasil pelaksanaan ● Keyakinan dan keberanian murid dalam menyerlahkan bakat mereka dalam
program dalam bentuk projek yang dilaksanakan
impak/ kesan kepada
kumpulan sasaran)

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Sumber Kewangan

BIL. PERKARA KUANTITI BAKI SEMASA


1 PCG Panitia Bahasa Melayu - RM 1706.67

7.2 Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA KOS (RM) JUMLAH CATATAN


1. Bahan PBL
Kertas A 4 ( IK Yellow A4 Paper 70
(i) 10 rim x RM 13.00 RM 130 PCG
gsm)
Laminating Film A4 (Brand: FP
(ii) 1 Kotak x RM 55.00 RM 55 PCG
Media)
Kertas warna A4 ( Lucky Star
(iv) Pelbagai Warna) 1 rim x RM 26.00 RM 26 PCG

JUMLAH = RM 211
PANITIA BAHASA MELAYU SK TAMAN SEGAR 2023

2. Hadiah PBL
Tahap 1
1 kumpulan 5 orang
(i) Tahun 1 - 4 kelas x 5 orang = 20 60 set X RM 3.00 RM 180 PCG
Tahun 2 - 4 kelas x 5 orang = 20
Tahun 3 - 4 kelas x 5 orang = 20
Tahap 2
1 kumpulan 5 orang
Tahun 4 - 4 kelas x 5 orang = 20
(ii) 60 set x RM 6.00 RM 180 PCG
Tahun 5- 4 kelas x 5 orang = 20
Tahun 6 - 4 kelas x 5 orang = 20

JUMLAH = RM 360
JUMLAH KESELURUHAN RM 571

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Khatijah binti Maulud (Guru Besar SK Taman Segar)


Naib Pengerusi : Pn. Rosni binti Othman (GPK Pentadbiran)
Penyelaras : Pn. Isnorizam binti Ismail ( Ketua Panitia )
Setiausaha : Pn Zalina binti Muhammad

AJK Pelaksana Program PBL


Tahun 1 - Tahun 6 : Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Pemulihan Khas : Pn Zalina binti Muhammad
PANITIA BAHASA MELAYU SK TAMAN SEGAR 2023

AJK Majlis Penutup Dekad Bahasa Kebangsaan

Buku Program: Gimik Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan:


Pn Nur Zuliana Izyan binti Zolkalple Cik Hjh Norbahiyah binti Baharom
AJK Dokumentasi: AJK Hadiah:
Pn. Zalina binti Muhammad Tahap 1 - Pn Rushayu Abdul Hamid
Tahap 2 - Pn Mazlida binti Abu Bakar
Show Case Perantara Majlis
Tahun 1- Pn Azni binti Aim@Ibrahim En Muhamad Hafez bin Mohamad Ripin
Tahun 2 - Pn Norazima binti Mohamed Shoaib Jurugambar
Tahun 3 - Cik Nuramirah Atifah binti Amir Cik Cathwin Chuan Pui Li
Tahun 4 - Pn Siti Roszleen binti Muhamad Tumiran Pengurus pemenang
Tahun 5- Pn Isnorizam binti Ismail En Ahmad Husni Alif bin Zuki
Tahun 6 - En Nasrul Asraf bin Md Nasir

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 Jadual Pelaksanaan Program Pembelajaran Berdasarkan Projek (PBL)

TARIKH AKTIVITI TINDAKAN

7 Ogos 2023 ● Taklimat bersama Ketua Panitia Ketua Panitia


● Penetapan garis masa Program Pembelajaran Setiausaha
Berasaskan Projek Program
22 Ogos hingga Perbincangan bersama ahli aliran Ketua Aliran
08 September 1) Penetapan jenis PBL Ahli Panitia
2023 2) SK dan SP yang akan dilaksanakan
3) Melengkapkan borang pernyataan Standard
4) Menyenaraikan bahan yang akan digunakan untuk
PBL
11 hingga 18 ● Pembinaan e-RPH PBL Ketua Aliran
September 2023 bersama ahli
19 hingga 27 ❖ Pembentangan e-RPH ( Disemak oleh Ketua Panitia ) Ketua Panitia
September ❖ Penambahbaikan e- RPH Ketua Aliran
❖ Penyediaan Rubrik PBL Ahli Panitia

02 hingga 06 ★ Pelaksanaan PBL minggu 1 mengikut Standard Ahli Panitia


Oktober 2023 Pembelajaran Aliran masing masing.
Minggu 1 ★ Merekod Penyataan Tahap PBD murid secara
individu.
PANITIA BAHASA MELAYU SK TAMAN SEGAR 2023

09 hingga 13 ★ Pelaksanaan PBL minggu 2 mengikut Standard Ahli Panitia


Oktober 2023 Pembelajaran Aliran masing masing.
Minggu 2 ★ Merekod Penyataan Tahap PBD murid secara
individu.

16 hingga 20 ★ Pelaksanaan PBL minggu 3 mengikut Standard Ahli Panitia


Oktober 2023 Pembelajaran Aliran masing masing.
Minggu 3 ★ Merekod Penyataan Tahap PBD murid secara
individu.

23 hingga 27 ★ Pelaksanaan PBL minggu 4 mengikut Standard Ahli Panitia


Oktober 2023 Pembelajaran Aliran masing masing. Ketua Panitia
Minggu 4 ★ Merekod Penyataan Tahap PBD murid secara Setiausaha
individu. Program
★ Penilaian PBL.
★ Penyerahan nama pemenang kepada AJK hadiah.

30 hingga 31 ➢ Majlis Penutup Bulan Dekad Bahasa Kebangsaan Ahli Panitia


Oktober 2023 2023 peringkat sekolah, Ketua Panitia
➢ Show Case

10.0 PENGURUSAN RISIKO

RISIKO PUNCA PENYELESAIAN TANGGUNG


JAWAB
Murid terlibat 1. Murid tidak hadir ke sekolah. Aktiviti PBL dimulakan awal Guru BM
dengan aktiviti 2. Murid terlibat dengan aktiviti daripada tarikh yang
luar bilik darjah. anjuran pihak luar. ditetapkan.
3. Raptai sukan tahunan sekolah. Cadangan minggu akhir
4. Acara akhir padang. bulan September.
PANITIA BAHASA MELAYU SK TAMAN SEGAR 2023

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN

a. Pemantauan Pelaksanaan Program/Aktiviti


Guru Mata pelajaran Bahasa Melayu dikehendaki memastikan aktiviti yang dirancang ini berjalan
dengan lancar dan selesai seperti yang dirancang. Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu juga
bertindak sebagai pembimbing dan pemudahcara kepada murid-murid di kelas masing-masing

b. Pemantauan Pencapaian Outcome


Pemantauan berdasarkan jumlah penyertaan murid bagi setiap kelas dan data akan dikutip untuk
tujuan laporan dan post-mortem.

12.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang disasarkan. Sesungguhnya kejayaan
aktiviti yang dirancang pada peringkat di mana pelaksanaan aktiviti antara murid dan guru banyak
bergantung kepada kerjasama serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat khususnya
para ibu bapa murid serta sokongan daripada para pentadbir terutamanya Guru Besar SK Taman Segar.
Aktiviti PBL ini di harapkan dapat mencungkil,mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran murid yang
berpotensi besar dalam bidang akademik dan koakademik. Semoga semua perancangan yang diatur
mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak puan.
PANITIA BAHASA MELAYU SK TAMAN SEGAR 2023

Disediakan oleh:

________________________
(ZALINA BINTI MUHAMMAD)
Setiausaha Dekad Bahasa Kebangsaan
SK Taman Segar.

Tarikh: ________________

Disemak oleh

_________________________
(ISNORIZAM BINTI ISMAIL )
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Taman Segar

Tarikh : ______________________

Ulasan Pentadbir:

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

____________________________
(KHATIJAH BINTI MAULUD)
Guru Besar,
SK Taman Segar.

Tarikh: _____________________

Anda mungkin juga menyukai