Anda di halaman 1dari 5

SK MARIAN CONVENT, SETAPAK

JALAN AIR JERNIH, 53200 WP KL

KERTAS KERJA BULAN BAHASA 2022

PANITIA BAHASA MELAYU


KERTAS KERJA BULAN BAHASA
SK MARIAN CONVENT, SETAPAK

PENGENALAN

Bulan Bahasa merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan di bawah anjuran Pusat
Sumber Sekolah (PSS). Program ini melibatkan usaha kolaboratif antara Panitia Bahasa
Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab dan Pusat Sumber Sekolah.

MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan bahasa komunikasi di sekolah di samping memperkukuhkan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua dan memperluaskan penggunaan Bahasa Arab di sekolah sebagai
bahasa pilihan.
OBJEKTIF

1) Meningkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dalam kalangan murid.

2) Mengasah bakat dan mencungkil kreativiti murid-murid dalam aktiviti bahasa.

3) Meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang bahasa.

4) Menggalakkan warga sekolah menggunakan bahasa secara kreatif dan inovatif sebagai

wadah penyebaran ilmu.

5) Menyedarkan warga sekolah tentang kepentingan penggunaan bahasa yang gramatis

dalam komunikasi.

SENARAI AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU

TARIKH/HARI AKTIVITI KUMPULAN TINDAKAN


SASARAN

Panitia Bahasa Melayu:


Teka Silang Kata Tahun 1
Cari Perkataan Tersembunyi Tahun 2
Guru subjek Bahasa
17 Oktober 2022 Kuiz Bahasa Tahun 3
Melayu
Kalendar Peribahasa Tahun 4
Buku Skrap Peribahasa Tahun 5
Gubahan Syair Tahun 6
BIL PERKARA JUMLAH

2 Hadiah Panitia Bahasa Melayu:


Teka Silang Kata (6 orang x RM5) RM30.00
Cari Perkataan Tersembunyi (6 orang x RM5) RM30.00
Kuiz Bahasa (6 orang x RM5) RM30.00
Kalendar Peribahasa (6 orang x RM5) RM30.00
Buku Skrap Peribahasa (6 orang x RM5) RM30.00
Gubahan Syair (6 orang x RM5) RM30.00

JUMLAH KESELURUHAN RM180.00

PENUTUP

Diharapkan agar program yang dijalankan sepanjang Bulan Bahasa ini dapat berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kerjasama dan komitmen yang padu
daripada semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah diperlukan memandangkan
sambutan Bulan Bahasa pada tahun ini dilaksanakan dalam norma baru berikutan wabak
covid-19 yang melanda dunia.

Anda mungkin juga menyukai