PROGRAM TRANSFORMASI
SEKOLAH (TS25)
PROGRAM SINAR PAGI
SK KAMPONG DACHING
2023/2024
TEMPAT
TARIKH DEWAN
: OGOS SKKD
– NOVEMBER 2023
ANJURAN : UNIT KURIKULUM SKKD
|
1.0 TAJUK PROGRAM/ AKTIVITI/ PROJEK
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH – PROGRAM SINAR PAGI SK KAMPONG DACHING
2023/2024
3.0 JUSTIFIKASI
Dengan adanya Program Sinar Pagi ini, diharapkan dapat memberi suatu impak yang boleh
mengubah tingkah laku murid menjadi ke arah yang lebih positif, berdaya saing, berjiwa yakin
dan sentiasa bersedia. Ini kerana, Program Sinar Pagi sentiasa mengasah minda murid
menghadapi situasi secara serta merta seperti membuat persembahan individua tau
berkumpulan berdasarkan matapelajaram yang ditetapkan.
4.0 MATLAMAT
4.1 Memberi maklumat dan pengetahuan secara umum kepada murid tentang
matapelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas
4.2 Menyegarkan ingatan murid tentang kemahiran yang dipraktikkan di dalam kelas.
4.3 Mempelbagaikan teknik dalam menjawab soalan dengan cara individu ataupun
berkumpulan.
4.4 Menambah kosa kata murid melalui pembacaan bahan pelbagai.
4.5 Menyiapkan murid agar sentiasa bersedia menghadapi situasi secara serta-merta kerana
tugasan yang diberi adakalanya secara ‘on the spot’
4.6 Menyelitkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan secara lisan.
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh/Hari : OGOS – NOVEMBER 2023
5.2 Masa : 7.20 – 7.40 PAGI
5.3 Tempat : DEWAN SKKD
6.0 SASARAN
6.1 Semua murid tahun 1 hingga tahun 6 (292 orang murid)
6.2 18 orang guru
RUJUK LAMPIRAN
9.1 Pelaksanaan Program Galakan Membaca anjuran Pusat Sumber Sekolah SKKD dijalankan
sekiranya program tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu.
9.2 Penggunaan video pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dipasang di dewan
dapat membantu pelaksanaan program secara impromptu.
9.3 Penggunaan display set (PC dan LCD) dapat membantu guru bertugas menggantikan
guru incaj pada hari berkenaan.
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 25 – PROGRAM SINAR PAGI ini dapat
menjadi pemangkin dan usaha untuk melahirkan murid yang berdaya saing dalam bidang akademik,
sahsiah, kokurikulum dan kerohanian. Kerjasama yang erat antara warga SKKD dalam menjayakan
program ini akan turut menyumbang ke arah merealisasikan matlamat dan objektif yang diharapkan.
…………………………………………… …………………………………………
(NURRAFEAH BINTI HARUN) (MALINI A/P VESUVANATHAN)
Penyelaras Program TS25, GPK KURIKULUM,
SK KAMPONG DACHING SK KAMPONG DACHING
Kertas kerja ini *diluluskan / tidak diluluskan untuk PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH 25 –
PROGRAM SINAR PAGI SKKD 2023/2024. Aktiviti ini perlu dilaksanakan seperti mana yang
dirancang. Tindakan dan kerja buat yang akan dilaksanakan perlulah mematuhi semua pekeliling
yang berkuat kuasa.
Disahkan Oleh:
………………………….