Anda di halaman 1dari 1

BULAN BAHASA 2009

Tarikh: 13 - 30 April
Anjuran: Jabatan Bahasa SMK Palong Timur
 
Sempena Bulan Bahasa 2009, Jabatan Bahasa dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu dan
Persatuan Bahasa Inggeris akan menganjurkan aktiviti yang bersesuaian dengan sambutan Bulan
Bahasa ini.  Selain dapat mengingati dan menghayati Bulan Bahasa, program ini dapat mencungkil
dan melahirkan kreativiti pelajar dalam bidang ko-akademik.  Pelbagai aktiviti yang menarik telah
dirancang dan disusun, adalah diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua
warga SMK Palong Timur.
 
Objektif

1. Melahirkan pelajar yang cintakan Budaya dan Bahasa


2. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
3. Mencungkil bakat pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
4. Melahirkan pelajar yang aktif, kreatif dan inovatif
Tujuan
1. Meningkatkan pencapaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pelajar
Tema
"Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"
 
 Aktiviti Sempena Bulan Bahasa
1. Teka silang kata
2. Karangan
3. Pidato (Menengah Atas)
4. Pidato (Menengah Bawah)
5. Peribahasa
6. Pentas drama
 
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Anda mungkin juga menyukai