Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BULAN BAHASA KEBANGSAAN


ANJURAN PANITIA BAHASA MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE (1) BRICKFIELDS
2010

1. PENGENALAN

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan
sepanjang dekad 60-an. Program ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan
Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS)
(1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan
Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.Pada tahun 2009,
bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa
Kebangsaan (BBK)

Program Bulan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah merupakan satu program
tahunan yang dijalankan pada setiap bulan Oktober selaras dengan pelaksanaannya di peringkat
kebangsaan. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa
Malaysia.

Di peringkat Sekolah, Program Bulan Bahasa Kebangsaan berfokus kepada usaha untuk
meningkatkan pengetahuan serta pemahaman murid-murid tentang penggunaan serta kemahiran
dalam aspek bahasa terutamanya Bahasa Malaysia. Ia juga menjadi landasan untuk mencungkil
bakat yang ada dalam diri murid-murid seperti bercerita dan bersajak.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia
sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita. Selain itu, program ini juga diadakan adalah untuk
melahirkan insan khususnya murid-murid yang berketrampilan dan harmonis dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Aktiviti yang dirancang dalam program ini adalah dalam pelbagai bentuk bertujuan untuk
menarik minat murid untuk menyertainya. Apa yang diharapkan program ini akan dapat
meningkatkan minat murid untuk mendalami segala aspek dalam Bahasa Malaysia khususnya
penggunaannya sebagai bahasa rasmi negara.

2. RASIONAL

Program Bulan Bahasa Kebangsaan diwujudkan adalah bermatlamatkan memupuk


semangat cintakan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid. Ini adalah kerana murid-murid
pada masa sekarang kurang menghayati serta menggunakan Bahasa Malaysia dalam kehidupan
seharian mereka. Program ini juga diharapkan akan dapat mencungkil bakat murid-murid dalam
kemahiran tertentu seperti bercerita dan bersajak.
3. MATLAMAT

3.1 Memantapkan, memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa
Malaysia.
3.2 Menguatkan rasa megah terhadap Bahasa Kebangsaan.
3.3 Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui Bahasa
Kebangsaan.
3.4 Menyemarakkan peranan Bahasa Kebangsaan sebagai tonggak pembinaan
negara bangsa.

4. OBJEKTIF

4.1 Memahirkan murid dalam penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah.


4.2 Menggalakkan murid untuk menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
pengantara.
4.3 Meningkatkan minat membaca murid-murid.
4.4 Meningkatkan pemahaman murid dalam aspek tatabahasa Bahasa Malaysia.
4.5 Mempraktikkan penggunaan Bahasa Malaysia dengan lebih berkesan.
4.6 Mendedahkan murid-murid dengan segala aspek dalam Bahasa Malaysia seperti
puisi.
4.7 Mencungkil bakat serta memilih murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
seperti bercerita dan bersajak.
4.8 Menyemai sikap cintakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.

4. TARIKH PROGRAM

Program ini akan berlangsung mulai 11 OKTOBER 2010 sehingga 29 OKTOBER 2010.

5. GOLONGAN SASARAN

Program ini dijalankan khusus untuk murid-murid S.K. La Salle (1) Brickfields.

6. AKTIVITI ( seperti Lampiran 1 )

7. ANGGARAN PERBELANJAAN ( seperti Lampiran 2 )

8. SUMBER KEWANGAN

8.1 Peruntukan Panitia Bahasa Malaysia


AHLI JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM BULAN BIJAK BAHASA 2009

PENASIHAT
Pn. Supamah Vandasan
( Guru Besar )

PENGERUSI
En.Persori Bin Waliman
( GPK Tadbir dan Kurikulum )

PENYELARAS
En.Muhamad Rizal bin Haron
( Ketua Panitia Bahasa Malaysia )

SETIAUSAHA
Pn.Norsidah Bt Musa
AJK KECIL
En.Mazlan Bin Ibrahim
En.Hamlan Bin Shariff
En.Mohd Fadzil Bin Abu Naim
En.Shaiful Muhayuddin Bin Mohamad
Pn.Norli Bt Ismail
Pn.Nurul Aini Bt Mohd Olwi
Cik Noor Azean bt Radzali

Anda mungkin juga menyukai