Anda di halaman 1dari 3

Contoh Teks Syarahan

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Terima kasih kepada saudara/i pengerusi majlis, kepada barisan panel hakim
yang arif lagi bijaksana, pensyarah-pensyarah yang dihormati dan rakan-rakan
seperjuangan sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera.
Berdirinya saya disini dengan penuh iltizam adalah untuk memberikan
kupasan berpandukan tajuk syarahan saya iaitu BAHASA ITU WAHANA
PERPADUAN. Bahasa menurut kamus dewan bahasa adalah sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia. Wahana pula bermaksud saluran atau perantaran yang memungkinkan
sesuatu dilakukan atau disampaikan. Manakala, perpaduan adalah keadaan atau hal
berpadu iaitu persatuan. Dalam konteks ini, konsep bahasa atau perpaduan merujuk
kepada bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan yakni Bahasa Melayu.
Persoalannya, mengapakah bahasa itu dikatakan alat atau medium untuk
merapatkan perpaduan antara rakyat dalam negara ini? Bagaimanakah cara untuk
merealisasikan konsep ini? Marilah bersama-sama saya, merungkai persoalan ini
satu per satu dengan lebih teliti dan lagi mendalam.
SIDANG HADIRIN SEKALIAN,
Indahnya, bahasa melayu begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada
banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu
banyak bahasa, bahasa melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan
seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara gilanggemilang ini.
Sejarah membuktikan bahawa bahasa melayu telah diterima sebagai lingua
franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan melayu Melaka pada
abad ke-15 lagi. Menurut Masariah (2003), bahasa ini digunakan secara meluas

dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik yang berlaku antara negaranegara pada masa itu. Dalam kitab sejarah melayu, disebutkan bahawa para
pedagang bertungkus lumus mempelajari bahasa melayu untuk menguasainya bagi
memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan juga masyarakat tempatan
yang telah lama menggunakan bahasa ini. Memandangkan bahasa melayu telah
digunakan sekian lama sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan persuratan,
maka bahasa melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin
pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan
Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Bahasa melayu telah dinobatkan sebagai
bahasa kebangsaan sejak merdeka lagi apabila perkara ini termaktub dalam perkara
152 perlembagaan Malaysia sehingga sekarang menjadi penyatuan masyarakat
negara di bawah bumbung integrasi. Sebagai contohnya, surat-surat rasmi kerajaan
ataupun swasta dikeluarkan menggunakan bahasa melayu. Malah, borang-borang
pendaftaran juga diperbuat sedemikian.
HADIRIN YANG SAYA MULIAKAN,
Dalam sektor pendidikan pula, bahasa melayu digunakan sebagai bahasa
penghantar dalam sistem persekolahan tidak kira sama ada sekolah kebangsaan
ataupun sekolah jenis kebangsaan. Perkara ini telah dilaksanakan mulai tahun 1983
berdasarkan Laporan Razak. Tambahan pula, asas-asas pelajaran seperti 3M iaitu
membaca, menulisdan mengira dititikberatkkan disamping memberi pendidikan
untuk pembinaan sahsiah dir iserta pemupukan kemahiran berfikir. Tumpuan dan
penekanan adalah untuk menjuruskan pelajar pelajar ke arah pemupukan
semangat kewarganegaraan. Bahasa melayu telah menjadi asas pembinaan negara
bangsa Malaysia yang merdeka. Menurut, Professor Dr Teo Kok Seong, maruah
bangsa Malaysia terletak pada martabat bahasa melayu yang menjadi lambang
kedaulatan pemerintahan dan negara. Hal ini kerana bahasa melayu telah
mendukung peranan penting sebagai bahasa peradabandan tamadun tinggi pada
suatu ketika dahulu. Pada zaman kesultanan melayu Melaka, bahasa melayu
digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti undang-undang. Ironisnya,
di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Bismarck dan Machiavelli yangmembina
negara bangsa mereka dan kuku besi, helah dan darah. Memartabatkan bahasa
melayu kebangsaan harus dijadikan sebagai ramuan dalam kehidupan rakyat sejati
ini.

SIDANG DEWAN SEKALIAN,


D isini saya ingin menegaskan bahasa penggunaan bahasa kebangsaan
bergantung pada sikap individu terhadap bahasa terbabit. Dari semasa ke semasa,
pelbagai kegiatan harus diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan
masyarakat tentang

bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan kita.

Penggunaanya akan memperkukuhkan perpaduan kaum, sebaliknya peminggiran


bahasa akan menyebabkan kemantapan perpaduan kaum akan berkurang. Akhir
kata dari saya, anak jati negeri Pahang untuk menjadi bangsa yang dihormati dan
disegani, bahasa perlulah dijulang tinggi. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai