Anda di halaman 1dari 14

Operasi Tambah

Operasi tambah ini merupakan asas untuk menumbuh dan


mencambahkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik.
Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami semasa
peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar
terhadap penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat
seterusnya. Sebelum operasi tambah ini diperkenalkan, murid-murid
hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti membilang hingga
10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan menulis
angka 1-10, memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan
nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar dan
memahami maknanya serta mengabadikan nombor.

Konsep Tambah
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah.
Contoh:

3 + 2 = 5

Juzuk tambah

Hasil tambah

Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep


penambahan ialah:
i)

Penyatuan set

Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek


dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur
yang sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan.
ii)

Pengukuran pada garis nombor

Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak di antara


titik pada garis bernilai 1.

Fakta Asas
Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk
songsangannya) yang setiap sebutan (juzuknya) ialah nombor 1 digit.
Menguasai fakta asas tambah sangat penting kerana fakta asas ini
merupakan asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan
cekap dan tepat. Kepelbagaian aktiviti akan membantu murid dalam
menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah dengan lebih
berkesan di samping latihan untuk peneguhan. Operasi tambah secara
konkrit perlu didedahkan terlebih dahulu untuk mengembangkan

kefahaman murid tentang penambahan. Kemudian, strategi yang


berkesan (strategi berfikir) diperkenalkan berdasarkan prinsip-prinsip
tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua
fakta asas tambah. Murid akan mampu
menyatakan semua fakta asas tambah dengan cepat dan tepat sekiranya
diajar dengan cara yang berkesan.Seseorang guru mestilah memastikan
muridnya telah mempunyai konsep penambahan yang mantap(termasuk
simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka mengingati fakta asas
tambah.

Operasi Tolak
Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah
melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan
operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan
sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak
merupakan proses menterbalikkan operasi tambah. Kemahiran yang
diajar pada peringkat ini adalah menulis ayat matematik, melengkapkan
ayat matematik, menolak secara spontan fakta asas tolak, menulis
hitungan tolak dalam bentuk lazim dan penyelesaian masalah berkaitan
penolakan.

Konsep Tolak
Konsep penolakan dapat difahami melalui beberapa pendekatan iaitu
pengasingan atau mengabil jalan keluar, perbandingan, pelengkap dan
penyekatan. Pengasingan atau mengambil jalan keluar - daripada satu
set objek, satu subset dikeluarkan.
Contohnya:
Terdapat 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan ke
dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut?
Perbandingan - dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama
disusun semula dan dipadankandengan set objek kedua. Set objek yang
tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau beza.
Contohnya:
Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gulagula melebihi bilangan kek?
Pelengkap bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa lagi
perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan.

Contohnya:
Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh
memuatkan 10 ekor
kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya
masukkan lagi ke dalam kandang itu?

Penyekatan dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai
kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat.
Contohnya:
Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta
berwarna biru dan dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah
yang berwarna merah?

Fakta Asas
Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit
daripada nombor 1 digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit.
Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas tolak iaitu
mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan dan mengekalkan bilangan
unsur dalam set asal.

Operasi Darab
Konsep Darab
Darab mempunyai pertalian rapat dengan tambah, iaitu
tambah berulang-ulang.Misalnya, tiga 2 diertikan sebagai 3x2 dan lima
set 4 diertikan sebagai 5x4 . Darab bermakna kali ganda. Jika ayat
seperti 3x6=18 boleh disebut tiga kali ganda enam menghasilkan lapan
belas. Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor darab, tanda x merujuk kepada
operasi ganda, tanda= merujuk kepada hasil dan nombor 18 mewakili
hasil darab atau nombor terbitan operasi darab. Cara menulis operasi
darab adalah dengan cara menegak dan cara mendatar. Antara model
bagi menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model turus,
model turutan garisan bernombor dan model hasil Cartesian.

Fakta Asas
Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka
atau satu digit, misalnya daripada 0 x 0 hingga 9 x 9. Bagi menjamin

komputasi efisien ( jawapan yang tepat dan menjimatkan masa), murid


digalakkan menghafal fakta asas darab.Ada 10 fakta seperti 0 x0, 1x1,
2x2, 3x3, hingga 9 x9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta
lain bersimetri ( 45 + 45). Fakta bersimetri ialah seperti 4 x7 = 7 x 4.Fakta
darab perlu dibantudengan manipulasi objek fizikal,model dan jadual
fakta.murid digalakkan membuat pertalian antara satu fakta dengan
fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan pengalaman konkrit mereka
seterusnya
memikirkan
pertalian
antara
berbagai-bagai
fakta,
menggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma
standard.

Operasi Bahagi
Operasi bahagi memerlukan tahap kematangan berfikir yang lebih tinggi
untuk memahami konsep dan algoritma bahagi.Untuk pembelajaran yang
efektif, murid perlu faham tentang konsep dan sifat milik , atau hukum
operasi bahagi disamping penyediaan kaedah dan pendekatan yang
terancang oleh guru untuk memudahkan proses memahami operasi ini.

Konsep Bahagi
Operasi bahagi mempunyai pertalian menyongsang dengan operasi
darab. Misalnya, 5 p = 10, iaitu untuk mendapatkan faktor pendarab p
maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi bahagi juga mempunyai
pertalian dengan penghitungan,iaitu turutan selangan nombor dihitung
kebelakang ( reverse) contoh:4 x 2 -----0-2-4-6-8
8 2 -----8-6-4-2-0
Operasi bahagi boleh dianologikan sebagai tolak berulang-ulang.Cara
menulis ayat matematik bahagi, contohnya;
9
18 2 = 9, 18 = 9, 2 18
2
Nombor 18 dipanggil dividen, nombor 2 dipanggil faktor pembahagi dan
nombor 9 ialah hasil bahagi.

Dua model iaitu Model Kuotatif ( memberi gambaran berapa kumpulan


dapat dibuat daripada sesuatu dividen atau sebilangan besar unsur. Atau
ukuran dan Model Partitif atau sama rata ( memberi gambaran berapa
banyak unsur dalam satu kumpulan atau kelompok.Kemahiran menghafal
dan mengingat kembali fakta-fakta asas darab berkait rapat dengan
kbolehan menyelesaikan kira-kira bahagi secara sikap dan ekonomik.
Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab
sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain,tanpa
sebarang baki nombor bernilai.

Fakta Asas
Fakta bahagi mempunyai faktor pembahagi dan dan hasil bahagi
bernombor satu angka. Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan akan
menghasilkan satu fakta bahagi. Contoh,
14 2 = 7 . Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi ialah
Pengelasan objek-objek, Penggunaan pengalaman harian, manipulasi
objek-objek, melukis dan menganalisis gambar dan mencari jawapan
melalui pertalian.

Operasi
Bahagi ialah songsangan darab, kecuali bagi hal-hal yang melibatkan baki.
Keupayaan murid menyelesaikan kira-kira bahagi bergantung pada
kebolehan
mereka
menyongsangkan
fakta
darab
.
Sebelum
menyelesaikan 3l84 murid perlu berkira-kira ________ - 8 = 9. Persamaan
dengan variasi kedudukan pengisi(
) dapat membina pemikiran berbalik
dan songsangan.Algoritma bahagi standard diperkenalkan setelah murid
mahir mengolah cara berfikir dan fakta darab.

Konsep nombor
Konsep nombor ordinal dan kardinal perlu diajar dan diberi penekanan
kepada murid sejak awal lagi. Ini dapat mengubah struktur pemikiran
kanak-kanak yang sering menghafal nombor tanpa mengenal makna
nombor itu yang menjadi penghalang kepada mereka untuk membuat

pertalian antara nombor ordinal dan nombor kardinal. Nombor kardinal


digunakan untuk membilang berapa banyak objek dalam satu set atau
kumpulan. Memahami nombor kardinal amat penting kerana dengan
adanya kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek,
murid akan dapat menggunakan nombor bulat untuk empat operasi
matematik. Walaupun nombor kardinal perlu diberi lebih penekanan,
murid juga perlu diperkenalkan dengan cara kedua nombor digunakan
iaitu penggunaan nombor ordinal. Nombor ordinal ialah nombor yang
digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu objek atau
peristiwa.

Bermula dengan satu set. Kemudian perlu tambah berapa lagi


supaya dapat set keseluruhan. Saya ada 8 ekor ayam dalam
sebuah kandang yang boleh menampung 12 ekor ayam.
Berapa ayam lagi saya boleh masukkan ke dalam kandang.

Anda mungkin juga menyukai