Anda di halaman 1dari 8

10/14/12 M ath & B rain |

Math & Brain

Kata-kata Aluan Panduan Program Keterangan Teori Operasi Tambah Operasi Darab Operasi Darab 2
Operasi Tolak dan Bahagi Pesanan Set Latihan FAQ Guestbook

OPERASI TOLAK DAN BAHAGI

OPERASI TOLAK
Biasanya operasi tolak akan diajar selepas operasi tambah kerana ianya mempunyai perkaitan yang rapat. Walaubagaimanapun seperti yang
telah ditunjukkan, proses mendarab adalah lebih rapat dengan operasi tambah, dimana 2 × 2 juga adalah 2 + 2.

Jadi kita lihat terlebih dahulu secara asasnya bagaimana untuk kita memahami operasi tolak ini dengan lebih dekat.

Hasil tolak jika dicampur semula dengan jumlah yang ditolak akan memberikan jumlah sebelum ditolak. Dari contoh di atas 3 (hasil tolak) + 3
(jumlah ditolak) = 6 jumlah asal. Oleh yang demikian proses ini boleh digunakan untuk menyemak jawapan apabila kita melakukan operasi tolak.

w w w .freew ebs.com /m ah tbrain/operasitola kdanbahagi.htm 1/8


10/14/12 M ath & B rain |

OPERASI TOLAK 1
Opearasi tolak boleh dilakukan secara biasa seperti operasi tambah yang dilakukan dari kiri ke kanan. Melalui kaedah ini anggaran jawapan dapat
dilakukan di peringkat pertama menolak angka pada rumah terbesar.

w w w .freew ebs.com /m ah tbrain/operasitola kdanbahagi.htm 2/8


10/14/12 M ath & B rain |

OPERASI TOLAK 2
Semasa melakukan operasi tolak, yang sering mengganggu kita memberikan jawapan yang betul adalah disebabkan peminjaman jumlah pada
rumah bersebelahan yang lebih besar nilainya. Sebagai contoh; 2 - 7 tidak boleh dilakukan dan peminjaman 10 dari rumah sebelumnya perlu untuk
menjadikannya 12 - 7 = 5.

Melalui kaedah berikutnya ini, kita perhatikan bagaimana kaedah ini dapat membantu mengelakkan kekeliruan ini.

w w w .freew ebs.com /m ah tbrain/operasitola kdanbahagi.htm 3/8


10/14/12 M ath & B rain |

Nota: Perhatikan rumah terbesar pada nombor yang ingin ditolak, kemudian pecahkan nombor asal kepada nombor genap rumah terbesar
tersebut seperti contoh di atas.

OPERASI BAHAGI
Operasi bahagi boleh dikatakan sebagai lawan kepada operasi pendaraban. Bagaimanapun kita lihat operasi ini secara lebih dekat untuk
mendapatkan pemahaman yang lebih tepat mengenai operasi ini.

w w w .freew ebs.com /m ah tbrain/operasitola kdanbahagi.htm 4/8


10/14/12 M ath & B rain |

Dapat diperhatikan nombor yang dibahagi (6) jumlah dibahagi (3) dan hasil = 2. Ia kelihatan seolah-olah lawan kepada operasi darab kerana 3 ×
2 = 6.

Untuk menguasai operasi bahagi dengan baik, kita perlu menguasai operasi darab dengan baik terlebih dahulu. Operasi bahagi juga mempunyai
kaitan rapat dengan nombor pecahan. Bagi mengelakkan kekeliruan, nombor pecahan tidak digunakan dalam modul ini.

Operasi Bahagi 1
Kita tidak akan menggunakan kaedah yang terlalu banyak untuk operasi bahagi. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah ringkas yang
mungkin dapat membantu kita untuk melakukan operasi bahagi yang akan dikongsi bersama.

w w w .freew ebs.com /m ah tbrain/operasitola kdanbahagi.htm 5/8


10/14/12 M ath & B rain |

Perhatikan pula contoh berikut:

Tips-tips Untuk Operasi Bahagi


Pada kebiasaannya kita sentiasa terfikir samada sesuatu nombor tersebut boleh dibahagi genap atau tidak dengan sesuatu nombor pembahagi
tersebut. Maka berikut ini adalah di antara kaedah bagaimana kita boleh mengetahui samada sesuatu nombor tersebut boleh dibahagi genap atau
tidak.

Nombor yang dibahagi dengan 2


Nombor yang berakhir dengan 0, 2, 4, 6, 8 boleh dibahagi genap dengan 2.

Nombor yang dibahagi dengan 3


Campurkan semua digit dalam nombor tersebut dan bahagi 3. Jika boleh dibahagi dengan 3, ia boleh dibahagi genap.

Nombor yang dibahagi dengan 4


Pastikan 2 digit terakhir, sekiranya boleh dibahagi dengan 4 atau berakhir dengan "00", ia boleh dibahagi genap dengan 4.

Nombor yang dibahagi dengan 5


Nombor yang berakhir dengan 5 ataupun "o", boleh dibahagi genap dengan 5.

w w w .freew ebs.com /m ah tbrain/operasitola kdanbahagi.htm 6/8


10/14/12

Nombor yang dibahagi dengan 6


Pastikan nombor yang ingin dibahagikan adalah nombor genap. Kemudian campurkan semua digit di dalam nombor tersebut. Sekiranya jumlah
nombor boleh dibahagi dengan 3, ia boleh dibahagi genap dengan 6.

Nombor yang dibahagi dengan 8


Pastikan 3 digit terakhir, sekiranya boleh dibahagi dengan 8 atau berakhir dengan "000". Ia boleh dibahagi genap dengan 8.

Nombor yang dibahagi dengan 9


Campurkan semua digit dalam nombor tersebut. Sekiranya jumlah nombor boleh dibahagi dengan 9, boleh dibahagi genap dengan 9.

Untuk nombor-nombor berikut, pastikan samada ia boleh bahagi genap atau tidak.

Gunakan Search Engine Untuk Maklumat Berkaitan;

Search

Untuk pesanan set latihan;

7/8
10/14/12

Copyright© math&brain™ All right reserve

©2006

Create a Free Website

8/8

Anda mungkin juga menyukai