Anda di halaman 1dari 9

OPERASI TOLAK DAN BAHAGI

OPERASI TOLAK
Biasanya operasi tolak akan diajar selepas operasi tambah kerana ianya mempunyai perkaitan yang rapat. Walaubagaimanapun seperti yang telah ditunjukkan, proses mendarab adalah lebih rapat dengan operasi tambah, dimana 2 2 juga adalah 2 + 2. Jadi kita lihat terlebih dahulu secara asasnya bagaimana untuk kita memahami operasi tolak ini dengan lebih dekat.

Hasil tolak jika dicampur semula dengan jumlah yang ditolak akan memberikan jumlah sebelum ditolak. Dari contoh di atas 3 (hasil tolak) + 3 (jumlah ditolak) = 6 jumlah asal. Oleh yang demikian proses ini boleh digunakan untuk menyemak jawapan apabila kita melakukan operasi tolak.

OPERASI TOLAK 1
Opearasi tolak boleh dilakukan secara biasa seperti operasi tambah yang dilakukan dari kiri ke kanan. Melalui kaedah ini anggaran jawapan dapat dilakukan di peringkat pertama menolak angka pada rumah terbesar.

OPERASI TOLAK 2

Semasa melakukan operasi tolak, yang sering mengganggu kita memberikan jawapan yang betul adalah disebabkan peminjaman jumlah pada rumah bersebelahan yang lebih besar nilainya. Sebagai contoh; 2 - 7 tidak boleh dilakukan dan peminjaman 10 dari rumah sebelumnya perlu untuk menjadikannya 12 - 7 = 5. Melalui kaedah berikutnya ini, kita perhatikan bagaimana kaedah ini dapat membantu mengelakkan kekeliruan ini.

Nota: Perhatikan rumah terbesar pada nombor yang ingin ditolak, kemudian pecahkan nombor asal kepada nombor genap rumah terbesar tersebut seperti contoh di atas.

OPERASI BAHAGI
Operasi bahagi boleh dikatakan sebagai lawan kepada operasi pendaraban. Bagaimanapun kita lihat operasi ini secara lebih dekat untuk mendapatkan pemahaman yang lebih tepat mengenai operasi ini.

Dapat diperhatikan nombor yang dibahagi (6) jumlah dibahagi (3) dan hasil = 2. Ia kelihatan seolah-olah lawan kepada operasi darab kerana 3 2 = 6. Untuk menguasai operasi bahagi dengan baik, kita perlu menguasai operasi darab dengan baik terlebih dahulu. Operasi bahagi juga mempunyai kaitan rapat dengan nombor pecahan. Bagi mengelakkan kekeliruan, nombor pecahan tidak digunakan dalam modul ini.

Operasi Bahagi 1
Kita tidak akan menggunakan kaedah yang terlalu banyak untuk operasi bahagi. Walaubagaimanapun terdapat kaedahkaedah ringkas yang mungkin dapat membantu kita untuk melakukan operasi bahagi yang akan dikongsi bersama.

Perhatikan pula contoh berikut:

Tips-tips Untuk Operasi Bahagi

Pada kebiasaannya kita sentiasa terfikir samada sesuatu nombor tersebut boleh dibahagi genap atau tidak dengan sesuatu nombor pembahagi tersebut. Maka berikut ini adalah di antara kaedah bagaimana kita boleh mengetahui samada sesuatu nombor tersebut boleh dibahagi genap atau tidak.

Nombor yang dibahagi dengan 2 Nombor yang berakhir dengan 0, 2, 4, 6, 8 boleh dibahagi genap dengan 2.

Nombor yang dibahagi dengan 3 Campurkan semua digit dalam nombor tersebut dan bahagi 3. Jika boleh dibahagi dengan 3, ia boleh dibahagi genap.

Nombor yang dibahagi dengan 4 Pastikan 2 digit terakhir, sekiranya boleh dibahagi dengan 4 atau berakhir dengan "00", ia boleh dibahagi genap dengan 4.

Nombor yang dibahagi dengan 5 Nombor yang berakhir dengan 5 ataupun "o", boleh dibahagi genap dengan 5.

Nombor yang dibahagi dengan 6 Pastikan nombor yang ingin dibahagikan adalah nombor genap. Kemudian campurkan semua digit di dalam nombor tersebut. Sekiranya jumlah nombor boleh dibahagi dengan 3, ia boleh dibahagi genap dengan 6.

Nombor yang dibahagi dengan 8 Pastikan 3 digit terakhir, sekiranya boleh dibahagi dengan 8 atau berakhir dengan "000". Ia boleh dibahagi genap dengan 8.

Nombor yang dibahagi dengan 9 Campurkan semua digit dalam nombor tersebut. Sekiranya jumlah nombor boleh dibahagi dengan 9, boleh dibahagi genap dengan 9.

Untuk nombor-nombor berikut, pastikan samada ia boleh bahagi genap atau tidak.

TIPS DALAM MENYELESAIKAN SOALAN MATEMATIK DALAM BENTUK TEKS DAN KENYATAAN RINGKAS Soalan seumpama ini sering mendatangkan masalah kepada para pelajar, meskipun operasi yang sering digunakan hanya melibatkan 4 kaedah iaitu : Tambah (Addition) Tolak (Subtraction) Darab (Multiplication) Bahagi (Division)

Sebagai usaha untuk memberi gambaran tentang apa yang sebenarnya dikehendaki oleh setiap soalan yang dimaksudkan, saya akan cuba memperincikan setiap bentuk soalan yang ada dan sekaligus mampu membimbing para pelajar untuk mengambil tindakan pengiraan yang tepat. TIPS PERTAMA Sila amati butiran yang merangkumi angka/bilangan dan objek dalam setiap soalan. Bagi soalan yang menggunakan operasi tambah atau tolak, ia akan memberi angka/bilangan untuk objek yang sama; sementara Bagi soalan yang menghendaki penyelesaian mengikut operasi darab atau bahagi, ianya sering memberi angka/bilangan untuk objek yang berbeza-beza atau berlainan TIPS KEDUA Perhatikan cara soalan dikemukakan, seringkali dalam ayat yang terakhir Untuk operasi tambah ianya sering menyebut perkataan seperti JUMLAH (SUM), KESELURUHAN PENJUMLAHAN Untuk operasi tolak sering menggunakan perkataan seperti BAKI/TINGGAL ATAU (BALANCE), Untuk operasi PERBEZAAN/PERBANDINGAN darab sering menyebut (DIFFERENCES) (TOTAL) ATAU KENYATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD

KENYATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD PERRBEZAAN/PERBANDINGAN perkataan JUMLAH (PRODUCT) dan memerlukan jawapan untuk bilangan yang melebihi 1 objek seperti 5 bekas, 8 kelompok, 3 bulan dan sebagainya Untuk operasi bahagi, akan menyatakan soalan untuk 1 unit sahaja seperti SETIAP (EACH), SEORANG, 1 BEKAS, 1 BULAN dan sebagainya Kita perhatikan contoh-contoh soalan seperti berikut : CONTOH 1 OPERASI TAMBAH

Seramai 208 615 orang penonton berada di sebuah stadium pada hari pertama suatu pertandingan bolasepak. Terdapat 312 108 orang penontonyang hadir pada hari kedua. Berapakah jumlah penonton yang hadir di stadium pada dua hari tersebut? objek yang sama & membawa maksud penjumlahan CONTOH 2 OPERASI TOLAK Seramai 450 036 orang murid menduduki sesuatu peperiksaan. Bilangan murid lelaki ialah 215 720. Berapakah bilangan murid perempuan yang menduduki peperiksaan? objek yang sama iaitu murid & membawa maksud perbandingan CONTOH 3 OPERASI DARAB Terdapat 64 buah kotak biskut dalam sebuah gudang. Setiap kotak dapat memuatkan 7912 peket biskut. Berapa jumlah peket biskutkah yang ada di dalam gudang tersebut? - 2 objek yang berbeza & soalan membawa maksud jumlah CONTOH 4 OPERASI BAHAGI Sebuah kilang mengeluarkan 784 620 pasang sarung tangan dalam seminggu. Jika bilangan sarung tangan yang dikeluarkan setiap hari adalah sama dan kilang itu tutup pada hari Ahad, berapakah bilangan sarung tangan yang dikeluarkan dalam sehari? objek yang berbeza & menyatakan persoalan dalam 1 unit

Anda mungkin juga menyukai