Anda di halaman 1dari 9

CIRI KHAS TUMBUHAN BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

Apa akan terjadi sekiranya saya menyentuh haiwan ini?

dan ini?

Kedua-duanya akan memasukkan badannya ke dalam cangkerang

Inilah cara haiwan melindungi diri daripada musuh. Adakah tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk melindungi diri? Ada juga. Untuk apa tumbuhan melindungi diri? Tumbuhan melindungi diri daripada gangguan haiwan. Cara tumbuhan melindungi diri bergantung pada jenis tumbuhan tersebut. Tumbuhan melindungi diri dengan ciri khas mereka masingmasing. Antaranya termasuk: a) berduri b) mempunyai bulu halus c) merembeskan susu getah d) beracun e) mempunyai kulit luar yang tebal dan keras f) berbau sengit dan pahit g) menutup daun Hari ini, kita hanya fokus pada tiga jenis ciri khas tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Antaranya ialah tumbuhan yang berduri, mempunyai bulu halus dan merembeskan susu getah. i) Tumbuhan yang mempunyai bulu halus

Labu Sebagai manusia, kulit pada kita ditumbuh dengan bulu. Sama seperti manusia, sesetengah tumbuhan juga ditumbuh dengan bulu. Sila memerhatikan gambar labu di atas, tahukah anda bulu halus labu ditumbuh di bahagian mana? Jawapannya pada buahnya. Bulu halus yang ada pada

labu akan menyebabkan manusia atau haiwan lain yang menyentuhnya berasa gatal. Perasaan yang tidak selesa ini dapat mengelakkan manusia atau haiwan lain menyentuh padanya. Selain daripada labu, masih terdapat tumbuhan yaang lain menggunakan ciri khas ini untuk melindungi diri. Contohnya tebu. Bulu halus bukan ditumbuh pada buahnya tetapi daunnya. Berbea dengan labu, bulu halus pada tebu bersifat tajam. Apabila manusia atau haiwan memetik akan dicederakan oleh bulu halusnya. Dengan itu, manusia dan haiwan juga tidak berani menyentuh daun tebu. ii) Tumbuhan yang mempunyai susu getah

Keladi Kita telah mempelajari bulu halus tumbuhan merupakan salah satu cara tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Dengan ciri khas yang sedia ada, musuh tidak dapat mencederakan tumbuhan maka dapat terus hidup. Keladi mempunyai ciri khas yang berbeza dengan labu dan tebu. Keladi akan merembeskan susu getah yang menyebabkan haiwan lain berasa gatal. Dengan itu, manusia atau haiwan tidak berani menyentuh atau memakan keladi. Ini dapat mengelakkan haiwan lain mendekati dan mencederakannya. Tanpa ciri khas ini, keladi tidak mungkin dapat hidup sampai hari ini.

iii) Tumbuhan yang berduri

Bunga Ros Dalam dunia ini, terdapat banyak tumbuhan yang ditumbuh dengan duri. Duri pada tumbuhan merupakan salah satu cara untuk melindungi diri daripada musuh. Sebagai contoh, bunga ros dan nanas mempunyai duri untuk melindungi diri, musuh tidak berani menyentuhnya. Bunga ros ialah sejenis tumbuhan yang senang didapati di merata tempat. Bunga ros berwarna cantik dan menarik. Akan tetapi batang bunga ros dipenuhi dengan duri. Manusia atau haiwan lain mudah mengalami kecederaan sekiranya ingin memetik atau mendekatinya. Dapatkah anda mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang berikut mempunyai ciri khas yang mana satu untuk melindungi diri daripada musuh? i) Buluh

ii) Kaktus

iii) Pokok betik

(Anda boleh cuba jawapan anda di bahagian bawah dengan cara mengundi. Cubalah!)

Gambar Menarik

Pernahkah anda melihat labu yang sebesar ini?

Posted by SAM LAI FUN at Sunday, November 27, 2011 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Sains Tahun 4( Proses Hidup)


Manusia dan haiwan mengalami proses hidup yang hamper sama iaitu:bernafas,bernyahtinja ,berkumuh dan membiak . MANUSIA BERNAFAS -Untuk mendapatkan oksigen -Semasa kita menarik nafas,kita menyedut udara (banyak oksigen ,kurang karbon dioksida )dan dada akan menarik. -Semasa kita menghembus nafas,kita menghembus udara keluar(banyak karbon dioksida ,kurang oksigen )dan dada akan menurun.

-Organ pernafasan bagi manusia ialah peparu (termasuk hidung,mulut dan trakea) -Kadar pernafasan bermaksud bilangan pergerakan dada dalam satu jangka masa . MANUSIA BERKUMUH DAN BERNYAHTINJA -Perkumuhan ialah proses dimana bahan buangan yang tidak diperlukan dikeluarkan dari badan .

-Organ perkumuhan
i. Peparu(wap air )

ii. Ginjal (urine )

iii.Kulit( peluh )

-Nyahtinja ialah proses dimana najis (makanan yang tidak dihadam )dikeluarkan melalui dubur.

-Kepentingan perkumuhan dan nyahtinja


i.menjadikan badan kita sihat ii.untuk mengekalkan suhu badan kita

Anda mungkin juga menyukai