Anda di halaman 1dari 16

Topik 7

Penganggaran Kuantiti

7.0 Sinopsis Tajuk ini merangkumi kemahiran pembundaran nombor nyata termasuk nombor bulat, pecahan, dan perpuluhan. Definisi bentuk piawai, punca kuasa dua dan surd juga diberi. Panduan untuk membundarkan nombor dan mencari anggaran yang baik diberi untuk mengingat kembali apa yang anda telah belajar semasa di sekolah menengah. 7.1 Hasil Pembelajaran Menganggar kuantiti dengan membundarkan nombor nyata termasuk nombor bulat, pecahan, dan perpuluhan. 7.2 Kerangka Konsep

Penganggaran Kuantiti

Membundarkan nombor: Nombor Bulat

Membundarkan nombor: Pecahan Perpuluhan

Bentuk Piawai

7.3 Penganggaran kuantiti Penganggaran adalah kemahiran matematik yang penting dan ia sangat

berguna dalam kehidupan harian kita. Dengan demikian, kita perlu mengajar anak-anak kita untuk menganggar wang, panjang masa, jarak, dan lain-lain lagi 26

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Punca Kuasa Dua dan Surd

kuantiti fisikal. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk menganggar kuantiti dengan menggunakan panduan tertentu. Proses penganggaran boleh dibuat dengan mencari anggaran atau penghampiran jawapan . Ia biasanya melibatkan penggunaan matematik mental. Pembundaran biasanya digunakan untuk menggantikan nombor yang kompleks dengan nombor yang mudah. Ia adalah paling berguna untuk membuat penganggaran dalam pengiraan. Pembundaran sentiasa digunakan untuk mendapat jawapan sebelum pengiraan tepat dilaksanakan. 7.4 Pembundaran nombor Kita sentiasa membuat pembundaran semasa membuat anggaran.

Pembundaran memberi jawapan yang hampir. Terdapat beberapa teknik pembundaran yang boleh digunakan untuk mendapat anggaran. Setiap teknik melibatkan pembundaran ke nilai tempat yang tertentu. Contohnya, apabila membundar sesuatu nombor anda mencari gandaan 10 yang terhampir ( atau ratus yang hampir atau kepada nilai tempat yang hampir). Pembundaran adalah sejenis penganggaran. Apabila membundar sesuatu nombor, kita sama ada round up atau round down. Terdapat beberapa peraturan tertentu yang perlu diikuti apabila membuat pembundaran sama ada nombor bulat, pecahan atau perpuluhan. 7.4.1 Pembundaran nombor bulat Nombor bulat boleh dibundar kepada puluh terhampir, ratus terhampir, ribu terhampir, dan sebagainya. Manakala, nombor perpuluhan boleh dibundarkan kepada persepuluhan yang hampir, perseratus yang hampir, perseribu yang hampir, dan sebagainya. Pembundaran nombor biasanya digunakan untuk permudahkan pengiraan mental. Nombor yang dibundarkan hanya akan mendapat jawapan yang hampir sahaja semasa pengiraan dibuat. Terdapat dua sebab yang penting untuk membuat anggaran: (1) untuk menyelesaikan masalah dengan cepat, atau (2) untuk menyemak jawapan yang munasabah.

27

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Pada garis nombor, anda boleh lihat bagaimana pembundaran nombor menghampiri nilainya.

Teknik pembundaran yang biasa digunakan di sekolah adalah membundarkan nombor yang diakhiri dengan 5. Salah satu keburukan kaedah ini adalah anggaran yang diperoleh apabila terdapat beberapa 5 yang terlibat akan menghasilkan jawapan yang besar. Contohnya, cari anggaran hasil tambah bagi 35 + 45 + 55 + 65 + 75 akan menghasilkan nilai yang tinggi , lebih sebanyak 25 kalau dibandingkan dengan nilai tepatnya, 275, kerana 40 + 50 + 60 + 70 + 80 = 300. Mari kita lihat contoh pembundaran nombor kepada kuasa sepuluh seperti di bawah: Contoh: Populasi England lebih kurang 60 juta. Populasi bagi lima bandar besar, kepada ratus ribu yang hampir adalah seperti yang ditunjukkan di bawah: London Birmingham Liverpool Sheffield Leeds (a) (b) 6.4 juta 1.0 juta 0.5 juta 0.4 juta 0.4 juta

Apakah kemungkinan bilangan populasi terbesar bagi London? Coventry ialah bandar ke sepuluh besar dengan terbesar itu? 28 populasi 0.3 juta. Anggarkan peratus populasi England yang tinggal di sepuluh bandar

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Penyelesaian (a) 6.4 juta bersamaan 6 400 000 dan telah dibundarkan kepada ratus ribu yang hampir. Nombor yang terbesar yang mungkin dibundarkan kepada 6 400 000 ialah 6 449 999. Jika bilangannya dibundarkan kepada 6.5 juta. (b) Bandar keenam ke bandar kesembilan besar mesti mempunyai populasi antara 0.3 juta dan 0.4 juta. Kita menganggar min bagi populasi ini sebanyak 0.35 juta. Maka, Jumlah pupulasi dalam 10 bandar terbesar itu =( 6.4 + 1 + 0.5 + 0.4 + 0.4 + 4 x 0.35 + 0.3) juta = 10.4 juta Jadi, peratus populasi dalam 10 bandar terbesar = = 10.4 60 x 100% 6 450 000, ia akan

17 % kepada peratus yang hampir.

7.4.2 Pembundaran pecahan dan perpuluhan Seperti yang tersebut diperingkat awal, nombor perpuluhan boleh dibundarkan kepada persepuluh ,perseratus, perseribu yang hampir atau kepada lain tempat perpuluhan yang hampir. Terdapat peraturan yang perlu diikuti apabila membundarkan nombor kepada suatu tempat perpuluhan yang tertentu.

29

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Ikutilah langkah di bawah untuk membundarkan nombor kepada bilangan tempat perpuluhan yang dikehendaki. (i) Tambah 1 kepada digit pada tempat perpuluhan itu jika digit kanannya sama atau lebih besar daripada 5. (ii) Kalau digit di sebelah kanannya kurang daripada 5 biarkan digit tersebut (iv) Keluarkan digit-digit yang tidak berkaitan. Apakah nombor yang anda akan dapat apabila anda membundarkan kepada 2 titik perpuluhan? Ya, anda betul! Jawapannya ialah 3.42. Bagaimana anda membundarkan nombor perpuluhan yang diberi kepada nombor bulat yang hampir? Bolehkah kita mengguna kaedah yang sama seperti yang dinyatakan di atas? Adakah peraturan yang sama dipatuhi apabila membundarkan nombor perpuluhan kepada nombor bulat yang hampir? Peraturan adalah sama seperti di atas. Dalam perkataan lain, apabila membundarkan nombor perpuluhan kepada nombor bulat yang hampir, kita sebenarnya membundarkan nombor itu kepada 0 tempat perpuluhan. Mari kita lihat contoh di bawah: Contoh: 6.5489 dibundar kepada nombor bulat yang hampir ialah 7 Cuba buat soalan berikut: Bundarkan nombor berikut kepada nombor bulat yang hampir. 0.985 325.092 45.7 3.417824 di sebelah


Catatan: Apabila membundarkan pecahan, kita perlu menukarnya kepada nombor perpuluhan dahulu sebelum membundarkannya kepada tempat perpuluhan yang dikehendaki. 30

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Apabila menganggar kuantiti, kita sentiasa menanya diri sendiri, adakah anggaran kita betul atau salah. Perkara yang penting dalam penganggaran berkaitan dengan berapa tepat anggaran yang diperoleh. Apabila membundarkan nombor, darjah ketepatan boleh berubah. Kadang-kadang jawapan yang tepat tidak diperlukan tetapi anggaran sudah memadai. Kadang-kadang jawapan tepat diperlukan dan penganggaran tidak perlu. Tip yang berguna: Jangan membundarkan nombor terlalu awal sehingga jawapan akhir diperoleh supaya jawapan yang lebih tepat didapati. Contoh: Jika kita hendak mencari jawapan untuk
9.64 2.1 9.64 2.1 X 4.8

jangan membundarkan

sebelum mendarab dengan 4.8. Laksanakan operasi darab itu dahulu 22.03

sebelum membundarkan jawapan akhir. Iaitu, jawapan akhir sepatutnya kepada 2 tempat perpuluhan bukanlah 22.08.

Darjah ketepatan bagi nombor yang dibundarkan bergantung kepada situasi dan keperluan pengguna. Contohnya: Anggaran telah memadai apabila mengira bilangan minuman yang diperlukan untuk sesuatu majlis. Jawapan yang tepat diperlukan apabila mengira jumlah dos yang perlu disuntik pada pesakit. . Tentukan darjah ketepatan yang diperlukan untuk situasi berikut dengan menggunakan pilihan yang dibekalkan. Beri sebab untuk pilihan anda. A. Setepat yang mungkin B. Anggaran sudah memadai C. Anggaran sudah memadai,tetapi ia mesti tepat dan

31

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

(i) (ii) (iii) (iv)

Doktor haiwan menggunakan berat kucing untuk mengira berapa banyak ubat yang perlu disuntik kepada kucing itu. Kontraktor mengira jumlah kayu yang perlu dibeli untuk membina pondok. Tukang masak mengira berapa banyak tepung dan gula yang perlu untuk membuat kek. Wartawan mengira bilangan orang yang telah menghadiri pameran Seni minggu lepas.

Penganggaran adalah

penting dalam penyelesaian masalah yang melibatkan

pemikiran mental untuk menentukan jawapan yang munasabah. Menurut kamus Websters New World Dictionary, menganggar bermakna membina pendapat atau penghakiman sesuatu atau mengira secara hampir. Maka, perkembangan kemahiran penganggaran adalah aspek yang penting dalam kelas matematik kerana ia boleh diaplikasi dalam kehidupan harian kita. Beberapa panduan untuk penganggaran diberi seperti berikut: Panduan untuk penganggaran Cari nombor yang sesuai supaya anda dapat membuat pengiraan secara mental. Contoh: 200 5.8 200 5 lebih baik daripada 200 6 Contoh: 72.6 x 347.05 0.86

(100 x 350) 1

( bermakna menghampiri ) Mencari nombor yang boleh dibahagi . Contoh:


12.46 x 486.21 3.78

12 x 500 4

1500

Apabila mendarab atau membahagi kepada sifar.

jangan menghampirkan nombor

Guna 0.1, 0.01 atau 0.001, dan lain-lain.

32

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Contoh: 105.6 x 0.014 sepatutnya tidak dianggarkan sebagai 100 x 0. Ia lebih baik mengguna 100 x 0.01 atau 100 x , 1 100 yang menghasilkan anggaran 1.

Apabila mendarab dua nombor, cuba membundarkan down.

Apabila membahagi dua nombor, cuba membundarkan dua nombor up atau down.
Contoh: Lebih baik menganggar 4.5 x 3.5 sebagai 5 x 3 atau 4 x 4 daripada

5x4

kerana

4.5 x 3.5 = 15.75. Lagipun 5 x 3 = 15 atau 4 x 4 = 16 kedua-

duanya memberi anggaran yang lebih dekat dengan jawapan tepat jika dibandingkan dengan 5 x 4 = 20. Contoh: Lebih baik menganggar kerana 83.2 = 8.5 83.2 8.5 80 8 sebagai 80 8 81 daripada 9

9.79 (2 t.p.) dan

= 10 memberi anggaran
81 = 9 9

yang lebih dekat dengan jawapan tepat kalau dibanding dengan

( Catatan: Biasanya terdapat lebih daripada satu anggaran yang mungkin sebagai jawapan )

7.5 Bentuk piawai Bentuk piawai adalah satu cara untuk menulis nombor yang sangat besar atau sangat kecil dalam bentuk yang lebih senang dan kemas. Sebagai contoh, 10 = 1000, jadi 4 10 = 4000 . Maka, 4000 boleh ditulis sebagai 4 10. Nombor yang lebih besar daripada contoh itu juga boleh ditulis dengan menggunakan bentuk piawai.

33

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

one up dan one

Nombor yang kecil juga boleh ditulis dalam bentuk piawai tetapi indeksnya akan menjadi negatif (contoh di atas indeksnya adalah positif 3). Bentuk am nombor bawah: dalam bentuk piawai boleh ditulis seperti ditunjukkan di

A x 10n

di mana

1 A <10 dan n Integer

Ahli sains dapat mengesan jarak dari bumi ke planet yang lain dan mengukur berat bumi dalam kilogram dan sebagainya. Semua ukuran ini adalah sangat besar. Mereka menggunakan notasi saintifik seperti yang ditunjukkan di atas untuk menulis ukuran yang besar itu. Nilai A ialah nombor perpuluhan antara 1 dan 10, termasuk 1; iaitu , 1 A < 10. Secara ringkas, notasi saintifik atau juga dikenali bentuk piawai adalah satu kaedah menulis nombor dalam bentuk perpuluhan yang berada dalam lingkungan 1 dan 10 darab dengan kuasa 10. Sebagai contoh, 10,592 ditulis sebagai 1.0592 104 dalam bentuk notasi saintifik. Bukan sahaja ahli sain, malahan ahli matematik dan jurutera juga munggunakan kaedah ini untuk mewakili nombor yang sangat besar atau sangat kecil. Beberapa contoh ukuran menggunakan notasi saintifik atau bentuk piawai diberikan di bawah:

Halaju cahaya ialah 2.99792458108 m/s . Jisim elektron lebih kurang 0.000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 910 938 22 kg. Dalam notasi saintifik, ia ditulis sebagai 9.109 382 210-31 kg Jisim bumi lebih kurang 5,973,600,000,000,000,000,000,000 kg. Dalam notasi saintifik, ia ditulis sebagai 5.97361024 kg. Perimeter bumi menghampiri 40,000,000 m. Dalam notasi saintifik, ia ditulis sebagai 4107 m.

Notasi saintifik atau bentuk piawai juga dikenali notasi eksponen. Sebagai kesimpulan notasi saintifik digunakan untuk menulis nombor yang sangat besar atau sangat kecil. 34

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Carta di bawah menunjukkan lain contoh untuk mewakili nombor dalam notasi saintifik atau bentuk piawai. Notasi nombor perpuluhan yang biasa 300 4,000 5,720,000,000 0.000 000 006 1

Notasi saintifik 3102 4103 5.72109 6.1109

Sebagai kesimpulan, nombor dalam bentuk piawai boleh dibundarkan kepada tempat perpuluhan yang tertentu. Mari kita lihat contoh yang lain. Contoh 1 Tulis 81 900 000 000 000 dalam bentuk piawai. 81 900 000 000 000 = 8.19 1013 Catatan: 1013 kerana titik perpuluhan telah bergerak 13 tempat ke kiri untuk mendapat nombor 8.19. Contoh 2 Tulis 0.000 001 2 dalam bentuk piawai. 0.000 001 2 = 1.2 10-6 10-6 kerana titik perpuluhan telah bergerak 6 tempat ke kanan untuk mendapat 1.2 Sekarang, selesaikan yang berikut: Tulis dalam bentuk piawai. Bundarkan jawapan anda ke 2 tempat perpuluhan. 7 891 124 0.000 005 437 124 809

35

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Bermain dengan kalkulator! Kalkulator juga boleh digunakan dengan senang untuk menolong anda menulis nombor yang sangat besar atau sangat kecil dalam bentuk piawai. Anda biasanya menaip nombor dengan menggunakan kalkulator dalam bentuk piawai seperti berikut: Taipkan nombor pertama yang terletak di antara 1 dengan 10. Tekan EXP . Taipkan kuasa nombor yang dikehendaki. Teruskan penerokaan anda. Manipulasi dalam bentuk piawai Contoh dibawah menerangkan maksud di atas: Contoh Jika nilai bagi p dan q ialah 8 105 dan 5 10-2 masing-masing, kira (i) p x q ; (ii) p q. Beri jawapan dalam bentuk piawai. Penyelesaian (i) Darab 8 x 5 dan 105 10-2 . Maka, 8 5 105 10-2 = 40 103

(Ingat: 105 10-2 = 103) Jawapan di atas bukan dalam bentuk piawai kerana 40 tidak ditulis dalam lingkungan 1 hingga 10. Jadi jawapan yang sepatutnya ialah 4 104 atau 4.0 x 104 . (ii) Kali ini, bahagi 8 dengan 5 dahulu kemudian darab dengan hasil bahagi apabila 105 dibahagi oleh 10-2 . (8 5) (105 10-2) = 1.6 107

36

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Sekarang cuba yang berikut: Kira dan memberi jawapan dalam bentuk piawai. Bundarkan jawapan anda kepada 2 tempat perpuluhan. 67 X 1289 8942 0.127

7.6 Punca kuasa dua dan surd Punca kuasa dua bagi nombor tertentu ialah suatu nombor, apabila didarab dengan dirinya sendiri akan menghasilkan nombor yang diberikan itu. Punca kuasa dua adalah operasi songsangan bagi kuasa dua. Sebagai contoh, punca kuasa dua bagi 9 ialah 3, kerana 3 darab dengan diri sendiri akan mendapat 9. Simbol di bawah menunjukkan simbol punca kuasa dua. Ini adalah simbol khas yang bermakna punca kuasa dua. Ia nampak seperti tanda betul ( tick). Ia dipanggil sebagai radical, dan digunakan dalam matematik.

Sebagai contoh, anda boleh menulis dalam bentuk ini: sebagai punca kuasa dua bagi 9 sama dengan 3. Punca kuasa dua bagi nombor yang lain

Adalah mudah mencari punca kuasa dua bagi kuasa dua sempurna ( contoh: 4, 9, 25, 36 ...), tetapi agak sukar untuk mencari punca kuasa dua bagi nombor yang bukan kuasa dua sempurna. Sebagai contoh, apakah nilai punca kuasa dua bagi 10? Penyelesaian Apa yang kita perlu buat adalah dengan mencari nombor tertentu dan darabkan diri sendiri untuk mendapat 10. Oleh kerana 3 3 = 9 dan 4 4 = 16, kita boleh menganggarkan bahawa jawapannya berada di antara 3 dan 4. Untuk meneruskan mencari jawapan ini boleh mengambil masa yang panjang. 37

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

. Ia dibaca

Sebagai contoh,

Cuba 3.5: 3.5 3.5 = 12.25 Cuba 3.2: 3.2 3.2 = 10.24 Cuba 3.1: 3.1 3.1 = 9.61

Dari atas, kita dapat meneka bahawa jawapan berada dalam lingkungan 3.1 dan 3.2 . Anggaran yang munasabah adalah lebih kurang 3.15 . Kalau disemak dengan kalkulator, kita akan mendapat jawapan seperti berikut: 3.1622776601683793319988935444327 Tetapi, dalam kes ini,digit-digit itu akan bersambung panjang tanpa pola. Maka , jawapan daripada kalkulator pun merupakan anggaran sahaja! Untuk permudahkan jawapan, ia boleh dibundarkan kepada nilai tempat tertentu, misalan 3 tempat perpuluhan atau lebih. Berdasarkan nombor di atas, apakah nilai bagi 10 dalam bentuk piawai jika dibundarkan kepada bernilai 3.162 . Jawapan untuk punca kuasa dua bagi nombor bukan kuasa dua sempurna sentiasa dibundarkan kepada 2 atau lebih tempat perpuluhan. Bolehkah anda membundarkan punca kuasa dua bagi 10 kepada 2 titik perpuluhan atau 1 titik perpuluhan? Apakah nilai jika ia dibundarkan kepada nombor bulat yang terhampir? Jawapannya ialah 3 tetapi ia sebenarnya nilai punca kuasa dua bagi 9 bukan 10! Jadi, kita akan mendapat anggaran yang agak rendah maka ia tidak tepat. Dengan demikian, membundar nombor kepada nombor bulat yang hampir akan menghasilkan jawapan yang agak rendah. Surd adalah nombor yang tidak dapat dipermudahkan tanpa tanda punca kuasa dua atau punca kuasa tiga atau punca kuasa nombor yang lain. Dalam perkataan lain, terdapat nombor yang ditulis dalam bentuk punca kuasa dua atau punca kuasa nombor yang. Kita menulis nombor dalam bentuk surd kerana nombor berkenaan boleh ditulis sampai tidak terhingga apabila ditulis dalam bentuk perpuluhan, 38 3 tempat perpuluhan? Betul! Ia

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

seperti punca kuasa dua bagi 10 yang dibincang di atas. Jadi nombor tersebut menjadi tidak cermat ditulis. Kita juga boleh menganggar nilai bagi surd.. Sebagai contoh, 2 ( dibaca sebagai punca kuasa dua bagi 2) tidak dapat dipermudahkan lagi jadi ia adalah surd tetapi 4 (punca kuasa dua bagi 4) boleh dipermudahkan menjadi 2, maka ia bukan gambaran yang lebih jelas mengenai surd: Surd atau bukan? Surd Surd Bukan surd Bukan surd Surd Bukan surd Surd surd. Carta di bawah memberi

Nombor Dipermudahkan Sebagai titik perpuluhan 2 3 4 (1/4)


3 3

2 3 2 1/2
3

1.4142135(etc) 1.7320508(etc) 2 0.5 2.2239800(etc) 3 1.2457309(etc)

(11) (27) (3)

(11) 3 (3)

Apa yang dilihat di atas, surd mempunyai nombor perpuluhan yang tidak terhingga dan digitnya tidak berulang dengan demikian surd merupakan Nombor Bukan Nisbah. Perkara yang menarik: Adakah anda tahu asal usul perkataan "Surd" ? Lebih kurang 820 T.M., ahli matematik Persian, al-Khwarizmi, di mana kita

memperoleh nama Algorithm", menamakan nombor bukan nisbah, (Irrational), inaudible". Kemudian ia diperjemahkan ke bahasa Latin surdus ("pekak" atau "bisu"). Jadi, "Surd" juga dikenal sebagai "Irrational" yang bermakna tidak waras, tetapi sekarang ia digunakan untuk punca kuasa nombor bukan nisbah.

39

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Sekarang, cuba lihat contoh berikut: Contoh: Anggarkan nilai bagi 29. Penyelesaian Oleh kerana 29 terletak di antara 25 = 5 dan 36 = 6 maka nilai bagi 29 adalah antara 5 dan 6. Cuba soalan berikut: Anggarkan surd yang diberi di bawah. Semak jawapan anda dengan menggunakan kalkulator dan membundarkan jawapan anda kepada 2 tempat perpuluhan. 37 230 0.0078 0.01 569 Perkara yang perlu dibuat: 1. Rujuk pada Bahan Resos dan baca nota mengenai Place value, Ordering and Rounding dalam Tipler, M. J. et al. (2003). New national framework mathematics. ( pp. 26 33 and 6772.) Lengkapkan tugasan pada ms. 29 dan ms. 67 Buat latihan daripada Exercise 6 pada ms. 69 72.

2. Cari lagi latihan berkaitan dengan penganggaran kuantiti dari bahan resos yang lain seperti internet atau buku. Buatlah latihan yang diperoleh.

Tahniah! Anda telah sampai ke penghujung modul ini. Selamat belajar dan semoga anda berjaya ! 40

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Rujukan Tipler, M. J. et al. (2003). New national framework mathematics. United Kingdom: Nelson Thornes Limited.

Laman web: 1. Pembundaran nombor:: http://www.enchantedlearning.com/math/rounding/ 2. Anggaran dan pembundaran nombor perpuluhan: http://www.math.com/school/subject1/lessons/S1U1L3GL.html# GCSE Maths/www.mathsrevision.net/gcse/pages324e.html?page=43 ? 3. Punca kuasa dua dan surd: http://www.mathsisfun.com/square-root.html

41

s r e b m u N g ni w o n K 1 0 1 3 E T M

Anda mungkin juga menyukai