Anda di halaman 1dari 25

1.0.

Pengenalan Pelajar-pelajar semester dua Program Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PPISMP) Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk membuat satu kerja kursus pendek yang bertemakan penyelesaian masalah matematik. Para pelajar diberikan masa selama tiga minggu untuk menyiapkan

kerja kursus ini. Untuk kerja kursus ini, para pelajar diminta untuk membuat rujukan berkaitan dengan masalah matematik, masalah rutin dan bukan rutin dalam matematik, penyelesaian masalah matematik serta model Polya. Kemudian, pelajar diminta

untuk memberikan definisi dan contoh masalah bukan rutin serta membina sendiri masalah bukan rutin berdasarkan Model Polya yang telah dipelajari. Kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek Matematik Asas. Di samping itu, tugasan ini dapat membantu para pelajar untuk lebih memahami tajuk penyelesaian masalah yang melibatkan penggunaan Model Polya. Tugasan ini diwajibkan untuk semua pelajar semester dua dan

dilaksana secara berkumpulan.

2.0.

PETA MINDA

3.0.

DEFINISI

3.1.

Definisi masalah Matematik.

Masalah matematik ialah suatu kekangan atau satu situasi tidak dapat menyelesaikan masalah yang terhasil semasa proses penyelesaian kepada sesuatu kerja Matematik. Keadaan ini terjadi apabila seseorang gagal

memperoleh jalan kerja ataupun penyelesaian kepada sesuatu masalah yang melibatkan operasi dalam Matematik. 3.2. Definisi masalah rutin

Masalah rutin ialah sesuatu masalah yang selalu terjadi dalam kehidupan seharian. Dalam Matematik, masalah rutin melibatkan hanya satu operasi yang terdapat dalam Matematik misalnya, operasi tambah. Selalunya, dalam Matematik, masalah rutin mempunyai formula atau rumus tersendiri untuk menyelesaikannya. Masalah rutin senang untuk diselesaikan. Penyelesai

masalah rutin tidak memerlukan daya fikir yang tinggi untuk masalah ini. Namun, mereka haruslah pandai mengatur strategi agar memperoleh jalan kerja yang betul untuk memperoleh jawapan. 3.3. Definisi masalah bukan rutin.

Masalah bukan rutin ialah masalah yang jarang terjadi dalam kehidupan seharian. Dalam Matematik, masalah bukan rutin melibatkan lebih daripada satu operasi. Soalan bukan rutin agak sukar untuk diselesaikan kerana ia memerlukan penyelesainya berfikir pada aras tinggi. Selain itu, masalah

bukan rutin melibatkan banyak strategi yang tidak hanya dapat diperolehi daripada rumus Matematik. Masalah bukan rutin ini memerlukan

penyelesainya bijak memilih strategi yang sesuai di samping mempraktikkan cara berfikir yang berbeza untuk setiap soalan.

3.4.

Perbezaan antara masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah rutin Masalah bukan rutin Masalah yang melibatkan lebih daripada satu operasi Matematik. Sukar untuk diselesaikan kerana memerlukan pelajar berfikir pada aras tinggi.

Masalah yang hanya melibatkan satu operasi Matematik. Boleh diselesaikan dengan mudah kerana jalan kerjanya diketahui.

Situasi dijumpai seharian.

dalam

soalan

mudah

Melibatkan situasi yang jarang ditemui seharian. dalam kehidupan

dalam

kehidupan

Soalan

masalah

rutin

senang

Soalan

sukar difahami kerana

untuk difahami.

mempunyai ayat yang tersirat.

Masalah rutin ialah masalah yang dapat diselesaikan dengan cara yang mudah kerana jalan kerjanya diketahui manakala masalah bukan rutin memerlukan kita berfikir pada aras yang tinggi untuk mendapatkan penyelesaiannya. Masalah rutin hanya melibatkan satu operasi matematik sahaja namun, untuk menyelesaikan masalah bukan rutin memerlukan pelbagai operasi matematik yang lebih kompleks. Selain itu, masalah rutin sering kali dijumpai dalam pembelajaran Matematik di kelas. Misalnya, soalan tentang persamaan linear dan penambahan. Sebaliknya, masalah bukan rutin amat jarang ditemui dalam pembelajaran Matematik. Misalnya, soalan tentang berapakah bilangan segi empat sama yang terdapat dalam papan segi empat sama yang berukuran 8x8. Kedua-dua masalah ini amat berbeza dari pelbagai segi termasuk bentuk soalannya. Biasanya, soalan masalah rutin lebih senang untuk difahami berbanding masalah bukan rutin yang mempunyai ayat-ayat tersurat yang perlu difikirkan pada aras tinggi.

3.5.

Definisi penyelesaian masalah

Masalah merupakan situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian. Penyelesaian masalah pula bermaksud proses yang diaplikasi atau digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu soalan. Proses penyelesaian masalah memerlukan menggunakan kaedah-kaedah pelajar untuk untuk berfikir dan jalan

tertentu

mendapatkan

penyelesaian dan jawapan bagi sesuatu masalah. Penyelesaian masalah ini akan membantu menyelesaikan masalah dan memperoleh jawapan

kepada soalan atau kekeliruan yang dihadapi.

3.6.

Model Polya

Model Polya sememangnya sangat memudahkan kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini kerana dalam model tersebut, kita didedahkan dengan empat langkah.

Pertama ialah memahami soalan.

Semestinya sesuatu masalah tersebut

sukar untuk diselesaikan sekiranya pemahaman terhadap soalan itu kurang. Dalam langkah yang pertama ini, maklumat hendaklah dikumpul untuk membantu dalam membuat penyelesaian. Langkah yang kedua ialah merangka strategi. Sesudah selesai mengumpul maklumat, langkah yang perlu dibuat ialah merancang strategi yang sesuai. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada membuat jalan penyelesaian yang salah ataupun jalan penyelesaian yang membebankan diri sendiri. Strategi yang berkesan akan membantu dalam menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas. Langkah yang ketiga ialah melaksanakan strategi. Selepas mengenalpasti strategi yang sesuai untuk digunakan, strategi itu haruslah dilaksanakan. Sekiranya strategi yang dirancang kurang membantu dan berkesan, kita hendaklah merancang strategi yang lain. Langkah yang terakhir ialah menyemak jawapan. masalah tersebut, semak semula amat penting. Selepas menyelesaikan Ini bertujuan untuk

mengelakkan daripada memdapat jawapan yang salah atau berlakunya kecuaian. Konklusinya, Model Polya bukan sahaja dapat membantu kita

menyelesaikan masalah dengan mudah tetapi dapat menjimatkan masa dan membantu kita untuk lebih memahami kehendak soalan ataupun masalah yang dihadapi. 3.7. Contoh Pelaksanaan Model Polya

Jacinskis Hardware ialah kedai menjual basikal dan beca.

Terdapat 27 tempat

duduk dan 60 roda kesemuanya. Kenalpasti berapa banyak basikal dan berapa banyak beca yang ada.

Langkah 1 : Memahami masalah o setiap basikal mempunyai dua roda o setiap beca mempunya tiga roda o 1 basikal 1 tempat duduk, 1 beca 1 tempat duduk o ada 27 tempat duduk = bilangan basikal + bilangan beca

Langkah 2 : Merangka strategi o Strategi 1 : Bina jadual o Strategi 2 : Lukiskan gambar rajah

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

STRATEGI 1 : Bina jadual Bilangan basikal 15 16 17 21 Bilangan beca 12 11 10 6 Bil. roda (15x2) + (12x3) =66 (16x2) + (11x3) = 65 (17x2) + (10x3) =64 (21x2) + ( 6 x3) = 60

Jawapan : 21 basikal dan 6 beca

STRATEGI 2 : Lukis bambar rajah Pertama sekali, lukis 27 tempat duduk. Tambahkan roda kepada tempat duduk tersebut dan apabila sudah sampai ke tempat duduk yang ke-27, ulang semula sampai mempunyai 60 roda.

*Kelabu mewakili basikal *Hijau mewakili beca

Terdapat 21 gambar untuk basikal dan 6 gambar untuk beca Jawapan : Terdapat 21 gambar untuk basikal dan 6 gambar untuk beca

LANGKAH 4 : Menyemak jawapan Gunakan kaedah songsang pendaraban pembahagian (21x2) + (6x3) =60 21x2=42 dan 6x3=18 42/2=21 dan 18/3=6 21+6=27 tempat duduk

4.0.

MASALAH BUKAN RUTIN. 4.1. Dua masalah bukan rutin.

Masalah 1. Sebuah balai polis mempunyai 25 buah kenderaan yang terdiri daripada motosikal dan kereta. Jumlah tayar bagi kedua-dua motosikal dan kereta

tersebut ialah 70 biji. Cari bilangan motosikal dan kereta yang ada di balai polis itu. Langkah 1 : Fahami masalah. o Terdapat 25 buah kenderan ( motosikal dan kereta ) o Terdapat 70 biji tayar. o Berapa bilangan motosikal? o Berapa bilangan kereta? Langkah 2 : Merangka strategi. Cara penyelesaian yang digunakan ialah dengan melukis. Pertama, lukiskan 25 kenderaan dengan hanya dua tayar. Kemudian, tambah tayar yang tinggal pada tayar yang telah disusun sehingga jumlah semua tayar mencukupi 70 biji. Selepas itu, dapat kita lihat berapa jumlah motosikal dan kereta yang ada. Langkah 3 : Melaksanakan strategi. Lukis 25 kenderaan dengan dua biji tayar.

Kemudian, lukis 25 kenderaan dengan menambah bilangan tayar sehingga mencukupi 70 biji.

mewakili kereta.

mewakili motosikal

Daripada gambarajah ini, terdapat 10 buah kereta dan 15 buah motosikal. Langkah 4 : Semak semula. Untuk menyemak, kita kira jumlah semua tayar yang ada. Terdapat 10 buah kereta dan 15 buah motosikal. 10 x 4 = 40 biji tayar 15 x 2 = 30 biji tayar Jumlah semua tayar : 40 + 30 = 70 biji tayar.

MASALAH 3. Cikgu Fakhrul menyediakan sekotak coklat untuk anak muridnya. Setengah

daripada coklat itu digunakan untuk dijadikan hadiah kepada mereka. Kemudian, Ani dan Nurul, dua murid kesayangan Cikgu Fakhrul masing-masing makan sekeping coklat. Tiga coklat yang terakhir dimakan oleh Cikgu Fakhrul sendiri.

Berapakah jumlah keseluruhan coklat yang ada di dalam kotak pada asalnya?

Kaedah Penyelesaian masalah : Bekerja secara songsang

Penyelesaiannya : Langkah 1 : Fahami masalah o Terdapat sekotak coklat. o Setengah daripada coklat-hadiah o Dua coklat masing-masing dimakan Ani dan Nurul o Tiga coklat terakhir dimakan Encik Fakhrul o Berapa jumlah asal coklat di dalam kotak?

Langkah 2 : Merangka strategi Untuk soalan ini, perlu menggunakan strategi kerja songsang. Gunakan maklumat terakhir yang diberikan iaitu tiga coklat terakhir dimakan oleh Cikgu Fakhrul. Kemudian, sekeping coklat masing-

masing dimakan oleh Ani dan Nurul dan setengah daripada coklat digunakan untuk hadiah kepada murid-murid. Langkah 3 : Melaksanakan strategi o Anggap jumlah asal coklat ialah X.

o Tiga coklat terakhir menunjukkan bahawa selepas itu, tiada coklat di dalam kotak lagi. Jadi, X 3 = 0. o Kemudian, dua coklat dimakan oleh Ani dan Nurul. menjadi, X 3 - 2 = 0. o Setengah daripada semua coklat dijadikan hadiah. menjadi X 3 2 - X = 0. o Selesaikan persamaan yang terbentuk. X32- X=0 X5=0 X=5 X = 10 Langkah 4 : Semak semula. Untuk menyemak, ambil 10 keping coklat sebagai jumlah asal. Kemudian, daripadanya dijadikan hadiah untuk murid-murid. x 10 = 5 (dihadiahkan kepada murid-murid) 10 5 = 5 (jumlah coklat yang tinggal) 5 keping coklat yang masih tinggal di dalam kotak. keping coklat dimakan oleh Ani dan Nurul. 52=3 3 keping coklat pula dimakan oleh Cikgu Fakhrul sendiri yang merupakan coklat terakhir dari kotak itu. Jadi, tiada coklat yang tinggal pada akhirnya. Kemudian, 2 Persamaan Persamaan

4.2. 1. 50

Tiga masalah bukan rutin yang dibina sendiri.

16 46 21 30 44 39 47

30 x 20 3

42

44 38

Gambar (a)

Gambar (b)

Gambar (c)

Dengan memerhatikan pola di sebelahnya, cari nilai angka x dalam kotak tersebut. a) 35 b) 40 c) 25 d) 43

Jawapan : C. Angka yang berada di tengah-tengah ialah setengah dari jumlah kotak kiri-kanan dan atas-bawah.

Langkah 1 : Memahami masalah Perhatikan semua angka yang berada di atas-bawah dan kiri-kanan. Kemudian, apakah nilai bagi x?

Langkah 2 : Merangka strategi Gunakan kaedah penambahan, penolakan, pendaraban atau pembahagian.

Langkah 3 : Melaksanakan strategi o Tambahkan nilai yang berada di atas-bawah dan kiri-kanan.

o Setelah mendapat jawapan, bahagikan nilai tersebut dengan dua.

Langkah 4 : Menyemak jawapan. Gambar (a) 50 + 38 = 44 42 + 46 = 44 Gambar (b) 21 + 39 = 30 16 + 44 = 30 Gambar (c) 47+3=25 30+20=25

Jawapan Terbukti

2. Dalam sebuah ceramah Matematik, penceramah memberi kombinasi nombor 1311911218. Kombinasi nombor tersebut membentuk perkataan MASALAH.

Oleh yang demikian, kombinasi nombor 165142551251919112 pula membawa maksud apa? Langkah 1 : Memahami masalah o Diberi kombinasi nombor 1311911218 membentuk perkataan

MASALAH. o Perkataan apa yang terbentuk melalui kombinasi nombor

165142551251919112 ? Langkah 2 : Merangka strategi o Strategi yang digunakan ialah membuat senarai yang tersusun. o Setiap huruf yang terbentuk diwakili oleh kedudukan abjad dalam sistem huruf. o Sebagai contoh. 1 mewakili huruf A, 2 mewakili huruf B, 3 mewakili huruf C dan seterusnya.

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

o Cerakinkan kombinasi nombor kepada beberapa bahagian. o Ambil contoh kombinasi 1311911218 yang membentuk perkataan MASALAH. o Daripada contoh yang diberikan, terdapat tujuh huruf yang membentuk perkataan MASALAH. seperti ; 13 1 19 1 12 1 8. o Huruf yang ke 13 dalam sistem huruf ialah M. 1 = A, 19 = S, 1 = A, 12 = L, 1 = A, 8 = H. o Untuk kombinasi nombor 165142551251919112, cerakinkan nombor kepada 16 5 14 25 5 12 5 19 1 9 1 12. Terdapat 12 bahagian. Pecahkan nombor kepada tujuh bahagian

Berdasarkan contoh sebelumnya, perkataan yang terbentuk ialah, PENYELESAIAN. Langkah 4 : Semak semula o Berdasarkan bahagian yang telah dicerakinkan, 16 5 14 25 5 12 5 19 1 9 1 12, kita rujuk pada sistem huruf. P =16, E=5, N=14, Y=25, E=5, L=12, E=5, S=19, A=1, I=9, A=1, N=12. Kedudukan abjad menepati huruf yang terbentuk.

MASALAH 2

Syazwani

ingin duit

membeli syiling

nasi lemak

berharga

RM 1.00 di kantin. carakah

Menggunakan

50 sen,20 sen dan 10 sen, berapa

Syazwani boleh membayar nasi lemak berharga RM 1.00 itu ?

Kaedah penyelesaian : Menggunakan Jadual

Langkah 1 : Memahami masalah Syazwani ingin membeli nasi lemak. Nasi lemak berharga RM1.00. Menggunakan duit syiling 50 sen,20 sen dan 10 sen,berapa carakah

Syazwani dapat membayar harga nasi lemak itu?

Langkah 2 : Merangka strategi Untuk soalan ini, perlu menggunakan strategi penggunaan jadual.. Gunakan maklumat terakhir yang diberikan iaitu menggunakan duit syiling 50 sen,20 sen dan 10 sen . Kemudian, berdasarkan kehendak soalan, kita perlu

mencari berapa cara Syazwani boleh membayar harga nasi lemak itu.

Langkah 3 : Melaksanakan strategi Dengan menggunakan jadual, kaedah cuba jaya digunakan perlu bagi

mendapatkan

penyelesaian. Pada

permulaan, kita

mengira

berapakah bilangan yang perlu diambil sekiranya kita menggunakan duit syiling 50 sen. Setelah itu, kita perlu mengira berapakah bilangan duit

syiling yang

perlu digunakan sekiranya menggunakan duit

syiling

20

sen . Kemudian, menggunakan duit syiling

10 sen, berapakah bilangan

cara yang dapat digunakan agar dapat mencukupi nilai RM1.00. Selain itu, kita juga perlu menggunakan strategi dengan mengira nilai yang perlu digunakan wang

sekiranya menggunakan ketiga-tiga duit syiling 50

sen, 20 sen dan 10 sen bagi mencukupi nilai RM1.00 itu. Menggunakan jadual 50 sen 2 0 0 1 0 0 20 sen 0 5 0 2 3 4 10 sen 0 0 10 1 4 2

Berdasarkan jadual ini, terdapat enam cara Syazwani boleh membayar nasi lemak itu.

Langkah 4 : Semak semula. Setelah melaksanakan strategi, kita perlu menyemak semula jalan kerja tadi. Sebagai contoh, jika kita menggunakan duit syiling 50 sen : 50 sen + 50 sen = RM1.00. Kemudian, jika menggunakan duit syiing 20 sen : 20 sen + 20 sen + 20 sen + 20 sen + 20 sen = RM 1.00 Begitu juga dengan menggunakan duit syiling 10 sen : 10 sen + 10 sen + 10 sen + 10 sen + 10 sen + 10 sen + 10 sen + 10 sen + 10 sen + 10 sen = RM1.00 . Semak semula jika mengunakan ketiga-tiga duit syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen, sama ada nilai ketiga-tiga matawang itu cukup menjadi RM1.00.

5.0.

Penutup

Dengan menjalankan kerja kursus pendek Matematik Asas ini, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas definisi masalah matematik iaitu kekangan yang terhasil semasa proses penyelesaian kepada sesuatu kerja matematik. Malahan,

para pelajar juga telah dapat mengetahui definisi masalah rutin dan masalah bukan rutin iaitu yang melibatkan hanya satu operasi yang terdapat dalam

matematik dan mudah untuk diselesaikan manakala masalah bukan rutin ialah masalah yang bertentangan dengan masalah rutin. Selain itu, dalam penyelesaian masalah, kita perlu menyelesaikan penyelesaian.

masalah situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan

Dalam menggunakan model Polya pula, terdapat 4 langkah untuk menyelesaikan masalah iaitu memahami masalah, merangka strategi, melaksanakan strategi dan menyemak jawapan.

Penyelesaian masalah mempunyai banyak kelebihannya terutama dalam Matematik. Penggunaan model Polya adalah salah satu alternatif untuk

mendapatkan jalan penyelesaian. Model ini boleh dipraktikkan untuk menyelesaikan masalah matematik iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Kesimpulannya, dengan menggunakan model Polya untuk menyelesaikan masalah, pelajar dapat menjawab soalan dengan menggunakan jalan penyelesaian secara sistematik. teratur dan

6.0.

REFLEKSI

Refleksi (Nurul Syahirah Binti Abdullah) Sebelum menjalankan kerja kursus pendek matematik asas ini, saya dan rakan telah diberi penerangan oleh pensyarah mengenai kerja kursus pendek ini. Beliau telah menerangkan perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk

dimasukkan ke dalam kerja kursus pendek matematik asas ini matematik, masalah rutin dan masalah bukan rutin.

seperti masalah

Di samping itu, kami juga perlu membuat rujukan mengenai penyelesaian masalah dan model polya. Kami juga telah dapat mengetahui mengenai tokoh model Polya iaitu George penyelesaian masalah Polya yang telah Berjaya membina satu model dan boleh dilaksanakan dalam empat

matematik

peringkat iaitu memahami masalah, merangka strategi, melaksanakan strategi dan menyemak jawapan.

Sepanjang terlibat dengan kerja kursus pendek matematik asas ini, pelbagai ilmu yang bermanfaat telah dapat saya ambil. Saya juga perlu mencari contohcontoh soalan berkaitan dengan masalah bukan rutin dan membina sendiri 3 masalah bukan rutin. Terdapat cabaran dalam membina soalan ini

memandangkan

soalan bukan rutin jarang-jarang kami jumpa. Akan tetapi,

dalam membina soalan bukan rutin ini, kami perlu membina soalan dari jenis jadual, pola, teka uji dan melakonkan. Seterusnya, pendedahan yang telah diberikan kepada saya sangat berguna untuk dimanfaatkan dalam kehidupan di masa hadapan nanti. Dalam

menjalankan kerja kursus ini, kami telah dapat menggunakn kemudahan ICT seperti internet dan komputer sebagai medium untuk mencari maklumat dan langsung, kemahiran penggunannya dapat

komputer bagi menaip kerja kursus ini. Secara tidak penggunaan elektronik dapat ditingkatkan dan

diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Hal ini disebabkan kemudahan ICt membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan dan mencari mklumat tambahan selain membuat rujukan di pusat sumber menggunakan bahan-bahan rujukan seperti buku ilmiah dan majalah. Malahan, saya juga dapat berkongsi ilmu ini dengan rakan-rakan saya yang sangat berguna

lain. Pada pandangan saya, kerja kursus Matematik Asas ini

kepada para pelajar kerana melalui kerja kursus projek, para pelajar dapat menggunakan kemudahan teknologi ICT.

Kesimpulannya, kerja kursus ini sangat berguna kepada semua para terutamanya bakal-bakal guru memandangkan dunia zaman

pelajar

sekarang saya

kebanyakannya

bergantung

kepada

teknologi. Walau bagaimanapun,

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya kesihatan dan kekuatan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa sya, keluarga saya dan rakan-rakan saya dari 2PPISMP matematik kerana telah banyak membantu memberi sumbangan idea dan dorongan semangat kepada saya sepanjang menjalankan kerja kursus pendek matematik asas ini.

Refleksi (Noor Amalina Binti Hassan) Syukur kehadrat illahi kerana limpah kurnia dan rahmat-Nya saya mampu menyiapkan tugasan ini dan menghantarnya tepat pada masa. Secara peribadinya, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam

tempoh masa menyiapkan tugasan ini, saya telah menghadapi beberapa masalah terutamanya sumber rujukan. Tidak cukup dengan bahan rujukan, saya meminta

pertolongan daripada senior-senior untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai tajuk tugasan ini. Seterusnya, saya pergi ke kedai buku untuk mencari maklumat tambahan daripada maklumat-maklumat yang telah diperolehi sebelum ini. bertujuan supaya kerja kursus saya dapat dihasilkan dengan isi-isi yang bernas. Ini

Selain itu, pengurusan masa juga salah satu daripada masalah yang saya hadapi. Walaupun saya diberikan tempoh selama hampir sebulan untuk

menyiapkan tugasan ini, saya tetap tidak dapat menguruskan masa saya dengan baik. Walau bagaimanapun, saya bertekad untuk menghadapi masalah tersebut dan menjadikannya sebagai pembakar semangat saya. Saya tetap berusaha untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama rakan saya. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan yang sangat memahami dan banyak memberikan saya kata-kata peransang untuk tetap memberikan yang terbaik dalam melakukan kerja kursus ini. Saya tetap memberikan komitmen yang baik untuk menghasilkan tugasan yang bermutu.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak benda yang berkaitan dengan Polya yang dahulunya tidak pernah saya ketahui dan tanpa saya sedari saya banyak mengaplikasikan langkah-langkah dalam Model Polya untuk menyelesaikan masalah saya. Selain itu, Model Polya ini amat membantu saya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang sukar dengan begitu senang. Bagi saya tempoh masa yang singkat bukan penghalang saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana dengan sokongan dan dorongan orang sekeliling, saya mampu untuk menyiapkannya dengan baik. Saya selalu berpegang dengan pepatah

Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya amat bersyukur kerana dalam menyiapkan tugasan ini, banyak pihak yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang sangat baik. mereka. Wassalam. Semoga tuhan membalas budi baik

Refleksi (Nurul Ain binti Puasa) Sebaik sahaja mendapat kertas tugasan untuk kerja kursus pendek Matematik Asas ini, saya dan ahli kumpulan terus segera berbincang sesama sendiri tentang tajuk yang diberikan. Hasil daripada perbincangn itu, kami telah merancang untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan masalah Matematik, masalah rutin

dan bukan rutin, penyelesaian masalah serta penggunaan Model Polya. Kami mula mencari maklumat yang berkaitan daripada internet dan buku yang ada di perpustakaan. Memandangkan ini merupakan kerja kursus pendek, setelah mengumpul maklumat yang diperlukan, kami terus memulakan kerja kursus. Semasa membuat tugasan, terdapat sedikit masalah bagi saya untuk membina masalah bukan rutin sendiri. Saya memerlukan contoh soalan yang banyak untuk dijadikan rujukan.

Namun, syukurlah kerana atas kecanggihan teknologi pada hari ini, saya mampu untuk mencari dan mengkaji sebenar-benarnya bagaimana untuk membina masalah bukan rutin. Tidak sukar sebenarnya, cuma saya hanya perlu berfikir pada aras yang tinggi untuk soalan seperti itu. Setelah menyiapkan sebahagian daripada kerja kursus, saya dan kumpulan telah merujuk kepada pensyarah tentangnya. Dengan membuat semakan seperti itu, kami dapat memperbaiki kesalahan yang wujud dalam tugasan kerja kursus dan berharap agar dapat menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti. penambahbaikan telah kami lakukan atas tugasan ini. Akhirnya, kami sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. tentang Melalui tugasan ini, saya dapati diri saya bertambah pengetahuan Matematik terutamanya masalah bukan rutin dan cara Beberapa

masalah

penyelesaian masalah. Selain itu, tugasan ini turut mengajar saya untuk berfikir dan menyelesaikan masalah di samping menambah baik hubungan komunikasi antara saya dan ahli kumpulan yang lain. Seronok rasanya membuat tugasan kali ini. Di harap, saya dan rakan-rakan sekelas yang lain dapat memperoleh manfaat daripada tugasan ini sebagai persediaan untuk menjadi guru pada masa akan datang dan pada masa yang sama dapat mempraktikkan cara penyelesaian masalah yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian kami. 7.0. Bibliografi

1. Pa, N. A. Isu-isu Kritikaldalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbitan Uniersiti Malaya. 2. Pa, N. A. Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Sang, M. S. (1988). Penyuburan dan Perkaedahan Matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD. 4. Susanta, D. A. (n.d.). Problem Solving. Retrieved February 28, 2012, from Problem Solving: http://www.oocities.org/hypatiasix2001/problemsolving.html

8.0.

Anda mungkin juga menyukai