Anda di halaman 1dari 15

Soalan 1.

Konsep-konsep akomodasi, amalgamasi, akulturasi , asim ilasi dan segregasi beserta


contoh-contoh setiap konsep dalam masyarakat Malaysia.

1.0 Akomodasi dan contoh dalam masyarakat Malaysia
Akomodasi ialah suatu proses yang memerlukan kerjasama antara dua atau
lebih pihak yang mempunyai perbezaan matlamat untuk bersepakat membentuk satu
matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Dala erti kata yang lebih
mudah lagi, ianya boleh disebut sebagai situasi menang-menang (win-win situation).
Hal ini bermakna keedua-dua belah pihak yang mempunyai perselisihan pendapat atau
matlamat akan dapat memperoleh faedah daripada maklumat baru yang yang telah
dipersetujui secara bersama dan kolektif.
Menurut ( Frederico, 1979), melalui akomodasipihak-pihak lain diizinkan untuk
wujud tanpa permusuhan secara terbuka. Akomodasi dapat membentuk budaya
menyedari dan menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dengan
mempertahankan budaya hidup mengikut kumpulan etnik masing-masing. Menurut Ting
Chew Peh (1987), konsep akomodasi ini dapat diwakilkan menggunakan A+B+C=
A+B+C di mana A, B dan C merujuk kepada budaya setiap kumpulan etnik. Hasil
daripada formula ini, dapat kita rumuskan kepelbagaian kumpulan etnik dapat hidup
secara harmonis dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Jika dilihat dalam masyarakat Malaysia pada hari ini, konsep akomodasi ini
diamalkan secara harmoni seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang
mana matlamatnya dapat diterima dengan baik oleh semua kelompok etnik di Malaysia
kerana hak-hak setiap etnik terjamin seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Suasana kompromi ini telah dapat membolehkan setiap kelompok etnik terus
mengamalkan identiti mereka yang tersendiri. Aplikasi proses akomodasi ini
memainkan peranan yang sangat penting dalam perpaduan dan integrasi kelompook
etnik di Malaysia. Proses ini merupakan proses yang paling kritikal yang telah dapat
diterima dengan baik dan dihayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia sama ada
secara peribadi atau kolektif. Hal ini terjadi daripada sikap positif semua pihak untuk
saling hormat-menghormati antara kelompok etnik terhadap nilai dan norma masing-
masing yang boleh diungkapkan sama tetapi tidak serupa.
Perlembagaan Malaysia yang dilaksanakan telah dapat menjaga hak dan
kepentingan setiap etnik di Malaysia. Walaupun kita sedia maklum bahawa Bahasa
Melayu merupakan bahasa rasmi bagi Malaysia, namun bahasa-bahasa lain mengikut
kelompok etnik masing-masing turut dibenarkan unutk digunakan dengan bebas.
Selain daripada itu, dalam perlembagaan turut termaktub bahawa agama Islam adalah
agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun, agama lain juga bebas diamalkan
mengikut kelompok etnik masing-masing. Keharmonian ini akan dapat terus dikekalkan
jika semua kelompok etnik tidak melanggar mana-mana peraturan perlembagaan dan
terus mengamalkannya tanpa sebarang ketidakpuasan hati.
Seperti yang dapat kita lihat pada perayaan-perayaan yang disambut oleh
masyarakat Malaysia, berlaku fenomena perayaan yang disebut Konsi-Raya atau
Deepa-Raya. Melalui proses akomodasi ini, jelaslah masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan kepercayaan agama ini telah mengamalkan konsep akomodasi
tanpa disedari. Sebagai contoh, budaya memberi angpau yang asalnya diamallkan
dalam perayaan sambutan Tahun Baru Cina turut diamalkan dalam sambutan Hari
Raya Puasa dan turut dijadikan adat resam masyarakat Melayu. Tambahan pula,
banyak syarikat-syarikat swasta, bank-bank akan menyediakan sampul surat untuk
memberi angpau pada Hari Raya Puasa. Hal ini menjadikan suasana perayaan itu turut
dirasai oleh kelompok etnik yang lain juga.
Selain daripada itu, dapat kita perhatikan sejarah sesuatu kelompok etnik yang
bukan sahaja sedia berakomodasi dan meminjam unsur-unsur budaya daripada
kelompok etnik yang lain. Sebagai conoth, masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka dan
CIna Peranakan di Kelantan merupakan salah satu contoh kaum etnik yang menerima
penerapan budaya daripada kalangan orang Melayu. Kaum masyarakat Baba dan
Nyonya terjadi apabila berlaku perkahwinan antara kaum Cina dan Melayu. Bahasa
perantaraan yang digunakan bagi masyarakat Baba dan Nyonya ini ialah dialek bahasa
Melayu kerana ianya lebih mudah difahami oleh orang Melayu. Bagi kaum etnik
masyakat Cina Kelantan pula, mereka menggunakan dialek Kelantan dalam
berkomunikasi. Masyarakat Cina Peranakan ini turut mengamalkan budaya memakan
sirih dan mengunyah sentil tembakau. Mereka juga turut bermain gasing dan menonton
wayang kulit yang terkenal sebagai aktiviti tradisional yang disukai mereka. Kemudian,
bagi masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pula menjadikan berpantun dan berjoget
lambak sebagai warisan budaya mereka. Bagi masyarakat Chetti di Melaka pula,
mereka ini merupakan satu kelompok masyarakat minoriti India yang turut terpengaruh
dengan budaya Melayu.
Seperti yang kita sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri disambut kaum etnik Melayu
manakala perayaan sambutan Deepavali disambut oleh kaum etnik India dan
Sambutan Tahun Baru Cina disambut oleh kaum etnik Cina. Walau bagaimanapun,
semua perayaan ini bukan sahaja disambut oleh sesuatu kaum etnik sahaja, malah
turut disambut oleh semua kaum yang berbilang bangsa di Malaysia. Apa yang paling
ketara yang dapat kita lihat adalah sewaktu jualan berbuka puasa di bulan Ramadan,
kita dapat lihat kaum etnik selain kaum Melayu juga turut membeli juadah-juadah yang
dijual tanpa mengira perbezaan agama dan kepercayaan. Kaum etnik yang bukan
Melayu ini juga turut tertarik dengan juadah yang dijual sewaktu musim masyarakat
islam berpuasa memandangkan kebanyakn kebanyakan juadah yang dijual sewaktu
bulan puasa ini jarang dijual pada bulan yang lain. Di samping itu juga, kemeriahan
sewaktu jualan berbuka puasa adalah berbeza sekali dengan kemeriahan pada bulan-
bulan yang lain. Hal ini secara tidak langsung telah dapat mewujudkan rasa kekitaan
dan integrity yang tinggi dalam kalangan Rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Malahan, ada juga kaum etnik yang lain turut mahu merasai pengalaman berpuasa
seperti yang dilakukan orang Islam di Malaysia.
Dalam pada itu, kemeriahan sesuatu sambutan perayaan sama ada yang
disambut oleh kaum etnik Melayu, Cina mahupun India turut dapat dilihat apabila pusat-
pusat membeli-belah turut mengadakan pelbagai jualan murah , jualan separuh harga,
mahupun jualan khas mengikut sesuatu perayaan. Sambutan ini jelas ketara dapat
dilihat sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri, ianya dilihat turut mendorong kaum-kaum
yang lain untuk turut membeli-belah kerana pelbagai promosi barang dapat dilihat di
pusat-pusat membeli-belah. Kemeriahan sambutan perayaan ini dap[at dikongsi
bersama-sama dengan kaum etnik yang lain apabila kerajaan mengambil langkah
memberikan cuti umum bagi perayaan besar terutamanya masyarakat Melayu, Cina
dan India selama seminggu.
Seterusnya, sambutan perayaan turut dimeriahkan dengan Rumah Terbuka
pada setiap musim perayaan sama ada di peringkat kawasan kejiranan mahupun di
peringkat bandar-bandar. Amalan Rumah Terbuka ini dilihat bukan sahaja mampu
mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia, malahan dapat menarik pelancong untuk
merasai, menikmati dan mengenal budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Di samping itu, kita juga dapat lihat pelbagai tradisi makanan tradisional bangsa
india seperti muruku yang rasanya disesuaikan mengikut citarasa kaum Melayu turut
terdapat dalam juadah makanan dalam perayaan Hari Raya.












1.1 Amalgamasi dan contoh dalam masyarakat Malaysia
Amalgamasi merupakan suatu proses penyebatian penuh kumpulan-kumpulan
etnik apabila budaya atau ras becampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
Amalgamasi ini adalah peringkat tertinggi dalam interaksi antara kumpulan-kumpulan
etnik. Ahli-ahli kumpulan minoriti dianggap setaraf dengan ahli kumpulan etnik dominan.
Proses utama yang menyebabkan berlakunya amalgamasi ini ialah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan berlainan etnik dan akhirnya mewujudkan satu
bangsa atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Proses amalgamasi ini
juga sering kali dianggap sebagai proses melting pot. Melalui proses amalgamasi
berlakulah penyebatian budaya. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula
dan formula tersebut sering dikaitkan dengan proses melting pot ialah :
A + B + C + D( Eshleman & Cashion, 1985)
Daripada formula di atas, A, B dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan
dan D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A, B dan C. D juga
boleh dianggap sebagai entiti yang terhasil dalam bentuk budaya yang baharu.
Di Malaysia, kita dapat lihat situasi ini berlaku dengan kewujudan masyarakat
Melayu-Arab. Golongan ini yang dikenal sebagai golongan Syed berasal dari
Hadramaut di Selatan Semenanjung Tanah Arab. Syed terdiri daripada pedagang
yang berjaya dan ulama yang dihormati. Contoh lain yang boleh kita lihat ialah
masyarakat Peranakan Cina ( Baba dan Nyonya) istilah peranakan merujuk kepada
anak-anak hasil perkahwinan campur antara imigran Cina dengan wanita rumpun
Melayu dan anak-anak ini bertutur dalam Bahasa Melayu. Kemudian, perkahwinan
campur antara keturunan India dengan masyarakat tempatan melahirkan satu
kelompok etnik yang baru yang dikenali sebagai masyarakat India-Muslim.
Proses amalgamasi ini adalah proses yang boleh dilakukan dengan kuasa yang
ada pada pemerintah ke arah usaha bagi mewujudkan satu entiti yang sama daripada
kepelbagaian kumpulan etnik yang boleh dilakukan secara sementara atau berterusan.
Contoh yang menunjukkan interaksi amalgamasi ialah kewujudan projek Sekolah
Wawasan oleh kerajaan yang telah diimplementasikan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Menurut Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh:
Dengan konsep Sekolah Wawasan, Kita yakin kejayaan integrasi kaum boleh
direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan secara bersama.
Sekolah Wawasan ini adalah sebuah sekolah rendah yang menerapkan konsep
belajar bersama-sama dalam satu kawasan tanpa mengira kaum dan agama. Melalui
konsep ini, dua atau tiga jebis sekolah yang berlainan aliran akan ditempatkan dalam
satu kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang
boleh dihubungkan dengan menggunakan jambatan penghubung. Tujuan penubuhan
Sekolah Wawasan ini ialah untuk mengeratkan perpaduan sedia ada terjalin kukuh
dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Lima buah sekolah Wawasan yang telah
berjaya ditubuhkan setakat ini terletak di Tasik Permai (Pulau Pinang), Parit Buntar
(Perak), Seri Manjung (Perak), Alor Setar (Kedah) dan Subang Jaya (Selangor). Jadi,
jelaslah Sekolah Wawasan ini adalah satu platform yang terbaik bagi memupuk
perpaduan kaum bermula sejak di peringkat sekolah lagi.
Selain itu, tarian juga dilihat mampu mewujudkan perpaduan kaum di Malysia
pada hari ini. Konsep tarian Medley merupakan salah satu tarian yang
mengabungkan pelbagai jenis tarian dari pelbagai kaum yang mana ditarikan sebagai
satu konsep untuk menarik minat pelancong untuk datang ke Negara kita. Tarian Cuti-
cuti 1 Malaysia merupakan salah satu tarian Medley yang mana menggabungkan tarian
Malaysia Truly Asia, Melayu Zapin, Cina, India, Sabah, Sarawak, Sewang dan Cuti-cuti
Malaysia.
Kesimpulannya, akomodasi telah dapat mewujudkan suatu budaya baru yang
berkesinambungan daripada dua budaya yang berbeza sekaligus telah dapat
membentuk satu pembentukan budaya yang baru dan berterusan.



1.2 Akulturasi dan contoh dalam masyarakat Malaysia
Akulturasi adalah suatu proses pemindahan dan peminjaman elemen-elemen
budaya antara satu kelompok etnik dengan kelompok etnik yang lainnya. Menurut
Redfield, Linton dan Herskovits, akulturasi meliputi fenomena yang timbul sebagai hasil,
jika kelompok-kelompok manusia yang mempunyai kebudayaan berbeza-beza bertemu,
dan mengadakan perhubungan secara terus-menerus, kemudian menimbulkan
perubahan dalam pola kebudayaan yang original dari salah satu kelompok atau kedua-
duanya. Walau bagaimanapun, penerimaan budaya luar ini akan disesuaikan dengan
persekitaran budaya pihak peminjam yang akan disesuaika dengan kehendak-
kehendak budaya tempatan tanpa menghilangkan identiti budaya sendiri.
Terdapat tiga proses akulturasi ini yang terdiri daripada peminjaman,
pemindahan dan penyesuaian. Akulturasi akan mengakibatkan perubahan-perubahan
struktur budaya kepada budaya asal, budaya peminjam atau mungkin juga boleh
berlaku kepada kedua-dua budaya. Dalam pada itu, manusia dalam sesuatu kumpulan
budaya akan melakukan pemilihan terhadap perkara-perkara seperti teknologi, bahsa,
organisasi, sosial, agama dan seni daripada budaya-budaya lain unutk diterapkan ke
dalam budaya sendiri. Di samping itu, manusiajuga akan menentukan lemen-elemn
budaya yang perlu dikekalkan dan elemen-elemen yang perlu dipinjam akibat daripada
sesuatu hubungan budaya.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses akulturasi itu sendiri
seperti keluasan budaya atau tapak budaya, jumlah populasi, sikap terhadap
perubahan, penciptaan-penciptaan penting, perubahan dalam persekitaran dan
kekerapan hubungan dengan budaya luar.
Suatu contoh yang jelas dapat kita lihat apabila masyarakat bukan Melayu
mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu yang telah dijadikan bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan di negara ini. Di sekolah-sekolah, para pelajar bukan Melayu
mempelajari bahasa tersebut, manakala mereka masih mengekalkan bahasa ibunda
dalam situasi tidak formal. Akibat hubungan budaya, masyarakat Melayu juga telah
mengambil beberapa elemen budaya daripada masyarakat bukan Malayu seperti jenis-
jenis makanan. Penerapan budaya lain juga dapat kita lihat dari aspek pakaian, majlis
perkahwinan, majlis ulangtahun perkahwinan dan majlis hari lahir. Dlam majulius
perkahwinan, orang Melayu telah mengambil budaya orang India seperti malam berinai
dan tradisi renjis-merenjis dan persandingan sewaktu majlis perkahwinan di mana ia
telah disesuaikan mengikut kesesuaian budaya orang Melayu.
Selain itu, unsur pinjaman budaya juga dapat dilhat daripada penggunaan tali
leher, pemberian angpau semasa sambutan perayaan dan juga hidangan makanan.
Dari segi pemakaian, pemakaian formal ke pejabat adalah menggunakan baju kemeja
dan seluar slack serta bertali leher kecuali pada hari Jumaat. Hal ini menunjukkan
peminjaman budaya dari barat yang menggunakan tali leher semasa waktu pejaabt
telah diserap ke dalam budaya kita tetapi disesuaikan dengan pemakaian baju Melayu
yang dikhaskan untuk hari Jumaat bagi lelaki. Bagi wanita pula, berbaju kurung tidak
lagi hanya dipakai oleh kaum Melayu tetapi turut dipakaimoleh kaum-kaum lain. Pada
zaman ini, baju kurung juga dilihat turut mengikut fesyen peredaran zaman dengan
mencampurkan unsur tradisi seperti pemakaian batik dan songket yang dimodenkan.
Di samping itu, pemakaian jubah juga dilihat menjadi trend pada wanita kini di mana
fesyen jubah dan penggayaan tudung seperti selendang yang diambil daripada budaya
Timur tengah.
Di sekolah-sekolah juga, kita dapat lihat kebiasaannya, pelajar-pelajar Cina dan
India serta masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak mengenakan baju kurung
sebagai pakaian sekolah. Senario seperti ini bukan sahaja dapat dilihat di sekolah-
sekolah kebangsaan bahkan juga turut dapat dilihat di sekolah-sekolah jenis
kebangsaan.
Akhir sekali, konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak dengan slogan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan dilihat satu pendekatan baharu yang dapat mewujudkan rasa kekitaan dan
kebersamaan ke arah usaha memajukan Malaysia ke persada antarabangsa sekaligus
mencapai Wawasan 2020 . Pendekatan baharu ini merangkumi elemen yang jelas bagi
pembinaan Negara dengan berpaksikan perpaduan dan integrasi, kepentingan rakyat
dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara. Pembentukan 1 Malaysia
merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia bersatu padu dan membantu
Negara ke arah mencapai Wawasan 2020, iaitu membentuk sesebuah negara yang
bersatu padu dan menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.




1.4 Asimilasi dan contoh dalam masyarakat Malaysia
Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan identiti yang
sama atau satu versi daripada kelompok dominan. Menurut Vander Zanden, asimilasi
ialah satu proses dalam mana-mana kelompok berfikir, berperasaan dan bertindak
secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Matlamat akhir proses ini adalah penghapusan perbezaaan etnik dan ras. Ringkasnya,
apabila berlaku asimilasi sepenuhnya, kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza dalam
masyarakat tidak wujud. Sebaliknya, akan mewujudkan sebuah masyarakat yang
homogenus.
Konsep asimilasi ini diformulakan dengan formula A+B+C= A. A mewakili
golongan dominan sementara B da C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Antara contoh asimilasi yang dapat kita lihat di Malaysia ialah masyarakat Jawa,
Cina Kelantan, Baba dan Nyonya adalah contoh berlakunya asimilasi di Malaysia.
Dari aspek pakaian pula, asimilasi dapat dilihat dari segi busana tradisional Baba dan
Nyonya yang mengasimilasikan budaya Cina dan Melayu semenjak zaman Kesultanan
Melayu Melaka bermula dengan sejarah perkahwinan Puteri Hang Li Po. Kemudian,
busana pakaian tradisional masyarakat Chitty pula berunsurkan asimilasi daripada
budaya masyarakat Melayu dan India.
Jika kita perhatikan dengan teliti, terdapat ciri-ciri unik pada busana-busana
tradisi Melaka yang tidak dapat kita lihat pada busana-busana kaum lain. Kaum Chhitty,
Baba dan Nyonya dan Melayu terkenal dengan pemakaian Kebaya bersulam manakala
masyarakat Portugis masih menggunakan pakaian tradisional mereka sehingga ke hari
ini.
Orang bukan Melayu juga dilihat telah dapat berasimilasi dengan pakaian dan
makanan. Hal ini kerana rata-rata kita dapat lihat masyarakat Cina mahupun India tidak
janggal untuk memakai baju kurung dan menjamah nasi lemak. Malahan, hasil daripada
sistem pendidikan kebangsaan juga, generasi muda yang bukan Melayu dilihat fasih
untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Contoh lain asimilasi ini dilihat berlaku apabila berlaku perkahwinan campur
antara dua etnik yang berbeza. Kelahiran Cina Peranakan di Malaysia Kelahiran Cina
peranakan di Malaysia berlaku apabila orang Cina yang berkahwin dengan orang
Melayu menerima prasyarat asimilasi yang mana undang-undang mewajipkan mereka
untuk menukar kepada agama Islam. Selain itu, adat bersanding, bunga manggar dan
bunga telur dalam majlis perkahwinan merupakan asimilasi penduduk tempatan dengan
pendatang dari India yang mana masih diamalkan sehingga hari ini.
RIngkasnya, masyarakat Melayu, Cina mahupun India telah berasimilasi kerana
jika kita lihat, pada hari pakain tradisional seperti Cheong Sam mahupun Sari turut
dipakai oleh masyarakat Melayu dengan potongan fesyennya disesuaikan dan diubah
sedikit agar sesuai dengan noram masyrakat Melayu. Malahan, baju kurung juga dilihat
sudah mendapat tempat di hati orang bukan melayu dengan ada di antara mereka yang
menggemari baju kurng songket, ataupun baju kurung batik. Kemudian, pada
sambutan perayaan pula, majlis Rumah Terbuka Hari Raya sebagai contohnya turtut
dihadiri oleh kaum lain sama ada ianya diadakan mengikut perseorangan, kawasdan
kejiranan, peringkat daerah mahupun di peringkat kebangsaan. Hal ini telah dapat
mewujudkan perpaduan dan dapat memupuk budaya yang harmonis dan saling
hormat-menghormati. Ini dapat dilihat sewaktu perayaan Tahun Baru Cina, masyarat
Melayu dan India tidak kisah dengan bunyi bising mercun dan mereka juga turut tertarik
dengan Tarian Singa serwaktu perayaan Tahun Baru Cina. Tuntasnya, semua pihak
mestilah berganding bahu bagi memastikan kelangsungan perpaduan dan keamanan
negara yang kita kecapai pada hari ini.



1.5 Segregasi dan contoh dalam masyarakat Malaysia
Segregasi bermaksud pemisahan atau pengasingan manusia bagi mengelakkan
sebarang hubungan sama ada secara sukarela ataupun paksaan dalam sesebuah
negara. Pemisahan ini berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya pemisahan dari
segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan
awam. Segregasi ini wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya
seperti Dasar Aparteid Afrika Selatan yang dilaksanakan antara 1948-1994. Aparteid
yang bermaksud keterpisahan (apartness) merupakan dasar kerajaan minoriti kulit putih
Afrika Selatan. Melalui dasar ini, penduduk Afrika Selatan dibahagikan kepada empat
kategori iaitu kulit putih, kulit hitam, kulit berwarna dan orang Asia.
Menurut (Ting,1997), segregasi meliputi pengasingan atau pemisahan had-had
dan sekatan-selatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak dan komunikasi.
Segregasi ini wujud dalam aspek seperti tempat kediaman, perkhidmatan dan juga dari
segi sosial, adat resam, tradisi dan agama. Segregasi ini berlaku atas dasar ras,
agama, kebudayaan, dan lain-lain etnik.
Di Malaysia, segregasi ini berlaku atas faktor amalan budaya, amalan nilai,
kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Hal ini dapat kita
perhatikan daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia yang hidup
secafra kelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan
kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Etnik yang masih belum mencapai taraf
kemajuan masih berada di kawasan luar bandar manakala etnik yang berkemampuan
tinggal di kawasan bandar. Terdapat sesetengah etnik yang masih tinggal dalam satu
kelompok disebabkan faktor-faktor seperti harga rumah, saiz keluarga serta
pengangkutan yang berdekatan.
Kepelbagaian senario ini telah mewujudkan nama-nama kampung seperti
perkampungan orang Melayu, perkampungan orang Cina, dan perkampungan orang
India. Di Sabah, segregasi ini amat jelas berlaku berdasarkan kaum. Hal ini dapat dilihat
daripada pola taburan suku kaum seperti suku kaum Rungus, Dusun, Bajau, Eranun,
Sungai, Kimaragang, Suluk, Murut mendiami satu-satu kawasan tanpa bercampur
dengan suku kaum yang lain.
Oleh itu, kita dapat mengenal pasti bahawa pemisahan antara etnik adalah
berkait rapat dengan memnuhi kehendak-kehendak ekonomi sebagai asas kepada
masyarakat. Hal ini sejajar dengan kata-kata yang diperti daripada Tang Chee
Yee(1992), menurutnya orang-orang Melayu dalam keadaan kemiskinan dan masih
menjadi petani dan nelayan; kaum cina menguasai bidang perniagaan dan tinggal di
bandar-bandar manakala kaum India menjadi buruh di ladang-ladang getah. Hal ini
secara tidak langsung telah menimbulkan keresahan kepada golongan bumiputera
dengan orang-orang Cina akan menguasai bidang ekonomi dan mereka akan
tenggelam di bumi sendiri akibat kemiskinan.
Berbeza pula dengan masyarakat Cina dan India di mana kebimbangan mereka
adalah pada status syarat hak kerakyatan. Senario ini sangat relevan dengan kajian
tentang kaum buruh, golongan kaum minoriti yang menguasai golongan majoriti akan
sentiasaberkonflik kerana setiap kelas mempunyai kesedaran untuk perpaduan dan
menjaga kepentingan kelas masing-masing serta berseteru dengan kelas lain ( Amir
Hassan Dewi,2002).
Kesimpulannya, faktor segregasi ini adalah merupakan punca segala kemelut
bermula dalam isu-isu yang berkaitan dengan integrasi nasional. Faktor ini merupakan
cabaran terbesar dalam menangani masalah integrasi nasional seperti ynag
diperkatakan oleh Shamsul Amri Baharuddin bahawa segregasi merupakan cabaran
paling besar dalam keempat-empat konsep perpaduan menurut Shamsul Baharuddin
(2007). Dalam pada itu, kita juga dapat memahami dengan lebih jelas bahawa ikatan-
ikatan yang kukuh seperti homogeniti bahasa dan amalam nilai yang dijalankan pada
satu-satu tempat kediaman mahupun sekolah akan dapat meningkatkan lagi amalan
nilai yang telah dipersetujui bersama.



















PENUTUP

Bagi memastikan perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini tidak
tergugat, maka kita seharusnya.






BIBIliografi
http://www.academia.edu/1113696/Hubungan_Etnik_di_Malaysia_Mencari_dan_
mengekal_kejernihan_dalam_kekeruhan

Anda mungkin juga menyukai