Anda di halaman 1dari 2

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Sosial

 Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan
iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang
berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial
 .Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat
negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan
perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia.
Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada
segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis
pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu
golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi
dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka
yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat
pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan
Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.
Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap
etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan
banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina,
yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan,
perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula
banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.
Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu
terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam
ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk
bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan
keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta
jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan
dalam masyarakat majmuk.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu
di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati
dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan
untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah
masyarakat yang bersatu padu.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Agama

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam
masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama,
bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar
apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Globalisasi

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses


globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik
barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada
masa kini.

Anda mungkin juga menyukai