Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL reflektif (MINGGU 1)

NAMA PELAJAR GURU : DEHBBAN A/L SANDRAN

OPSYEN/ KUMPULAN : SAINS / PISMP AMBILAN JAN 2014

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ST XAVIER

TARIKH : 7 FEBRUARI 2017

TAJUK JURNAL : MASALAH KAWALAN MURID

Isu / peristiwa / masalah yang difokuskan

Pada praktikum fasa ketiga ini, saya telah ditempatkan di Sekolah


Kebangsaan ST Xavier. Pada minggu ini, saya mengadakan perbincangan dengan
guru-guru di sekolah untuk mengetahui keadaan sekolah dan kelas. Melalui
perbincangan, saya telah mendapati bahawa murid-murid sukar menerima arahan
guru dan kelas sukar dikawal terutamanya jika guru tidak tegas kepada murid-murid.

Perkembangan isu yang difokuskan

Setelah beberapa pemerhatian yang telah saya dibuat sama ada di dalam
bilik darjah, saya telah mengetahui bahawa murid akan berasa teruja dengan
kehadiran guru baru. Dengan itu, murid-murid meminta untuk mengadahkan aktiviti
seperti permainan. Oleh sebab itu, murid-murid ini sering kali membawa kekacauan
seperti membuat bising, mengganggu rakan dan melanggar peraturan sekolah.
Namun begitu, apabila guru yang garang dan tegas mengawal kelas, murid-murid ini
akan lebih patuh kepada arahan. Mimik muka mempengaruhi murid-murid sekaligus
mengawal tingkah laku murid-murid.

Analisis masalah

Kebanyakan guru mengeluarkan suara yang agak lantang dan keras apabila
memberi sesuatu arahan. Hal ini memberi satu persepsi bahawa murid-murid di
sekolah ini agak bising dan sukar dikawal. Ini dapat dibuktikan apabila saya
memasuki kelas 2 Arif. Namun begitu, persepsi itu bukanlah mencakupi keseluruhan
murid di sekolah ini. Terdapat juga ramai murid yang tinggi disiplinnya dan mudah
menerima arahan guru.
Pandangan dan perasaan terhadap masalah

Saya berasa masalah ini adalah agak serius kerana jika murid tidak
mendengar arahan maka sudah pasti kelas tersebut tidak dapat dikawal lebih-lebih
lagi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini akan menyebabkan
perancangan guru menjadi sia-sia dan hasil pembelajaran tidak dapat dicapai.
Tambahan pula, pensyarah yang dinilai juga akan memberi pandangan terhadap isu
ini. Saya berasa masalah ini harus diselesaikan dengan segera supaya perkara ini
tidak berlaku dalam kelas yang akan saya ajar pada minggu depan.

Cadangan

Sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai kerenah murid yang


sedemikian, saya membuat cadangan untuk para guru dan diri saya sebagai pelajar
guru untuk;

Merancang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian


mengikut tahap kebolehan murid.
Memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid dalam kelas
sewaktu melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh guru.
Memberi peneguhan postif seperti pujian dan galakan

Di samping itu, saya bercadang untuk menggunakan model asertif Canter


(2002) untuk menangani permasalahan ini andainya wujud sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran kelak di mana ia menekankan tindakan-tindakan
berikut ;

Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas


Berlaku kontak mata antara guru dan murid
Menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisan
Mengubah tingkah laku murid tanpa ancaman atau jeritan

Tempoh penyelesaian

Pada minggu yang akan datang, sebelum memasuki kelas, saya akan
menetapkan beberapa peraturan bagi murid-murid dalam bilik darjah. Saya akan
memastikan masalah ini diselesaikan dengan segera jika tidak, murid tidak akan
mempelajari dan memahami apa yang saya mengajar.

Tindakan susulan

Saya pernah mengaplikasikan model tersebut semasa PBS yang lalu di mana
saya sering diberikan kelas ganti. Sedikit sebanyak, ianya sudah pasti
mendatangkan kesan positif terhadap suasana kelas. Maka, sewaktu praktikum
inilah saya akan terus mengaplikasikan model ini di dalam kelas yang sebenarnya.

Kesimpulan

Saya perlu mengkaji semula strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta
pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing.

Anda mungkin juga menyukai