Anda di halaman 1dari 11

EKSPERIMEN 4

Tujuan

: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk


pemindahan elektron pada satu jarak.

Pengenalan :
Dalam sel redoks, dua elektrod disambungkan antara satu sama lain oleh wayar
penyambung. Dua elektrod tersebut diletakkan dalam larutan yang mengandungi agen
pengoksidaan dan agen penurunan. Asid sulfurik biasanya digunakan sebagai
titian garam dengan fungsi untuk memisahkan agen pengoksidaan daripada agen
penurunan.
Antara

contoh

proses

redoks

ringkas

yang

melibatkan

proses

penurunan dan pengoksidaan ialah seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan


karbon dioksidadan penurunan karbon oleh hidrogen untuk menghasilkan metana.
Istilah redoks (redox) datangnya
(reduction)

dan

daripada

dua

yang

iaitu

penurunan

pengoksidaan (oxidation). Pemindahan elektron berlaku daripada

agen penurunan kepada agen pengoksidaan melalui


Elektrod

konsep

direndam

dalam

larutan

wayar

penyambung

elektrik.

agen penurunan yang mengalami

pengoksidaan melalui kehilangan elektron bertindak sebagai terminal negatif. Elektron


yang terhasil itu akan mengalir melalui wayar penyambung ke elektrod yang direndam
dalam larutan agen pengoksidaan. Elektrod ini akan bertindak sebagai terminal positif.
Senarai bahan :

2.0 mol dm-3 asid sulfurik cair


0.5 mol dm-3 larutan ferum(II)
0.2 moldm-3 larutan kalium manganat(VII) berasid
0.5 moldm-3 larutan kalium iodida
0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid
0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat
1 % larutan kanji

Senarai radas:

Tiub - U
Galvanometer
Penyambung klip buaya
Elektrod karbon
Kaki retot dan pemegang
Tabung uji
Penitis dan penutup satu lubang

Galvanometer

Elektrod karbon
Larutan ferum (II) sulfat
Larutan berasid kalium dikromat (VI)
Tiub-U
Asid sulfurik

Rajah 2

Prosedur :
1) Tiub U diletakkan pada pemegang kaki retot.

2) Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut
tiub-U.
3) Dengan menggunakan penitis, larutan 0.5 moldm -3 ferum(II) sulfat ditambahkan
dengan berhati-hati ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat
mencapai 3 cm.
4) Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm -3 larutan kalium dikromat (VI) berasid
ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi.
5) Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U.
6) Elektrod disambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai
terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif telah
ditentukan.
7) Radas tersebut dibiarkan selama 30 minit. Sebarang perubahan yang berlaku
telah diperhatikan.
8) Penitis yang bersih digunakan untuk mengeluarkan 1cm 3 larutan ferum(II) sulfat
dari tiub-U dan dimasukkan ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol
dm-3 kalium tiosianat diambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian
direkodkan.
9) Langkah 1 hingga 7 diulangkan menggunakan larutan 0.5 moldm -3 kalium iodida
dan 0.2 moldm-3

larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan

larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid.


10)Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.

Keputusan:
1. Larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid

Arah pengaliran elektron

Pemerhatian
Terminal negatif (FeSO4) ke terminal positif

Penunjuk galvanometer
Perubahan larutan ferum(II)

(K2Cr2O7)
Jarum galvanometer bergerak ke arah kanan
Larutan ferum (II) sulfat bertukar daripada warna

sulfat
Perubahan larutan

hijau muda kepada larutan berwarna perang


Larutan kalium dikromat (VI) berasid bertukar

kaliumdikromat (VI) berasid


Tindak balas larutankalium

daripada warna jingga kepada warna hijau


Larutan bertukar menjadi merah

triosonat

Larutan ferum (II) sulfat yang berwarna


hijau muda bertukar warna menjadi
perang.

Apabila diuji dengan kalium tiosanat,


larutan ferum (II) sulfat menjadi warna
merah.

2. Larutan kalium iodida dengan larutan kalium manganat (VII)


Pemerhatian
Arah pengaliran elektron

Terminal negatif (KI) ke terminal positif (KMnO 4)

Penunjuk galvanometer

Jarum galvanometer bergerak ke arah kanan

Perubahan larutan kalium

Larutan kalium iodida bertukar daripada warnajernih

iodida

kepada warna perang

Perubahan larutan

Larutan kalium manganat (VII)bertukar daripada warna

kaliummanganat (VII)

ungu kepada warna jernih

Tindak balas larutan kanji

Larutan kanji menjadi biru tua

Larutan kalium manganat (VII) berasid


bertukar dari warna ungu kepada jernih.
Larutan kalium iodida bertukar daripada
jernih menjadi warna perang.

Larutan kalium iodida menjadi warna


biru tua apabila diuji dengan larutan
kanji.

Perbincangan

1. Dalam eksperimen ini, terdapat dua reaksi redoks berlaku. Tindak balas pertama
adalah antara larutan ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) berasid.

Sementara reaksi kedua adalah larutan iodida dan kalium manganat (VII)
berasid.
2. Dalam tindak balas pertama, ferum (II) bertindak sebagai agen penurunan. Ia
membebaskan electron menjadi ion ferum (III). Oleh sebab yang demikian, ferum
(II) sulfat berlaku perubahan warna dari hijau muda kepada warna perang.
Berikut adalah persamaan setengah bagi ferum (II).
Fe2+ (ak) > Fe3+ + e3. Dalam tindak balas ini, electron akan berkumpul dan kemudian melalui elektrod
dalam larutan ferum (II) sulfat sebelum mengalir ke wayar penyambung. Elektrod
karbon bertindak sebagai terminal negatif.
4. Elektrod kemudian mengalir ke terminal positif, yang merupakan karbon elektrod
dalam larutan dikromat (VI) bersaid. Ion dikromat (VI) bertindak sebagai agen
pengoksidaan menerima electron dan oleh itu, menjalani proses penurunan
untuk menjadi larutan tanpa warna kromium (II) ion.

Persamaan setengah Pengoksidaan :

Fe2+ (ak) > Fe3+ + ePersamaan setengah Penurunan :

Cr2O72-keseluruhan
(ak) + 14H: + (ak) + 6e- > 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)
Persamaan
6Fe2+ (ak) + Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) > 6Fe3+ + 2Cr3+ (ak) + 7H2O
(ce)
5. Asid sulfurik yang digunakan dalam eksperimen ini bertindak sebagai jambatan
garam untuk memisahkan tindak balas setengah dan juga untuk melengkapkan
litar dengan membenarkan pergerakan ion untuk mengalir.

6. Hasil dari tindak balas ini harus diuji dengan larutan kalium tiosianat untuk
mengesan kehadiran iodine dalam larutan yang bertindak balas.
7. Dalam tindak balas antara larutan kalium iodida dan kalium manganat (VII), ion
manganat (VII) bertindak sebagai agen pengoksidaan, jadi ia menerima elektron
dan bertukar menjadi larutan tanpa warna mangan (II) ion dan akan
menghasilkan air.
Persamaan setengah ionik Penurunan :

MnO4- (ak) + 8H+ + 5e- > Mn2+ + 4H2O

Persamaan setengah ionik Pengoksidaan :

I2 (g) > 2I- + 2e-

Persamaan ionik keseluruhan :

2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) > 2Mn2+ + 10I- +8H2O


8. Hasil dari tindak balas ini harus diuji dengan larutan kanji 1% untuk mengesan
kehadiran iodine dalam larutan yang bertindak balas.

Kesimpulan :
Dalam eksperimen ini, kedua-dua tindak balas berlaku pemindahan electron dari katod
ke anod melalui wayar penyambung.

Soalan :
1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks
yang dijalankan dalam amali ini.
a. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat
(VI) berasid
Tindak balas terminal negatif :
Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + e-

Tindak balas terminal positif :


Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e- 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)
Tindak balas redoks keseluruhan :
6Fe2+ (ak) + Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) 6Fe3+ (ak) + 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)

b. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII)
Tindak balas terminal negatif :
10I- (ak) 5I2 (ak) + 10eTindak balas terminal positif :
2MnO4- (ak) + 10e- + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce)
Tindak balas redoks keseluruhan :
2MnO4- (ak) + 5I2 (g) + 16H+ > 2Mn2+ + 10I- + 8H2O
(ii)

Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen


penurunan.
Tindak Balas

Agen Pengoksidaan

Agen Penurunan

Ion dikromat (VI)

Ion ferum (ll) sulfat

Ion manganat (Vll)

Ion Iodida

Larutan ferum (II) sulfat


+ larutan kalium
dikromat (VI) berasid
Larutan kalium iodida +
Larutan kalium

manganat (VII) berasid

2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut.

Tindak balas antara larutan ferum (II)

Ferum (II) sulfat (terminal negatif- anod) ke

sulfat + larutan kalium dikromat (VI)

kalium dikromat (VI) berasid (terminal

berasid
Tindak balas antara larutan kalium

positif-katod)
Larutan kalium iodida (terminal negatif-

iodida + Larutan kalium manganat (VII)

anod) ke kalium manganat (VII) berasid

berasid

(terminal positif-katod)

3. Nyatakan fungsi asid sulfuric yang digunakan.

Asid sulfurik yang digunakan dalam eksperimen ini bertindak sebagai jambatan
garam untuk memisahkan tindak balas setengah dan juga untuk melengkapkan
litar dengan membenarkan pergerakan ion untuk mengalir.
4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas.

5.

Larutan magnesium sulfat dengan kalium klorida


Larutan plumbum (II) nitrat dengan kalsium sulfat

Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan


asid sulfurik?
Kalium bromida tidak boleh digunakan bagi mengantikan asid sulfurik kerana elektrolit
ini adalah elektrolit lemah yang tidak membolehkan ion-ion bergerak melaluinya. Kalium
bromida juga tidak sesuai untuk dijadikan titian garam yang efisyen.

Bibliografi
Clark, J. (2002). Definition of Oxidation and Reduction. Dimuat turun dari
http://www.chemguide.co.uk/inorganic/redox/definitions.html
Helmenstine, A, M. (2014). Oxidation and Reduction reaction. Dimuat turun dari
http://chemistry.about.com/od/chemicalreactions/a/oxidation-reductionreactions.htm
Tan Yin Toon. (1996). Kimia Fizik STPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Tan Yin Toon., Loh Wai Leng., Kathirasan Muniandy. (2008). Ace Ahead STPM
Text Chemistry. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai