Anda di halaman 1dari 1

Ruj.Kami :ANM.PK.G.600-1/1/2 Jld.

2 (64)
Tarikh : 14 September 2018

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

GARIS PANDUAN PENYUSUNAN SEMULA KEMENTERIAN TAHUN 2018 YANG


BERKAITAN DENGAN URUSAN GAJI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Selaras dengan arahan dari Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
dimaklumkan terdapat penyusunan semula kementerian tahun 2018 mulai bulan Oktober 2018
bagi pusat pembayar terlibat seperti di Lampiran A.

3. Sehubungan itu, tuan/puan dimohon untuk mengambil tindakan SEGERA bagi beberapa
perkara yang berkaitan gaji seperti di Lampiran B. Sila patuhi tarikh yang telah ditetapkan bagi
mengelak sebarang masalah berkaitan gaji bulan Oktober 2018.

4. Borang SG10 (asal) beserta salinan surat arahan dari kementerian mestilah
dihantar selewat-lewatnya pada 18 September 2018, jam 9.00 pagi ke Unit Gaji, JANM
Perak untuk tindakan selanjutnya. Tuan/puan bolehlah faks terlebih dahulu di talian 05-2412969
untuk proses tindakan segera.

5. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai


seperti berikut:

i. Puan Nur Zanzila binti Harun 05-2547304 samb. 142


ii. Puan Hazlina binti Che Noon 05-2547304 samb. 119
iii. Encik Kamarul Zaman bin Ahmad Zaini 05-2547304 samb. 199
(SG10)

Sekian, terima kasih.

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

Anda mungkin juga menyukai