Anda di halaman 1dari 1

Hari ini saya telah mengajar subjek Sains bagi 5 Karl.

Saya telah mengajar tentang


siratan makanan. Saya telah melaksanakan proses PdP saya di dalam kelas. Saya
dapat menjalankan pengajaran hari ini dengan lancar.

Kekuatan bagi pelaksanaan proses PdP pada hari ini adalah perancangan
disediakan mengikut keperluan kurikulum. Murid-murid dapat memahami konsep
yang diajar. Saya juga membimbing murid-murid semasa mengadakan aktiviti
kumpulan. Oleh itu, murid-murid dapat memahami konsep tersebut dan mereka
dapat menjawab soalan yang saya tujukan.

Kekuatan seterusnya keadah yang saya gunakan semasa aktiviti kumpulan adalah
kaedah Galerry Walk. Murid-murid dapat melibatkan diri dengan penuh aktif. Saya
dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid-murid di
bilik darjah.

Kelemahan yang terdapat dalam pengajaran saya ialah tidak dapat menguruskan
masa bagi menjalankan aktiviti kumpulan. Murid-murid tidak dapat menyiapkan
tugasan kumpulan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, terdapat kecelakaan
masa antara fasa-fasa sebab aktivit kumpulan telah mengambil masa yang agak
lama.

Cara penambahbaikan yang harus saya lakukan pada proses PdP akan datang
adalah, saya harus menyediakan bahan-bahan yang betul dan tepat untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga perlu
peka dengan penggunaan masa dalam fasa-fasa yang lain. Saya juga perlu
menepati masa untuk menjalankan aktiviti dalam setiap fasa.

Anda mungkin juga menyukai