Anda di halaman 1dari 3

ASID KARBOKSILIK 1. Asid karboksilik merupakan asid organik yang mempunyai formula am CnH2n+1COOH. 2.

Kumpulan berfungsi bagi asid karboksilik adalah kumpulan karboksil -COOH. 3. Rantai karboksilik panjang dipanggil asid lemak.

SIFAT FIZIK ASID KARBOKSILIK

Bau dan warna Asid karboksilik berbau cuka dan tidak berwarna.

Keadaan fizik pada suhu bilik Asid karboksilik adalah dalam keadaan cecair atau pepejal.

Takat didih dan takat lebur Takat didih dan takat lebur asid karboksilik adalah lebih tinggi daripada alkohol yang mempunyai jisim molekular yang sama. Ini adalah kerana setiap molekul asid karboksilik boleh membentuk ikatan hidrogen intermolekul secara berlebihan. Tambahan pula, ikatan hidrogen intermolekular adalah lebih kuat dengan kehadiran ikatan O-H yang lebih.

Kelarutan dalam air Lima ahli pertama asid karboksilik terlarut dengan mudah dalam air. Ahli yang seterusnya tidak larut dalam air. Apabila menuruni siri homolog asid karboksilik, kelarutannya dalam air berkurang. Ini adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan atom karbon per molekul, iaitu kehadiran rantai hidrokarbon yang bersifat tidak larut dalam air.

SIFAT KIMIA ASID KARBOSILIK

Sebagai asid lemah Asid karboksilik ialah asid lemah kerana molekulnya mengalami pengionan separa dalam air, iaitu hanya sebilangan kecil molekulnya mengion untuk menghasilkan ion hidroksonium. Asid karboksilik bertindak balas dengan bes untuk menghasilkan garam dan air. CH3COOH + NaOH CH3COONa + H2O

Larutan asid karboksilik bertindak balas dengan logam berkarbonat untuk menghasilkan garam, karbon dioksida, dan air. 2CH3COOH + Na2CO3 2CH3COONa + CO2 + H2O

Asid karboksilik bertindak balas dengan logam reaktif, magnesium untuk menghasilkan garam dan gas hidrogen. 2CH3COOH + Mg (CH3COO)2Mg + H2

Pengesteran

Apabila asid karboksilik dididih di bawah refluks dengan alkohol dalam kehadiran asid sulfurik (Vl) pekat sebagai pemangkin, satu ester akan dihasilkan. CH3COOH + C2H5OH CH3COOHC2H5 + H2O

Penghalogenan (penggantian nekleofilik) Asid karboksilik anhidrous bertindak balas dengan fosfurus(V) klorida atau sulphur diklorida oksida untuk menghasilkan asid klorida. Dalam kedua-dua keadaan, wasap putih hidrogen klorida dihasilkan. CH3COOH + PCl5 CH3COOCl + HCl

Penurunan Litium tetrahidridoaluminat (lll) yang larut dalam eter menurunkan asid karboksilik untuk menjadi alkohol primer. CH3COOH + 4[H] CH3CH2OH + H2O

Pengoksidaan

Anda mungkin juga menyukai