Anda di halaman 1dari 13

PRAKTIKAL 4 Objektif

: TINDAKBALAS PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN :Menyiasat tindakbalas pengoksidaan dan penurunan dalam pemindahan elektron pada sesuatu jarak

Bahan - bahan

: 2.0 mol dm-3 asid sulfurik, 0.5 mol dm-3 larutan ferum (II) sulfat yang baru disediakan, 0.2 mol dm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid, 0.5 mol dm-3 larutan kalium iodida, 0.2 mol dm-3 larutan kalium dikromat (VI), 0.2 mol dm-3 larutan kalium tiocianat, 1% larutan kanji.

Radas

:U-tube, galvanometer, wayar dan klip buaya, elektrod karbon, kaki retort dan penyepit, tabung uji, penitis, penutup dengan satu lubang.

Teori

Agen pengoksidaan Pengoksidaan Agen penurunan


Penambahan oksigen Kehilangan hidrogen Kehilangan elektron Penambahan nombor pengoksidaan Kehilangan oksigen Penambahan hidrogen Penerimaan elektron Pengurangan nombor pengoksidaan

Penurunan

Pemindahan elektron pada satu jarak

Rajah 1

Semua tindakbalas yang berlaku akan melibatkan tindak balas pengoksidaan serta tindak balas penurunan dan ianya akan saling berkait di antara satu sama lain. Bagi tindak balas pengoksidaan ianya akan melibatkan tindak balas penurunan manakala semua tinda kbalas penurunan akan melibatkan tindakbalas

pengoksidaan . Bagi tindak balas redoks pula,ianya adalah tindak balas yang berlaku apabila satu tindak balas pengoksidaan dan tindak balas penurunan berlaku serentak. Sesuatu bahan disebut agen pengoksidaan apabila : 1) Bahan itu dapat membekalkan oksigen kepada sesuatu bahan yang perlu dioksidakan. 2) Bahan tersebut dapat menyingkirkan hidrogen daripada bahan yang perlu dioksidakan. Sesuatu bahan disebut agen penurunan apabila : 1) Bahan itu dapat menyingkirkan oksigen daripada sesuatu bahan yang perlu diturunkan. 2) Bahan tersebut dapat menambahkan hidrogen kepada bahan yang perlu diturunkan. (SPM Kimia, 2004) Contoh tindakbalas redoks : Tindak balas yang melibatkan penambahan dan kehilangan oksigen

Perhatikan bahawa bahan yang akan mengalami penurunan merupakan agen pengoksidaan manakala bahan yang mengalami pengoksidaan pula

merupakan agen penurunan. Tindak balas yang melibatkan kehilangan dan penambahan elektron

Tindak balas redoks yang melibatkan penambahan nombor pengoksidaan dan pengurangan nombor pengoksidaan

(Portal pendidikan utusan, 2002) Apakah makna pemindahan elektron pada satu jarak ?

Perpindahan elektron berlaku apabila terdapat agen pengoksidaan dan agen penurunan yang dipisahkan oleh elektrolit di dalam tiub-U dan tindak balas redoks berlaku dengan perpindahan elektron melalui wayar yang bersambung.

Tindakb alas redoks dipisahkan dalam satu jarak. Tiub-U perlu disambungkan dengan menggunakan titian garam, hal ini membolehkan pemindahan ion-ion berlaku. Pemindahan elektron di luar tiub-U dilakukan dengan menggunakan wayar konduktor seperti rajah di bawah. Susunan alat seperti ini dikenali sebagai sel redoks tiub-U (SPM Kimia, 2004)

Rajah 1 : Sel redoks tiub-U

Prosedur

1. Tiub-U disepit pada kaki retort. 2. Larutan sulfurik asid dituang kedalam tiub-U sehingga paras 6cm jauh dari mulut tiub-U. 3. 0.5 mol dm-3 ferum(II) sulfat ditambah pada satu bahagian tiub-U sehingga lapisan ferum(II) sulfat mencapai ketinggian 3cm dengan menggunakan penitis. 4. 0.2 mol dm-3 kalium dikromat (VI) berasid ditambah pada sebelah lagi bahagian tiub-U sama seperti langkah 3. 5. Elektrod karbon diletakkan pada kedua-dua belah tiub-U. 6. Elektrod karbon tersebut disambungkan pada galvanometer seperti yang ditunjukkan pada rajah 2. Elektrod yang berfungsi sebagai terminal positif dan terminal negatif telah dikenalpasti berdasarkan pesongan jarum

galvanometer. 7. Alat radas tadi dibiarkan selama 30 minutes, perubahan diperhatikan. 8. 1cm3 daripada larutan ferum(II) sulfat diambil daripada tiub-U dengan menggunakan penitis dan diletakkan di dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiocianat ditambah. Perubahan diperhatikan. 9. Langkah 1-7 diulang menggunakan 0.5 mol dm-3 larutan kalium iodida dan 0.2 mol dm-3 kalium manganat (VII) berasid menggantikan ferum(II) sulfat dan kalium dikromat (VI) berasid. 10. Langkah 8 diulang dengan menguji larutan kalium iodida dengan 1% larutan kanji.

Elektrod karbon Larutan ferum(II) sulfat Tiub-U Asid sulfurik Rajah 2 Larutan kalium dikromat (VI)

Keputusan: 1) Tindakbalas redoks antara ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) Pemerhatian a) Elektrod larutan karbon ferum(II) Inferens dalam Elektron mengalir dari larutan sulfat ferum(II) sulfat ke larutan kalium

bertindak sebagai terminal dikromat (VI) berasid. negatif manakala elektrod

karbon dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid

bertindak sebagai terminal positif. b) Larutan sulfat Ion ferum(II) bertukar kepada ion bertukar dari warna hijau ferum(III) pada akhir tindakbalas. muda kepada kuning. Pertukaran warna kalium tiocianat Larutan kuning tersebut daripada tidak bewarna kepada ferum(II) menukar tiocianat bewarna kalium merah darah menunjukkan kehadiran daripada tidak ferum (III). larutan kepada warna Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + 1e

merah darah. c) Larutan kalium dikromat (VI) Ion dikromat (VI) diturunkan kepada bertukar daripada warna ion chromium . jingga kepada hijau. Cr2O7 2- + 14H+ + 6e 2Cr 3+ + 7H2O

2) Tindakbalas redoks antara kalium iodida dengan kalium manganat (VII) Pemerhatian a) Elektrod larutan karbon kalium Inferens dalam Elektron bergerak dari larutan kalium iodida iodida ke larutan kalium manganat

bertindak sebagai terminal (VII) berasid. negatif, manakala elektrod

karbon dalam larutan kalium manganat (VII) berasid

bertindak sebagai terminal positif. b) Larutan kalium iodida yang Ion iodida bertukar kepada iodin tidak berwarna bertukar pada akhir tindakbalas. Pertukaran kepada Larutan menukar warna perang larutan perang. warna larutan kanji kepada warna tersebut biru gelap menunjukkan kehadiran kanji iodin. 2I - I2 + 2e

kepada warna biru gelap. c) Larutan kalium

manganat Ion manganat VII telah diturunkan kepada mangan II. (VII) berasid bertukar + 2+ daripada warna ungu MnO4 + 8H + 5e Mn + 4H2O bertukar berwarna. menjadi tidak

Soalan

1. I) Tuliskan persamaan redoks bagi kedua-dua tindakbalas dalam eksperimen yang dijalankan. (4m)

a. Tindakbalas antara ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) Persamaan Setengah : Cr2O7 2- + 14 H+ + 6e- 2 Cr3+ + 7H2O ( Fe2+ Fe3+ + e ) x6 6Fe2+ 6 Fe3+ + 6eCr2O7 2- + 14 H+ + 6e- 2 Cr3+ + 7H2O Cr2 O 22- 7 Cr2O7 (ak) + 6Fe 2+ (ak) + 14H+ (ak) 2Cr 3+ (ak) + 6Fe 3+ (ak) + 7H2O (ce) b. Tindakbalas antara kalium iodida dengan kalium manganat (VII) Persamaan Setengah : Anod ( 2I- I2 + 2e- ) x5 10 I- 5I2 + 10eKatod ( MnO4 + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4 H2O ) x2 2MnO4 + 16H+ + 10e- 2Mn2+ + 8H2O Persamaan Keseluruhan 10 I- 5I2 + 10e2MnO4 + 16H+ + 10e- 2Mn2+ + 8H2O 10I (ak) + 2MnO4 (ak) + 16H+ (ak) 2Mn 2+ (ak) + 5I2 (ak) + 8H2O (ce)

II) Pada setiap tindakbalas nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan. i. : Ion dikromat (VI) ( Cr2O7 2-) : Ion ferum(II) ( 6Fe 2+) : Ion manganat (VII) ( MnO4 -) : Ion iodida ( I -) (4m)

Tindakbalas antara ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) Agen pengoksidaan Agen penurunan

ii.

Tindakbalas antara kalium iodida dengan kalium manganat (VII) Agen pengoksidaan Agen penurunan

2. Nyatakan arah pergerakan elektron didalam setiap tindakbalas redoks yang dijalankan semasa eksperimen. i. (4 m)

Tindakbalas antara ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) Elektron bergerak dari larutan ferum(II) sulfat ke larutan kalium dikromat (VI) berasid.

ii. Tindakbalas antara kalium iodida dengan kalium manganat (VII) Elektron bergerak dari larutan kalium iodida ke larutan kalium manganat (VII) berasid.

3. Nyatakan fungsi penggunaan sulfurik asid.

(2 m)

Asid sulfurik akan bertindak sebagai titian garam untuk melengkapkan litar. Hal ini membolehkan ion-ion berpindah melaluinya di antara dua larutan yang telah dipisahkan. Selain itu sebarang jenis ggaram ion lain dalam bentuk akues juga boleh digunakan menggantikan asid sulfurik untuk bertindak sebagai titian garam. 4. Nyatakan 2 pasangan larutan yang boleh digunakan untuk eksperimen diatas (redoks). I. II. Larutan ferum(II) sulfat + larutan bromin Larutan stanum(II) klorida + kalium dikromat (VI) berasid (2m)

5. Jelaskan mengapa kalium bromida tidak boleh digunakan untuk mengantikan asid sulfurik. Kerana kalium bromida adalah agen pengoksidaan yang kuat dan ianya boleh bertindakbalas dengan lapisan larutan dalam U-tube tersebut maka dengan itu kalium bromida tidak boleh menggantikan asid sulfurik

Perbincangan : 1) Tindakbalas redoks antara ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) Ion-ion ferum (II) mengalami proses pengoksidaan Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + 1e Ion ferum(II) melepaskan satu elektron untuk menghasilkan ion ferum(III). Ketika ini, ferum(II) telah dioksidakan kepada ferum(III). Elektron-elektron ini akan terkumpul pada elektrod karbon yang dicelup ke dalam ferum(II) sulfat dan bercas negatif, elektrod ini berfungsi sebagai terminal negatif. Kemudian elektron-elektron ini akan mengalir ke elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium dikromat (VI). Kalium dikromat (VI) akan menerima elektron tersebut dan mengalami proses penurunan untuk membentuk ion kromium Cr2O7 2- + 14H+ + 6e 2Cr 3+ + 7H2O. Maka, elektrod karbon yang dicelup pada lapisan kalium dikromat (VI) bertindak sebagai terminal positif. Kedua-dua tindakbalas ini menerangkan tentang perubahan warna yang berlaku semasa eksperimen. Dengan adanya gerakan elektron-elektron dari terminal negatif ke positif, maka arus elektrik dihasilkan. Kehadiran arus ini telah memesongkan jarum galvanometer.

2) Tindakbalas redoks antara kalium iodida dengan kalium manganat (VII) Ion-ion iodida mengalami proses pengoksidaan 2I - I2 + 2e Ion-ion iodida melepaskan satu elektron untuk menghasilkan iodin. Ketika ini, ion iodida telah dioksidakan kepada iodin. Elektron-elektron ini akan terkumpul pada elektrod karbon yang dicelup ke dalam kalium iodida dan bercas negatif, elektrod ini berfungsi sebagai terminal negatif. Kemudian elektron-elektron ini akan mengalir ke elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium manganat (VII). Kalium manganat (VII) akan menerima elektron tersebut dan mengalami proses penurunan untuk membentuk ion mangan MnO4 - + 8H+ + 5e Mn 2+ + 4H2O. Maka, elektrod karbon yang dicelup pada lapisan Kalium manganat (VII) bertindak sebagai terminal positif. Kedua-dua tindakbalas ini menerangkan tentang perubahan warna yang berlaku semasa eksperimen. Dengan adanya gerakan elektron-elektron dari terminal negatif ke positif, maka arus elektrik dihasilkan. Kehadiran arus ini telah memesongkan jarum galvanometer.

Kesimpulan : 1) Tindakbalas redoks antara ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) Elektrod karbon dalam larutan ferum(II) sulfat bertindak sebagai terminal negatif manakala elektrod karbon dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid bertindak sebagai terminal positif. Larutan ferum(II) sulfat bertukar dari warna hijau muda kepada kuning pada akhir tindakbalas menunjukkan perubahan daripada ferum(II) kepada ferum(III).

2) Tindakbalas redoks antara kalium iodida dengan kalium manganat (VII) Elektrod karbon dalam larutan kalium iodida bertindak sebagai terminal negatif, manakala elektrod karbon dalam larutan kalium manganat (VII) berasid bertindak sebagai terminal positif. Larutan kalium iodida yang tidak berwarna bertukar kepada warna perang pada akhir tindakbalas menunjukkan ion iodida telah bertukar kepada iodin.

RUJUKAN

Buku

Kau, T. K. (2008). Tindak balas pengoksidaan dan penurunan. . Selangor: . Sasbadi Sdn. Bhd.

Internet

Tindak balas pengoksidaan dan penurunan. (2008). Retrieved 2 4, 2013, from http://pkukmweb.ukm.my: http://pkukmweb.ukm.my/mbz/kuliah/stkk1113/kuliah39/kuliah39.html

Tindak balas pengoksidaan dan penurunan. (2008). Retrieved 2 4, 2013, from http://www.searchinpdf.com/pdf: http://www.searchinpdf.com/pdf/Tindak-Balas-

Pengoksidaan-dan-Penurunan-(REDOKS)-RANCANGAN-....html

Tindak balas pengoksidaan dan penurunan. (2004). Retrieved 1 22, 2013, from http://www.tutor.com.my: http://www.tutor.com.my/tutor/cetakarkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=JUL&m=1&i=PNP&t =&r=g

Tindak balas pengoksidaan dan penurunan. (2009). Retrieved 2 4, 2013, from http://www.mysenang.com: http://www.mysenang.com/news4.php?url=/2012/12/28/Tindak-balas-redoks/

Anda mungkin juga menyukai