Anda di halaman 1dari 4

[Pick the date]

AMALI 4

Tujuan : Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk


pemindahan elektron pada satu jarak.
Bahan : 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat
(disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm -3
larutan kalium manganat (VII) berasid, 0.5 moldm -3 larutan kalium
iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3
larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .

Alat Radas : Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon,


kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu
lubang.

Prosedur :

1. Tiub – U diletakkan pada pemegang kaki retot.

2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari


mulut tiub-U.

3. Tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm -3 ferum(II) sulfat


dengan menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras
larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm.

4. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm -3 larutan kalium dikromat (VI)


berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi.

5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U.

1
[Pick the date]

6. Elektrod diambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam


Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang
bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai
terminal negatif ditentukan.

7. Radas dibiarkan tersebut selama 30 minit, sebarang perubahan yang


berlaku diperhatikan.
8. Dengan menggunakan penitis yang bersih, 1 cm 3 larutan ferum(II) sulfat
dikeluarkan dari tiub-U dan dimasukkannnya ke dalam tabung uji.
Beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam
tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan.

9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan 0.5 moldm -3


kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi
menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI)
berasid.

10. Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan
kanji 1 %.

2
[Pick the date]

Galvanometer

Elektrod karbon

Larutan ferum (II) sulfat


Larutan berasid kalium dikromat (VI)

Tiub-U
Asid sulfurik

Rajah 2

Keputusan :
Bahan Anod Katod Galvanometer Pemerhatian
Larutan Ferum (II)
sulfat + larutan Kalium
dikromat (VI) berasid

Larutan Kalium iodida


+ Larutan Kalium
manganat (VII)
berasid

Soalan:

3
[Pick the date]

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks


yang dijalankan dalam amali ini.

(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan


agen penurunan.

2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks


tersebut.

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.

4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam


amali di atas.

5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk


menggantikan asid sulfurik?

Anda mungkin juga menyukai