Anda di halaman 1dari 7

SCE 3109: TENAGA DALAM KIMIA

PRAKTIKAL 4: TINDAK BALAS REDOKS

EKSPERIMEN 4

Tujuan

: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu jarak. : 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat (disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm -3 larutan kalium manganat (VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .

Bahan

Alat Radas : Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.

Prosedur : 1. Tiub U diletakkan pada pemegang kaki retot. 2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U. 3. Tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat

dengan menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Elektrod diambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif ditentukan.

7. Radas diniarkan tersebut selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku diperhatikan. 8. Dengan menggunakan penitis yang bersih, 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dikeluarkan dari tiub-U dan dimasukkannnya ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan. 9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan 0.5 moldm-3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid 10. Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.

Keputusan :

Bahan Larutan Ferum (II) sulfat + larutan Kalium dikromat (VI) berasid Larutan Kalium iodida + Larutan Kalium manganat (VII) berasid

Anod Larutan ferum (II) sulfat

Katod Larutan Kalium dikromat (VI) berasid Larutan Kalium manganat (VII) berasid

Galvanometer Jarum Galvanometer bergerak ke arah kanan Jarum Galvanometer bergerak ke arah kanan

Pemerhatian Ferum (ll) menjadi warna coklat kemerahan Kalium bertukar menjadi warna biru

Larutan Kalium iodida

Perbincangan :

Kesimpulan : Berlaku pemindahan elektron dari katod ke anod melalui wayar penyambung.

Soalan:

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini.

Tindak balas 1: FeSO4 + K2Cr2O7 Fe Cr2O7 + K2 SO4 Tindak balas 2: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce)

(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan.

Tindak Balas

Agen Pengoksidaan Ion Ferum (ll) sulfat Ion Manganat (Vll)

Agen Penurunan

(FeSO4 dan K2Cr2O7) (KI dan KMnO4)

Dichromate (Vl) ion Ion Iodida

2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut.

Tindak balas 1 (FeSO4 and K2Cr2O7) Terminal negatif (FeSO4) ke terminal positif (K2Cr2O7)

Tindak balas 2 (KI and KMnO4) Terminal negatif (KI) ke terminal positif (KMnO4)

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.

Fungsi asid sulfurik adalah ia bertindak sebagai jambatan garam yang memisahkan tindak balas setengah dan juga melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion dalam litar.

4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas.

Dua lagi pasangan larutan yang boleh digunakan untuk eksperimen di atas adalah: i. Magnesium sulfat (MgSO4) dan Kalium klorida (KCl) ii. Plumbum (II) nitrat (Pb (NO3)2) dan kalium sulfat (K2SO4) 5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik?

Kerana larutan bromida kalium akan bertindak balas dengan bahan tindak balas. Ini akan menyebabkan tindak balas tidak berlaku. Selain itu, kompaun itu tidak akan membenarkan pergerakan ion dalam tindak balas.

Anda mungkin juga menyukai