Anda di halaman 1dari 10

AMALI 2: MENYIASAT PENGOKSIDAAN PENURUNAN BAGI PEMINDAHAN

ELEKTRON PADA SUATU JARAK.

Pengenalan
Pemindahan elektron, banyak tindak balas redoks (pengoksidaan dan
penurunan) boleh diterangkan sebagai pemindahan elektron. Pengoksidaan adalah
kehilangan elektron; penurunan adalah pengambilan elektron. Agen pengoksidaan
mengambil elektron manakala agen penurunan memberi elektron. Dengan
memisahkan larutan agen penurunan dan larutan agen pengoksidaan pada satu
jarak oleh satu titian garam di dalam sebuah tiub-U, pemindahan elektron daripada
agen penurunan kepada agen pengoksidaan dapat dilakukan melalui satu wayar
(litar luar). Alat ini dikenal sebagai sel redoks tiub-U.
Bahan: Kalium iodida berair (10%), air bromin, kalium manganat (VII) berair (0.02
M), 2M asid sulfurik, larutan ferum (II) sulfat berasid, kalium dikromat (VI)
berair, larutan kalium tiosanat (1/60 m).
Radas : Tiub-U, elektrod karbon, galvanometer, wayar-wayar penyambung dengan
klip buaya
Eksperimen (a) : Sel redoks menggunakan air bromin sebagai agen
pengoksidaan dan larutan ferum (II) sulfat sebagai agen
penurunan.
Prosedur:
1) Sebuah tiub-U diisikan dengan asid sulfurik cair sehingga kira-kira 5 cm dari
paras atas tiub.
2) Tiub-U diapit secara menegak dengan kaki retort.
3) Dengan cermat, air bromin dimasukkan ke dalam salah satu lengan tiub-U
dengan menggunakan penitis sehingga satu lapisan kira-kira 2 cm tinggi
terbentuk di atas asid sulfurik cair.

4) Dengan cara yang sama, larutan ferum (II) sulfat yang baru disediakan
dimasukkan ke dalam lengan yang satu lagi untuk membentuk satu lapisan
2 cm tinggi.
5) Kemudian letakkan elektrod-elektrod karbon supaya sebahagiannya tercelup
dalam lapisan-lapisan atas dalam tiub-U.
6) Elektrod-elektrod karbon kemudian disambungkan

kepada

sebuah

galvanometer dengan menggunakan wayar-wayar penyambung.


Pemerhatian:
Rajah 1 Tindak balas air bromin dengan larutan ferum (II) sulfat

1) Jarum galvanometer berpesong dan ini menunjukkan arus mengalir


daripada elektrod karbon yang tercelup dalam air bromin kepada elektrod
karbon yang tercelup dalam larutan ferum (II) sulfat melalui wayar
penyambung.
2) Warna larutan perang air bromin menjadi semakin pudar sehingga tidak
berwarna.
3) Larutan hijau muda ferum (II) sulfat bertukar kepada larutan kuning secara
perlahan-lahan.

Kesimpulan:
Jarum galvanometer terpesong menunjukkan tenaga elektrik telah
dihasilkan. Dalam sel redoks ini, terminal negatif ialah elektrod karbon yang
tercelup dalam lapisan ferum (II) sulfat, manakala terminal positif ialah
elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan air bromin.
Perbincangan
1) Di terminal negatif, iaitu elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan
ferum (II) sulfat, ion-ion ferum (II) dioksidakan kepada ion-ion ferum (III)
secara melepaskan elektron. Maka, ion ferum (II) bertindak sebagai agen
penurunan.
Fe2+ (ak)

Fe3+ (ak) + e- (pengoksidaan)

Elektron-elektron yang terbebas itu terkumpul pada elektrod karbon dan


menyebabkan elektrod itu bercas negatif lalu bertindak sebagai terminal
negatif.
2) Elektron-elektron itu kemudian mengalir melalui wayar penyambung(litar
luar) ke elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan air bromin.
3) Di terminal positif, iaitu elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan air
bromin, bromin diturunkan kepada ion bromida secara menerima elektron.
Br2(ak) + 2e-

2Br-(ak) (penurunan)

Maka, bromin bertindak sebagai agen pengoksidaan. Larutan perang air


bromin bertukar kepada larutan tidak berwarna ion bromida di terminal
positif.
4) Pemindahan elektron yang berterusan daripada agen penurunan Fe 2+ (ak) di
elekrod negatif kepada egen pengoksidaan Br 2 (ak) di elektrod positif melalui
wayar penyambung akan menghasilkan pengaliran arus elektrik.
5) Untuk mengesahkan bahawa ion ferum (II) telah dioksidakan kepada ion
ferum (III) diterminal negatif, sedikit larutan di sekeliling elektrod negatif
dikeluarkan

dan

diuji

dengan

larutan

natrium

hidroksida

akueus.

Pembentukan mendaka perang kemerahan yang tidak larut dalam NaOH


berlebihan mengesahkan kehadiran ion ferum (III).
6) Persamaan ion-elektron setengah sel:
Elektrod negatif: Fe2+ (ak)
Fe3+ (ak) + eElektrod positif : Br2(ak) + 2e2Br-(ak)

7) Persamaan ion bagi tindak balas keseluruhan sel itu ialah:


2Fe2+(ak) + Br2(ak)

2Fe3+(ak) + 2Br-(ak)

8) Persamaan sel Daniell bagi sel ini ialah


Fe2+/ Fe3+// Br2/ Br9) Dalam tindak balas redok ini:
a) Bromin, yang bertindak sebgai agen pengoksidaan, mengoksidakan ion
ferum (II) kepada ion ferum (III).
b) Ion ferum (II), yang bertindak sebagai agen penurunan, menurunkan bromin
kepada ion bromida.
10)Fungsi asid sulfurik cair di dalam tiub-U adalah sebagai titian garam untuk
melengkapkan litar supaya ion-ion dapt berpindah melaluinya di antara dua
larutan yang telah dipisahkan.

Eksperimen (b) : Sel redoks yang menggunakan kalium manganat (VII) berasid
sebagai agen pengoksidaan dan larutan kalium iodida
sebagai agen penurunan.
Prosedur:
1) Sebuah tiub-U diisikan dengan asid sulfurik cair sehingga kira-kira 5 cm dari
paras atas tiub.
2) Tiub-U diapit secara menegak dengan kaki retort.
3) Dengan cermat, air kalium manganat (VII) berasid dimasukkan ke dalam
salah satu lengan tiub-U dengan menggunakan penitis sehingga satu lapisan
kira-kira 2 cm tinggi terbentuk di atas asid sulfurik cair.
4) Dengan cara yang sama, larutan kalium iodida yang baru disediakan
dimasukkan ke dalam lengan yang satu lagi untuk membentuk satu lapisan 2
cm tinggi.
5) Kemudian letakkan elektrod-elektrod karbon supaya sebahagiannya tercelup
dalam lapisan-lapisan atas dalam tiub-U.
6) Elektrod-elektrod karbon kemudian disambungkan

kepada

sebuah

galvanometer dengan menggunakan wayar-wayar penyambung.


Pemerhatian:
Rajah 2 Tindak balas kalium manganat (VII) berasid dengan larutan kalium
iodida

1) Jarum galvanometer berpesong dan ini menunjukkan arus mengalir daripada


elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium manganat (VII) berasid
kepada elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium iodida.
2) Warna larutan ungu lapisan kalium manganat (VII) berasid semakin pudar.
3) Lapisan larutan kalium iodida tidak berwarna bertukar kepada larutan kuningkeperangan.
Kesimpulan:
Pergerakan jarum galvanometer menunjukkan tenaga elektrik telah
dihasilkan, dan terminal positif ialah elektrod karbon yang tercelup di dalam
lapisan kalium manganat (VII) berasid, manakala terminal negatif ialah
elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium iodida.
Perbincangan:
1) Di terminal negatif, iaitu elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium
iodida, ion-ion iodida dioksidakan kepada iodin melalui pembebasan elektron.
2I-(ak)

I2(ak) + 2e- (pengoksidaan)

Dengan yang demikian, ion iodida bertindak sebagai agen penurunan.


Larutan kuning-keperangan iodin terhasil di terminal negatif. Elektron-elektron
yang dilepaskan oleh ion-ion iodida di terminal negatif terkumpul pada
elektrod karbon di situ dan menyebabkan elektrod itu bercas negatif.
2) Elektron-elektron itu kemudian mengalir melalui wayar penyambung ke
elektrod karbon yang tercelup di dalam lapian kalium manganat (VII) berasid.
3) Di terminal positif, iaitu elektrod karbon yang tercelup dalam larutan kalium
manganat (VII) berasid, ion manganat (VII) diturunkan kepada ion mangan
(VII) melalui penerimaan elektron.
MnO4-(ak) + 8H+(ak) + 5e-

Mn2+(ak) + 4H2O(ce) (penurunan)

Jadi, ion manganat (VII) bertindak sebagai agen pengoksidaan. Larutan ungu
ion manganat (VII) bertukar kepada larutan hampir tidak berwarna (merah
jambu muda) ion mangan (II).
4) Pemindahan elektron yang berterusan daripada agen penurunan ion iodida di
elektrod negatif kepada agen pengoksidaan ion manganat (VII) di elektrod
positif melalui wayar penyambung telah menghasilkan pengaliran arus
elektrik.

5) Untuk mengesahkan bahawa ion iodida telah dioksidakan kepada iodin,


sedikit larutan kuning-keperangan yang terhasil di sekeliling elektrod negatif
dikeluarkan dan diuji dengan larutan kanji. Pembentukan warna biru tua akan
mengesahkan kehadiran iodin.
6) Persamaan ion-elektron sel setengah:
Elektrod negatif: 2I-(ak)

I2(ak) + 2e-

Elektrod positif : MnO4-(ak) + 8H+(ak) + 5e-

Mn2+(ak) + 4H2O(ce)

7) Persamaan ion bagi tindak balas keseluruhan sel itu ialah:


10I-(ak) + 2MnO4- + 16H+

5I2(ak) + 2Mn2+(ak) + 8H2O(ce)

8) Persamaan sel Daniell bagi sel ini ialah:


I-/ I2// MnO4-/ Mn2+// H+/ H2O
9) Dalam tindak balas redoks ini;
a) Ion manganat (VII) yang

bertindak

sebagai

agen

pengoksidaan

mengoksida ion iodida kepada iodin.


b) Ion iodida yang bertindak sebagai agen penurunan, menurunkan ion
manganat (VII) kepada ion mangan (II).
10) Kalium manganat (VII) berasid mesti diasidkan dengan asid sulfurik cair.
Dalam eksperimen sel tiub-U ini, larutan kalium manganat (VII) telah
diasidkan oleh asid sulfurik cair daripada titian garam.

Eksperimen (c) : Sel redoks yang menggunakan kalium dikromat (VI) berasid
sebagai agen pengoksidaan dan larutan ferum (II) sulfat
sebagai agen penurunan.
Prosedur:
1) Sebuah tiub-U diisikan dengan asid sulfurik cair sehingga kira-kira 5 cm dari
paras atas tiub.
2) Tiub-U diapit secara menegak dengan kaki retort.
3) Dengan cermat, air kalium dikromat (VI) berasid dimasukkan ke dalam salah
satu lengan tiub-U dengan menggunakan penitis sehingga satu lapisan kirakira 2 cm tinggi terbentuk di atas asid sulfurik cair.
4) Dengan cara yang sama, larutan ferum (II) yang baru disediakan dimasukkan
ke dalam lengan yang satu lagi untuk membentuk satu lapisan 2 cm tinggi.
5) Kemudian letakkan elektrod-elektrod karbon supaya sebahagiannya tercelup
dalam lapisan-lapisan atas dalam tiub-U.
6) Elektrod-elektrod karbon kemudian disambungkan

kepada

sebuah

galvanometer dengan menggunakan wayar-wayar penyambung.


Pemerhatian:
Rajah 3 Tindak balas kalium dikromat (VI) berasid dengan larutan ferum (II)
sulfat.

1) Jarum galvanometer berpesong dan ini menunjukkan arus mengalir daripada


elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium dikromat (VI) kepada
elektrod karbon yang tercelup di dalam kalium ferum (II) sulfat.
2) Larutan jingga lapisan kalium dikromat (VI) bertukar kepada larutan hijau
secara perlahan-lahan.
3) Larutan hijau muda lapisan ferum (II) sulfat bertukar kepada larutan kuning
secara perlahan-lahan.
Kesimpulan:
Pergerakan jarum galvanometer yang terpesong menunjukkan tenaga elektrik
telah dihasilkan dan terminal positif ialah elektrod karbon yang tercelup di dalam
lapisan kalium dikromat (VI) berasid, manakala terminal negatif ialah elektrod karbon
yang tercelup di dalam lapisan ferum (II) sulfat.
Perbincangan:
1) Di terminal negatif, iaitu elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan ferum
(II) sulfat, ion-ion ferum (II) dioksidakan kepada ion-ion ferum (III) melalui
kehilangan elektron.
Fe2+(ak)

Fe3+(ak) + e- (pengoksidaan)

Dengan yang demikian, ion ferum (II) bertindak sebagai agen penurunan.
Larutan hijau muda ion ferum (II) bertukar kepada larutan kuning ion ferum
(III). Elektron-elektron yang dilepaskan oleh ion-ion ferum (II) di terminal
negatif terkumpul pada elektrod di situ dan menyebabkan elektrod itu bercas
negatif.
2) Elektron-elektron itu kemudian mengalir melalui wayar penyambung ke
elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium dikromat (VI).
3) Di terminal positif iaitu elektrod karbon yang tercelup di dalam larutan kalium
dikromat (VI) berasid, ion dikromat (VI) diturunkan kepada ion kromium (III)
melalui penerimaan elektron.
Cr2O72-(ak) + 14H+(ak) + 6e-

2Cr3+(ak) + 7H2O(ce) (penurunan)

Jadi, ion dikromat (VI) bertindak sebagai agen pengoksidaan. Larutan jingga
ion dikromat (VI) bertukar kepada larutan hijau ion kromium (III).
4) Pemindahan elektron yang berterusan daripada agen penurunan ion ferum
(II) di elektrod negatif kepada agen pengoksidaan ion dikromat (VI) di elektrod

positif melalui wayar penyambung telah menghasilkan pengaliran arus


elektrik.
5) Untuk mengesahkan bahawa ion ferum (II) telah dioksidakan kepada ion
ferum (III) di elektrod negatif, sedikit larutan yang terhasil dari sekeliling
elektrod negatif dikeluarkan dan diujikan dengan larutan kalium tiosianat.
Pembentukan warna merah darah membuktikan ion ferum (III) hadir.
6) Persamaan ion-elektron sel setengah:
Elektrod negatif: Fe2+(ak)

Fe3+(ak) + e-

Elektrod positif : Cr2O72-(ak) + 14H+(ak) + 6e-

2Cr3+(ak) + 7H2O(ce)

7) Persamaan ion bagi tindak balas keseluruhan sel itu ialah:


Fe2+(ak) + Cr2O72-(ak) + H+(ak)

Fe3+(ak) + Cr3+(ak) + H2O(ce)

8) Persamaan sel Daniell bagi sel ini ialah:


Fe2+/ Fe3+// Cr2O72-/ Cr3+// H+/ H2O
9) Dalam tindak balas redoks ini:
a) Ion dikromat (VI) yang bertindak sebagai agen pengoksidaan telah
mengoksidakan ion ferum (II) kepada ion ferum (III).
b) Ion ferum (II) yang bertindak sebagai agen penurunan telah menurunkan
ion dikromat (VI) kepada ion kromium (III).
10) Dalam eksperimen ini, larutan kalium dikromat (VI) telah diasidkan oleh asid
sulfurik cair daripada titian garam.

Rujukan:
Buni Bin Sunade, Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah dan Lim Yean Ching. (2001).
Kimia tingkatan 4. Johor Darul Takzim: Zeti Enterprise
Tan Yin Toon. (1996). Kimia fizik stpm. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd
Yee Sye Foong. (2001). Kimia tingkatan 4. Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai