Anda di halaman 1dari 10

Soalan: 1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini.

Tindak balas 1: FeSO4 + K2Cr2O7 Fe Cr2O7 + K2 SO4 Tindak balas 2: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce) (ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen

penurunan. Tindak Balas (FeSO4 dan K2Cr2O7) (KI dan KMnO4) Agen Pengoksidaan Dichromate (Vl) ion
Ion Manganat (Vll)

Agen Penurunan
Ion Ferum (ll) sulfat Ion Iodida

2.Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut. Tindak balas 1 (FeSO4 and K2Cr2O7) Tindak balas 2 (KI and KMnO4)

Terminal negatif (FeSO4) ke terminal Terminal negatif (KI) ke terminal positif positif (K2Cr2O7) (KMnO4)

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan. Fungsi asid sulfurik adalah ia bertindak sebagai jambatan garam yang memisahkan dua larutan bahan tindak balas dan membenarkan ion-ion mengalir melaluinya untuk melengkapkan litar.

4.Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas. Dua lagi pasangan larutan yang boleh digunakan untuk eksperimen di atas adalah: I. II. III. Larutan stanum (ll) klorida dan larutan ferum (lll) klorida Magnesium sulfat (MgSO4) dan Kalium klorida (KCl) Plumbum (II) nitrat (Pb (NO3)2) dan Kalium sulfat (K2SO4)

5.Mengapakah

larutan

kalium

bromida

tidak

boleh

digunakan

untuk

menggantikan asid sulfurik? Larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik kerana larutan elektrolit akan bertindak balas dengan lapisan agen penurunan dan lapisan agen pengoksidaan dalam tiub-U. Selain itu, ion-ion juga tidak boleh mengalir melaluinya untuk melengkapkan litar.

PRAKTIKAL 4 : PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN Tujuan : Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu jarak. Bahan : 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat (disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % . Alat Radas : Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang. Prosedur : 1. Tiub-U diletakkan pada pemegang kaki retot. 2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U. 3. Tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat dengan menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Elektrod diambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif ditentukan. 7. Radas diniarkan tersebut selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku diperhatikan.

8. Dengan menggunakan

penitis yang bersih, 1 cm 3

larutan ferum(II) sulfat

dikeluarkan dari tiub-U dan dimasukkannnya ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan. 9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan 0.5 moldm -3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid 10. Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodid dengan larutan kanji 1 %.

Pengenalan: Tindak balas redoks merangkumi kesemua proses kimia yang melibatkan perubahan nombor pengoksidaan (keadaan pengoksidaan) pada atom-atomnya. Ini termasuklah proses redoks ringkas seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida, penurunan karbon oleh hidrogen untuk memberikan metana, atau pengoksidaan gula dalam badan manusia, menerusi satu siri proses pemindahan elektron yang sangat rumit. Bahan yang mampu bahan-bahan lain dinamakan oksidatif atau oksidaan dan dikenali sebagai agen pengoksidaan, atau bahan pengoksida. Dilihat dari sudut

berbeza, bahan pengoksida mengeluarkan elektron daripada bahan-bahan lain, lalu menurunkan diri sendiri. Bahan pengoksida biasanya merupakan bahan kimia daripada unsur dengan nombor pengoksidaan yang tinggi (contohnya, H2O2, MnO4-, CrO3, Cr2O72-, OsO4) atau bahan dengan keelektronegatifan tinggi yang boleh menerima satu atau dua elektron lebihan dengan mengoksidakan sesuatu bahan (O, F, Cl, Br). Bahan yang mampu menurunkan bahan-bahan lain dinamakan reduktif dan dikenali sebagai agen penurunan, atau bahan penurun. Dilihat dari segi berlainan, bahan penurun memindahkan elektronnya pada bahan lain. Bahan penurun, dalam bidang kimia adalah sangat pelbagai. Penurun logam - logam keunsuran

elektropositif boleh digunakan (Li, Na, Mg, Fe, Zn, Al) sebagai agen penurunan. Logam-logam ini dengan sedianya menderma atau membuang elektron Cara melihat proses redoks dari segi kimia ialah bahan penurun memindahkan elektron kepada bahan pengoksida. Oleh itu, dalam tindak balas ini, agen penurunan kehilangan elektron dan mengalami pengoksidaan, manakala bahan agen pengoksidaan menerima elektron dan mengalami penurunan.

Keputusan : Bahan Larutan Ferum (II) sulfat + larutan Kalium dikromat (VI) berasid Anod Larutan ferum (II) sulfat Katod Larutan Kalium dikromat (VI) berasid Larutan Kalium iodida + Larutan Kalium manganat (VII) berasid Larutan Kalium iodida Larutan Kalium manganat (VII) berasid Galvanometer Jarum Galvanometer bergerak ke arah kanan Jarum Galvanometer bergerak ke arah kanan Pemerhatian Ferum (ll) menjadi warna merah darah Kalium bertukar menjadi warna biru

Perbincangan : Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan dapat diperhatikan bahawa terdapat dua tindak balas redoks berlaku. Tindak balas pertama adalah antara larutan ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) berasid. Sementara tindak balas kedua adalah antara larutan kalium iodida dan kalium manganat (VII) berasid. Pemerhatian tindak balas pertama, pesongan jarum galvanometer berpesong ke kanan ( 5 mA ) dan ini menunjukkan arus mengalir. Hal ini menunjukkan tenaga elektrik telah dihasilkan dan terminal positif elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan kalium dikromat ( Vl) berasid . Manakala terminal negatif adalah elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan ferum(ll) sulfat. Di terminal negatif iaitu elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan ferum(ll) sulfat, ion-ion ferum (II) dioksidakan kepada ion-ion ferum (III) melalui kehilangan elektron. Fe2+ (ak) Fe3+ + e- [Pengoksidaan] Dengan yang demikian, ion ferum (ll) bertindak sebagai agen penurunan. Ia membebaskan elektron menjadi ion ferum (III). Oleh sebab yang demikian, ferum (ll) sulfat berlaku perubahan warna dari coklat muda kepada warna merah darah. Elektron-elektron yang dilepaskan oleh ion-ion ferum (II) di terminal negatif terkumpul pada elektrod itu bercas negatif. Elektron-elektron itu kemudian mengalir melalui wayar penyambung ke elektrod karbon yang tercelup di dalam lapisan kalium dikromat (VI). Kemudian, di terminal positif, iaitu elektrod karbon yang tercelup di dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid, ion dikromat (VI) diturunkan kepada ion kromium (III) melalui penerimaan elektron. Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e- 2Cr3+ (ak) + 7H20 (ce) [Penurunan] Oleh itu, ion dikromat (VI) bertindak sebagai agen pengoksidaan. Larutan jingga ion dikromat (VI) bertukar kepada larutan hijau ion kromium (III). Pemindahan elektron berterusan daripada agen penurunan ion ferum (II) di elektrod negatif kepada agen pengoksidaan ion dikromat (VI) di elektrod positif melalui wayar penyambung telah menghasilkan pengaliran arus elektrik.

Bagi membuktikan bahawa ion ferum (II) telah dioksidakan kepada ion ferum (III) di elektrod negatif, sedikit larutan yang terhasil dari sekeliling elektrod negatif dikeluarkan dan diuji dengan larutan kalium tiosianat. Warna merah darah terhasil membuktikan kehadiran ion ferum (II). Persamaan setengah Pengoksidaan: Fe2+ (ak) Fe3+ + ePersamaan setengah Penurunan: Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e- 2Cr3+ (ak) + 7H20 (ce) Persamaan keseluruhan: Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6 Fe2+ (ak) 2Cr3+ (ak) + 6Fe3+ (ak) + 7H20 (ce) Asid sulfurik yang digunakan dalam eksperimen ini bertindak sebagai jambatan garam untuk memisahkan tindak balas setengah dan juga untuk melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion untuk mengalir. Dalam eksperimen ini, larutan kalium dikromat (VI) telah diasidkan oleh asid sulfurik cair daripada titian garam. Kesimpulan awalnya, dalam tindak balas redoks ini:a) Ion dikromat (VI) yang bertindak sebagai agen pengoksidaan, telah mengoksidakan ion ferum (II) kepada ion ferum (III). b) Ion ferum (II) yang bertindak sebagai agen penurunan, telah menurunkan ion dikromat (VI) kepada ion kromium (III). Bagi tindak balas kedua antara larutan kalium iodida dan kalium manganat (Vll), pesongan jarum galvanometer berpesong ke kanan ( 12 mA ) dan ini menunjukkan arus mengalir. Hal ini menunjukkan tenaga elektrik telah dihasilkan dan terminal positif elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan kalium manganat (VII) berasid . Manakala terminal negatif adalah elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan kalium iodida. Di terminal negatif iaitu elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan kalium iodida, ion iodida membebaskan elektron untuk membentuk iodin. Proses pengoksidaan berlaku.

Ion iodida bertindak sebagai agen penurunan. Persamaan setengah ionik pengoksidaan : 2I- (g) I2+ 2eElektron yang dibebaskan oleh ion iodida terkumpul pada elektron karbon yang tercelup dalam kalium iodida. Elektron ini kemudian mengalir melalui wayar penyambung ke terminal positif sel, iaitu elektrod karbn yang tercelup dalam larutan kalium manganat (Vll). Elekron ini diterima oleh ion manganat dan membentuk ion mangan. Proses penurunan berlaku. Ion manganat (Vll) bertindak sebagai agen pengoksidaan. Larutan manganat (Vll) menerima elektron dan bertukar menjadi

larutan tanpa warna mangan (ll) ion dan akan menghasilkan air. Persamaan setengah ionik penurunan : MnO4- (ak) + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H20 (ce) Persamaan ionik keseluruhan: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce) Hasil dari tindak balas ini harus diuji dengan larutan kanji 1% untuk mengesan kehadiran iodin dalam larutan yang bertindak balas tadi. Larutan biru tua terhasil.

Langkah Penjagaan: 1) asid sulfurik diambil dalam bekas vakum ( fume box ) kerana cecair tersebut cepat meruap 2) isipadu larutan ferum(II) sulfat dan larutan kalium dikromat (VI) berasid mesti mencapai 3 cm dalam tube - U. 3) Rod karbon perlu mencecah ke larutan di dalam tube U supaya elektron dapat mengalir 4) Mata perlu selari dengan bacaan galvanometer untuk menghindar parallax error 5) Buang semua larutan ke dalam singki dan basuh dengan betul selepas selesai experimen.

Kesimpulan : 1) Ion ferum mengalami pengoksidaan dan ion kalium dikromat (Vl) mengalami penurunan. Pemindaan elektron daripada ion ferum ke kalium dikromat (Vl) berlaku. 2) Ion iodida mengalami pengoksidaan dan ion kalium manganat (VII) mengalami penurunan. Pemindahan elektron daripada ion iodida ke kalium manganat (VII).

3) Berlaku pemindahan elektron dari katod ke anod melalui wayar penyambung.

Rujukan : Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah & Yeow Kek Ong. (2001). Fokus Indigo SPM Kimia. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Lee Chwee Neo (2008). Q&A For Matriculation Chemistry .Published by: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Portal Pendidikan. (2002). Tindak Balas Pengoksidaan dan Penurunan ( REDOKS). Diakses dari http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp pada 30 Januari 2013. Redox Reaction . Diakses dari http://www.shodor.org/unchem/advanced/redox/index.html pada 29 januari 2013

Anda mungkin juga menyukai