Anda di halaman 1dari 6

Praktikal 4: Tindak Balas Redoks Tujuan: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada

satu jarak. Teori: Tindak balas redoks adalah tindak balas kimia di mana tindak balas pengoksidaan dan penurunan berlaku secara seretntak. Tindak balas redoks merangkumi proses-proses seperti pembakaran, pengaratan dan respirasi. Tindak balas redoks boleh diterangkan berdasarkan aspek-aspek seperti berikut: Aspek Penambahan atau kehilangan oksigen, O2 Penambahan atau kehilangan hidrogen, H2 Perubahan nombor pengoksidaan Pemindahan elektron Peningkatan dalam nombor pengoksidaan Kehilangan elektron Penurunan dalam nombor pengoksidaan Penerimaan elektron Kehilangan hidrogen Penambahan hidrogen Pengoksidaan Penambahan oksigen Penurunan Kehilangan oksigen

Dalam sel redoks, dua elektrod disambungkan antara satu sama lain oleh wayar penyambung. Dua elektrod tersebut diletakkan dalam larutan yang mengandungi agen pengoksidaan dan agen penurunan. Asid sulfurik biasanya digunakan sebagai titian garam yang berfungsi untuk memisahkan agen penurunan daripada agen pengoksidaan dan kalium nitrat dan natrium klorida boleh juga digunakan sebagai elektrolit. Antara contoh proses redoks ringkas yang melibatkan proses penurunan dan pengoksidaan ialah seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida dan penurunan karbon oleh hidrogen untuk menghasilkan metana. Pemindahan elektron berlaku daripada agen penurunan kepada agen pengoksidaan melalui wayar penyambung elektrik. Elektrod yang direndam dalam larutan agen penurunan yang mengalami pengoksidaan melalui kehilangan elektron bertindak sebagai terminal negatif. Elektron yang terhasil itu akan mengalir melalui wayar penyambung ke elektrod yang direndam dalam larutan agen pengoksidaan. Elektrod ini akan bertindak sebagai terminal positif.

Bahan: 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat (disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % . Alat Radas: Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang. Prosedur: 1. Tiub U diletakkan pada pemegang kaki retot. 2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U. 3. Tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat dengan menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Elektrod diambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif ditentukan. 7. Radas diniarkan tersebut selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku diperhatikan. 8. Dengan menggunakan penitis yang bersih, 1 cm 3 larutan ferum(II) sulfat dikeluarkan dari tiub-U dan dimasukkannnya ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan. 9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan 0.5 moldm -3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan berasid ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI)

10. Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.

Keputusan:
Bahan Larutan Ferum (II) sulfat + larutan Kalium dikromat (VI) berasid Larutan Kalium iodida + Larutan Kalium manganat (VII) berasid Larutan Kalium iodida Larutan Kalium manganat (VII) berasid Anod Larutan ferum (II) sulfat Katod Larutan Kalium dikromat (VI) berasid Galvanometer Jarum Galvanometer bergerak ke arah kanan Jarum Galvanometer bergerak ke arah kanan Pemerhatian Ferum (ll) menjadi warna coklat kemerahan Kalium bertukar menjadi warna biru

Perbincangan:
Dalam eksperimen ini, terdapat dua reaksi redoks berlaku. Tindak balas pertama adalah antara larutan ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) berasid. Sementara reaksi kedua adalah antara larutan kalium dan kalium manganat (VII) berasid. Dalam tindak balas pertama, ferum (ll) bertindak sebagai agen penurunan. Ia membebaskan elektron menjadi ion ferum (III). Oleh sebab yang demikian, ferum (ll) sulfat berlaku perubahan warna dari hijau pucat kepada warna kemerahan coklat. Berikut adalah persamaan setengah bagi ferum (II). Fe2+ (ak) Fe3+ + e-

Dalam tindak balas ini, ion ferum akan membebaskan elektron di anod dan elektron kemudian melalui elektrod karbon sebelum mengalir ke wayar penyambung. Elektrod karbon bertindak sebagai terminal negatif. Elektrod kemudian mengalir ke terminal positif, yang merupakan karbon elektrod dalam larutan kalium dikromat berasid (VI). Ion dikromat (lV) bertindak sebagai agen pengoksidaan menerima elektron dan oleh itu, menjalani proses penurunan untuk menjadi larutan tanpa warna kromium (ll) ion. Persamaan setengah Pengoksidaan: Fe2+ (ak) Fe3+ + ePersamaan setengah Penurunan: Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e- 2Cr3+ (ak) + 7H20 (ce) Persamaan keseluruhan: Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6 Fe2+ (ak) 2Cr3+ (ak) + 6Fe3+ (ak) + 7H20 (ce) Asid sulfurik yang digunakan dalam eksperimen ini bertindak sebagai titian garam untuk memisahkan tindak balas setengah dan juga untuk melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion untuk mengalir. Dalam tindak balas antara larutan kalium iodida dan kalium manganat (Vll), ion manganat (Vll) bertindak sebagai agen pengoksidaan, jadi ia menerima elektron dan bertukar menjadi larutan tanpa warna mangan (ll) ion dan akan menghasilkan air. Persamaan setengah ionik Penurunan : MnO4- (ak) + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H20 (ce) Persamaan setengah ionik Pengoksidaan : I2 (g) 2I- + 2ePersamaan ionik keseluruhan: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce)

Hasil dari tindak balas ini harus diuji dengan larutan kanji 1% untuk mengesan kehadiran iodin dalam larutan yang bertindak balas tadi.

Kesimpulan: Berlaku pengaliran elektron dari anod ke katod melalui wayar penyambung.

Soalan: 1. (i). Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini. Tindak balas 1: FeSO4 + K2Cr2O7 Fe Cr2O7 + K2 SO4 Tindak balas 2: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce) (ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan. Tindak Balas (FeSO4 dan K2Cr2O7) (KI dan KMnO4) Agen Pengoksidaan Ion Ferum (ll) sulfat Ion Manganat (Vll) Agen Penurunan Dichromate (Vl) ion Ion Iodida

2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut.
Tindak balas 1 (FeSO4 and K2Cr2O7) Terminal negatif (FeSO4) ke terminal positif (K2Cr2O7) Tindak balas 2 (KI and KMnO4) Terminal negatif (KI) ke terminal positif (KMnO4)

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan. Fungsi asid sulfurik adalah bertindak sebagai titian garam yang memisahkan tindak balas separa dan juga melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion dalam litar. 4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas. Dua lagi pasangan larutan yang boleh digunakan untuk eksperimen di atas adalah: i. Magnesium sulfat (MgSO4) dan Kalium klorida (KCl) ii. Plumbum (II) nitrat (Pb (NO3)2) dan kalium sulfat (K2SO4)

5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik? Kalium bromida tidak boleh digunakan bagi menggantikan asid sulfurik kerana elektrolit ini adalah elektrolit lemah yang tidak membolehkan ion-ion bergerak melaluinya. Kalium bromida juga tidak sesuai untuk dijadikan titian garam yang efisyen.

Anda mungkin juga menyukai