Anda di halaman 1dari 11

AMALI 4 Tujuan Untuk mengkaji tindak elektron pada satu jarak. BAHAN: 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.

5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat, 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid , 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid , 0.2 moldm-3 larutan kalium heksasinoferat (lll), 1 % larutan kanji. RADAS: Tiub-U, galvanometer, wayar penyambung dengan klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pengapit, tabung uji, penitis, gabus dengan satu lubang. GAMBARAJAH: balas pengoksidaan dan penurunan dalam pemindahan

LANGKAH BERJAGA-JAGA: 1) U-tube hendaklah ditutup rapat supaya larutan Kalium Iodida tidak meruap. 2) Asid sulfurik hendaklah dikendalikan dengan berhati-hati kerana berbahaya.

PROSEDUR: 1. Tiub U diapitkan pada pemegang kaki retot. 2. Asid sulfurik cair dituangkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm daripada mulut tiub-U. 3. Larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat ditambahkan dengan berhati-hati dengan

menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi dengan berhati-hati. 5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Elektrod diambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif ditentukan. 7. Radas tersebut dibiarkan selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku diperhatikan dan direkodkan. 8. 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dikeluarkan dari tiub-U dengan mengunakan penitis yang bersih dan dimasukkannnya ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan. 9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan 0.5 moldm -3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid. 10. Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 % dan sebarang perhatian direkodkan.

PEMERHATIAN:

Bahan

Galvanome ter

Arah pesongan jarum Pemerhatian galvanometer Dari elektrod karbon dalam larutan ferum (II) sulfat ke elektrod karbon dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid Ferum (II) sulfat berubah

Larutan ferum (II) Jarum sulfat + larutan galvanomet kalium dikromat er terpesong.

daripada hijau muda ke warna jingga. Ferum menjadi (ll) sulfat bertukar kemerahan larutan (lll) redoks

(VI) berasid

warna

apabila diuji dengan kalium selepas berlaku. Warna

heksasainoferat tindak balas

larutan kalium dikromat

(VI) berasid berubah daripada jingga kepada hijau. Larutan kalium Jarum Dari elektord karbon yang tercelup dalam larutan kalium iodide ke elektrod karbon kalium yang tercelup dalam larutan Kalium iodia berubah daripada tak berwarna kepada perang. Apabila bercampur dengan

iodida + Larutan galvanomet kalium manganat er (VII) berasid terpesong.

larutan kanji, larutan biru tua terbentuk. Warna ungu larutan kalium

manganat (VII) berasid

manganat (VII) berasid menjadi semakin pudar.

PERBINCANGAN:

Tindak balas redoks ialah suautu tindak balas yang melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan yang berlaku serentak. Pengoksidaan ialah satu proses yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami sama ada penambahan oksigen atau hidrogen, proses kehilangan elektron sesuatu bahan, proses peningkatan nombor pengoksidaan dan bahan tindak balas dikenali sebagai agen penurunan (Eng, Lim, & Yeow, 1999). Proses penurunan pula berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami sama ada kehilangan oksigen atau penambahan hydrogen, penambahan bilangan elektron sesuatu bahan, proses pengurangan number pengoksidaan dan bahan tindak balas dikenali sebagai agen pengoksidaan (Eng, Lim, & Yeow, 1999).

Di dalam eksperimen ini dua pasangan larutan yang berbeza menggunakan tiub-u.Pasangan pertama adalah larutan Kalium Dikromat (VI) berasid dengan larutan ferum (II) sulfat dan kedua ialah larutan kalium iodide dengan larutan kalium manganat (VII) berasid. Dalam kedua-dua set sel elektokimia ini asid sulfurik digunakan sebagai titian garam dan berfungsi untuk memisahkan tindak balas setengah dan juga untuk melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion untuk mengalir. Salah satu ciri yang penting di sini adalah elektrolit yang terpilih (asid sulfurik) tidak bertindak balas dengan bahan-bahan kimia yang ditambah dari kedua-dua mulut tiub-U tersebut. Selain itu, asid sulfurik juga bertindak sebagai pemangkin dengan mengasidkan agen-agen pengoksidaan yang kuat seperti kalium manganat (VII) dan kalium dikromat (VI) dengan membekalkan ion hidrogen semasa tindak balas penurunan berlaku. Dalam keseluruhan eksperimen ini, proses pengoksidaan berlaku di anod (terminal negatif) dan proses penurunan berlaku di katod (terminal positif) . Ini bermaksud penghasilan tenaga elektrik electron mengalir daripada anod ke katod.

Dalam tindak balas pertama iaitu ferum (ll) sulfat telah mengalami pengoksidaan dengan mengalirkan electron yang mempunyai ion Ferum(II). Hal ini terbukti apabila jarum pada galvanometer terpesong.Perkara ini menjelaskan punca berlakunya perubahan warna larutan di anod di mana sedikit larutan perang

yang mempunyai ion Ferum(III) terhasil walaupun sebelum ini warna larutan sepenuhnya adalah hijau muda yang mempunyai ion ferum(II). Ujian dengan larutan kanji terhadap larutan ferum(II) sulfat menunjukkan warna larutan bertukar kepada merah bata. Perkara ini membuktikan pengoksidaan berlaku dalam tindak balas tersebut. Proses pengoksidaan ini juga membuktikan bahawa ferum (ll) bertindak sebagai agen penurunan. Ia membebaskan elektron menjadi ion ferum (III). Elektron pula akan bergerak dari anod yang mengandungi ferum(II) sulfat melalui bahagian luar sambungan wayar litar ke arah katod iaitu elektron yang mengandungi ion dikromat. Ion dikromat di katod mengalami penurunan seperti yang ditunjukkan dalam persamaan dan ia merupakan agen pengoksidan Hal ini, menjelaskan punca warna Ion dikromat berubah dari jingga kepada tidak berwarna. Persamaan bagi proses ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :

Persamaan setengah Pengoksidaan: Fe2+ (ak) Fe3+ + ePersamaan setengah Penurunan: Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e- 2Cr3+ (ak) + 7H20 (ce) Persamaan keseluruhan: Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6 Fe2+ (ak) 2Cr3+ (ak) + 6Fe3+ (ak) + 7H20 (ce) Bagi tindak balas kedua antara larutan kalium iodida dan kalium manganat (Vll), pesongan jarum galvanometer berpesong ke kanan dan ini menunjukkan arus mengalir. Hal ini menunjukkan tenaga elektrik telah dihasilkan dan terminal positif elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan kalium manganat (VII) berasid . Manakala terminal negatif adalah elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan kalium iodida. Di terminal negatif iaitu elektrod karbon yang tercelup dalam lapisan kalium iodida, ion iodida membebaskan elektron untuk membentuk iodin. Proses pengoksidaan berlaku. Ion iodida bertindak sebagai agen penurunan. Persamaan setengah ionik pengoksidaan :

2I- (g) I2+ 2eElektron yang dibebaskan oleh ion iodida terkumpul pada elektron karbon yang tercelup ke dalam kalium iodida. Elektron ini kemudian mengalir melalui wayar penyambung ke terminal positif sel, iaitu elektrod karbn yang tercelup dalam larutan kalium manganat (Vll). Elekron ini diterima oleh ion manganat dan membentuk ion mangan. Proses penurunan berlaku. Ion manganat (Vll) bertindak sebagai agen pengoksidaan. Larutan manganat (Vll) menerima elektron dan bertukar menjadi

larutan tanpa warna mangan (ll) ion dan akan menghasilkan air. Persamaan setengah ionik penurunan : MnO4- (ak) + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H20 (ce) Persamaan ionik keseluruhan: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce) Hasil dari tindak balas ini harus diuji dengan larutan kanji 1% untuk mengesan kehadiran iodin dalam larutan yang bertindak balas tadi. Larutan biru tua terhasil.

Kesimpulan : Ion ferum mengalami pengoksidaan dan ion kalium dikromat (Vl) mengalami penurunan. Pemindaan elektron daripada ion ferum ke kalium dikromat (Vl) berlaku.Ion iodida mengalami pengoksidaan dan ion kalium manganat (VII) mengalami penurunan. Pemindahan elektron daripada ion iodida ke kalium manganat (VII). Berlaku pemindahan elektron dari katod ke anod.

SOALAN:

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini.

a) Tindakbalas pertama: Tindak balas terminal negatif Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + e:

Tindak balas terminal positif : 2Cr2O7 (ak) + 14H+ (ak) + 6e 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce) Tindak balas redoks keseluruhan [ Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + e- ] x 6 6Fe2+ (ak) 6Fe3+ (ak) + 6eCr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce) 6Fe2+ (ak) + Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) 6Fe3+ (ak) + 2Cr3+ (ak) + 7H2O(ce) b) Tindakbalas kedua: :

Tindak balas terminal negatif 10I (ak) 5I2 (ak) + 10e


-

Tindak balas terminal positif

2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce) Tindak balas redoks keseluruhan 10I- (ak) 5I2 (ak) + 10e2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce) 10I- (ak) + 2MnO4- (ak) + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 5I2 (ak) + 8H2O (ce) :

(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan.

Tindak balas 1: Agen Pengoksidaan: Kalium dikromat (VI) berasid Agen Penurunan : Larutan Ferum (II) Sulfat Tindak balas 2: Agen Pengoksidaan: Kalium manganat (VII) berasid Agen Penurunan : Kalium iodide 2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut. Dalam tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI)berasid, elektron mengalir dari terminal negatif atau anod (FeSO 4) ke terminal positif atau katod (K2Cr2O7). Dalam tindak balas larutan iodida dan larutan kalium manganat (VII) berasid pula , elektron mengalir dari terminal negatif atau anod (KI) ke terminal positif atau katod (KMnO4) . 3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan. Asid sulfurik akan ditambah ke dalam tiub-U untuk bertindak sebagai titian garam di samping mengasingkan agen pengoksidaan daripada agen penurunan yang ditambah di kedua-dua mulut tiub-U tersebut. Dalam hal ini, asid sulfurik akan bertindak sebagai elektrolit atau titian garam untuk membenarkan pengaliran ion-ion dari satu belah ke belah yang lain di samping bertindak untuk melengkapkan litar elektrokimia tersebut apabila elektron mengalir di litar luar melalui wayar penyambung. Salah satu ciri yang penting di sini adalah elektrolit yang terpilih (asid sulfurik) tidak bertindak balas dengan bahan-bahan kimia yang ditambah dari keduadua mulut tiub-U tersebut.

4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas. Dua lagi pasangan larutan yang boleh digunakan untuk eksperimen di atas adalah pertamanya larutan stanum (ll) klorida dan larutan ferum (lll) klorida dan keduannya Magnesium sulfat (MgSO4) dan Kalium klorida (KCl).

5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik?

Larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik kerana larutan elektrolit akan bertindak balas dengan lapisan agen penurunan dan dengan lapisan agen pengoksidaan dalam tiub-U. Selain itu, ionion juga tidak boleh mengalir melaluinya untuk melengkapkan litar dan mengalirkan elektron

RUJUKAN:
Eng, N. H., Lim, E. W., & Lim, Y. C. (2008). Focus Super Hot Chemistry. Bandar Baru Bangi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Eng, N. H., Lim, E. W., & Yeow, K. O. (1999). Kimia Fokus SPM. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Lister, T., & Renshaw, J. (2004). Essential A2 Chemistry for OCR. United Kingdom: Nelson Thornes Ltd. Shrestha, B. (n.d.). CHEM-GUIDE. Retrieved 3 1, 2014, from Electrochemical cell: http://chem-guide.blogspot.com/2010/04/electrochemical-cell.html Tan, P. S., & Yeap, T. K. (2004). Siri Teks Referens SPM Kimia. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd. Anonymous. (n.d.). Galvanometer. Retrieved 3 2, 2014, from HowStuffWorks: http://science.howstuffworks.com/galvanometer-info.htm Berryberryteacher. (n.d.). Berry Berry Easy. Retrieved 3 2, 2014, from SPM Chemistry Form 5 Notes Terminology and Concepts: Oxidation and Reduction (Part 4): http://berryberryeasy.com/2010/07/spm-chemistry-form-5-notes-terminologyand-concepts-oxidation-and-reduction-part-4/

Anda mungkin juga menyukai